Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 5 )

PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR


LASS3013

NAMA MOHAMAD ARIFUDDIN BIN AB HADI

KAD PENGENALAN 970913-33-5129

ANGKA GILIRAN 2017192340076

KUMPULAN PISMP C5

PENSYARAH Dr. SITI HALIMAH BINTI MD. YASSIN

TUGASAN 3: PENULISAN LAPORAN PROJEK ISU


TAJUK
JEREBU

TARIKH HANTAR 10 OKTOBER 2019


TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS
PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya saya masih lagi mampu
meneruskan kehidupan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Saya juga
melafazkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah memberi kekuatan kepada saya
untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Siti Halimah binti Md. Yassin
pensyarah bagi kursus LASS3013 Pendidikan Lestari Alam Sekitar yang tidak muak dalam
memberi tunjuk ajar bagi menjayakan tugasan yang telah diberikan oleh beliau kepada saya.
Saya amat menghargai segala titik peluh yang dicurahkan kepada saya hanya demi melihat
saya mencapai kejayaan pada masa hadapan dalam bidang yang saya telah pilih dan
ceburi.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa serta keluarga yang telah banyak memberi
sumbangan secara langsung dan tidak langsung kepada saya. Tidak kira sumbangan dari
segi material, tenaga, masa dan sebagainya. Sebagai anggota keluarga, saya amat
mengenang jasa mereka kerana setia memberi semangat walaupun dari jarak yang jauh.

Seterusnya, sekalung penghargaan dikalungkan kepada semua rakan yang banyak


membantu seperti memberi pendapat, pandangan serta idea yang sangat bernas serta
bermakna sehingga mampu menjana buah fikiran untuk menyiapkan tugasan ini. Secara
keseluruhan, terima kasih sekali lagi diucapkan kepada setiap individu yang terlibat secara
langsung dan juga secara tidak langsung dalam usaha menyempurnakan kerja LASS3013
Pendidikan Lestari Alam Sekitar.
DAFTAR KANDUNGAN

Daftar Kandungan i

Penghargaan ii

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Isu Alam Sekitar Terkini 2

3.0 Masalah yang Berlaku Susulan Isu Jerebu 4

4.0 Perancangan Tindakan yang Akan Diambil untuk Menyelesaikan Isu 5

5.0 Pelaksanaan dan Laporan Pelaksanaan Penyelesaian Isu 7

6.0 Jadual Pelaksanaan Projek 9

7.0 Rumusan 9

Rujukan 10
1.0 PENDAHULUAN
Sudah menjadi lumrah kehidupan, semakin tua usia, semakin buruk keadaannya.
Seperti manusia, semakin tua dan berusia, semakin lemah kudrat yang tersisa sehingga
akhirnya tidak memiliki apa-apa kecuali sekadar nama. Begitu juga apa yang terjadi
kepada alam semesta ini. Tidak usah cerita akan bintang-bintang yang berada di
cakerawala, cukup sekadar memerhati planet yang terdekat dengan khalifah di dunia
iaitu planet Bumi. Dasawarsa ini, Bumi sering dilimpahi dengan bencana alam yang
semakin hebat dan kerap. Tidak kira bencana yang melibatkan tanah, air mahupun
udara, semuanya datang menyerang makhluk di muka Bumi tanpa memilih mangsa
yang baik atau yang jahat meskipun kadang kala bencana alam yang datang
disebabkan sikap-sikap makhluk Allah bernama insan yang taksub dengan kenikmatan
duniawi sehingga sanggup mengabaikan segala kepentingan yang lain. Contohnya,
kejadian tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di Cameron Highland pada tanggal 20
Oktober 2018 (R. Ramakrishnan, 2019). Kejadian ini berlaku disebabkan manusia yang
sanggup menorah bukit-bukit untuk membina pembangunan yang melampaui batas
untuk menjalankan perniagaan yang lumayan sehingga kebajikan terhadap alam tidak
diambil berat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Satu mata pelajaran telah diwujudkan iaitu Pendidikan Lestari Alam Sekitar
bagi menerapkan elemen-elemen cinta akan alam semesta dalam kalangan masyarakat
yang bermacam ragam ini. Mata pelajaran ini juga diajarkan kepada pelatih-pelatih guru
di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) dengan tujuan guru-guru
masa hadapan dapat memberi didikan serta kesedaran kepada murid-murid tentang
kepentingan alam yang diwarisi kepada mereka supaya mereka mewarisi alam ini
kepada generasi akan datang dalam keadaan yang baik dan indah. Menurut Siti
Halimah (2019), terdapat tiga isi penting dalam Pendidikan Lestari Alam Sekitar iaitu
pendidikan tentang alam sekitar, pendidikan melalui alam sekitar dan pendidikan untuk
alam sekitar.

Tentang Alam
Sekitar

PENDIDIKAN

Untuk Alam Melalui Alam


Sekitar Sekitar

Rajah 1: Isi-
isi penting
Pendidikan tentang alam sekitar merupakan penyebaran pengetahuan
berkaitan alam kepada pelajar bagi memastikan pelajar mengetahui serba sedikit
berkaitan mahkluk lain yang hidup bersama kita di muka Bumi ini. Pendidikan melalui
alam sekitar pula ialah penerapan kesedaran dalam jiwa pelajar bahawa alam sekitar
perlu dilindungi dengan memberi didikan kepada mereka bahawa alam semesta ini
mempunyai pelbagai faedah dan kebaikan kepada manusia. Selain itu, kemusnahan
alam sekitar juga akan menyebabkan kemusnahan kehidupan manusia itu sendiri.
Seterusnya, pendidikan untuk alam sekitar pula membincangkan berkaitan amalan-
amalan yang boleh dilakukan oleh pelajar supaya alam sekitar terus terjaga dan
diwariskan kepada generasi akan datang dalam keadaan yang baik.

2.0 ISU ALAM SEKITAR TERKINI


Meskipun Pendidikan Lestari Alam Sekitar sudah diterapkan dalam mata pelajaran di
sekolah, namun sikap tamak dan haloba tetap menjadi puncak yang menguasai
kemanusiaan seseorang manusia. Baru-baru ini pada bulan September 2019, satu
tragedi bencana alam yang melibatkan pencemaran udara sekali lagi berlaku melanda
wilayah Asia Tenggara terutamanya negara kita yang tercinta, Malaysia dan negara jiran
juga serumpun iaitu Indonesia. Berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
pada 2019 dalam Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, bencana alam jerebu
ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang
tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel
yang dimaksudkan ini mungkin berasal secara semula jadi atau kesan sampingan
daripada aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab. Apabila Partikel ini wujud dalam
kuantiti yang banyak dan berkelompok, ia boleh menyekat pancaran matahari ke Bumi.
Oleh yang demikian, fenomena ini boleh mengurangkan jarak pandangan mata kasar
makhluk di muka Bumi.

Manakala menurut Mohd Talib Latif et. al (2017 a) menyatakan bahawa


jerebu merupakan salah satu pencemaran udara yang boleh didefinisikan sebagai suatu
fenomena pengurangan jarak pandangan di udara disebabkan oleh kewujudan partikel-
partikel kecil serta serakan cahaya boleh nampak oleh zarah terampai, gas atau wap air
di atmosfera yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara.
Pencemaran jerebu ini memang tidak asing lagi di negara Malaysia yang terpaksa
berhadapan dengan fenomena berbahaya ini saban tahun. Malah, masalah pencemaran
udara di Malaysia tidak lagi termaktub dalam ruang lingkup pencemaran domestik yang
berpunca daripada pembakaran hutan, asap kilang dan kendaraan bermotor di dalam
negara. (Haliza Abdul Rahman, 2013). Hal ini kerana masalah jerebu boleh juga datang
daripada negara lain yang terdekat sehingga pencemaran jerebu daripada negara
tersebut merentas sempadan ke negara Malaysia. Secara automatik, IPGKBM di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga terkena tempiasnya. Benar, fenomena jerebu
yang berlaku kebiasaannya merupakan jerebu rentas sempadan. Menurut Nurulnabila
Anis Mat Seman & Maizatun Mustafa (2019), pencemaran jerebu rentas sempadan ialah
pencemaran yang berasal dari satu negara tetapi dapat menyebabkan kerosakan
kepada persekitaran negara lain apabila asap-asap tercemar dibawa angin merentas ke
sempadan negara sekeliling sehingga beratus-ratus malah beribu-ribu kilometer dari
sumber asal.

Seperti sedia maklum, fenomena jerebu merupakan satu pencemaran udara.


Maka, pencemaran yang dimaksukan sudah pasti partikel-partikel negatif seperti asap
dan debu yang sangat halus. Oleh itu, tidak lain dan tidak bukan gejala ini berpunca
daripada aktiviti pembakaran terbuka, perkilangan dan permotoran. Asap-asap yang
dibebaskan daripada aktiviti ini yang terlalu banyak tanpa dikawal telah membawa
kepada satu fenomena jerebu yang boleh mencemarkan alam sekitar. Bagi kes jerebu
September 2019, jerebu yang melanda Malaysia berpunca daripada kebakaran hutan
yang tidak terkawal di Kalimantan, Indonesia. Rakyat Indonesia yang terlibat sanggup
memusnahkan hutan dengan skala yang besar untuk membina tapak pembangunan
supaya dapat mengaut keuntungan dengan cepat telah membuktikan bahawa sikap
tamak seorang manusia telah mengetepikan segala kasih sayang serta cinta kepada
alam semula jadi.

Rajah 2: Pembakaran terbuka punca jerebu.


3.0 MASALAH YANG BERLAKU SUSULAN ISU JEREBU
Sesuatu yang berlaku di dunia ini pasti akan bermula dengan punca dan meninggalkan
kesan serta akibat. Jerebu merupakan salah satu daripada bencana alam sekitar yang
melibatkan pencemaran udara. Maka, impak yang berlaku hasil susulan bencana
tersebut pasti ke arah negatif kerana bencana alam sering dikaitkan dengan perkara
yang buruk kepada manusia, flora, fauna mahupun alam semesta. Kesan ketara akibat
jerebu di kawasan lokal iaitu Kuala Lumpur ialah berkaitan dengan masalah kesihatan.
Masalah kesihatan yang dimaksudkan ialah berkaitan dengan pernafasan seperti
penyakit kanser paru-paru, sakit jantung, pernafasan kronik dan asma atau lelah. Hal ini
disebabkan zarah jerebu yang kebanyakannya terdiri daripada zarah yang halus dapat
menembusi paru-paru dan jantung dengan mudah sehingga berisiko menyebabkan
penyakit-penyakit tersebut. Menurut Ritchie & Roser (2018), 25% daripada kes kematian
penyakit jantung dan 43% daripada kes kematian penyakit paru-paru disebabkan
pencemaran udara. Kira-kira 2.4 juta dan 1.8 juta kematian setiap tahun direkodkan
akibat penyakit-penyakit tersebut dan 4.2 juta kematian dinyatakan oleh Organisasi
Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2016 (WHO, 2018).

Rajah 3: Keratan akhbar jerebu tingkatkan serangan asma.

Selain masalah pernafasan, jerebu juga menyebabkan penyakit lain seperti


penyakit kanser kulit, terasa gatal di kerongkong lalu batuk-batuk, hidung berair dan
kerap bersin serta mata terasa pedih. Di kawasan sekitar IPGKBM, majoriti masyarakat
marhaen mengalami penyakit mata. Mata mereka menjadi pedih dan sentiasa berair
akibat partikel-partikel halus daripada asap jerebu masuk ke dalam mata. Kenyataan ini
disokong oleh Irwan Shafrizan (2019) dengan penulisannya bertajuk “Pesakit mata
kesan jerebu meningkat” yang ditularkan melalui Berita Harian Online. Beliau
menyatakan bahawa jumlah pesakit konjuktivitis telah meningkat sebanyak 20 hingga 30
peratus di 42 buah hospital kerajaan seluruh negara. Sebagai bukti, Hospital Shah Alam
telah menerima seramai 80 pesakit mata dalam masa sehari.
Seterusnya, kesan jerebu yang teruk melanda negara kita, Malaysia
terutamanya di kawasan sekitar IPGKBM iaitu di tengah kota raya Kuala Lumpur ialah
masalah penglihatan yang terhad. Kesibukan kota raya telah menyebabkan masalah ini
menjadi satu kesukaran yang kritikal kerana penglihatan yang terbatas boleh
menyebabkan kemalangan kepada pengguna-pengguna jalan raya sama ada pejalan
kaki atau pengguna kenderaan. Asap atau debu yang halus tetapi bersifat tebal apabila
berkumpul akan meminimakan pandangan manusia, banyak kes kemalangan jalan raya
berlaku secara tidak sengaja kerana pandangan yang terhad dan samar-samar.

Selain itu, fenomena jerebu bukan sahaja menyebabkan masalah kesihatan,


malah mempengaruhi bidang pendidikan sesebuah negara. Haika Khazi (2019), dalam
artikelnya menyatakan bahawa 2,459 buah sekolah yang melibatkan seramai 1,732,842
orang murid terpaksa ditutup disebabkan jerebu yang teruk melanda kawasan sekitar
Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia menurunkan arahan penutupan
sekolah tersebut selepas baca Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit
melebihi 200 iaitu di tahap sangat tidak sihat. Maka, pencemaran udara seperti ini
mampu menghalang murid-murid untuk terus belajar di sekolah.

Tanpa kita sedari, kesan jerebu yang kritikal juga memberi impak yang besar
kepada ekonomi negara. Seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr. Mohd Yusof Saari (2019)
memberi kenyataan bahawa jerebu yang melanda negara masa ini memberi kerugian
kepada ekonomi Malaysia. Perkara ini boleh berlaku apabila ramai pekerja jatuh sakit
menyebabkan prestasi sektor-sektor ekonomi merosot. Jika setiap hari 40 pesakit ialah
pekerja-pekerja yang meningkatkan ekonomi negara, seorang pekerja menjana RM225
sehari kepada pendapatan negara. Maka, negara mengalami lebih kurang RM378,000
sehari. Di samping itu, sektor pelancongan negara juga pasti mengalami kerugian
kerana jerebu mengakibatkan kurang pelancong berkunjung ke negara kita. Jika dilihat
dari sudut pelajar IPGKBM, kami terpaksa mengeluarkan kos untuk pergi ke mana-mana
restoran yang terdekat kerana gerai-gerai berdekatan terpaksa ditutup berikutan
fenomena jerebu ini.

4.0 PERANCANGAN TINDAKAN YANG AKAN DIAMBIL UNTUK MENYELESAIKAN ISU


Pencemaran udara terus berlaku dan menyebabkan kesusahan kepada kehidupan
manusia sejagat. Namun, apa yang kita lakukan untuk mengurangkan pencemaran ini?
Adakah kita hanya menunggu bantuan Allah SWT dan tawakkal tanpa melakukan apa-
apa? Bukan tidak boleh berserah kepada Sang Pencipta, tetapi kita perlu berusaha
sebelum bertawakkal sepenuhnya dengan doa. Maka, beberapa tindakan telah saya
rancang untuk meghadapi ancaman kesan buruk yang dibawa oleh fenomena jerebu ini.
Mungkin tidak akan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul, namun dapat
mengurangkan masalah-masalah itu sudah memadai dan memuaskan hati.

Berikutan punca jerebu yang melanda negara Malaysia disebabkan


pembakaran terbuka di negara jiran, Indonesia, nampaknya bencana ini terjadi kerana
kurang kesedaran dalam diri masing-masing (Mohd Talib Latif et. al, 2017 b). Oleh itu,
saya bercadang untuk mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat sekeliling
tentang bahaya pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka bukan membawa maksud
pembakaran hutan semata-mata, bahkan pembakaran sampah secara terbuka dan
merokok di tempat awam juga merupakan satu konteks pembakaran terbuka. Sekitar
Kuala Lumpur ini dipenuhi dengan rumah-rumah kejiranan yang rapat dan tiada banyak
ruang untuk digunakan sebaiknya. Oleh sebab itu, ramai masyarakat marhaen yang
membakar sampah di laman-laman sempit rumah mereka dan mengganggu
ketenteraman awam. Kempen kesedaran ini boleh berlaku dalam banyak cara.
Contohnya, menyebarkan “flyers” berkaitan kesan-kesan pembakaran terbuka kepada
orang ramai seperti di masjid, pasar raya, di jalanan dan sebagainya. Selain itu, kempen
juga boleh berlaku dengan menulis satu artikel berkaitan jerebu iaitu punca, kesan dan
langkah penyelesaian lalu di hantar kepada akhbar-akhbar di Malaysia atau disebarkan
melalui media sosial. Dengan cara ini, serba sedikit kempen ini mampu memberi
kesedaran kepada segelintir golongan marhaen.

Rancangan kedua, saya bercadang untuk menawarkan perkhidmatan Klinik


Grab iaitu menawarkan pengangkutan ke klinik kepada sesiapa yang terkena simptom-
simptom penyakit yang disebabkan oleh jerebu seperti asma, sakit mata dan hidung
berair. Idea ini saya ketengahkan kerana penyakit-penyakit yang dibawa oleh jerebu
boleh menjadi kritikal jika tidak mendapat rawatan dengan segera. Perkhidmatan ini
tidak secara percuma kerana saya juga merupakan seorang pelajar yang memerlukan
wang dan tiada pendapatan tetap. Tetapi, Klinik Grab menawarkan pengangkutan
dengan harga yang murah iaitu RM2 jika dihantar dengan motosikal dan RM5 jika
dihantar dengan kereta tanpa mengira bilangan pesakit dalam satu hantaran. Bayaran
ini bukan bertujuan untuk mencari keuntungan, tetapi hanya dana untuk memastikan
kenderaan tidak kering kehabisan minyak petrol.

Kemudian, saya terfikir untuk menjual topeng muka kepada warga IPGKBM
kerana rata-rata pelajar di sini tiada pengangkutan untuk membeli topeng muka di kedai.
Perjalanan dari kolej kediaman dengan kedai berhampiran memerlukan berjalan kaki
selama 15 hingga 20 minit. Sepanjang tempoh itu, banyak udara yang tidak bersih
dihirup oleh mereka. Dengan jualan topeng muka di kolej kediaman, semua pelajar
mampu memiliki barang keperluan ketika jerebu ini dengan mudah dan murah iaitu RM1
untuk dua keping topeng muka.

Akhir sekali, saya bercadang untuk mengemukakan pendapat kepada pihak


berkuasa IPGKBM untuk menghentikan seketika segalan anjuran sukan luaran seperti
ragbi, bola sepak, bola jaring dan bola tampar. Tidak bermaksud untuk menghentikan
riadah kepada para pelajar tetapi digantikan dengan anjuran sukan dalaman yang tidak
terdedah kepada udara tercemar seperti sukan badminton, bola beracun, futsal dan
bersenam di dalam bilik gimnastik yang tertutup. Dengan ini, segala aktiviti luar data
dikurangkan sekali gus mampu mengurangkan masalah yang akan timbul faktor jerebu
yang melanda di negara ini.

5.0 PELAKSANAAN DAN LAPORAN PELAKSANAAN PENYELESAIAN ISU


Selepas membuat perancangan, tiba masa untuk membuat pelaksanaan. Kesemua
perancangan ini saya ketatkan dalam tempoh satu minggu iaitu dari tarikh 21 September
2019 hingga 29 September 2019. Pada hari pertama, saya pergi ke perpustakaan
negara untuk mencari maklumat berkaitan punca dan kesan jerebu kepada rakyat
Malaysia suatu ketika dahulu. Selain itu, saya juga lebih banyak melayari internet untuk
mendapat maklumat dengan lebih pantas. Setelah mengenal pasti punca dan kesan
jerebu, baru saya dapat merancang langkah-langkah bagi mengurangkan masalah yang
akan timbul berikutan fenomena jerebu yang terbaharu ini. Maka, muncul idea untuk
mengadakan kempen kesedaran alam sekitar kepada masyarakat sekeliling di Kuala
Lumpur kerana punca terbesar jerebu ialah pembakaran terbuka. Selepas maklum akan
kesan jerebu, saya berpendapat bahawa ramai pelajar akan terkena penyakit
disebabkan jerebu. Oleh itu saya bercadang untuk menawarkan perkhidmatan Klnik
Grab dan jualan topeng muka serta mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar untuk menangguhkan segala sukan luaran.

Pada hari kedua, saya menghasilkan satu flyers yang terkandung kesan-
kesan negatif akibat pembakaran terbuka menggunakan komputer riba peribadi. Di sini
juga saya menerapkan bahawa merokok juga salah satu jenis pembakaran terbuka.
Pada hari tersebut juga saya berkunjung ke farmasi terdekat untuk membeli sekotak
topeng muka untuk dijadikan stok bagi jualan kepada pelajar IPGKBM pada 23 hingga
29 September. Alhamdulillah, jualan tersebut mendapat sambutan yang
memberangsangkan. Seharian menghasilkan flyers, keesokannya saya bersama
beberapa orang rakan pergi ke stesen LRT Pasar Seni untuk mengedarkan hasil kerja
untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai tentang bahaya jerebu. Selain di
stesen LRT, kami juga pergi mengedarkan flyers di Masjid Jamek, Mid Valley dan di tepi-
tepi jalan. Kami melakukan kerja ini selama dua hari iaitu pada 23 hingga 24 September.
Pada 25 September, saya menukar fokus kepada gaya digital dengan menularkan
mesej-mesej berkaitan jerebu melalui media sosial seperti Facebook, instagram,
Whatsapp dan Twitter.

Rajah 4: Brosur yang diedarkan Rajah 5: Seorang daripada pelanggan


sempena kempen kesedaran. yang membeli topeng muka.

Pada 26 hingga 29 September pula, saya mula menawarkan perkhidmatan


Klinik Grab disebabkan sudah ramai yang mengadu sakit mata dan hidung berair.
Sepanjang empat hari itu, boleh dikatakan 12 orang menggunakan perkhidmatan saya
pada setiap hari. Semua penumpang memilih untuk dihantarkan dengan menggunakan
kereta kerana ingin ke klinik dengan empat orang serentak. Bayaran yang dikenakan
ialah RM5 satu hantaran berjaya membuat hati penumpang senang dan tidak rasa
terbeban. Projek ini terpaksa dihentikan pada 29 September kerana saya terpaksa
mengikuti kursus Bina Insan Guru pada keesokan harinya selama seminggu.

Rajah 6: Perodua Myvi yang digunakan


untuk perkhidmatan Klinik Grab.
6.0 JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

BIL. TARIKH TUGAS CATATAN


Perpustakaan,
1 21/9/19 Mencari maklumat berkaitan jerebu
internet
Kemuka pendapat penangguhan sukan
2 21/9/19 IPGKBM
luaran kepada JPP sukan
3 22/9/19 Penghasilan flyers -

4 22/9/19 Pembelian stok topeng muka Farmasi


Kawasan Kuala
5 23-25/9/19 Kempen Kesedaran Alam Sekitar
Lumpur
6 23-29/9/19 Jualan topeng muka Pelajar IPGKBM

7 26-29/9/19 Klinik Grab Pelajar IPGKBM

8 7-10/10/19 Laporan projek -

7.0 RUMUSAN
Secara tuntasnya, Pendidikan Alam Sekitar diwujudkan untuk diterapkan kepada guru
pelatih bagi memastikan anak-anak didik pada masa hadapan mempunyai nilai cinta
akan alam sekaligus tidak menyusahkan orang lain kelak. Seperti yang dapat kita lihat
pada masa kini, fenomena bencana alam sering berlaku tidak kira tempat dan masa
kebanyakannya disebabkan kerja manusia yang tidak berperikemanusiaan sehingga
tidak hiraukan kebajikan orang lain dan habitat flora dan fauna sehingga boleh
menyebabkan kepupusan. Lebih teruk, bukan masayarakat setempat yang menimbulkan
pencemaran tersebut tetapi kesannya orang lain juga akan terkena tempiasnya. Bukan
itu sahaja, projek ini juga dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada golongan
marhaen bahawa jangan hanya berharap kepada pihak berkuasa untuk mengambil
tindakan mengatasi masalah ini tetapi kita hanya berpeluk tubuh dan hanya pandai
menuding jari. Rakyat biasa juga mampu menyumbang ke arah melestarikan alam
sekitar dengan usaha kecil-kecilan. Biar nampak kecil usahanya tetapi besar impaknya
kepada Bumi ini. Jangan berkira dengan alam kerana tiada satu benda kepunyaan kita,
bahkan semuanya milik Allah SWT dan kita hidup bersama di dunia ini serta saling
memerlukan.

RUJUKAN
Haika Khazi. (2019). 2,459 sekolah ditutup akibat jerebu mulai esok. Dipetik pada 10
Oktober 2019, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/608397/2459-sekolah-ditutup-
akibat-jerebu-mulai-esok

Haliza Abdul Rahman. (2013). Haze phenomenon in Malaysia: Domestic or transboudry


factor. In 3rd International Journal Conference on Chemical Engineering and its
Applications (pp. 597-599)

Irwan Shafrizan Ismail. (2019). Pesakit mata kesan jerebu meningkat. Dipetik pada 10
Oktober 2019, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/607793/pesakit-mata-kesan-
jerebu-meningkat

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2019). Jerebu. Dipetik pada 10 Oktober 2019, daripada
https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/51-jerebu

Mohd Talib Latif, Munira Othman & Kamilah Hanani Kamin. (2017). Fenomena jerebu di
Asia Tenggara: Punca dan penyelesaian. Salam Lestari, 37, 1-10 (a)

Mohd Talib Latif, Munira Othman & Kamilah Hanani Kamin. (2017). Fenomena jerebu di
Asia Tenggara: Punca dan penyelesaian. Salam Lestari, 37, 1-10 (b)

Mohd Yusof Saari. (2019). Kerugian ekonomi akibat jerebu. Dipetik pada 10 Oktober 2019,
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerugian-ekonomi-akibat-jerebu-217890

Nurunabila Anis mat Seman & Maizatun Mustafa. (2019). Jerebu rentas sempadan: Isu dan
cabaran undang-undang di Malaysia dalam mengekalkan kualiti udara yang baik.
Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah., 6, 1, 1-15.

R. Ramakrishnan. (2019). Pembangunan tidak terkawal kawasan cerun punca tanah runtuh.
Dipetik pada 10 Oktober 2019, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/488694/pembangunan-tidak-
terkawal-kawasan-cerun-punca-tanah-runtuh

Ritchie, H. & Roser, M. (2018) Air pollution. Dipetik pada 10 Oktober 2019, daripada
https://ourworldindata.org/air-pollution

Siti Halimah Yassin. (2019). Pendidikan Lestari Alam Sekitar. Kumpulan nota kuliah
Pendidikan Lestari Alam Sekitar yang disampaikan pada 9 September 2019 di IPG
Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

World Health Organization. (2018). Air pollution. Dipetik pada 10 Oktober 2019, daripada
https://www.who.int/airpollution/en/

Anda mungkin juga menyukai