Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak
melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.
Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah
dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab
Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi
malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa
yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap
Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul
kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan
celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang
daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda
Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.
Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak
tahu apa-apa.
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang
menjelma.
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan
nikmat yang telah tersedia.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak
pernah mengalah.
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara
yang betul.
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan.
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada
seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat
hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan
menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille
Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah
sama.
Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan
Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan
dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun
Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung
antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk
hidup sengsara
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan
esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…
Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah
dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu
mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang
perhubungan anda dengan orang itu.
“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa
yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.
Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat
mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali
mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad
pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana
takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya
hidup bahagia di dunia dan akhirat.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih
lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya
terang yang bersifat seketika cuma.
Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek
moyang (Saidina Ali)
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling
hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.
Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan
seseorang yang bijak menjadi bodoh.
Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.
Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang
lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah
daripadanya.
Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil
membuka keaibannya.
Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya cuba
membuat mereka meminati anda
Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum
memulakan langkah .Hanya
mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja
yang akan menemui jalan sebenar.
Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah dan pakaiannya.
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak
dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin
Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.
Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih
menjadi sahabat.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat
yang sangat curang untuk kemerdekaan ~Andre Colin
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat
berdiri sebagai suatu bangsa merdeka – Soekarno
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar
daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat
untuk negara -Abraham Lincoln
Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.
Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap – Al-Ghazali Bayruni
Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat – Beng Tju
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu
adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan
dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. (La Roche)
Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita
masih diberi peluang.
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri
sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau membuat sesuatu dgn
baik berlandaskan kenyataan.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita
gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa
kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya ~ Emerson
Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan
masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya
-Stahl P.J
Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak
dijadikan teladan.
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup
menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)
Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu
sama sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis
puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di
syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah
yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.
Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan
berbuat baik kepadanya.
Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam
dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka
akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu.
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
~Richard Brinsley Sheridan
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu
cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas
dasar akhlaknya.
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu
kesalahan lagi. ~ Confucius
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti
menulis di air.
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya
digunakan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda
memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu ~Pepatah
Arab
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.~ Lao Tze
Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda
menambah dukanya.
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah
mutiara di lautan.
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini
masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.
Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya
dengan doa kita dan dengan keizinanNya.
Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika
engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu
Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang
dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak
menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba
untuk menukar dirinya sendiri.
Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki,
jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.
Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut
dengan hasilnya.
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang
orang lain ada.
Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan
padanya.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika
berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah Abdul Malik
bin Marwan
Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu
waktu dahulu.
Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga
setanding dengan apa yang kita usahakan.
Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.
Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh
muatan.
Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia
tidak akan meningkatkan harga anda itu
Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum
tentu hari ini kita akan berada di sini
Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada
hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada
hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat
ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.
Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah
dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.
Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi
jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~
Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi
belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai
penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada…..
Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan
perkataan yg mudah.~T.S Matthews
Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang berdebu, segalanya nampak senyap
dan tidak pasti.
Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang
sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga
kejayaan yang dikecapi.
Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak
cukup mempercayai ~ Frank Crane
Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan bekas
seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu
mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap
ada. Dan, luka kerana kata – kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.
Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan
ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita
inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain,
berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita
terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang
dibukakan bagi kita.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah
terluka.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk
mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan
kesilapannya
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti
pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin
pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan
satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat
melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu
dan rasa sakit hati.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi
percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan
Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak
mencuci hatinya walaupun sekali setahun.
Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti
pelakunya.
Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan.
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada
seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat
hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi
sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita
mendapatkannya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan
mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.
Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.
Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat
meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa
lalu.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.
Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari
ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan
agama.
Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang
kecuali jika lurus lidahnya
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya -Khong Hu Cu
Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati
mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.
Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.
Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda
sendiri hangus kerananya.
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa,
berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal
karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan
selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada
satu pun manusia jalang -Aristotle
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan
sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih
menyeronokkan.
Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan
kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika
berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
-Khalifah Abdul Malik Marwan
Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan
menjadi sahabat orang -Hamka
Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan
menyakiti orang lain
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun
yang boleh menghentikannya -Voltaire
Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan
untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang
sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.
Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke
belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan
semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan
memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana
pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita,
fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga
daripada emas dan perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut
adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan
banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin
tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya,
bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai
pekerjaan yang dilakukan.
Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang,
jangan harap ia akan datang kembali
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang
-Anonim
Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.
Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu
yang mengumpulkannya.
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang
bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah
hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya
sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab
Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita
tentang dirimu kepada orang lain.
Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia
benar-benar terasa
Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.
Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang
mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe
Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui
segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.
Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-
benarnya iaitu baik dan burukmu.
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak
dibela -Napoleon Bonaparte
Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan
perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah
kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong
pesanan.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa
keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada
teman anda.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok
yang pastikan mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah
Tuhannya
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu
sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan
waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu
akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.~ Samuel Johnson
Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari
jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana
takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya
dalam hati…
Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan.
Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik, kebaikan tidak
boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah
terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang
segala parut luka emosi
Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan selalu
bersinar buat selamanya.
Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang
kita rasai saat ini.
Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan
dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk
mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain
untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api
kemarahan dalam diri.
Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia
boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya
perasaan
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa
mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah
bercakap-cakap lama dengannya.
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-
dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.
Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena
jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan
menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu
boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu
yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan
Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu
semua orang pada masa yang sama
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat
kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan
bukan cuba untuk menyelesaikannya
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL.
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan
ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu
boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu
-Whittier
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.
Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu
melantun kembali.
Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar
senyuman.
Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun
ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.
Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka
bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.
Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas
keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit
dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu,
sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah
sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu
untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu
adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai
keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu
seribu macam pengorbanan
Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa
yang tidak mempunyai masa depan.
Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.
Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi
berharga
Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri
kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri
kerana harum baunya
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang
tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.
Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya
berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang
Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang
membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.
Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.
Sesetengah orang menggunakan jam yang murah. Jam seperti ini tidak boleh diharap.
Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.
percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui
apabila kita kembali semula kepada Ilahi.
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil
Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut
pantai keperluan hidup manusia
Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? ~
Benjamin Franklin
Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang
yang berakal.
Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan ~ Mognon
Me Lauhlin
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
~Richard Brinsley Sheridan
Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang ~ Pepatah inggeris
Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan
Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi
mampu melantun kembali.
Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu
mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang
menumpahkan darah.
Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi
sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita
menjadi seperti apa yang kita fikirkan
Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.
Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap
mempunyai sejuta makna
Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang
yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga
untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat
sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap
kosong
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang
yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar.
Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa
Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan,
pasti akan menghasil kecemerlangan.
Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan
perbuatanmu.
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya
mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita
miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-
bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan
Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri
sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang
sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata
yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka
mengambil tahu walaupun satu perkara
Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk
nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya ~ Saidina Ali
Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah
untuk menaiki tangga tersebut.
Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang
disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.
Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk
gagal.
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu..
– Whittier
Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan
melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn
Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam
juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia
lebih mengerti
Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai
insan. tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan
yang subur.
Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang kejam,
dan pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah yang berkekalan.
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini
sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa
kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. – Joseph Conrad
“Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup untuk
mendapatkannya.” -Albert Einstein
Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan
yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak
yang baik”
Technorati Tags: mutiara, kata, nasihat, pedoman, puitis, ayat, melayu, agama, islam, insaf,
quote, koleksi, bahasa, kehidupan, keluarga, cinta, kasih, sayang, kawan, sahabat, kejayaan,
successm kegagalan, emas, masa, kaca, duit, akhir, hayat