Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 5 )

PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR


LASS3013

NAMA MOHAMAD ARIFUDDIN BIN AB HADI

KAD PENGENALAN 970913-33-5129

ANGKA GILIRAN 2017192340076

KUMPULAN PISMP C5

PENSYARAH Dr. SITI HALIMAH BINTI MD. YASSIN

TUGASAN 4: PENULISAN REFLEKTIF GAYA HIDUP


TAJUK
LESTARI

TARIKH HANTAR 23 SEPTEMBER 2019


TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS
PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya saya masih lagi mampu
meneruskan kehidupan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Saya juga
melafazkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah memberi kekuatan kepada saya
untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Siti Halimah binti Md. Yassin
pensyarah bagi kursus LASS3013 Pendidikan Lestari Alam Sekitar yang tidak muak dalam
memberi tunjuk ajar bagi menjayakan tugasan yang telah diberikan oleh beliau kepada saya.
Saya amat menghargai segala titik peluh yang dicurahkan kepada saya hanya demi melihat
saya mencapai kejayaan pada masa hadapan dalam bidang yang saya telah pilih dan
ceburi.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa serta keluarga yang telah banyak memberi
sumbangan secara langsung dan tidak langsung kepada saya. Tidak kira sumbangan dari
segi material, tenaga, masa dan sebagainya. Sebagai anggota keluarga, saya amat
mengenang jasa mereka kerana setia memberi semangat walaupun dari jarak yang jauh.

Seterusnya, sekalung penghargaan dikalungkan kepada semua rakan yang banyak


membantu seperti memberi pendapat, pandangan serta idea yang sangat bernas serta
bermakna sehingga mampu menjana buah fikiran untuk menyiapkan tugasan ini. Secara
keseluruhan, terima kasih sekali lagi diucapkan kepada setiap individu yang terlibat secara
langsung dan juga secara tidak langsung dalam usaha menyempurnakan kerja LASS3013
Pendidikan Lestari Alam Sekitar.
DAFTAR KANDUNGAN

Daftar Kandungan i

Penghargaan ii

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Gaya Hidup Lestari 1

3.0 Botol Plastik 3

3.1 Dengar 3

3.2 Faham 3

3.3 Amal 3

4.0 Kotak 4

4.1 Dengar 4

4.2 Faham 5

4.3 Amal 5
5.0 Tayar Getah 6

5.1 Dengar 6

5.2 Faham 6

5.3 Amal 6

6.0 Batang Aiskrim 7

6.1 Dengar 7

6.2 Faham 8

6.3 Amal 8

7.0 Rumusan 9

Rujukan 10
1.0 PENDAHULUAN
Alam sekitar ialah satu anugerah Allah SWT yang sangat indah dan memberi manfaat
kepada manusia sejagat. Flora dan fauna aman hidup bersama dan saling memerlukan.
Manusia merupakan makhluk Tuhan yang paling bijak dan bertamadun kerana
dikurniakan akal dan mampu berfikir. Hasilnya, pelbagai alatan berjaya dihasilkan oleh
manusia untuk digunakan dalam kehidupan seharian dengan mudah seperti kotak untuk
menyimpan barang, tayar untuk menggerakkan kenderaan, botol untuk dijadikan
tadahan air bersih dan sebagainya. Disebabkan kepintaran manusia juga boleh
menyebabkan impak positif dan negatif kepada alam sekitar. Dari sudut positif, segala
kemudahan yang dicipta dapat membantu menyuburkan tanaman seperti baja kompos
dan membina reban ayam supaya ayam yang diternak terhindar dari segala ancaman
haiwan buas. Namun begitu, impak negatif yang melanda alam sekitar ialah manusia
suka membuang barangan yang tidak diperlukan merata-rata sehingga berlaku
pencemaran terhadap alam sekeliling. Oleh itu, kerajaan telah menerapkan gaya hidup
lestari dalam kalangan rakyat Malaysia supaya alam sekitar yang akan diwariskan
kepada generasi akan datang kekal lestari dan indah.

2.0 GAYA HIDUP LESTARI


Gaya hidup ialah cara seseorang meneruskan kehidupan atau rutin harian mereka.
mungkin juga boleh dikatakan bahawa gaya hidup seseorang ialah melambangkan
budaya hidup mereka dalam sesebuah masyarakat setempat. Lestari pula membawa
maksud kekal dan terpelihara seperti sedia kala. Istilah lestari sering dikaitkan dengan
alam sekitar. (Noresah Baharom et. al., 2015). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa gaya
hidup lestari merujuk kepada amalan kitar semula seseorang dalam meneruskan
kehidupan mereka sebagai khalifah di muka Bumi. Dewasa ini, banyak pihak telah
berusaha berkempen dan menganjurkan program ke arah gaya hidup lestari sama ada
di pihak pertubuhan kerajaan atau pertubuhan swasta. Pada 20 September 2019,
Yusliza Yakimir (2019), menulis dalam artikel beliau yang disiarkan oleh Harian Metro
Online bahawa Petrosains membawa kembali festival sains terbesar bagi mencetuskan
minat terhadap pembelajaran sains dalam kalangan masyarakat. Festival itu
menerapkan kepada hadirin supaya berpengetahuan dalam bidang santifik. Dengan
tema ‘Kehidupan Lestari”, festival itu mengetengahkan amalan gaya hidup yang lestari
iaitu, penjimatan tenaga, mengurangkan pembaziran, pengurusan pembuangan
sampah dan kitar semula barangan terpakai.
Rajah 1: Keratan Harian Metro Online Festival Sains di Petrosains.

Kerajaan juga telah melakukan usaha untuk menyeru rakyat Malaysia sering
melakukan amalan kitar semula supaya pencemaran alam berjaya dikurangkan. Antara
kempen yang sudah dijalankan oleh kerajaan ialah Kempen Kesedaran Kitar Semula
yang dilaksanakan di setiap negeri pada bulan November 2016 dengan mengutip
semua barangan yang boleh dikitar semula ke dalam sebuah lori untuk dibawa ke
tempat yang sewajarnya untuk dikitar semula.

Rajah 2: Keratan akhbar menunjukkan program


kitar semula di seluruh negara.

Namun, Usaha melestarikan alam sekitar ini bukan hanya tanggungjawab


kerajaan dan firma-firma terkemuka sahaja bahkan menjadi tanggungjawab semua
penduduk di muka Bumi ini. Oleh itu, sebagai individu yang prihatin dengan alam
sekitar, kita juga harus melakukan sesuatu terhadap barangan terpakai untuk mencipta
sesuatu yang bermanfaat supaya barangan tersebut tidak dibiarkan lupus begitu sahaja.
Gaya hidup lestari dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu dengar, faham dan
amal. Dengan melengkapkan ketiga-tiga peringkat ini, maka barangan terpakai dapat
dihasilkan seperti barangan yang bernilai.
3.0 BOTOL PLASTIK
Saya telah memilih botol plastik sebagai barangan kitar semula untuk menjalani gaya
hidup lestari. Saya memilih botol plastik kerana benda ini sering dilihat di mana-mana
sahaja. Bukan sahaja di tepi-tepi tong sampah, malah di celah-celah pokok, dihanyut
arus sungai dan di pinggir-pinggir jalan. Bilangan botol yang terlalu banyak ini telah
menyebabkan saya terfikir satu jalan penyelesaian untuk meraikan gaya hidup lestari.
Saya dengar bahawa botol plastik wujud dalam pelbagai bentuk, saiz dan rupa. Saya
juga mendengar bahawa botol plastik juga boleh dikitar semula (Zaitie Satibi, 2019).

3.1 Dengar
Seperti yang sedia maklum, plastik memerlukan tempoh ratusan tahun untuk
terurai. Dalam tempoh yang begitu lama itu, bahan kimia ini sering menjadi
ancaman kepada alam seperti penyu yang menganggapnya sebagai obor-obor
dan menelannya serta sampah-sarap yang bertaburan di merata tempat. Saya
telah mendengar daripada marhaen sekeliling di rumah mahupun di sekolah
bahawa botol plastik boleh dimanfaatkan dengan sebaiknya jika pengguna
memiliki kreativiti. Disebabkan material plastik mengambil masa 400 tahun untuk
lupus, maka satu inisiatif dilakukan terhadap barangan plastik ini.

3.2 Faham
Berdasarkan maklumat yang telah saya kumpul, botol plastik seperti botol
minuman ini boleh dijadikan sebagai hiasan seperti pasu, kereta hiasan dan
mentol lampu. Subjek ini sangat sesuai untuk dijadikan hiasan kerana botol-botol
plastik yang dimaksudkan wujud dalam pelbagai warna atau dengan kata lain,
berwarna-warni. Bagi botol yang lutsinar pula, luarannya boleh dicat atau
diwarnakan sesuka hati mengikut kesesuaian dan kegemaran pelaku. Setelah
saya dengar dan faham maklumat-maklumat tentang botol, barulah saya
mencuba untuk melakukan perkara yang telah dirancang.

3.3 Amal
Saya mencipta satu kraf tangan penguin daripada botol plastik. Langkah
pertama, semestinya saya perlu mencari dan mendapatkan seberapa banyak
botol plastik atau botol minuman yang terpakai atau yang sudah tidak digunakan
lagi. Setelah itu, saya bercadang untuk membina hiasan berbentuk burung
penguin untuk diletakkan di atas meja di ruang tamu. Setelah berjaya
mengumpul botol, saya mengumpul kapas untuk disumbatkan ke dalam botol
tersebut. Sebelum terlupa, botol tersebut hendaklah dalam keadaan baik dan
tidak remuk. Kemudian, saya menggunakan kertas warna hitam untuk menutup
belakang dan tangan penguin ciptaan kami. Akhir sekali ialah proses membuat
mata dan paruh serta kakinya menggunakan kertas warna oren. Setelah dibina
dan dibaiki dalam masa yang ditetapkan, kami mempersembahkan penguin
comel yang dijadikan barang hiasan dan diletakkan di atas meja di ruang tamu.

Rajah 3: Penguin daripada botol plastik.

4.0 KOTAK
Selain itu, saya mendapati bahawa kotak-kotak barangan juga sering dikumpulkan di
satu tempat untuk dibuang. Oleh kerana alam flora hanya datang untuk mengutip
sampah sekali dalam seminggu, longgokan kotak tersebut menjadi sangat banyak dan
bertimbun-timbun bak sebuah anak bukit. Dengan itu, saya ingin melakukan sesuatu
untuk memelihara alam sekitar daripada pencemaran bau dan pencemaran yang
melibatkan pancaindera yang lain.

4.1 Dengar
Saya dengar daripada masyarakat sekeliling bahawa kotak juga boleh dikitar
semula menjadi sesuatu yang baharu dan boleh digunakan lagi. Kegunaan kotak
bergantung kepada ukuran saiznya. Jika besar saiz kotak, kita boleh menyimpan
banyak barangan supaya keadaan rumah sentiasa tersusun dan tidak
berselerak. Bukan itu sahaja, kotak juga boleh menjadikan sesuatu kerja lebih
mudah seperti alat melipat pakaian dan juga boleh dijadikan almari serta rak
kasut. Dalam bidang pendidikan, kotak sering digunakan sebagai bahan bantu
mengajar (BBM) iaitu kotak beracun.
4.2 Faham
Saya faham bahawa kotak merupakan satu subjek yang mudah dibentuk dan
wujud dalam pelbagai saiz dan warna (Nor Syazwani Jaafar, 2009). Oleh itu,
dengan menggunakan sedikit kreativiti anugerah Tuhan, saya mendapat idea
untuk menukarkan kotak yang terpakai dan dibuang orang kepada satu barangan
yang boleh digunakan oleh orang ramai iaitu sebuah almari. Kebiasaannya kotak
digunkan untuk menyimpan barang mainan, buku, baju, fail dan sebagainya.
Kotak yang bersaiz kecil dapat dijadikan dadu sebagai BBM bagi menarik minat
murid terhadap pengajran yang dilakukan.

4.3 Amal
Langkah pembuatan almari kotak ialah, kita perlu membawa pulang kotak-kotak
terpakai ini terus ke rumah. Sesudah sampai ke rumah, kita perlu pastikan kotak
tersebut berada dalam keadaan yang baik. Pintu bukaan kotak tersebut boleh
dijadikan pintu almari dengan meletakkan kotak tersebut secara menegak.
Kemudian, luaran kotak tersebut boleh dibalut menggunakan pembalut hadiah
untuk menutup tulisan yang tertera di atas kotak tersebut. Seterusnya, tombol
pintu almari tersebut diperbuat daripada penutup botol plastik dan sebatang
batang aiskrim sebagai kunci supaya pintu almari tersebut tidak kekal terbuka
dan boleh dibuka dan ditutup mengikut kehendak pengguna.

Rajah 4: Almari daripada kotak.


5.0 TAYAR GETAH
Tayar getah juga merupakan satu alatan yang terpakai yang boleh mengakibatkan
perkara buruk kepada orang lain. Bagaimana? Tayar getah sering dijumpai di dalam
parit-parit terbiar dengan takungan air di dalam tayar tersebut. Seperti sedia maklum,
takungan air merupakan tempat untuk jejentik membiak. Jejentik yang akhirnya bertukar
menjadi serangga yang agak tidak disenangi oleh orang ramai iaitu nyamuk.

5.1 Dengar
Menurut Siti Khatijah Zamhari & Christopher Perumal (2006), untuk
menyelesaikan masalah ini tayar terbuang ini, saya dengar bahawa tayar getah
juga boleh digunakan semula menjadi pasu bunga, kerusi dan meja. Bunga tayar
yang sudah haus sama sekali tidak mempengaruhi projek amalan kitar semula
yang ingin kita laksanakan ini. Disebabkan tayar agak mahal jika dibeli, oleh itu
kita boleh mendapatkannya dengan bersiar-siar ke taman-taman atau bengkel-
bengkel yang masih beropersi mahupun yang sudah lama terbiar.

5.2 Faham
Seterusnya, saya faham bahawa tayar yang berbentuk bulat amat sesuai untuk
dijadikan tempat penanaman pokok bunga hiasan dan boleh diletakkan di
halaman rumah mereka. Disebabkan tayar getah mempunyai pelbagai saiz,
maka kegunaan tayar-tayar tersebut juga bersifat pelbagai. Contohnya, tayar
kereta boleh dijadikan kerusi dan tayar lori yang lebih besar boleh dijadikan meja.
Tayar yang bersaiz kecil pula lebih sesuai untuk dijadikan pasu bunga dan boleh
diletakkan di kawasan rumah atau di taman-taman yang berdekatan sebagai
penenang mata untuk dipandang.

5.3 Amal
Cara-cara untuk membina sebuah pasu pokok bunga hiasan bukanlah sesuatu
yang mudah. Pertama, kita perlu melapik bahagian bawah tayar supaya boleh
diletakkan tanah untuk menanam pokok bunga. Lapik tersebut juga hendaklah
mempunyai ruang sedikit untuk memastikan air tidak bertakung ketika aktiviti
siraman air. Luaran tayar tersebut yang berawarna hitam mungkin tidak menarik
perhatian orang ramai. Maka, saya mengambil keputusan untuk meminta saudari
Aiman membalut tayar itu dengan menggunakan tali serta kain berwarna putih
untuk tujuan hiasan bagi kelihatan menarik. Kemudian, pasu tersebut ditanamkan
bunga yang dipetik beramai-ramai sehingga kelihatan seperti pasu yang sebenar.
Pasu tayar getah ini diletakkan di sebelah bangku panjang di atas meja berkaki
tiga.

Rajah 5: Pasu daripada tayar.

6.0 BATANG AISKRIM


Seterusnya, kanak-kanak mahupun orang dewasa sememangnya amat gemar akan
aiskrim. Namun, sedarkah kita bahawa seusai sahaja menghabiskan aiskrim itu, batang
aiskrim tersebut sudah tercampak ke merata-rata tempat. Sifat batang aiskrim yang
kecil itu membuatkan sampah-sampah itu bertaburan di sana dan di sini sehingga
mendatangkan pencemaran dari segi penglihatan.

6.1 Dengar
Disebabkan masalah ini berlaku, saya dengar batang aiskrim mempunyai banyak
kegunaannya. Meskipun kita sudah mati nanti, kita tetap mewariskan alam
sekitar ini untuk dilestarikan bersama pada masa akan datang buat generasi
masa hadapan. Batang aiskrim merupakan material kayu yang bersumberkan
alam sekitar juga. Meskipun mudah terurai, namun dengan bilangannya yang
banyak pasti akan mencemar pemandangan alam ini. Oleh itu, satu penyelesaian
amat perlu dilakukan untuk membasmi pencemaran tersebut.
6.2 Faham
Apa yang saya faham, antara kraftangan yang boleh dilakukan menggunakan
batang aiskrim ialah bingkai gambar. Ciri-ciri batang aiskrim yang nipis, kukuh
dan mudah dibawa ini membuatkannya mudah dipegang dan mudah disusun
untuk menjadi satu objek yang lain. Selain itu, batang aiskrim sangat sesuai
untuk dijadikan hiasan sebagai tatapan ramai kerana terdiri daripada pelbagai
warna yang menarik. Antara contoh lain barangan daripada batang aiskrim ialah
keychain, sudu dan kraft tangan seperti kapal laut dan kapal terbang. Dengan
penghasilan bahan inovasi ini, pengguna dapat meringankan beban alam dan
jika bernasib baik mampu menampung kos sara hidup dengan menjual
perkhidmatan yang dianugerahi tersebut.

6.3 Amal
Langkah-langkah pembuatan bingkai gambar ialah mengutip batang-batang
aiskrim yang dibuang oleh orang ramai. Seterusnya, dengan menggunakan
sedikit gam, bingkai gambar kita boleh disiapkan dengan menyusun batang-
batang aiskrim secara berselang-seli sehingga terhasil satu bingkai gambar yang
boleh menampung gambar saiz A6. Menurut Chia Siow Ching (2010), warna
batang aiskrim yang berwarna warni membuatkan bingkai gambar tersebut
kelihatan ceria dan menarik.

Rajah 6: Bingkai gambar daripada batang aiskrim.


7.0 RUMUSAN
Secara kesimpulannya, gaya hidup lestari ini merupakan satu gaya hidup yang
mengamalkan amalan kitar semula sebagai budaya atau rutin harian mereka. Mereka
sedar bahawa gaya hidup lestari membawa banyak faedah kepada sesiapa sahaja sama
ada kaum manusia, flora dan juga fauna. Dengan gaya hidup lestari yang terbaik, secara
tidak langsung dapat mengelakkan pembaziran seperti menggunakan botol minuman
terpakai sebagai timba untuk mandi. Dengan ini, tidak perlu membeli timba lagi kerana
sudah dicipta sendiri oleh kita. Selain itu, gaya hidup lestari juga menjanjikan kepada kita
akan penjimatan sumber semula jadi seperti almari yang diperbuat daripada kotak yang
sudah tidak digunakan lagi. Perkara ini secara tidak langsung dapat mengurangkan
penebangan hutan kerana orang tidak lagi memerlukan pasaran almari kayu dengan
kerap kerana sudah adanya inovasi ini. Kesan daripada gaya hidup lestari juga, kita
akan mendapati bahawa sampah-sarap akan berkurangan di muka Bumi ini kerana
sampah-sarap tersebut boleh dikutip dan dikitar semula secara peribadi. Oleh itu, saya
harap dengan amalan kitar semula yang saya telah laksanakan dapat menjadi teladan
kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja sekali gus dapat memupuk nilai kesederan
dalam jiwa masyarakat marhaen.
8.0 RUJUKAN

Chia Siow Ching. (2010). Amalan lestari untuk kesejahteraan sejagat. Selangor: Majalah
Sains.

Nor Syazwani Jaafar. (2009). Penggunaan barang kitar semula dalam penghasilan
pakaian kasual yang praktikal. Sarawak: Universiti Malaysia Sarawak.

Noresah Baharom et. al. (2015). Kamus Dewan. (Edisi ke-4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Siti Khatijah Zamhari & Christopher Perumal. (2006). Cabaran dan strategi ke arah
pembentukan komuniti lestari. Malaysia Journal of Society and Space. 12, 12, 10-24.

Yusliza Yakimir Abd Talib. (2019). Galak amal cara hidup lestari. Dipetik pada 20 September
2019, daripada https://www.hmetro.com.my/hati/2017/09/265326/galak-amal-cara-
hidup-lestari

Zaitie Satibi. (2019). Botol plastic usah dibuang. Dipetik pada 20 September 2019, daripada
https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2019/06/470334/botol-plastik-usah-dibuang

Anda mungkin juga menyukai