Anda di halaman 1dari 6

STE 3103

PENGAJARAN PRAKTIK SAINS PERTANIAN


SEM 1 : 2019/2020

PENSYARAH:
DR.ENIO KANG MOHD SUFIAN KANG

TAJUK :
LAPORAN AMALI – PEMBIAKAN TANAMAN MENGGUNAKAN KAEDAH
TAMPANG.

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO.MATRIK
ATITIH YATI ROBERT 204006
1.0 PENGENALAN

Cantuman adalah satu proses pembiakan tampang (vegetative) bagi tumbuh-tumbuhan yang

sesuai untuk dibiakan dengan cara mengambil sebahagian tunas dari pokok induk yang digabung

dengan pokok anak benih penanti. Pembiakan ini dilakukan bagi mendapatkan anak benih tanaman

yang menyerupai ciri-ciri pokok induk yang baik seperti tahan penyakit ,hasil yang tinggi, mudah

diuruskan dan sebagainya. Cantuman merupakan teknik pembiakan paling luas diamalkan. Dua jenis

cara pembiakan cantuman yang paling terkenal dan senang untuk dilakukan adalah jenis cantuman

mata tunas dan juga baji.

2.0 OBJEKTIF

i. Menerangkan apa itu tanaman cantuman baji dan mata tunas.

ii. Menerangkan langkah-langkah untuk melakukan tanaman cantuman baji dan mata tunas.

iii. Menerangkan peralatan dan bahan yang digunakan dalam melakukan tanaman cantuman

baji dan tunas.

iv. Menerangkan keburukkan dan kebaikkan tanaman cantuman.

3.0 BAHAN-BAHAN

3.1 Cantuman Baji

1. Pisau

2. Parafilm

3. Plastik Aiskrim

4. Tali raffia /getah

5. Sekateur

6. Pokok Penanti

7. Sion

1
3.2 Cantuman mata tunas.

1. Induk yang sihat (pastikan induk yang dipilih mempunyai diameter batang atau dahan

berukuran lebih kurang 1.5-2 cm)

2. Mata tunas (Pastikan mata tunas yang diambil dari pokok yang pernah berbuah)

3. Plastik Pembalut

4. Pisau

5. Sekateur

4.0 LANGKAH/KAEDAH MEMBUAT CANTUMAN

4.1 Cantuman Baji

1. Pilih dahan/ranting yang ingin dibuat cantuman

2. Belahkan dua (2-3cm) pada batang/ranting pokok

3. Pilih pucuk yang sihat sebagai sion.

4. Runcingkan/serongkan berbentuk V , Bahagian pangkal pucuk yang diambil

menggunakan pisau yang tajam.

5. Masukkan ranting sion yang diruncingkan dengan bentuk V kedalam ranting yang

telah di belah dua pada pokok penanti tadi.

6. Balutkan bahagian yang dibuat cantuman baji menggunakan parafilm sehingga

kemas.

7. Sarungankan bahagian ranting yang dibuat cantuman baji itu menggunakan plastik

aiskrim sehingga menutupi bahagian baltan tersebut.

8. Kemudian ikat dengan kemas bahagian mulut plastic aiskrim menggunakan tali

rafia/getah.

2
4.2 Cantuman Mata Tunas

1. Toreh kulit dahan yang telah dipilih untuk dilakukan proses cantuman. Pastikan

bahagian dalam dahan atau batang tidak tercedera. Ukuran yang diperlukan adalah

1.5cm lebar dan 2-3 cm panjang. Kupas dan buang keseluruhan kulit di bahagian

tersebut

2. pilih mata tunas dari pokok yang sihat, berkualiti dan telah berbuah. Kupas kulit di

sekitar mata tunas. Pastikan saiz mata tunas yang diambil berpadanan dengan ruang

yang telah disediakan pada pokok penanti

3. Tempel tunas pada bahagian kulit pokok yang telah dikupas tadi.

4. Ikat kawasan cantuman dengan tape atau plastik pembalut sehingga kemas

5. Setelah 3 minggu proses cantuman dilakukan, buka pembalut dan pastikan bahagian

cantuman kukuh bercantum dengan bahagian penanti dan masih segar. Jika mata

tunas kering, ini menunjukkan proses cantuman anda gagal

5.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGA

KEBAIKAN KEBURUKAN

1. Pokok baru yang terhasil sama seperti 1. Memerlukan kepakaran yang tinggi,

Induk. 2. Sukar untuk dilakukan jika tiada

2. Lebih tahan penyakit , Tahan rendaman kepakaran.

air . 3. Berisiko tinggi untuk gagal.

3. Hasil pengeluaran lebih tinggi.

3
6.0 GAMBAR DARIPADA AKTIVITI

Gambar semasa melakukan keratan untuk cantuman mata tunas

Gambar keratan yang telah selesai di kerat

Gambar sion berbentuk V.

Cantuman baji yang telah selasai.

4
7.0 REFLEKSI

Saya Atitih yati , salah seorang pelajar pendidikan sains pertanian yang telah melakukan

tugasan amali iaitu tanaman melalui kaedah tampang atau vegetative. Pertama sekali saya ingin

mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kerana telah memberikan satu tugasan amali yang

sangat bermanfaat buat diri saya. Syukur kerana saya berjaya melakukan tugasan tersebut

dngan baik walaupun hasilnya sangat sukar untuk dijangka.

Pertama sekali menerima tugasan ini saya , banyak persoalan timbul dalam diri saya resah

takut dan risau bahawa saya tidak dapat melaksanakanya dan tidak dapat menguasai kaedahnya

.akan tetapi saya sngat berterima kasih kepada pihak pengajar di ladang keran berkat mereka

saya dapat mengalahkan segala kegelisahan dan kerisauan yang timbul keran penerangan ,

tunjuk ajar serta pantauan yang diberikan sangat terbaik kepada kami semua.

Semasa melakukan tugasan ini saya sangat takut kerana saya tidak pernah melakukanya

sebelum ini . pelbagai cabaran juga telah saya hadapi, dari segi penggunaan pisau semasa

melakukan keratan dan juga membuat bentuk V pada sion. Namun saya tetap mencoba yang

terbaik untuk menyelesaikan amali tersebut , berkat usaha yang gigih saya berjaya melakukan

tugasan tersebut paling awal dalam kumpulan saya.

Sepanjang melakukan tugasan amali ini anyak benda baru yang telah saya perolehi,

sesungguhnya pengalaman dan ilmu yang telah saya perolehi ini akan saya gunakan pada masa

hadapan nti di alam pekerjaan saya.

Anda mungkin juga menyukai