Anda di halaman 1dari 5

Bilangan Jurnal : Ke-1

Minggu Internship : Pertama


Tarikh Peristiwa / : 4 Julai- 8 Julai 2010
Kejadian /
Tajuk Jurnal : Melapor diri dan merancang projek

Minggu pertama persekolah untuk sesi internship di Sekolah Kebangsaan


Sungai Lalang. Kami melapor diri di pejabat dan turun ke tapak perhimpunan untuk
mengikuti perhimpunan mingguan.

Pada hari pertama, kami berjumpa Guru Besar dan memaklumkan tentang
kehadiran dan tugasan yang bakal kami lakukan selama sebulan dalam tempoh
internship ini. Kami turut berbincang tentang projek yang bakal kami laksanakan
sepanjang tempoh internship dalam cara perlaksanaannya.

Kami juga diberi amanah untuk mengajar empat waktu seminggu dan kelas yang
terlibat adalah kelas yang pernah kami mengajar sewaktu praktikum siri tiga yang lalu.
Kami banyak menghabiskan masa berbincang dengan guru pembimbing tentang kertas
kerja dan cara untuk melaksanakan projek-projek yang dirancang.

Kami berharap persediaan awal kami ini akan membuahkan hasil yang baik
dalam memenuhi keperluan internship pada kali ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
Bilangan Jurnal : Ke-2
Minggu Internship : Kedua
Tarikh Peristiwa / : 11 Julai- 15 Julai 2010
Kejadian /
Tajuk Jurnal : Melaksanakan projek pertama

Projek pertama yang saya laksanakan adalah menjadi guru bertugas mingguan
bersama beberapa orang rakan guru yang lain. Ini merupakan pengalaman baru yang
amat bermakna kepada saya.

Pada minggu ini, saya banyak melakukan persediaan untuk bertugas dan
menyiapkan kertas kerja untuk projek seterusnya. Selain itu, pengalaman sebagai guru
bertugas amat memberi makna kepada saya dalam menajamkan lagi kemahiran-
kemahiran dalam menjadi seorang guru yang cemerlang. Selain itu, tahap keyakinan
saya dalam berucap di kalayak ramai dapat ditingkatkan dengan latihan seperti ini.

Kali pertama bertugas saya diuji dengan masalah seorang pelajar perempuan
tahun 5 yang sakit dan ingin pulang ke rumah. Saya perlu bertanya dan berhubung
dengan guru-guru bertugas yang lain kerana tidak mengetahui prosedur dan proses
menghantar murid pulang. Dengan bantuan guru-guru bertugas yang lain masalah ini
dapat di atasi dengan baik. Murid ini berjaya dihantar pulang dan beransur pulih.

Disamping itu, pada hari Rabu kami juga terlibat dengan Bulan Kecergasan dan
menjadi urusetia pertandingan Bola Jaring dan Futsal. Pengalaman yang menarik
seperti ini menjadikan sesi internship kali ini lebih menyeronokkan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Bilangan Jurnal : Ke-3


Minggu Internship : Ketiga
Tarikh Peristiwa / : 18 Julai- 22 Julai 2010
Kejadian /
Tajuk Jurnal : Minggu Pameran dan Pertandingan Rekacipta &
Inovasi.
Projek kedua yang kami laksanakan adalah Pameran dan Pertandingan
Rekacipta dan Inovasi. Pameran ini mensasarkan semua murid tahun 1, 4 dan 5.
Selain daripada memenuhi keperluan internship, projek ini juga selaras dengan
keperluan kajian tindakan saya dalam menekankan kreativiti murid dalam bidang
membentuk dan membuat binaan.

Oleh yang demikian, pameran dijalankan untuk mendekatkan diri mereka dengan
hasil karya yang lebih menarik dan kreatif serta inovatif. Pameran yang dijalankan
selama sehari disusuli dengan pertandingan rekacipta dan inovasi selama dua hari.
Semua murid memberi komitmen yang amat baik dan saya berbangga dengan jumlah
penyertaan yang memberansangkan. Hasil karya yang mereka hasilkan lebih menarik
dan menepati kehendak pertandingan.

Penutupan pameran dan pertandingan disempurnakan dengan majlis


penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
Bilangan Jurnal : Ke-4
Minggu Internship : Keempat
Tarikh Peristiwa / : 25 Julai- 29 Julai 2010
Kejadian /
Tajuk Jurnal : Melaksanakan projek terakhir
Minggu terakhir ini merupakan minggu yang paling sibuk untuk kami. Kami telah
menganjurkan Majlis Bacaan Yassin Tahun 6 & Nisfu Syaaban. Majlis ini merupakan
anjuran bersama guru pelatih, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Pendidikan
Islam.

Majlis ini berlangsung pada malam 26 Julai dan kehadiran murid-murid bersama
waris menjayakan program ini. Selain itu, kami juga bertungkus lumus menyiapkan
bendera Malaysia sepanjang 50 meter sebelum kami berangkat pulang dan
menamatkan sesi internship kali ini.

Kami harap segala sumbangan dan penglibatan kami pada kali ini memberi
seribu kebaikan dan manfaat untuk kejayaan bersama semua pihak. Kami telah
menjalankan satu sesi internship yang penuh makna dan lebih seronok. Dengan
wujudnya sesi internship ini, saya dan rakan menjadi lebih rapat dengan seisi warga
sekolah terutamanya guru-guru, murid-murid, pihak pentadbir, tukang kebun, dan
semua warga sekolah ini. Kami menjalankan satu sesi praktikal yang amat
menyeronokkan dan memberi pengalaman sebenar yang penuh makna.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai