Anda di halaman 1dari 2

Soalan Kuiz BMMB 3152

Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1.Berikan takrifan inovasi (2 markah).

Secara umumnya, inovasi didefinisikan sebagai penghasilan pembangunan teknologi baharu


atau aplikasi sesuatu teknologi yang lebih baik dalam kegunaan tertentu sama ada melalui
pengubahsuaian atau penambahbaikan. Inovasi merupakan proses penyusunan semula
dengan menggunakan unsur yang sedia ada. Segala idea yang dicetuskan dalam inovasi boleh
merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk system dan prosedur, kaedah dan cara bekerja
serta pengenalan teknologi.

2. Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi inovasi digital dalam pendidikan. (2 markah).

- Kecenderungan murid dalam teknologi pada masa kini.

- Selaras dengan arus pemodenan negara.

- Murid akan lebih tertarik dan berminat untuk belajar dalam bentuk grafik seperti inovasi digital.

3. Berdasarkan projek yang telah dihasilkan, bincangkan bagaimana idea-idea utama dalam
pembelajaran trialogikal telah direalisasikan. (6 markah).

Menyatakan tujuan sebenar dan keperluan (Explicating real purpose and need)

Pengkaji perlu mengetahui tujuan dan keperluan murid dalam mempelajari ayat tunggal
dan ayat majmuk. Merujuk kepada DSKP tahun 3 Bahasa Melayu, standard
pembelajaran 3.2.6 menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis dengan betul
dan kemas. Selain itu di dalam pengisian kurikulum 5.6 menyatakan “Penerapan empat
unsur sains dan teknologi dalam mata pelajaran lain dilaksanakan melalui kandungan,
aktiviti dan bahan atau prasarana. Antara unsurnya ialah pengetahuan sains dan
teknologi, kemahiran saintifik dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.” Di sini lah perolehan ilmu dan idea tersirat bagi membina inovasi digital
‘ATAM’.
Menetapkan skop/had/batasan (Framing)

Pengkaji menetapkan skop bagi inovasi yang dihasilkan. Inovasi tersebut perlulah
bersesuaian dengan aras murid dan tidak membebankan murid. Murid akan mudah
bosan jika sering melakukan kesalahan sewaktu menjawab soalan. Ini menyebabkan
minatnya terhadap inovasi yang dihasilkan berkurang.

Sediakan draf dan semakan berulang (Drafting and versioning)

Pengkaji perlu membuat draf dan menyemak semula inovasi yang dihasilkan agar tiada
sebarang kecacatan dan kesalahan pada produk inovasi digital.

Uji kaji dan membuat refleksi (Examining and reflecting on)

Pengkaji perlu melakukan uji kaji berulang kali dan membuat refleksi kepada jawapan
yang dijawab oleh murid.

Pemurnian dan spesifikasi (Finalising and specifying)

Pengkaji harus membuat penambahbaikan kepada produk inovasi yang dihasilkan jika
terdapat kekurangan.

Guna semula (Reusing)

Inovasi digital “ATAM” boleh diguna semula bagi topic lain dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi tahun yang sama atau berlainan.

Anda mungkin juga menyukai