Anda di halaman 1dari 23

Biodata

Nama : Chiew Mee Ting


Jantina : Perempuan
Status Perkahwinan : Bujang
Kumpulan : PISMP Bc-01 ambilan Jan 2011
Semester : 1
Alamat Tetap : No.75, Taman Desa Damai,
Jalan Sebiew,
97000 Bintulu,
Sarawak, Malaysia
No. Telefon : 014-9960910
Nama Waris Terdekat : Ho Kui Fan



Isi Kandungan:
Pengenalan...
Matlamat...
Objektif.
Jadual pelaksanaan
Kandungan..
Refleksi kendiri
Penutup
Lampiran...












Pengenalan

Program Bina Insan Guru (BIG) mula diperkenalkan dalam Latihan Perguruan
Praperkhidmatan pada tahun 2001 dan mulai tahun 2005, sukatan pelajaran BIG
yang seragam bagi semua program latihan perguruan praperkhidmatan di Institut
Pendidikan Guru seluruh Malaysia mula diperkenalkan. Pelaksanaan BIG adalah
berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan
insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada
masyarakat, maka guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan
dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Program ini diharap dapat
melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional
yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai
cabaran pendidikan dalam era globalisasi.


















Matlamat

Program ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan
insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai
ketahanan fizikal dan mental, dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat
serta Negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.



Objektif

i. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran
agama;
ii. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,
bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan;
iii. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental;
iv. Meningkat dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta
perpaduan masyarakat;
v. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan
berkesan; dan
vi. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia
melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan
seharian.








Jadual Pelaksanaan
Tarikh : 18 April 2011 hingga 21 April 2011

Kandungan
Tarikh: 18 April 2011 (Hari Pertama)
Masa Aktiviti Pengedali
0630-0730 Berkumpul di depan TAZA Encik Michael Tarang Jelaming
Encik Mohd Azhar bin Zainal
Pn Rojiah Abdullah
O730-1030 Bertolak dari IPGKBL ke
Kem Alapong

1030-1130 Taklimat Encik Michael Tarang Jelaming
1130-1300 Penyediaan tapak, ikatan
asa dan mendirikan
khemah
Encik Chai
1300-1400 Makan tengah hari
1400-1600 Panduan ketika
kecemasan dan asas
bantu mula

1600-1730 Water confident Encik Ust. Hj Ali bin Julhi
1800-2000 Pergurusan diri, Solat dan
Tazkirah
Encik Chai
2000-2230 Ice breaking Encik Mohd Azhar bin Zainal




Tarikh: 19 April 2011 (Hari Kedua)
Masa Aktiviti Pengedali
0530-0630 Slot moral
0630- 0730 -Berkumpul dan menyanyikan lagu
Negaraku,IPG dan Ibu Pertiwi.
-Memanaskan badan.
-Berjogging dan membuat pilihan jalan
antara tiga jalan.
-Hari hujan tetapi masih meneruskan
larian.
-Ada guru pelatih mengambil jalan
singkat untuk sampai ke tempat asal
tetapi dimarahi kerana tidak patuh
arahan.
Encik Michael Tarang
Jelaming

0730-0930 -Makan sarapan.
-Membuat persiapan untuk aktiviti
darat.
-Menyediakan peralatan memasak dan
makanan untuk dimasak di dalam
hutan.
Encik Chai
0930-1200 -Mula bertolak menuju ke dalam hutan
melalui Kampung Pandan, Lundu.
-Guru pelatih diminta memerhati 3 jenis
flora dan fauna yang bernilai dan
membuat pembentangan di dalam
hutan.
-Seorang ahli kumpulan diminta
memetik satu daun pada setiap 10
langkah.
Encik Chai
1200-1400 -Kumpulan kami sampai ke tapak untuk
aktiviti darat di dalam hutan.
Encik Chai
-Memulakan aktiviti menghidupkan api
dengan menggunakan getah dan kayu
ranting yang kering.
-Sesetengah ahli kumpulan
membersihkan ikan di tepi sungai dan
menyediakan sayur.
-Selepas itu, kami pun memasak nasi
dalam periuk, ikan panggang dan ubi
keledek dibalut dengan aluminium coil.
-Selepas memasak, sesi
pembentangan dilakukan.
-Pelbagai komen dan pendapat telah
dikemukakan.
1400-1540 -Kami menikmati makanan tengah hari
yang telah kami masak di dalam hutan.
(secara buffet)
-Pembersihan tapak dilakukan.
-Guru pelatih muslim menunaikan solat.
-Bertolak balik ke Kem Alapong.
Encik Chai
1540-1730 -Sampai ke Kem Alapong.
-Meneruskan aktiviti Tongkat Amanah.
-Pelbagai halangan dan cabaran fizikal.
Encik Ust. Hj Ali bin Julhi
1730-1850 -Aktiviti tongkat amanah tamat.
-Memasak makan malam.

1850-1930 -Guru pelatih muslim sembahyang di
surau dan guru pelatih non-muslim
hadir slot moral di dewan.

1930-2030 -Makan malam bersama tutor. Encik Chai
2030-2230 -Sesi LDK (Analisi ujian inventori
kerjaya)
Puan Rojiah Abdullah
Tarikh: 20 April 2011 (Hari Ketiga)
Masa Aktiviti Pengedali
0530-0630 Guru pelatih muslim sembahyang di
surau dan guru pelatih non-muslim
hadir slot moral di dewan.

0630-0730 Berkumpul menyanyi lagu Negaraku,
Ibu Pertiwi dan menari Poco-Poco.

0730-0800 Makan sarapan pagi.
0800-0930 Menghadiri LDK (Menjelaskan kata-
kata kunci yang diberi oleh fasilitator)
Puan Rojiah Abdullah
0930-1200 -Membuat persiapan untuk aktiviti air.
-Diberi ajaran tentang teknik mendayuh
rakit.
-Keluar dengan partner dengan
mengikut arahan jurulatih supaya
memastikan setiap guru pelatih ada
pasangan.
Encik Ust. Hj Ali bin Julhi
Encik Chai
1200-1300 -Berakit secara berkumpulan.
-Belajar berenang, berkumpul di tengah
lautan.
-Berdiri di atas rakit dan menyanyikan
lagu Negaraku, Ibu Pertiwi dan
IPGKBL.

1300-1430 -Sampai ke destinasi yang ditujui.
-Memasak bersama-sama. (Makan ala
bufet)
-Secara bergilir-gilir melakukan aktiviti
abselling.
-Solat berjemaah.

1430-1530 -Bertolak pulang ke Kem Alapong.
1530-1700 -Tiba di Kem Alapong.
-Mengemas rakit dan peralatan.

1700-1800 -Pertandingan memasak.
1800-2015 Guru pelatih muslim sembahyang di
surau dan guru pelatih non-muslim
hadir slot moral di dewan.
Puan Khaw Ah Hong
2015-2100 Pensyarah dan jurulatih mencuba
makanan yang disediakan oleh
peserta.
-Peserta dan ahli kumpulan makan
malam.

2100-2400 Malam Kebudayaan. Puan Rojiah Abdullah
Puan Khaw Ah Hong











Tarikh: 21 April 2011 (Hari Keempat)
Masa Aktiviti Pengedali
0000-0030 Mengumpul dan mengira peralatan
yang dipinjam.

0030-0230 -Mencuci peralatan yang kotor.
-Menggunakan pasir untuk mencuci
periuk nasi dan cerek.
-Menghantar peralatan yang telah
dicuci kepada Encik Michael.

0230-0300 Siap penghantaran peralatan.
0300-0500 Bersedia untuk tidur.
0500-0530 Bangun awal pagi dan bersedia
untuk program harian.

0530-0630 Guru pelatih muslim sembahyang di
surau dan guru pelatih non-muslim
hadir slot moral di dewan.

0630-0730 Berkumpul menyanyi lagu Negaraku,
Ibu Pertiwi dan menari Poco-Poco.
Encik Michael Tarang
Jelaming

0730-0800 Makan sarapan pagi.
0800-1100 Berkumpul di dewan sebarguna
untuk Majlis Penutupan Kem Bina
Insan Guru siri 5 2011.

1100-1200 Pengarah baru IPG Batu Lintang
merasmikan Majlis Penutupan BIG
siri 5 2011.

1200-1230 Taklimat nasihat daripada Encik
Azhar dan permohonan maaf
daripada pihak tutor sekiranya
terdapat perkara yang menyinggung
perasaan.
Encik Mohd. Azhar Bin
Zainal
1230-1300 -Majlis Penutupan BIG siri 5 2011
telah tamat.
-Mengemas dan menurunkan tapak
khemah dapur.
-Menurunkan khemah lelaki.
-Bersiap sedia dan menyimpa segala
peralatan, barangan kem Alapong
dan barangan persendirian.

1300-1330 -Membahagikan hadiah hamper
kumpulan kepada setiap ahli
kumpulan.
-Mengucapkan selamat tinggal
kepada para pensyarah dan warga
Kem Alapong.

1330-1530 Menaiki bas institut dan bertolak
balik ke IPGKBL.

1530 -Tiba di IPGKBL dan balik ke asrama
masing-masing.










Refleksi kendiri
Pada hari pertama iaitu 18 April 2011, kami telah menjalankan aktiviti
water confident pada sebelah petang. Tujuan aktiviti water confident ini
dijalankan adalah untuk membina keyakinan kepada semua guru pelatih yang
tidak mahir dalam air supaya tidak fobia akannya. Taklimat mengenai aktiviti ini
telah disampaikan oleh jurulatih yang berkenaan. Melalui taklimat ini, saya telah
mengetahui serba sedikit mengenai aktiviti water confident ini.
Selepas taklimat diberikan oleh jurulatih, kami pun memakai P.A. untuk
memastikan keselamatan ketika berada dalam laut. Namun begitu, kami juga
memastikan keselamatan yang terjamin dengan alat-alat yang sempurna
Seterusnya, jurulatih-jurulatih membimbing dan kami sama-sama berpegangan
tangan dan langkah demi langkah menuju ke laut. Jurulatih-jurulatih mengajar
kami cara untuk melakukan aktiviti tersebut. Dalam laut tersebut terdapat banyak
batu-batan yang kecil. Kami saling berpegang tangan dan berhati-hati mengikuti
jurulatih supaya tidak terpijak batu-batan.
Melalui aktiviti water confident, kami berpeluang untuk mempelajari cara
berenang ketika berada di dalam laut dan mengatasi masalah fobia atau takut
terhadap air. Kemahiran dan pengalaman ini sangat berguna semasa
menghadapi masalah semasa di tengah laut. Seterusnya, saya juga menyedari
bahawa kerjasama antara guru pelatih adalah amat penting semasa aktiviti ini
dijalankan.
Secara keseluruhannya, walaupun aktiviti water confident merupakan
satu aktiviti yang agak mencabar bagi kami yang tidak tahu berenang atau fobia
akan air, namun kami juga berjaya melaksanakan aktiviti tersebut dengan penuh
semangat dan sempurna.
Pada hari kedua iaitu 19 haribulan April 2011, kami telah menjalankan
aktiviti darat iaitu aktiviti kembara di dalam hutan. Sebelum aktiviti tersebut
dimulakan, kami telah didedahkan serba sedikit mengenai flora dan fauna yang
ada di dalam hutan. Pada masa itu, kami tidak ternampak fauna kecuali bunyi
burung, ikan kecil dan rama-rama sahaja. Pada masa yang sama, kami juga
diminta untuk memerhati 3 jenis flora dan fauna yang bernilai dan terdapat di
sepanjang perjalanan aktiviti kembara ini. Seterusya, kami akan membuat
pembentangan mengenai jenis-jenis flora dan fauna yang terdapat di dalam
hutan selepas habis memasak makanan tengah hari. Salah seorang daripada
ahli kumpulan diminta memetik satu daun pada setiap 10 langkah.
Dalam sepanjang perjalanan, jurulatih iaitu Encik Mahadi bin Hj Khalid
telah menceritakan beberapa ciri-ciri pokok di setiap peringkat dan kami telah
mencatatnya sebagai nota. Terdapat banyak flora yang ada seperti pokok rotan,
pokok getah dan lain-lain. Selepas itu, kami pun mula perjalanan ke dalam hutan.
Dalam perjalanan, jurulatih telah memberitahu nama-nama pokok dan
kegunaannya. Melalui aktiviti kembara ini, saya telah banyak menerokai spesies-
spesies flora yang terdapat di sini. Selain itu, ini merupakan kali pertama bagi
saya untuk lebih mendekati kawasan hutan..
Aktiviti kembara ke kawasan hutan merupakan kali pertama saya
libatkan diri. Melalui aktiviti ini, saya telah memperolehi banyak pengalaman
yang tidak tenilai serta tidak dapat dipelajari semasa kuliah. Selain itu, saya juga
telah menyedari kepentingan kerjasama antara satu sama lain tanpa mengira di
mana kami berada.
Selepas kami balik dari aktiviti kembara, kami terus meneruskan aktiviti
Tongkat Amanah. Pada mulanya, jurulatih akan menerangkan peraturan-
peraturan dan cara bermain kepada setiap ketua dan penolong ketua kumpulan.
Setelah setiap ketua dan penolong ketua kumpulan faham tentang cara
permainan ini, barulah kami bermula main. Permainan ini terdapat pelbagai
halangan dan cabaran fizikal dan masa inilah kumpulan kami telah menunjukkan
semangat kerjasama yang amat tinggi. Setiap ahli kumpulan mendengar arahan
daripada ketua kumpulan. Akhirnya kami terselamat dan kurang melakukan
kesalahan kerana kami menghargai amanah.
Pada 20 haribulan April 2011, sebanyak 3 kumpulan iaitu kumpulan 1,
kumpulan 2 dan kumpulan 3 telah pergi ke pantai, Kem Alapong, Lundu untuk
menjalankan aktiviti air iaitu berkayak. Tidak dapat dinafikan bahawa semua guru
pelatih yang terlibat berasa amat gembira dan menanti-nanti ketibaannya.
Sebelum memulakan aktiviti tersebut, jurulatih iaitu Encik Ust. Hj Ali bin Jusoh
mula memberi taklimat tentang kayak. Melalui taklimat ini, saya telah mengetahui
dan lebih memahami bahagian-bahagian kayak dan nama pada bahagian
tersebut. Selepas taklimat, jurulatih mengajar kami cara untuk berkayak yang
betul dengan menggunakan pengayuh. Saya telah belajar cara mengayuh ke kiri,
ke kanan, backward, forward dan hold.
Kami telah dibahagikan kepada dua orang dalam satu kumpulan. Saya
berasa gembira kerana berpeluang bersekumpulan dengan Wong Siew Jin
(kelas BC-01). Sebelum ini, saya telah kenal dengan dia . Namun begitu, aktiviti
berkayak telah memberi peluang kepada saya untuk berkenalan lebih dengan
dia. Setelah diberi arahanoleh jurulatih, kami pun turun ke dalam sungai dengan
penuh semangat.
Semasa aktiviti berkayak dijalankan, saya baru menyedari bahawa
bertapa pentingnya kerjasama antara satu sama lain. Semasa berkayak, rakan
kumpulan saya banyak memberi dorongan dan kami saling memberi comand kiri
atau kanan supaya pengayuh kami boleh mengayuh pada arah yang sama dan
seragam bagi mengelakkan pengayuh kami saling bertempur. Selain itu, Kami
juga mengabungkan semua kayak dalam rafting.
Kami telah menghadapi masalah semasa menjalani aktiviti berkayak iaitu
cuaca yang amat panas. Kebanyakkan guru pelatih telah sunburn akibat cuaca
tesebut. Namun demikian, melalui aktiviti berkayak, saya berpeluang lagi
mempelajari cara berkayak yang betul. Selain itu, saya juga belajar cara
menguasai kayak supaya menuju ke arah yang diingini. Yang paling penting,
saya telah mempelajari kepentingan kerjasama antara satu sama lain bagi
mencapai suatu matlamat atau kejayaan. Bukan ini sahaja, saya dan guru
pelatih lain berpeluang mengeratkan silaturahim antara satu sama lain kerana
kawan-kawan akan memberi bantuan semasa seseorang menghadapi
kesusahan.
Secara keseluruhan, saya telah banyak memperolehi pengalaman baru
melalui aktiviti berkayak. Banyak nilai-nilai murni juga telah saya amalkan seperti
kerjasama dan tolong-menolong selepas menjalankan aktiviti tersebut.
Selepas kami berkayak sampai ke destinasinya, satu aktiviti yang lebih
mencabar telah menanti-nantikan kedatangan kami. Kami telah membahagikan
satu kumpulan kepada dua. Lima orang pertama akan bertanggungjawab untuk
memasak makanan tengah hari manakala lima orang ahli kumpulan yang lain
akan terus melakukan aktiviti abselling secara bergilir-gilir. Setelah mereka habis
melakukan aktiviti abselling malah mereka akan terus bertukar dengan lima
orang pertama yang bertanggungjawab untuk memasak.
Sebelum saya melakukan aktiviti abselling, saya berasa amat gembira
kerana inilah saat-saat yang saya menantikan. Keadaan ini terjadi kerana pada
awalnya saya sudah berminat dengan aktiviti abselling tetapi saya tidak
mempunyai peluang untuk mencubanya. Selain itu, saya juga suka mencabar
aktiviti yang memerlukan keberanian yang besar. Semasa saya melakukan
aktiviti abselling, barulah saya menyedarkan bahawa aktiviti ini sangat
mencabarkan saya. Hal ini kerana saya takut tinggi. Namun begitu, saya tetap
paksa diri saya untuk melakukannya dan memotivasikan diri bahawa: Saya
Boleh! Sebelum saya turun, saya telah mengambil nafas yang mendalam,
menenangkan diri dan seterusnya saya turun satu langkah demi satu langkah.
Akhirnya, saya berjaya melakukannya!
Selepas balik dari berkayak, kami mempunyai dua pertandingan iaitu
pertandingan memasak dan pertandingan persembahan. Ahli kumpulan saya
telah menyediakan semua bahan dan saya bertanggungjawab untuk memasak.
Oleh sebab kami kesuntukkan masa, semua guru pelatih telah menghadiri slot
moral dan yang muslim bersembahyang di surau. Saya dan ahli kumpulan saya
iaitu Ling Siew Chieng mendapat persetujuan daripada pensyarah untuk berada
di dapur dan kami meneruskan makanan yang belum dimasak. Setelah kami
habis memasak, pensyarah dan jurulatih mula membuat penilain. Selepas
mereka menilai, barulah kami makan dan bersedia dengan malam kebudayaan.
Aktiviti malam kebudayaan bertujuan untuk menilai kebolehan dan
kreativiti guru pelatih menangani masalah dalam masa yang singkat dengan
cekap. Aktiviti ini dijalankan mengikut kumpulan seperti kumpulan 1 sehingga
kumpulan enam. Pada malam kebudayaan, setiap kumpulan akan
mempersembahkan persembahan kumpulan mereka. Selepas itu, persembahan
karaoke dari setiap dua orang ahli kumpulan turut akan diadakan. Kedua-dua
persembahan ini adalah merupakan pertandingan. Terdapat tiga orang
pensyarah yang akan menilai persembahan kumpulan manakala bagi
persembahan karaoke, penilainya adalah semua ahli kumpulan BC 1, Sains dan
Pemulihan.
Terdapat enam jenis persembahan yang akan diadakan pada malam
kebudayaan iaitu tarian etnik bumiputera Sabah, dikir barat, tarian Melayu,
lakonan, tarian cina dan teater muzikal. Kumpulan kami telah
mempersembahkan tarian cina. Seminggu sebelum BIG, kumpulan kami telah
mula berlatih untuk mempersembahkan persembahan yang menarik. Walaupun
kami menghadapi sendikit masalah seperti masa untuk berkumpul bagi setiap
ahli kumpulan namun kami saling bertolak-ansur dan akhirnya menyelesaikan
masalah ini.











Penutup
Kesimpulannya, walaupun sepanjang program Bina Insan Guru sangat
letih tetapi kami berasa seronok dan gembira kerana kami telah mempelajari
banyak ilmu pengetahuan yang tidak pernah ada sebelumnya. Selain itu, saya
juga lebih memahami diri sendiri melalui aktiviti psikologi yang diberi oleh
pensyarah kami. Selepas itu, saya akan terus berusaha untuk membaiki
kelemahan saya dan menjadi seorang bakal guru yang seimbang dari pelbagai
aspek.











Disediakan oleh,
________________
(CHIEW MEE TING)
PISMP Jan 2011 BC-01

Lampiran




Mendirikan khemah dapur





Makan malam bersama tutor





Aktiviti kembara




Memasak di dalam hutan





Aktiviti Tongkat Amanah






Aktiviti berkayak





Aktiviti abselling






Pertandingan memasak





Pertandingan persembahan

Anda mungkin juga menyukai