Anda di halaman 1dari 6

PENDIDIKAN INKLUSIF

(BMMB3132)
Soalan Tutorial Minggu 9 :
Isu dan Cabaran Dalam Pelaksanaan Pendidikan Inklusif

Disediakan oleh :
Muhammad Alif Izzuddin Bin Rosli
Muhammad Hazizi Bin Hamzah
Rasin Bin Roslan
Pentadbir dan
Guru

Isu Dan
Cabaran

Prasarana dan Ibu Bapa dan


kemudahan Masyarakat
PENTADBIR DAN GURU

• Ada guru besar yang tidak memberi sokongan kepada PPI seperti memberi persepsi negatif dan beranggapan bahawa PPI hanya membebankan
pihak sekolah.
• Guru besar kurang mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas.
• Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan.
• Dalam kalangan guru aliran perdana pula, mereka tidak mahu menerima MBK.
• Misalnya, mereka kurang bersedia dan menganggap MBK melambatkan PdP murid biasa.
• Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang
diletakkan dalam kelas inklusif.
• Dari segi penyelarasan pengajaran, terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa dengan guru Pendidikan Khas.
• Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum kelas biasa
dengan kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid.
• Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program khas pemulihan.
• Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang
menjadi faktor murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran.
• Dalam menanggani isu persepsi negatif pihak pentadbir dan aspek kesediaan guru aliran perdana mengenai PPI, mereka perlu diberi latihan
perkhidmatan pendidikan inklusif seperti kursus kemahiran pengurusan murid inklusif.
IBU BAPA DAN MASYARAKAT

• Ibu bapa dan masyarakat kurang kefahaman dan keyakinan terhadap guru biasa dalam
mengajar MBK.
• Contohnya, mereka mempertikaikan kemampuan guru kelas biasa dalam mengajar MBK.
• Ibu bapa kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini.
• Sebagai contoh, tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa.
• Isu ini dapat diatasi dengan memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai kemahiran guru
biasa dalam pdp MBK. Murid biasa juga menjadi cabaran kepada PPI.
• Misalnya, mereka tidak faham keadaan MBK dan sering membuli mereka dalam kelas aliran
perdana. Perkara ini boleh diatasi dengan cara mewujudkan peraturan agar murid biasa tidak
membuli MBK.
PRASARANA DAN KEMUDAHAN

• Keadaan bilik darjah untuk murid-murid berkeperluan khas yang jauh terasing, atau di
tempat yang tidak selesa.
• Kelengkapan asas juga tidak ada, atau tidak mencukupi.
• Contohnya seperti meja, kerusi serta susunan prasarana dan kemudahan yang merumitkan
pergerakan MBK dalam kelas.
• Kurangnya kemudahan dan prasarana boleh diatasi dengan mendapat bantuan daripada
agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia,
Yayasan Kiwanis Sindrom Down serta Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).
• Dari aspek susun atur prasarana pula, guru harus memastikan setiap susun atur kemudahan
dalam kelas adalah sesuai dan berada dalam keadaan yang tidak mengancam keselamatan
dan mengehadkan pergerakan MBK dalam kelas.
KONSEP ASAS PEDAGOGI
INKLUSIF
• Kelas arus perdana dan guru arus perdana.
• Guru mempunyai pengetahuan atau konsep awal yang berkaitan dengan Pendidikan Inklusif.
• Semua guru yang terlibat harus tau maklumat mengenai aspek adaptasi kurikulum.
• Bahan pengajaran, strategi pengajaran dan Teknik pengajaran MBK, pengajaran kolaborasi,
alat bantu teknologi, RPI untuk MBK.

Anda mungkin juga menyukai