Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU ( AKTIVITI SLOT MORAL) LEE SIU FONG 1PISMP PC Pada 27 haribulan Febuari 2011 hingga 2 haribulan

Mac 2011, kumpulan kami iaitu 1PISMP PSV dan 1PISMP PC yang bukan Muslim, sebanyak 23 guru pelatih telah menjalankan slot moral pada waktu pagi dan pada waktu malam. Slot moral dijalankan adalah bertujuan untuk mengajar serta menolong menyemaikan nilai-nilai murni yang sepatutnya di dalam hati jiwa kami semua. Dalam aktiviti slot moral ini, biro kerohanian telah mengemukakan soalan-soalan bagi setiap sesi slot moral. Antara soalan-soalan yang dikemukakan pada setiap sesi slot moral adalah seperti yang berikut. Soalan pertama adalah tanggungjawab sebagai seorang guru. Soalan kedua adalah ciri-ciri untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Soalan ketiga adalah cara guru menanam sikap berdikari pada diri pelajar. Soalan keempat adalah etika pakaian seorang guru. Soalan kelima adalah sebab nilai kasih sayang penting bagi seorang guru dan soalan yang terakhir adalah pandangan guru pelatih tentang BIG. Semasa aktiviti slot moral dijalankan, guru pelatih masing-masing memberi pandangan serta pendapat yang positif. Oleh kerana Encik Chuah Boon Keat tidak dapat hadir atas masalah kesihatan, Pensyarah yang terlibat dalam aktiviti slot moral ini adalah Encik Nadzri B Noordin dan Encik Ravendren A/L Chelliah . Pensyarah turut membimbing kami semua tentang apa yang perlu ada dalam seseorang guru. Dalam menjalankan aktiviti slot moral ini, saya baru menyedari betapa pentingnya aktiviti tersebut. Hal ini disebabkan melalui sesi slot moral tersebut, kami baru dapat mengetahui apa nilai murni yang harus ada pada seorang guru. Bukan ini sahaja, hubungan silaturahim antara guru pelatih dengan pensyarah dan guru pelatih dapat dieratkkan.

Sebagai kesimpulan, soalan-soalan yang telah dikemukakan berguna untuk guru pelatih tidak kira sekarang mahupun masa depan. Aktiviti slot moral amat penting bagi guru pelatih yang bukan muslim kerana ia dapat membina guru yang bermoral, berakhlak mulia dan bertanggungjawab dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai