Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KAMPUNG SIMEE

PETI SURAT NO.13, PEJABAT POS TAMAN IPOH


31400 PERAK DARUL RIDZUAN.

KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI KURIKULUM
2019

“ TAMIL ARUVI ”

TARIKH :

21 FEBRUARI 2019
KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM

PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

BAHASA TAMIL

1.0 TAJUK
Pembelajaran Bahasa Tamil menggunakan Busy Book ‘Tamil Aruvi’. Buku ini biasanya
dibuat daripada kain cotton atau kain Felt. Ia terdiri daripada helaian muku surat yang
mengandungi aktiviti-aktiviti yang mencabar minda dan menyibukkan diri kanak-kanak
supaya mereka membuat kerja di tempat masing-masing. Busy Book ini dapat
meningkatkan kemahiran motor halus dan menjana perkembangan otak kanak-kanak
dengan melakukan aktiviti-aktiviti dalam buku tersebut yang kebanyakkannya memerlukan
kemahiran dan fikiran kreatif. Jadi, saya telah menginovasikan Busy Book ini dengan
memasukkan topik-topik yang terdapat dalam matapelajaran Bahasa Tamil bagi Tahun 1.
Dengan ini murid-murid akan berasa seronok dan dapat mencungkilkan minat murid untuk
belajar.

2.0 PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem
pendidikan perlu penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, projek inovasi dalam PdPc ini
diharap dapat meningkatkan pemahaman dan minat murid-murid Tahun 1 Thiruvalluvar di
SJK(T) Kg Simee dalam pembelajaran Bahasa Tamil dengan cara yang lebih kreatif dan
inovatif.

3.0 OBJEKTIF
Antara objektif projek ini ialah :

1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pembelajaran Bahasa Tamil.


2. Meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid-murid Tahun 1.
3. Membentuk minat murid terhadap matapelajaran Bahasa Tamil menggunakan kaedah
yang baru.
4. Membina suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan menggunakan kaedah
pembelajaran di luar kebiasaan.

4.0 RASIONAL

Projek Inovasi ini merupakan satu usaha yang baru untuk menarik minat dan
meningkatkan penguasaan murid yang sederhana dalam pembelajaran Bahasa Tamil.
Selain itu, murid-murid Tahun 1 juga memerlukan koordinasi mata dan tangan untuk
mengukuhkan kemahiran motor halus semasa aktiviti pembelajaran. Maka, projek ini akan
mambantu untuk mengimbangkan kedua-dua aspek iaitu dari segi mental dan fizikal para
murid semasa pembelajaran. Projek inovasi ini juga akan membawa suasana pembelajaran
yang lebih seronok dan pembelajaran berpusatkan murid berbanding dengan PdPc yang
hanya fokus kepada pengajaran guru.

5.0 SASARAN

Murid-murid Tahun 1 Thiruvalluvar di SJK(T) Kg simee, terutamanya murid sederhana


yang menghadapi masalah dalam pembelajaran Bahasa Tamil.

6.0 PERNYATAAN MASALAH

Kesukaran murid-murid dalam memahami fakta-fakta Bahasa Tamil menjadi masalah


utama dalam penghasilan projek inovasi ini. Bahasa Tamil merupakan subjek teras bagi
murid-murid sekolah tamil dan mempunyai standard kandungan yang lebih padat. Minat
yang mendalam perlu ada bagi melahirkan rasa kecintaan dan meningkatkan tahap
pemahaman serta penghayatan tentangnya di dalam kehidupan. Namun, kemerosotan
minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut semakin membimbangkan. Kemerosotan
minat pelajar menyebabkan mereka berasa bosan terhadap pembelajaran Bahasa tamil.
Pembelajaran berpusat guru menyebabkan murid kehilangan fokus dan berasa bosan dan
letih mendengar penerangan guru dalam masa yang lama. Apabila mereka kehilangan
fokus semasa PdPc, maka ilmu yang diajar oleh guru tidak dapat dikuasai oleh murid
sekolah.
7.0 SKOP DAN LIMITASI PROJEK

Saya telah menetapkan skop bagi projek saya ini iaitu menumpukan perhatian terhadap
meningkatkan kefahaman dan minat murid terhadap pembelajaran Bahasa Tamil. Limitasi
yang telah menetapkan bagi projek saya ialah murid-murid Tahun 1 yang sederhana dalam
matapelajaran Bahasa Tamil.

8.0 KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Hasil penelitian dan penganalisaan, tajuk-tajuk yang saya pilih dalam projek ini
merupakan tajuk yang penting dan perlu dikuasai oleh setiap murid tahun 1 sebelum
mereka mempelajari topik-topik yang lain seperti tatabahasa dan sastera tamil. Kelemahan
murid-murid dalam topik-topik yang saya pilih ini boleh menyebabkan pembelajaran mereka
dalam Tahun 2 merosot. Jika murid-murid dapat menguasai tajuk-tajuk asas, kemungkinan
besar mereka akan berpeluang memperolehi sekurang-kurangnya lulus dalam ujian atau
peperiksaan Bahasa Tamil yang dijalankan.

Selain itu, projek inovasi ini juga akan memberikan banyak impak kepada beberapa
pihak. Terutamanya, Busy Book ‘Tamil Aruvi’ ini merupakan satu inovasi yang baru dalam
bidang pendidikan iaitu dalam matapelajaran Bahasa Tamil. Guru-guru juga dapat
menggunakan satu kaedah yang baru dalam mengajar tajuk-tajuk Bahasa Tamil dengan
lebih berkesan. Seterusnya ialah, murid-murid dapat meningkatkan kefahaman dan minat
dalam matapelajaran Bahasa Tamil untuk mempelajari topik-topik tahun depan.

9.0 ANGGARAN KOS PROJEK

Jadual dibawah menunjukkan anggaran kos perbelanjaan yang diperlukan untuk


melaksanakan projek ini.

Jadual 1 :

Kos projek

BIL JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA JUMLAH KOS


SEUNIT
1. Kertas Form 3 x RM 7.00 = RM 21 RM 21.00
2. Gam Uhu 3 x RM 3.50 = RM 10.50 RM 10.50

3. Pita Velcro 6 x RM 3.50 = RM 21 RM 21.00

4. Kertas A4 2 x RM 2.50 = RM 5 RM 5.00

5. Kertas Warna 3 x RM 2.50 = RM 7.50 RM 7.50

6. Benang 1 x RM 1.00 = RM 1 RM 1.00

JUMLAH RM 66.00

10.0 TINJAUAN DAN KAJIAN

Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh pakar bahasa dan guru bahasa yang
menunjukkan ada beberapa sebab murid lemah dalam sesuatu matapelajaran. Salah satu
sebab ialah murid-murid hilang tumpuan dalam kelas ketika guru mengajar. Menurut
Mohammad (2016), pada masa kini didapati ramai pelajar semakin kurang tumpuan dan
minat dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan oleh
guru di dalam kelas. Penumpuan di dalam kelas amat penting kerana sekiranya pelajar
memberi tumpuan semasa aktiviti P&P, maka seseorang pelajar itu dapat menyesuaikan
diri, mencapai keyajaan dalam kehidupan serta bersedia untuk berada dalam masyarakat
masa hadapan yang kian mencabar pada masa kini.

Selain itu, minat murid-murid juga semakin berkurang semasa PdPc. Menurut
Marshitah (2014), kemerosotan minat pelajar terhadap pelajaran umpama satu wabak
penyakit yang mampu memudaratkan kehidupan sejagat. Ia bukan sekadar mengganggu
prestasi pencapaian sekolah namun yang pasti ia merupakan penanda aras yang
membuktikan kegagalan seorang guru dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Karim (1994) dalam Mohammad
(2016), menyatakan bahawa setiap guru memainkan peranan yang penting dalam
menarik minat pelajar untuk belajar dengan cara mempelbagaikan kaedah pengajaran.
Apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu matapelajaran tertentu, guru tidak pula
berusaha untuk menarik minat mereka. Tambah beliau lagi, faktor luaran seperti
kepesatan kurikulum dan keperluan peperiksaan, kekurangan bahan pengajaran dan
sumber-sumber lain, keadaan persekitaran luar bilik darjah dan sekolah serta masalah
disiplin murid-murid dijadikan sebagai penghalang kepada pengajaran sesuatu
matapelajaran secara berkesan.

Antara kajian lain yang boleh diperhatian ialah kajian yang dijalankan oleh Siti
(2005), menyatakan bahawa ramai pelajar yang pergi sekolah tetapi hakikat sebenarnya
mereka tidak belajar. Kebiasaannya pelajar seperti ini dilabelkan sebagai pelajar yang
bermasalah, mempunyai pencapaian yang rendah dan tidak mempunyai motivasi diri yang
baik. Oleh itu, guru sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam proses
PdPc yang dijalankan di dalam kelas.

Dapatan dari kajian-kajian ini, tugas sebagai seorang guru pada realitinya adalah
sangat penting dan menjadi faktor penentu dalam kejayaan dan kegagalan seseorang
murid. Jadi, guru perlulah menggunakan kaedah pengajaran yang lebih berkesan, kreatif
dan inovatif bagi menarik minat pelajar untuk belajar.

11.0 KAEDAH PENILAIAN

Saya akan membuat penilaian secara berterusan. Dimana setiap penilaian akan
direkod dalam jadual prestasi pencapaian. Murid-murid akan diberi markah mengikut
bilangan aktiviti yang boleh dijawab.

12.0 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA

Saya akan menggunakan gred markah yang ditetapkan untuk sekolah rendah bagi
mengkategorikan pencapaian responden dan mengetahui tahap pencapaian mereka.

Jadual 2 :

Gred Markah

Gred Markah Analisis Kelayakan


A 80-100 Cemerlang Lulus
B 60-79 Baik Lulus
C 40-59 Sederhana Lulus
D 20-39 Lemah Gagal
E 0-19 Sangat Lemah Gagal
Berdasarkan jadual gred markah seperti di atas, saya akan dapat mengenalpasti
murid yang sederhana daripada markah yang diperolehi.

Selepas menggunakan Busy Book ‘Tamil Aruvi’, saya akan mula merekodkan
bilangan soalan yang boleh dijawab oleh murid setiap hari. Markah yang diperoleh oleh
murid seterusnya akan saya terjemahkan ke dalam bentuk data yang kemudiannya akan
dianalisis bagi menilai tahap pencapaian mereka.

Dengan menggunakan kaedah analisis data melalui peratusan peningkatan


pencapaian murid, hasil kajian projek inovasi ini akan terbukti sama ada kaedah yang
digunakan berkesan atau tidak berkesan dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap
matapelajaran Bahasa Tamil.

13.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI

13.1 JADUAL PELAKSANAAN

Bagi memastikan projek inovasi ini berjalan dengan lancar, saya telah membina
jadual pelaksanaan tugasan seperti di bawah :

Jadual 3 :

Carta Gantt pelaksanaan projek inovasi

Bil Perkara Minggu Minggu Minggu Minggu


1 2 3 4

1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan


data

2 Menulis kertas cadangan projek inovasi

3 Merancang Tindakan

4 Melaksanakan Tindakan & Membuat Video

5 Mengumpul maklumat
6 Menganalisis maklumat/ data

7 Membuat refleksi dan laporan projek inovasi

14.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, diharapkan projek inovasi ini akan meningkatkan kefahaman dan
minat murid-murid Tahun 1 Thiruvalluvar dalam pembelajaran Bahasa Tamil bagi mencapai
prestasi cemerlang. Projek inovasi Busy Book ‘Tamil Aruvi’ ini memerlukan komitmen para
murid dan kerjasama daripada para guru. Akhir sekali, projek ini dapat memberikan manfaat
kepada pembelajaran murid-murid dan pengajaran para guru. Segala budi baik dan kerjasama
daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Diluluskan Oleh,

…………………………. ………………………… …………………………

(CIK R. KALAIARASI) (PUAN M.SHANTHINI) (ENCIK S. JAYA KUMAR)

Guru Pelatih, Guru pemimbing, Guru Besar,

IPG Kampus Ipoh SJK(T) Kg Simee SJK (T) Kg Simee

Anda mungkin juga menyukai