Anda di halaman 1dari 8

TEKAS UCAPAN MAJLIS APRESIASI, PERSEMBAHAN DAN JAMUAN AKHIR

TASKA MKGCC 2022

TARIKH : 17 DISEMBER 2022


MASA : 8.00 PAGI – 1.30 TENGAHARI
TEMPAT : DARUL IMAN TRAINING CENTRE (DITC)
JALAN PUPUK, KAMPUNG TELUK KALONG
24000 KEMAMAN TERENGGANU
PERASMI : ENCIK MOHD FADZLI BIN ISMAIL
PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT

BIL MASA AKTIVITI / PERGERAKAN

1. 8.00 pagi PENGUMUMAN


“Mohon perhatian ! Mohon perhatian !
Hadirin hadirat dengan segala hormatnya dipersilakan untuk mengambil tempat masing-
masing kerana majlis akan bermula sebentar lagi.”

Bagi melancar perjalanan majlis, ibu bapa dan penjaga diingatkan supaya mematikan
telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.

2. 8.45 pagi UCAPAN ALUAN


Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembag pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu ilahi.

Yang berbahagia
Encik Mohd Fadzli Bin Ismail
Pegawai Kebajikan Masyarakat

Yang berusaha
Puan Laili Azura Bt Chik
Pengusaha Taska Mykisd Genius ChildCare Centre
Yang dihormati
Ibu bapa, para pendidik, kanak-kanak dan hadirin hadirat yang dirahmati Allah swt.

Selamat datang ke :
MAJLIS APRESIASI, PERSEMBAHAN & JAMUAN AKHIR TASKA MYKIDS
GENIUS CHILDCARE CENTRE bagi tahun 2022.

Saya Nurul Asyikin Bt Zakaria akan mengacarakan majlis pada pagi ini sehingga ke
penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kahadiran semua sangat dihaargai,
Moga majlis bertambah seri.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur alhamdulillah kerana dengan limpah
dan kurnia-Nya dapat kita Bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan
kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin
hadirat sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis pada pagi ini terutamanya
kepada yang berbahagia Encik Mohd Fadzli Bin Ismail kerana beliau sudi meluangkan
masa bagi menghadirkan diri ke majlis kita pada hari ini.

Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk
memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak Taska. Semoga usaha kita semua
diberkati Allah swt. Insya Allah.

BACAAN DOA

Kalau pergi tanjung keramat,


Anak manis jangan di angkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh wakil ibu bapa kemaman iaitu
. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Setelah selesai bacaan doa.


Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan dan
terima kasih kepada atas bacaan
doa sebentar tadi.

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU, SELAMAT SULTAN DAN PERMATA

Hadirin hadirat diminta untuk berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku, Selamat
Sultan dan Lagu Permata.

Hadirin hadirat depersilakan untuk duduk.

UCAPAN WAKIL IBU BAPA

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Hadirin yang dimuliakan,

Memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan berbesar hati ingin menjemput


Wakil daripada ibu bapa
kemaman untuk berkongsi pengalaman beliau tentang perkembangan dan kemajuan
anaknya sepanjang berada di Taska Mykids Genius ChildCare Centre. Dipersilakan.

Setelah ucapan selesai.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada


Di atas perkongsian pengalaman tentang anak beliau sebentar tadi.

UCAPAN PENGASAS MKGCC

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan,
Sudilah puan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Tanpa melengahkan masa marilah kita Bersama-sama mendengar kata sekapur sirih
daripada yang berusaha Puan Laili Azura Bt Chik pengasas Taska Mykids Genius
ChildCare Centre. Majlis menjemput dan mempersilakan.
Setelah selesai ucapan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Laili Azura Bt Chik di atas kesudian beliau
memberikan sepatah dua kata pada pagi ini.

UCAPAN PERASMIAN JKM

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang jerami,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Untuk tidak melengahkan masa, marilah sama-sama kita mendengar ucapan perasmian
daripada yang berbahagia Encik Mohd Fadzli Bin Ismail. Pegawai Kebajikan
Masyarakat Daerah Kemaman. Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya
mempersilakan.

Setelah ucapan selesai.

Hadirin yang dihormati sekalian, maka dengan ini rasmilah sudah majlis kita paada
pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Encik Mohd
Fadzli Bin Ismail menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.

3. 9.15 pagi PERSEMBAHAN INDIVIDU KANAK-KANAK

Dari Sarawak ke negeri perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur dihati.

Hadirin hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan individu kanak-kanak Taska Mykids


Genius ChildCare Centre. Iaitu persembahan bacaan doa dan juga bacaan surah yang
akan dibaca oleh kanak-kanak 4 tahun.
1. Persembahan yang pertama ialah bacaan Surah Al-Fatihah yang akan dibaca
oleh adik Wan Ahmad Aisy Naufal.
2. Persembahan yang kedua ialah bacaan Surah Al-Ikhlas yang akan dibaca oleh
adik Dai Zharfan.
3. Seterusnya bacaan doa belajar yang akan dibaca oleh adik Irdina Ulfah.
4. Selanjutnya bacaan doa makan yang akan dibaca oleh adik Muhammad Affan.
5. Akhir sekali bacaan doa tidur yang akan dibaca oleh adik Muhammad Anas.

Terima kasih diucapkan kapada kanak-kanak 4 tahun yang telah membuat


persembahan bacaan surah dan doa sebentar tadi. Untuk makluman hadirin sekalian,
Kanak-kanak yang membuat persembahan sebentar tadi adalah anak didik di bawah
bimbingan teacher fadhilah dan teacher asyikin.

Cabutan bertuah : baiklah ! sebelum kita meneruskan acara yang lain,


kita akan adakan sesi cabutan bertuah dahulu. Diminta Encik Mohd
Fadzli Bin Ismail untuk mencabut 6 nombor bertuah yang ada di dalam
balang yang disediakan.

Setelah mendapat nombor : dijemput Puan Laili Azura Bt Chik diiringi


Puan Fadhilah Bt Kamaruddin untuk menyampaikan hadiah kepada yang
bertuah.

“Diminta para hadirin bersiap sedia dan mendengar dengan baik nombor
yang akan disebut oleh saya ! Jenggg Jenggg mari kita lihat siapa yang
bertuah”

9.35 pagi Selesai sesi cabutan bertuah, majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian
daripada kanak-kanak 1& 2 tahun dengan tajuk lagunya “Kalau Rasa Gembira”

Selanjutnya kita teruskan lagi persembahan nasyid kanak-kanak 4 tahun yang bertajuk
9.45 pagi
“selawat tafrijiyah & maksud surah Al-Fatihah)

Seterusnya diteruskan lagi dengan persembahan tarian kanak-kanak 3 tahun dengan


10.15 pagi tajuk lagunya “The Wheels On The Bus”

Kita teruskan lagi dengan persembahan tarian kanak-kanak 4 tahun dengan lagunya
10.25 pagi “Tanya Sama Pokok”

Sekarang tibalah kita di penghujung persembahan iaitu persembahan tarian Bollywood


10.35 pagi sesuai tema kita pada hari ini. Tanpa membuang masa marilah sama sama kita saksikan
10.55 pagi tarian Bollywood yang akan dipersembahkan oleh kanak-kanak 1& 2 tahun, 3 tahun
dan juga 4 tahun.

Dipersilakan kanak-kanak 1 & 2 tahun untuk mempersembahkan tarian mereka dengan


diiringi lagu Oh My Draling I Love You.

Selanjutnya dipersilakan kanak-kanak 3 tahun untuk mempersembahkan tarian mereka


dengan diiringi lagu Chammak Challo.

Seterusnya dipersilakan kanak-kanak 4 tahun untuk mempersembahkan tarian mereka


dengan diiringi lagu Saanjanji.

Setelah selesai persembahan.

Wahh semua nampak bersemangat dan comel jee menari harini.


4. 11.10 pagi PENYAMPAIAN CENDERAHATI PERSEMBAHAN KANA-KANAK

Ucapan sudah, persembahan pun sudah. Seterusnya kita beralih pula kepada
penyampaian hadiah cenderahati persembahan kanak-kanak mengikut umur.

Dengan ini dipersilakan yang berusaha Puan Laili Azura Bt Chik diiringi Puan
Fadhilah Bt Kamaruddin bagi menyampaikan cenderahati persembahan kepada kanak-
kanak yang membuat persembahan.

Bagi tidak melengahkan masa dijemput adik-adik 1 & 2 tahun diiringi pendidik mereka
naik ke atas pentas untuk menerima hadiah. Seterusnya dipersilakan adik-adik 3 tahun
untuk naik ke atas pentas dan seterusnya adik-adik 4 tahun dipersilakan naik.

Cabutan bertuah : baiklah ! sebelum kita meneruskan acara yang lain,


kita akan adakan sesi cabutan bertuah dahulu. Diminta Encik Mohd
Fadzli Bin Ismail untuk mencabut 6 nombor bertuah yang ada di dalam
balang yang disediakan.

Setelah mendapat nombor : dijemput Puan Laili Azura Bt Chik diiringi


Puan Fadhilah Bt Kamaruddin untuk menyampaikan hadiah kepada yang
bertuah.

“Diminta para hadirin bersiap sedia dan mendengar dengan baik nombor yang
akan disebut oleh saya ! Jenggg Jenggg mari kita lihat siapa yang bertuah”

11.20 pagi PENYAMPAIAN HADIAH PAKAIAN TERCANTIK MENGIKUT TEMA


11.40 pagi (KATEGORI KANAK-KANAK LELAKI & PEREMPUAN, PENDIDIK DAN
IBU BAPA)

Selanjutnya kita teruskan lagi dengan penyampaian hadiah pakaian tercantik mengikut
tema bagi kategori kanak-kanak lelaki dan perempuan, kategori pendidik dan juga
kategori ibu bapa.

Dengan ini dipersilakan yang berusaha Puan Laili Azura Bt Chik diiringi Puan
Fadhilah Bt Kamaruddin bagi menyampaikan cenderahati persembahan kepada kanak-
kanak yang membuat persembahan.

Untuk kategori kanak-kanak lelaki dimenangi oleh :

Untuk kategori kanak-kanak perempuan dimenangi oleh :

Selanjutnya pakaian tercantik bagi kategori pendidik dimenangi oleh :

Seterusnya pakaian tercantik bagi kataegori ibu bapa dimenangi oleh :

Diminta Puan Laili dan Puan Fadhilah untuk tetap berada di atas pentas
bagi sesi penyampaian hadiah yang seterusnya.
Cabutan bertuah : baiklah ! sebelum kita meneruskan acara yang lain,
kita akan adakan sesi cabutan bertuah dahulu. Diminta Encik Mohd
Fadzli Bin Ismail untuk mencabut 5 nombor bertuah yang ada di dalam
balang yang disediakan.

Setelah mendapat nombor : dijemput Puan Laili Azura Bt Chik diiringi


Puan Fadhilah Bt Kamaruddin untuk menyampaikan hadiah kepada yang
bertuah.

“Diminta para hadirin bersiap sedia dan mendengar dengan baik nombor
yang akan disebut oleh saya ! Jenggg Jenggg mari kita lihat siapa yang
bertuah”

11.50 pagi PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI KANAK-KANAK APRESIASI

Dari kebun pulang ke pekan,


Penat bertani bersusah payah,
Apresiasi MKGCC kami kongsikan,
Majlis berjaya sungguh meriah.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan cenderahati kanak-kanak apresiasi
Taska Mykids Genius ChildCare Centre.

Dijemput adik
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Tahniah diucapkan kepada semua anak-anak yang telah berjaya menamatkan sesi
pembelajaran di Taska Mykids Genius ChildCare Centre untuk tahun 2022.

Cabutan bertuah : baiklah ! sebelum kita meneruskan acara yang lain,


kita akan adakan sesi cabutan bertuah dahulu. Diminta Encik Mohd
Fadzli Bin Ismail untuk mencabut 5 nombor bertuah yang ada di dalam
balang yang disediakan.

Setelah mendapat nombor : dijemput Puan Laili Azura Bt Chik diiringi


Puan Fadhilah Bt Kamaruddin untuk menyampaikan hadiah kepada yang
bertuah.
Diminta para hadirin bersiap sedia dan mendengar dengan baik nombor
yang akan disebut oleh saya ! Jenggg Jenggg mari kita lihat siapa yang
bertuah.

12.10 PENUTUP : SESI BERGAMBAR KANAK-KANAK APRESIASI, IBU BAPA


tengahri DAN PENDIDIK.

Sidang hadirin sekalian,

Kita telahpun tiba di penghujung majlis,

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis apresiasi telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan.

Pualng ke desa menyambut lebaran,


Disambut mesra rakan dan taulan,
Jika tersasul mohon keampunan,
Jika tersalah harap dibetulkan.

Bagi pihak majlis, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya tersilap kata
atau tersalah bicara sepanjang perjalanan majlis ini. Dengan ini maka berakhirlah
majlis APRESIASI, PERSEMBAHAN DAN JAMUAN AKHIR TASKA MYKIDS
GENIUS CHILDCARE CENTRE bagi tahun 2022.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi menghadiri
majlis ini dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah.

Sebelum kita bergerak ke dewan makan, kita akan adakan sesi bergambar untuk
kanak-kanak apresiasi, ibu bapa dan juga pendidik.

Untuk ke dewan makan ibu bapa akan diiringi oleh teacher Nabihah dan teacher
Iffah.

Sekian, wabilla hi taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai