Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS


(JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN, SOALAN TUGASAN DAN PANDUAN PEMARKAHAN) TAHUN
AKADEMIK 2018

Program : PISMP Semester/Tahun : Semester 2 Tahun 3


INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN
Nama Kursus : Ambilan : Jun 2015
PEMBELAJARAN

Kod : PSVK3152 Kumpulan : PISMP PSV AMBILAN JUN 2015

Jam
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Pembelajaran
Pelajar

Tugasan 1 : Pembentangan Proposal Projek (10%) 12/2/2018 23/2/2018 28.5

Tugasan 2 : Projek (70%) 26/2/2018 30/3/2018 51

Tugasan 3 : Laporan Projek (10%) 26/3/2018 2/4/2018 24

Tugasan 4 : Kuiz (10%) 14/3/2018 14/3/2018 14.5

Disediakan oleh Pensyarah / Penyelaras Kursus Disahkan oleh Ketua Jabatan

Nama : THADIUS BIN GUGAU Nama : AMJAH BIN YUNUS

Tandatangan : Tandatangan :

Tarikh: 17/1/2018 Tarikh:


Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menjelaskan konsep-konsep berkaitan inovasi melalui penyampaian idea dengan terang dan berkesan secara lisan dan bertulis. (C2, A2,
PLO1, PLO4,CS3)
2. Mengaplikasikan model pembelajaran trialogical dalam aktiviti pembangunan projek atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (C3, A1, PLO2)
3. Menghasilkan inovasi berasaskan masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan pemasaran. (C6, A3, PLO2, PLO7, KK1)
4. Menilai penciptaan inovasi dan impaknya terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan mencadangkan idea dan penyelesaian
alternatif. (C5, A3, PLO1, PLO3, CTPS3)

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2,3, dan 4.

Objektif Kerja Kursus

Pelajar akan dapat :

1. Membuat pembentangan dengan jelas dan berkesan selama 30 minit berkaitan inovasi digital yang dihasilkan.
2. Menghasilkan produk inovasi digital berasaskan model pembelajaran trialogikal yang berkaitan dengan masalah pengajaran
dan pembelajaran yang boleh dikomersialkan.
3. Menyediakan laporan projek yang panjangnya 500 patah perkataan tentang inovasi digital yang dihasilkan dengan mencadangkan idea
dan penyelesaian alternatif terhadap masalah yang dihadapi.
4. Menjawab soalan kuiz dalam tempoh 30 minit yang terdiri daripada 4 soalan struktur.
SPESIFIKASI TUGASAN TUGASAN WAJARAN CATATAN

TOPIK

TUGASAN 1 : PROPOSAL PROJEK (10%) Kriteria penilaian pembentangan


1. Konsep dan Proses Inovasi ● Kefahaman konsep
Anda dikehendaki membentangkan 10%
proposal projek inovasi digital. ● Kemahiran berkomunikasi
2. Pengenalan Pembelajaran
Trialogical Pembentangan berkaitan dengan masalah,
penyelesaian masalah, tajuk, latarbelakang
3. Penjanaan Idea projek dan keperluan-keperluan lain dalam
penghasilan projek tersebut perlu dinyatakan
dengan jelas.

TUGASAN 2 : PROJEK (70%) Kriteria penilaian projek


2. Pengenalan Pembelajaran
● Hasil Projek
Trialogical Anda dikehendaki menyediakan satu produk 70%- ● Pembentangan projek
4. Penyediaan dan Pembangunan inovasi digital yang boleh diaplikasikan dalam  Penyampaian
Pengajaran dan Pembelajaran PAK21 untuk  Kerja berpasukan
Projek Inovasi
program major anda. ● Kemahiran keusahawanan
5. Pelaksanaan Projek Inovasi
Tugasan ini akan dinilai dalam tiga komponen,
6. Promosi dan Pemasaran Inovasi iaitu Hasil Projek (30%) Pembentangan Projek
(20%) dan Kemahiran keusahawanan (20%)
SPESIFIKASI TUGASAN TUGASAN WAJARAN CATATAN

TOPIK

TUGASAN 3 : LAPORAN PROJEK (10%) Kriteria Pentaksiran Laporan Projek


1. Konsep dan Proses Inovasi 10% ● Liputan dan kandungan
Secara individu, anda dikehendaki
menghasilkan laporan projek yang ● Organisasi bahasa
3. Penjanaan Idea ● Pemikiran kritis dan
panjangnya sebanyak 500 patah perkataan.
kemahiran menyelesaikan
7. Penilaian Projek Inovasi
masalah

1. Konsep dan Proses Inovasi TUGASAN 4: KUIZ (10%) Kriteria pentaksiran soalan
10%
berstruktur pendek
7. Penilaian Projek Inovasi Anda dikehendaki menjawab soalan kuiz yang ● Rujuk PMM dan skema pemarkahan
terdiri daripada empat (4) soalan berstruktur
pendek secara bertulis.

JUMLAH 100%
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU
TUGASAN KERJA KURSUS
TAHUN AKADEMIK 2018

Nama Pelajar :
Program : PISMP

KOD : PSVK3152 Semester /Tahun : Semester 2 / Tahun 3

NAMA KURSUS : Inovasi Digital dalam Ambilan : JUN 2015


Pengajaran dan Pembelajaran Kumpulan : PISMP PSV

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

Tugasan 1 :Pembentangan Proposal


12/2/2018 23/2/2018
Projek (10%)

Tugasan 2 : Projek (70%) 26/2/2018 30/3/2018

Tugasan 3 : Laporan Projek (10%) 26/3/2018 2/4/2018


Tugasan 4 : Kuiz (10%)
14/3/2018 14/3/2018

Hasil Pembelajaran Kursus :


1. Menjelaskan konsep-konsep berkaitan inovasi melalui penyampaian idea dengan terang dan
berkesan secara lisan dan bertulis. (C2, A2, PLO1, PLO4,CS3)
2. Mengaplikasikan model pembelajaran trialogical dalam aktiviti pembangunan projek atau aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. (C3, A1, PLO2)
3. Menghasilkan inovasi berasaskan masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan pemasaran. (C6, A3,
PLO2, PLO7, KK1)
4. Menilai penciptaan inovasi dan impaknya terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan
mencadangkan idea dan penyelesaian alternatif. (C5, A3, PLO1, PLO3, CTPS3)

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2,3, dan 4.

Objektif Kerja Kursus :

Pelajar akan dapat :

1. Membuat pembentangan dengan jelas dan berkesan selama 30 minit berkaitan inovasi digital yang
dihasilkan.
2. Menghasilkan produk inovasi digital berasaskan model pembelajaran trialogikal yang
berkaitan dengan masalah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dikomersialkan.
3. Menyediakan laporan projek yang panjangnya 500 patah perkataan tentang inovasi digital yang
dihasilkan dengan mencadangkan idea dan penyelesaian alternatif terhadap masalah yang dihadapi.
4. Menjawab soalan kuiz dalam tempoh masa 30 minit yang terdiri daripada 4 soalan struktur.
Setiap insan mempunyai kemahiran dan kelebihan yang tersendiri. Hanya individu sendiri
yang tahu akan potensi diri. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi individu yang berinovasi
dengan menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baharu.
Ini menjurus kepada matlamat dan hasrat negara selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025) untuk mencetus inovasi dan
pencapaian prestasi yang lebih tinggi dalam kalangan bakal guru.

Tugasan Kerja Kursus ini bertujuan mencungkil bakat pelajar untuk menghasilkan projek
inovasi digital yang dapat membantu menyelesaikan masalah pembelajaran untuk
bidang Bahasa KadazanDusun.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tiga komponen tugasan yang terdiri daripada Tugasan 1:
Pembentangan Proposal Projek (10%), Tugasan 2: Projek (70%) dan Tugasan 3: Laporan
Projek (10%).

TUGASAN 1 : PEMBENTANGAN PROPOSAL PROJEK (10%)

Anda dikehendaki membentangkan proposal projek inovasi digital.


Arahan Pelaksanaan Tugasan 1: Pembentangan Proposal Projek

1. Pembentangan mengambil masa 30 minit, termasuk sesi soal jawab sebanyak


10 minit.
2. Membentangkan secara terperinci proposal projek inovasi digital yang sesuai
dan pelbagai sumber rujukan.
3.1 Maklumat tentang tajuk projek inovasi digital, matlamat, jenis peralatan dan
sumber yang diperlukan, serta kerelevanan objektif/ hasil pembelajaran hasil
projek dengan keperluan kurikulum program major.
3.2 Sumber inspirasi yang menjana idea inovatif.
3.3 Cara penilaian terhadap kebolehgunaan hasil projek.
3.4 Jadual waktu tentatif pelaksanaan projek inovasi digital.
3. Hantar draf proposal projek yang bercetak sebagai bukti pada tarikh pembentangan.

TUGASAN 2 : PROJEK (70%)


Anda dikehendaki menyediakan satu produk inovasi digital yang boleh diaplikasikan dalam
Pengajaran dan Pembelajaran PAK21 untuk program major anda.
Tugasan ini terdiri daripada tiga komponen, iaitu Pembentangan Projek (20%) Hasil Projek
Inovasi Digital (30%) dan Kemahiran Keusahawanan (20%)

Arahan Pelaksanaan Tugasan 2: Projek

1. Hasil Projek (30%)

1.1 Tugasan berkumpulan. Bilangan ahli kumpulan tidak melebihi tiga orang.
2.1 Hasil projek inovasi digital tersebut perlu relevan dengan Tema/ Topik/
Kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran sekolah di bawah
program major anda.
2.2 Hasil projek tersebut boleh guna, mesra pengguna dan selamat digunakan.
2.3 Ia mempunyai reka bentuk penampilan ataupun pembungkusan yang
menarik. Memperakui idea pencipta asal.

1. Pembentangan Projek (20%)


1.1 Bentangkan hasil projek yang telah dilaksanakan berdasarkan proposal projek
(Tugasan 1).
1.2 Pembentangan seharusnya menunjukkan usaha anda untuk merancang
persediaan, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian projek inovasi digital
anda.
1.3 Semua ahli kumpulan dikehendaki membentangkan hasil produk yang telah
dihasilkan.
1.4 Kolaborasi dengan ahli kumpulan dalam usaha pencarian maklumat, sumber,
penjanaan idea, bantuan teknikal dan sebagainya amat penting dalam
pelaksanaan tugasan.

3. Kemahiran Keusahawanan (20%)


Anda dikehendaki mempromosi projek inovasi digital anda dengan menyediakan
Panduan Penggunaan, cadangan pengintegrasian projek inovasi digital dalam
Pengajaran dan Pembelajaran serta menyediakan satu platform secara online /
flyer/brosur untuk mempromosikan hasil projek anda. Untuk tujuan promosi, ia
seharusnya mengandungi maklumat yang berikut:
3.1 Tugasan dilaksanakan secara individu.
3.2 Mengandungi maklumat yang lengkap dan jelas tentang tajuk projek, jenis/
format projek, Objektif /hasil pembelajaran yang ingin dicapai, keperluan sistem
ataupun peralatan / kemudahan sokongan serta ciri-ciri keselamatan yang
perlu dipatuhi.
3.3 Panduan Penggunaan hasil projek tersebut sistematik dan mudah diikuti.
Sediakan ilustrasi jika perlu.
3.4 Reka bentuk penampilan / pembungkusan yang mudah dibaca dan menarik.
3.5 Cadangan aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk menggunakan hasil inovasi
digital tersebut. Anda tidak perlu menyediakan RPH.

TUGASAN 3 : LAPORAN PROJEK (10%)


Secara kritis, anda dikehendaki menghasilkan laporan projek yang panjangnya 500 patah
perkataan.
Arahan Pelaksanaan Tugasan 3: Laporan Projek
1. Tugasan dilaksanakan secara individu.
2. Laporan projek merupakan dokumentasi pelaksanaan projek inovasi digital
(Tugasan 2) yang menghuraikan butiran berikut:
2.1 Jenis projek, matlamat, fungsi, kumpulan sasaran, sumber inspirasi yang
membantu penjanaan idea inovasi.
2.2 Sejauh manakah hasil produk (prototaip) berbeza daripada proposal,
berikan verifikasi tentang perubahan tersebut.
2.3 Jenis penilaian yang dilakukan terhadap kebolehgunaan projek tersebut
dan dapatannya.
2.4 Cadangkan penambahbaikan ataupun penyelesaian alternatif.
2.5 Refleksi: Merumuskan pembelajaran yang diperolehi melalui proses penghasilan
projek inovasi digital.
2.6 Sediakan lampiran ataupun ilustrasi yang menggambarkan projek inovasi digital
tersebut.
2.7 Buat rujukan yang mencukupi dan terkini serta lampirkan senarai rujukan dalam
penulisan anda. Sediakan senarai rujukan menurut gaya rujukan APA bagi
menunjukkan sumber rujukan yang dibuat untuk pelaksanaan projek ini.

TUGASAN 4 : KUIZ (10%)


Anda dikehendaki menjawab soalan kuiz yang terdiri daripada empat (4) soalan berstruktur.
Masa untuk menjawab adalah 30 minit sahaja.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


1. Hasil projek dilaksanakan secara berkumpulan, manakala tugasan lain adalah secara individu.
2. Buat rujukan yang mencukupi dan terkini serta lampirkan senarai rujukan dalam penulisan
anda.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
i. Font Arial
ii. Saiz huruf ialah 11 point
iii. Langkau 1.5 baris
iv. Rujukan mengikut format A.P.A (American Psychological Association)
4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Jika didapati berlaku, pelajar akan
digagalkan kerja kursus.
5. Muka depan tugasan merangkumi:
a. Nama pelajar
b. Angka giliran
c. No. Kad Pengenalan
d. Kumpulan/Unit
e. Kod dan Nama Kursus
f. Tajuk Projek Inovasi Digital
g. Nama Pensyarah Pembimbing
h. Tarikh hantar
6. Tugasan yang bakal diserahkan terdiri daripada komponen Tugasan 1, Tugasan 2 dan
Tugasan 3, iaitu:
i. CD yang mengandungi softcopy projek inovasi digital yang tercatat nama pelajar,
tajuk projek inovasi serta opsyen dan kumpulan.
ii. Sekiranya projek inovasi digital berbentuk Apps secara “online” , sediakan
pernyataan bercetak yang mengandungi maklumat seperti URL dan Printscreen
yang memberikan gambaran terhadap projek tersebut. Sediakan Shorten URL
bagi memudahkan capaiannya.
iii. Panduan Penggunaan yang bercetak.
iv. Laporan Projek.
v. Senarai rujukan mengikut gaya APA.
7. Pelajar wajib hantar tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar
lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus.
8. Tugasan ini membawa peratusan wajaran 100%.

Kriteria Pentaksiran
Tugasan ini disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan. Tugasan yang baik
harus menunjukkan kriteria-kriteria yang disediakan dalam rubrik.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

( JOHANES BIN BULOT @ ( AMJAH BIN YUNUS )


( THADIUS BIN GUGAU )
BULAT ) Ketua Jabatan
Penyelaras Kursus
Jabatan Seni Visual dan Jabatan Seni Visual dan
PSVK3152
Muzik Muzik
Jabatan Seni Visual dan
Institut Pendidikan Guru Institut Pendidikan
Muzik Kampus Keningau Guru Kampus Keningau
Institut Pendidikan Guru
Kampus Keningau

Anda mungkin juga menyukai