Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PERLIS
JALAN BEHOR PULAI
01000 KANGAR
PERLIS

KERTAS CADANGAN

PROJEK INTERNSHIP
PERTANDINGAN PERMAINAN BAHASA
(TEKA SILANG KATA)

BERTEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT, PERLIS
(4 BERJAYA)

PADA
14 JULAI 2014 (ISNIN)

MASA
10.40 PAGI - 11.40 PETANG

ANJURAN
NORANATI BINTI MD SOKI
PISMP PENGAJIAN MELAYU (B)
SEMESTER 8 AMBILAN JANUARI 2011
IPG KAMPUS PERLIS

Dengan Kerjasama
WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT, PERLIS.



1.0 NAMA PROJEK
Pertandingan Teka Silang Kata Simpulan Bahasa

2.0 PENGENALAN
Pertandingan Teka Silang Kata Simpulan Bahasa ini adalah salah satu projek
Internship yang dijalankan bagi memenuhi program latihan di lapangan yang
bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia
ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Melalui pengendalian
projek ini, mahasiswa pendidik dikehendaki merancang, melaksana dan menilai
projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam
dan di luar bilik darjah atau aktivti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya
sekolah.

3.0 MATLAMAT
Projek Pertandingan Teka Silang Kata Simpulan Bahasa ini berfokus kepada
memberi kefahaman menyeluruh kepada mahasiswa pendidik IPG Kampus
Perlis berkaitan dengan tanggungjawab dan komitmen individu sebagai
seorang guru supaya dapat membuat penambahbaikan kaedah penyampaian
pengajaran tatabahasa. Pada masa yang sama projek ini juga dapat menarik
minat murid untuk mendalami ilmu bahasa. Di samping itu, mahasiswa juga
dapat melatih diri dalam pengurusan dan pentadbiran program/projek.







4.0 OBJEKTIF
Projek ini dilaksanakan supaya mahasiswa pendidik dapat:
1. Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
situasi sebenar di sekolah.
2. Merancang, melaksana projek/aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak
sekolah.
3. Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai
situasi.
4. Meningkatkan kefahaman murid tentang aspek tatabahasa.
5. Menarik minat murid untuk mempelajari ilmu bahasa dengan lebih
mendalam.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Murid tahun 4 Berjaya, Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Perlis.

6.0 PENGANJUR
Noranati bt Md Soki PISMP Pengajian Melayu/Pendidikan Jasmani/Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan (B) Semester 8 dengan kerjasama warga Sekolah
Kebangsaan Simpang Empat, Perlis.

7.0 TARIKH
14 Julai 2014 (Isnin)

8.0 TEMPAT
Tahun 4 Berjaya, Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Perlis.

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN
*Rujuk Lampiran 1


10.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Projek Pertandingan Teka Silang Kata Simpulan Bahasa akan dijalankan
selama sejam (2 masa interaksi PdP) dari jam 10.40 pagi hingga 11.40 petang
pada 14 Julai 2014.
10.1 TENTATIF PROGRAM
*Rujuk Lampiran 2

11.0 PENUTUP
Semoga projek ini akan mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan
dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. Kejayaan projek ini akan dapat
memberi manfaat kepada banyak pihak sama ada bagi pihak institut,
mahasiswa pendidik, sekolah dan murid-murid kelas sasaran.Diharap kertas
cadangan ini mendapat sokongan dan pertimbangan serta kelulusan dari pihak
tuan.















Disediakan oleh, Disemak oleh,


_________________ __________________________
(NORANATI BINTI MD SOKI) (NANG REZA BINTI NIK ISHAK)
Mahasiswa Pendidik, Mentor Mahasiswa Pendidik
PISMP Semester 8 Ambilan Julai 2011, Program Internship Semester 8
Pengajian Melayu (B), Sekolah Kebangsaan Simpang Empat,
IPG Kampus Perlis. Perlis.
.
.
Diluluskan oleh,


_______________________
(HJH RODIYAH BINTI HJ ALI)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Simpang Empat,
Perlis.




TENTATIF PROGRAM
Masa Aktiviti
11.30 AM
Taklimat awal berkenaan pertandingan
- Syarat dan peraturan
11.40 AM Pengedaran bahan pertandingan
11.45 AM Pertandingan bermula
12.10 PM Pengumpulan bahan pertandingan
12.15 PM Penilaian dan semakan
12.25 PM Penyampaian hadiah
12.30 PM Bersurai













LAMPIRAN 2





ANGGARAN PERBELANJAAN
PROJEK PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA SIMPULAN BAHASA


Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Kos
1 Kertas A4 40 keping x RM0.10 RM 4.00
2 Cenderamata & hadiah (set alat tulis) 3 set RM 50.00
3 Papan syarat dan peraturan pertandingan 1 RM 2.00
4 Kos cetakan 40 keping x RM0.10 RM 4.00
JUMLAH RM 60.00




LAMPIRAN 1

Anda mungkin juga menyukai