Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2019


SEMESTER 2 TAHUN 4

TUGASAN 1: ANALISIS PERMAINAN KEWANGAN

Nama Pelajar : AHMAD ZARFAN NAJMI BIN MOHD NASRI


Angka Giliran : 2019312340155
No. Kad Pengenalan : 000726-03-0891
Kumpulan /Unit : PISMPPJ
Kod Kursus : KKWK 3013
Nama Kursus : KEUPAYAAN KEWANGAN
Nama Pensyarah : EN. AHMAD ASHRY B. ISMAIL
Tarikh Hantar : 4 OKTOBER 2022

Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
1
SENARAI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat


SENARAI KANDUNGAN II

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS III

HASIL KERJA KURSUS 1

1.0 PENGENALAN 3

2.0 OBJEKTIF 4

3.0 PESERTA 4

4.0 PERATURAN PERMAINAN 4-7

5.0 ELEMEN MENARIK DAN UNIK 7-8

6.0 PERALATAN PERMAINAN 9-10

7.0 PROSEDUR PERMAINAN 11

8.0 PERKAITAN UNSUR KEWANGAN DI DALAM PERMAINAN 11-13

9.0 PENUTUP 13

RUJUKAN 14

2
1.0 PENGENALAN

Pengurusan kewangan adalah satu keperluan yang mana perlu difahami oleh setiap
lapisan masyarakat tidak kira had umur sama ada tua, muda mahupun remaja. Pengurusan
kewangan ini penting dalam menguruskan keperluan dan kehendak dalam kehidupan seharian.
Remaja adalah golongan penting dalam menguasai ilmu berkenaan pengurusan kewangan
kerana mereka sering berboros apabila mempunyai wang yang banyak. Ibu bapa adalah insan
penting dalam memberikan didikan mengenai pengurusan kewangan kepada anak-anak
mereka. Hal ini kerana, didikan keluarga memainkan peranan dalam mempengaruhi tingkah
laku kewangan seseorang remaja (Bona, 2018). Dapat kita perhatikan bahawa pengurusan
kewangan ini adalah sangat penting untuk dididik sejak dari bangku sekolah lagi kepada para
remaja dan budak-budak pada masa kini. Maka dari itu, pentingnya kepada setiap ahli
masyarakat dalam menguasai pengurusan kewangan agar dapat menghindari sikap boros
dalam diri mereka.

Dalam menerapkan pentingnya pengurusan kewangan kepada remaja dan kanak-


kanak pada masa kini, telah menyebabkan kewujudan permainan kewangan kepada mereka
untuk belajar bagaimana menguasai pengurusan kewangan kepada diri mereka. Permainan
kewangan ini adalah permainan yang memberikan peluang dan pengalaman kepada kanak-
kanak mahupun orang dewasa dalam mempelajari konsep kewangan melalu aktiviti bermain
(Mohamad Fazil, 2015). Permainan kewangan ini diwujudkan untuk memperkenalkan fungsi
dan kegunaan wang dalam kehidupan seharian. Permainan ini membolehkan pemain
menggunakan wang permainan untuk membeli tanah dan menjual balik mengikut keperluan
mereka. Kaedah permainan ini membantu pemain dalam memahami penggunaan wang dalam
kehidupan seharian. Maka dari itu, dapat kita perhatikan bahawa permainan kewangan ini
sangat bermanfaat kepada setiap lapisan masyarakat dalam menerapkan pengetahuan
berkenaan pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian.

3
Oleh sebab itu, saya telah memilih satu permainan kewangan yang dipanggil “Jutaria”.
Permainan ini adalah simulasi pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian seseorang itu
dan menjadikan permainan yang sangat sesuai dalam memupuk dan meningkatkan tahap
pengetahuan masyarakat terhadap pengurusan kewangan. Permainan ini dapat menerapkan
strategi pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian dengan cara yang betul bagi
mengelakkan seseorang itu mengalami muflis dan mencapai sasaran kewangan masing-
masing. Permainan ini dapat memberikan kesedaran kepada para pemain dalam kehidupan
seharian melalui pengurusan simpanan, pelaburan, aset, risiko perlindungan, pelaburan, harta
dan liabiliti dengan membeli harta serta menjual harta dan menaiktaraf taraf supaya harga
penggunaan servis dapat meningkat kepada penggunaan sehingga kekayaan menjadi lebih
tinggi.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Dapat merancang strategi dalam pengurusan kewangan untuk kehidupan seharian.
2.2 Mampu untuk merancang simpanan dan pelaburan untuk digunakan ketika keadaan
terdesak yang berlaku dalam kehidupan.
2.3 Boleh merancang risiko perlindungan serta insurans dalam menguruskan kewangan
dalam kehidupan seharian.
2.4 Mampu untuk meningkatkan analisis kewangan, membuat perbandingan dan
keputusan dalam membeli barang keperluan dan kehendak.

3.0 PESERTA
3.1 Permainan ini boleh dimainkan seramai 2 hinga 6 orang peserta dalam satu masa.
3.2 Permainan ini sesuai dimainkan oleh pelbagai peringkat umur sama ada kanak-
kanak mahupun dewasa.

4.0 PERATURAN PERMAINAN


 Pemain perlu melempar dadu untuk menentukan bilangan pergerakan mereka.
 Permainan ini dimainkan dengan mengalahkan pemain lain sehingga mereka muflis.
 Untuk pemain yang memijak tanak atau kawasan yang telah dibeli oleh pemain lain,
mereka kena bayar cas denda kerana memijak tanah orang lain.
 Bagi pemain yang berhenti di kawasan penjara, mereka tidak boleh bergerak untuk tiga
kali pusingan.

4
 Untuk pemain yang habis setiap satu pusingan akan mendapat $200.

Fate / Chance

 Jika pemain mendarat di Fate atau Chance, mereka harus mengambil kad yang mana
seperti tempat mereka mendarat dari longgokan kad dan mesti mematuhi arahannya..
 Arahan yang diberikan adalah secara rawak seperti bank membayar kepada pemain,
pemain bayar kepada bank ataupun pemain perlu berpindah tempat yang berada di
papan permainan.

“Dalam penjara” dan Cara Keluar dari Penjara

 Pemain yang mana berhenti di kawasan “Go to Jail” akan dimasukkan ke dalam penjara
ataupun pemain yang mana mendapatkan kad yang bertulis “ Go to Jail”.
 Pemain diberikan pilihan untuk keluar dari penjara dengan cara membayar kepada bank
sebanyak $500, melempar dadu sebanyak tiga kali sehingga keluar angka 6 ataupun
tunggu sebanyak tiga giliran pemain lain bermain.

5
 Bagi pemain yang berada di penjara, dia masih boleh menerima duit sewa hasil
daripada pemain lain yang memijak kawasan tanahnya.

Hartanah

 Bagi pemain yang memijak kawasan tanah yang mana masih tiada pembeli, pemain
bebas untuk membeli tanah tersebut berdasarkan harga pasaran tanah tersebut tidak
kira kawasan tersebut ada nama negara lain, jalan kereta api atau utiliti yang ada.
 Jika mereka menolak untuk membeli tanah tersebut, pemain lain mempunyai peluang
untuk membeli tanah tersebut yang ditinggalkan.
 Bagi tanah yang sudah dibeli, pemain yang memijak kawasan tersebut harus membayar
harga sewa berdasarkan harga semasa yang mana tanah tersebut mempunyai rumah
ataupun hotel.
 Apabila seorang pemain membeli tanah dalam kawasan warna yang sama, harga untuk
sebuah tanah tersebut akan digandakan berdasarkan gandaan kesemua tanah yang
ada.
 Untuk pemain yang ingin membina rumah atau hotel di kawasan tanahnya, pemain perlu
melepasi satu pusing dan kembali memijak ke tanah mereka sendiri untuk membina
aset yang mereka inginkan.
 Sekiranya pemain memijak tanah yang ketika itu mempunyai tuan tanah, pemain tidak
perlu membayar harga sewa tanah.

6
Gadai janji

 Hartanah boleh digadai selepas semua rumah/hotel di atasnya dijual.


 Pemain menerima wang daripada bank untuk setiap harta yang dicagarkan (separuh
harga pembelian), yang mesti dibayar balik dengan faedah 10% untuk ditebus.
 Rumah dan hotel boleh dijual semula kepada bank dengan separuh harga belian.
Pemain tidak boleh mengutip sewa hartanah yang digadaikan tetapi mereka boleh
menukarnya.

Bankrupcy / Muflis

 Pemain yang mana telah kehabisan duit sehingga berhutang dengan bank akan dikira
muflis.
 Bagi mengelakkan pemain muflis, pemain boleh mencagar tanahnya kepada bank dan
perlu dibayar balik dengan kadar faedah 10% dari harga tanah.
 Pemain juga boleh membuat pinjaman sementara dengan pemain lain sehingga pemain
dapat pulangan modal yang cukup bagi mengelakkan muflis.
 Jika pemain tidak dapat membayar semua hutangnya dengan bank mahupun pemain
lain, pemain tersebut diisytiharkan muflis dan hartanya seperti tanah serta aset rumah
mahupun hotel akan menjadi milik bank.

5.0 ELEMEN MENARIK DAN UNIK

Antara elemen menarik dan unik yang diterapkan dalam permainan ini ialah :

i. Permainan ini dapat mengasah minda para pemain dalam merancang kewangan
mereka pada masa akan datang.
ii. Permainan ini boleh dimainkan sehingga 6 orang pemain.
iii. Para pemain dapat berfikir dan membuat keputusan dalam menentukan pembelian
aset apa yang menguntungkan dan merugikan mereka pada masa akan datang.
iv. Permainan ini tidak akan habis sehingga tinggal seorang pemain dengan pemain
yang lain mengalami muflis.
v. Permainan ini dapat merancang masa lapang masyarakat dalam mengatur
perancangan kewangan yang sesuai.

7
Bil Nama Alatan Gambar
1 Papan Permainan

2 Dadu

6.0 PERALATAN PERMAINAN


3 Kad (Luck / Community Vault)

4 Token

5 Wang Palsu

6 Kad Geran Tanah

7 Rumah dan Hotel 8


7.0 PROSEDUR PERMAINAN
7.1 Pemain di urutan yang pertama akan melempar dahulu dadu untuk memulakan
permainan dengan diikuti oleh pemain yang lain.
7.2 Pemain perlu bergerak mengikut bilangan dadu berhenti, dan bagi yang mendapat
dadu dengan bilangan 6, pemain tersebut layak mendapatkan lemparan dadu kali
kedua.
7.3 Proses ini akan berulang kepada pemain lain.
7.4 Pemain bebas untuk membeli ataupun tidak bagi tanah yang telah mereka tapak.
7.5 Untuk setiap kali pusingan, pemain boleh menaik taraf tanah mereka dengan
membina rumah ataupun hotel sekiranya pemain tersebut bertapak lagi di tanah
asalnya. Hal ini membantu untuk meningkatkan lagi cas kepada pemain lain yang
bertapak di tanah tersebut.

8.0 KAITAN UNSUR KEWANGAN DI DALAM PERMAINAN

Permainan “Jutaria” ini dapat membantu para pemain dalam merancang kewangan mereka
sesuai dengan wang yang mereka ada. Permainan ini bukan hanya mementingkan penjanaan
pendapatan dan punca pendapatan kewangan individu sahaja, bahkan merancang kesan-
kesan perbelanjaan tersebut ke atas pemain itu sendiri. Hal ini dapat kita perhatikan apabila
bermain permainan “Jutaria” yang mana pemain tidak digalakkan untuk membeli setiap tanah
yang mereka berada sehingga tiada duit tabungan. Keadaan ini akan mendatangkan kesan
pada masa akan datang sekiranya pemain tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa semakin
banyak perbelanjaan kepada tanah (aset jangka masa panjang) akan mendatangkan untung
yang besar pada masa akan datang. Namun begitu, dengan kehabisan wang simpanan akibat

9
perbelanjaan yang banyak akan mendatangkan kesan yang buruk pada masa sekarang.
Pemain mungkin sahaja akan terkena cas yang dikenakan oleh bank hasil daripada terkena
cabutan kad Fate atau Chance. Dengan ketiadaan wang simpanan untuk membayar denda
tersebut, pemain perlu mencari cara agar dapat membayar wang kepada pihak bank. Antara
cara yang digunakan dalam permainan ini adalah, pemain boleh menjual aset-aset yang telah
dibelinya. Sekiranya pemain telah kehabisan tanah untuk dijual bagi membayar hutang dari
bank, pemain akan dikira sebagai bankrap dan akan terkeluar dari permainan tersebut dengan
serta merta. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menunjukkan gambaran kepada para
pemain tentang apakah kesan sekiranya seseorang itu tiada wang simpanan dan menggunakan
semua duitnya untuk berbelanja semata-mata dalam kehidupan sebenar. Secara tidak
langsung, pemain akan memastikan bahawa dia akan sentiasa duit simpanan atau duit
kecemasan yang boleh digunakan ketika keadaan terdesak dalam kehidupan seharian.

Seterusnya, pemain perlu bijak dalam menentukan perbelanjaan yang mana betul-betul
menguntungkan mereka pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana, dalam permainan
“Jutaria” ini, terdapat banyak jenis tanah dengan harga sewa yang berbeza sekiranya pijak oleh
pemain lain. Seperti yang kita tahu, pembelian kawasan yang mempunyai warna yang sama
dapat menaikkan lagi harga sewa sekiranya pemain lain pijak di kawasan tanah tersebut,
namun begitu sekiranya hanya satu kawasan sahaja yang dapat dibeli, harga sewa akan kekal
dengan kadar yang rendah. Tidak dapat dinafikan bahawa pentingnya merancang perbelanjaan
tanah yang dapat menjamin hasil yang lumayan pada masa akan datang. Dalam permainan ini,
bagi pemain yang dpat membeli tanah yang mempunyai utiliti dan kawasan seperti landasan
kereta api akan dapat pulangan sewa yang lumayan. Pemain perlu merancang kawasan tanah
mana yang akan sering disewa oleh pemain lain, dan kawasan tersebut dapat memberi hasil
yang lumayan. Pembelian kawasan tanah yang tidak strategik yang mana jarang disewa oleh
pemain lain hanya akan merugikan pemain itu sendiri kerana tidak ada pulangan yang
menguntungkan. Ini memberi pendedahan kepada pemain bahawa setiap perbelanjaan yang
dilakukan dalam kehidupan seharian mestilah perbelanjaan yang mana mendatangkan hasil
dan bukan hanya perbelanjaan untuk menghabiskan duit sahaja tanpa ada simpanan. Oleh itu,
dapat kita perhatikan bahawa dalam setiap perbelanjaan yang dijalankan mestilah yang
menguntungkan pemain itu pada masa akan datang dan dapat mengelakkan mereka
mengalami muflis akibat pembelian tanah yang merugikan mereka sahaja.

10
Selepas itu, dalam Permainan “Jutaria” ini juga didedahkan dengan keadaan berisiko yang
mana terdapat kad-kad nasib yang dicabut oleh pemain yang boleh mendatangkan musibah
seperti bencana alam, kerosakan harta benda, kemalangan jiwa dan sebagainya. Dengan
adanya elemen-elemen seperti ini adalah untuk menyedarkan para pemain tentang pentingnya
ada wang simpanan untuk digunakan ketika waktu terdesak akibat musibah yang berlaku.
Pemain boleh melakukan beberapa langkah untuk membantu dalam menangani keadaan yang
tidak dijangkakan seperti membuat cagaran tanah dengan pihak bank untuk mendapatkan
wang sebelum mendapatkan untung agar dapat menebus balik tanah yang dicagar. Keadaan ini
dapat memberi pendedahan kepada pemain bahawa terdapat aset-aset yang kita boleh
tukarkan kepada wang dalam masa sementara tanpa perlu menjualnya iaitu cagaran. Keadaan
ini dapat membantu pemain mendapatkan wang dan mengelakkan mereka daripada muflis.

9.0 PENUTUP

Tuntasnya, dapat kita perhatikan bahawa permainan “Jutaria” ini adalah satu alat
permainan yang sangat bermanfaat dalam merancang pengurusan kewangan mereka. Dalam
permainan ini, pemain dapat belajar tentang pentingnya merancang perbelanjaan yang betul-
betul bermanfaat dan menguntungkan di samping merancang simpanan yang cukup untuk
digunakan ketika keadaan terdesak. Bagi pemain yang mengalami muflis dalam permainan ini
dapat memberi pendedahan kepada mereka agar tidak mengulangi tindakan yang saman
dalam kehidupan seharian. Di mana merancang perbelanjaan harian bersesuaian dengan
keperluan yang mereka perlukan dan tidak tamak dalam perbelanjaan. Simpanan yang cukup
mesti sentiasa ada untuk digunakan ketika keadaan terdesak seperti kemalangan, kerosakan
harta benda, sakit dan banyak lagi. Oleh itu, dapat kita perhatikan bahawa pentingnya
permainan ini untuk memberi pendedahan kepada masyarakat terutama golongan remaja di
negara ini.

11
RUJUKAN

Bona J T C (2018) Factors affecting the spending behavior of college students. Journal of
Fundamental and Applied Science 10(3S): 142-152.

Mohamad Fazli Sabri. (2015). Kit Pengurusan Kewangan Kanak-Kanak. Selangor. Universiti
Putra Malaysia

12

Anda mungkin juga menyukai