Anda di halaman 1dari 11

KERTAS CADANGAN

PROJEK INOVASI DIGITAL DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK
“EZY COUNT”
TAJUK INOVASI
Ezy Count : (Power Point)
PERMASALAHAN MURID

Murid tidak dapat menamakan dan menentukan turutan


nombor dalam lingkungan 1 sehingga 9 dengan betul.
Penggunaan bahan bantu mengajar maujud kurang menarik
minat murid.
KEMAHIRAN
PEMULIHAN
Kemahiran 3 : Mengenal nombor lingkungan 1 sehingga 9.
OBJEKTIF
Antara objektif projek inovasi ini ialah;

Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.

Membentuk minat belajar matematik menggunakan keadah yang


baru.

Meningkatkan penguasaan murid Tahun 2 dalam menamakan dan


menentukan bilangan nombor 1 sehingga 9.

Membina suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan


menggunakan kaedah pembelajaran di luar kebiasaan.
CADANGAN INOVASI
Saya menggunakan aplikasi power point. Keperluan asas
peralatan komputer seperti tetikus, papan kekunci dan
pembesar suara diperlukan. Untuk pengetahuan, perisian
inovasi ‘EzyCount’ hanya menggunakan perisian Microsoft
PowerPoint dan tidak memerlukan proses install yang kadang-
kala merumitkan. Perisian ini hanya memerlukan guru copy
and paste dalam komputer. Perisian yang tidak memerlukan
proses install boleh menjimatkan masa dalam kelas.
• Oleh itu, projek ‘EzyCount’ dihasilkan sebagai satu permainan
interaktif yang menggunakan kemudahan teknologi digital di
mana ianya membantu dan memudahkan pengajaran dan
pembelajaran murid-murid dalam topik menamakan dan
menentukan bilangan nombor dalam lingkungan 1 sehingga 9
dengan betul.

• Projek inovasi ‘Ezy Count’ ini memanipulasi fungsi hyperlink,


command button, text box dan animation untuk menghasilkan
slaid yang interaktif dan mewujudkan hubungan dua hala
dengan pengguna. Bahan audio dan video diselitkan dalam
Microsoft PowerPoint untuk meransang minat dan deria murid.
KUMPULAN SASARAN
• Kumpulan sasaran saya adalah murid-murid Tahun 2
sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, dalam
pemerhatian saya kebanyakan mereka masih kurang
mahir dalam tajuk mengenal nombor lingkungan 1
sehingga 9 ketika saya menjalani praktikum Fasa 1. Oleh
itu, saya memilih mereka sebagai kumpulan sasaran bagi
projek inovasi digital ini.
PERLAKSANAAN UJI
LARI
Perlaksanaan uji lari akan dilaksanakan pada minggu ketiga
bulan Mac kerana tidak mengganggu sesi pengajaran dan
pembelajaran murid di waktu persekolah.
JADUAL PERLAKSANAAN
INOVASI
  M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8

PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN

               
Pemerhatian ke atas masalah yang timbul

               
Sediakan kertas cadangan projek inovasi

Pembinaan kumpulan projek                

Rancang inovasi                

PEMBINAAN DAN PENGUJIAN

Bina inovasi                

Uji keberkesanan Inovasi                

Penambah baikan Inovasi                

KOMERSIAL

Sebaran Inovasi                

Anda mungkin juga menyukai