Anda di halaman 1dari 4

UCAPAN TEKS MAJLIS PENUTUP PERKHEMAHAN

BI AGENDA TEKS
L
1 Nyanyian lagu Bagi memulakan majlis kita pada pagi yang berbahagia ini marilah
NegaraKu kita sama-sama menyanyikan lagu NegaraKu

#Hadirin dipersilakan duduk

2 Bacaan Doa Hadirin yang dihormati,

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Untuk itu, dipersilakan Ustaz untuk


mengetuai bacaan doa..dipersilakan.

# Amin.... amin... ya Rabbal alamin......terima kasih atas bacaan doa


itu tadi.

3 Ucapan aluan Mencari timba si anak dara


Pengerusi Majlis Dibawah sarang burung tempua.
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera

Yang Berusaha Encik Khairuddin


b. Abdul Aziz
Guru Besar SK Bandar Sri
Damansara 1

Yang Dihormati En Kamal Noor b


Mohd Ari
YDP PIBG SK Bandar Sri
Damansara 1

Yang Berusaha Puan Siti Maziah


bt Mazlan
PK Kokorikulum SK Bandar Sri
Damansara 1

Encik Amir Akimi b Ghazali


Penyelaras Perkhemahan Unit
Beruniform SK Bandar Sri
Damansara 1

Kem Komandan Perkhemahan Unit


Beruniform SK Bandar Sri
Damansara 1

Ustaz Hasanuddin b

Ahli jawatankuasa Pelaksana, para fasilitator, serta murid-murid yang


dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah
kurnianya kita sama-sama dapat berkumpul dalam Majlis Penutup
Perkhemahan Unit Beruniform Bandar Sri Damansara 1 bagi tahun
2022

Saya selaku wakil AJK Pelaksana Perkhemahan Perdana S K


Bandar Sri Damansara 1 amat mengalu-alukan kedatangan semua
hadirin ke majlis penutup ini.

Hadiri yang dihormati,

Seperti yang kita sedia maklum, Perkhemahan ini telah


berlangsung selama 2 hari bermula 27 sehingga 28 Januari 2023
Sepanjang perkhemahan ini banyak aktiviti yang telah di jalani oleh
murid- murid seperti aktiviti kembara malam, aktiviti berhalangan, ,
masakan rimba, malam kebudayaan dan sebagainya.

Semua ini bersesuaian dan sejajar dengan objektif yang ingin


dicapai iaitu :

1. Melahirkan murid-murid yang bersemangat, yakin serta


mampu menghadapi segala cabaran hidup walau berada
dalam situasi apa jua pun.
2. Memberikan kesedaran kepada murid tentang peri
pentingnya pengurusan masa yang betul dan sentiasa
bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
3. Memupuk semangat toleransi dan kerjasama
4. Sentiasa menghormati rakan dan patuh kepada arahan ketua
serta mewujudkan hubungan tali persaudaraan yang lebih erat.

Ucapan Guru Besar Hadirin yang Dihormati,


5
Majlis Penutupan ini dimulai dengan Ucapan daripada
En Khairuddin b Abdul Aziz , Guru Besar SK BSD 1 dengan
segala hormatnya dipersilakan.

# Terima kasih atas ucapan beliau itu tadi


6 Ucapan YDP PIBG Hadirin yang dirahmati sekalian

Pergi ke kota beli selasih


Sayang si dara senyum tertawa
Kata azimat simpulan kasih
Sulamkan Mesra, satukan jiwa.

Seterusnya marilah kita sama-sama mendengar ucapan perasmian


penutup yang akan disampaikan oleh

Encik Kamal Noor b Mohd Ari


Y

# Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan tadi.


Penyampaian Hadirin yang dihormati.
8 hadiah
Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian hadiah
kepada peserta yang bertungkus lumus menjalani aktiviti

Untuk itu dijemput En Khairuddin b Abdul Aziz bagi mengiringi En


Kamal Noor bagi sesi penyampaian hadiah. Dipersilakan

1. Penyampaian hadiah dimulakan dengan memberikan hadiah


kepada setiap kumpulan atas kesungguhan dan komitmen
para peserta sepanjang menyertai perkhemahan ini.
Dipersilakan.

1 sampai 10

2. Seterusnya diumumkan pula para pemenang bagi Malam Kebudayaan

 5 (Cicah)
 4 (The Penguin
 3 (The Travellers)

Johan dan Naib Johan shj dapat hamper


 2 (Boria)
 1 (The Mask)

3. Baiklah sesi penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan Anugerah


Penyampaian sijil & Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil & cenderahati kepada para
9 cenderahati kepada fasilitator yang merupakan mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti
fasilitator Teknologi Melaka untuk itu dijemput En Khairuddin b Abdul Aziz diriringi En
Amir Akimi bagi menyempurnakan sesi penyampaian cenderahati.

10 Kata penutup dan


jamuan Oleh itu berakhirlah majlis perasmian penutup kita pada hari ini.
Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada hadirin
sekalian kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis
perasmian penutup perkemahan pada kali ini.

Anda mungkin juga menyukai