Anda di halaman 1dari 4

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran

1.Rangsangan Emosi

Maksud rangsangan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah sesuatu yang
merangsang,faktor(sumber dsb)yang menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi:Skinner juga
berpegang pada teori behaviourisme,iaitu pembelajaran berlaku kalau ada-dan gerak balas;
manakala maksud emosi pula menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah perasaan
jiwa(batin)yang kuat seperti sedih,marah atau keadaan perasaan atau fikiran yang terangsang
dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang .Rangsangan emosi ialah
faktor yang melibatkan sesuatu perasaan atau reaksi seseorang.Oleh sebab itu,rangsangan
emosi yang dimaksudkan sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran ialah
keadaan diri seseorang yang dinilai dari segi minat,keinginan,kepuasan dan gangguan.Setiap
manusia mempunyai minat dan keinginan yang berbeza,namun segalannya merupakan benda
yang mampu dimiliki dan dipenuhi oleh mereka.Di sekolah,guru mampu melihat sejauh mana
tahap minat seseorang murid itu terhadap mata pelajaran yang diajar.Jika murid itu
berminat,maka tahap fokus mereka di dalam kelas adalah tinggi.Namun,jika murid itu tidak
berminat,maka mereka tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya dan mudah untuk
melakukan perkara lain.Hal ini berlaku kerana,minat ini merupakan perkara yang
dipenggaruhi oleh emosi seseorang murid.Maka,ianya mudah berubah dan tidak tetap.Oleh
itu,seseorang guru haruslah lebih kreatif di dalam kelas dengan idea-idea yang baru serta cara
pengajaran yang lebih menarik.Sebagai contoh,guru boleh mengaplikasikan pembelajaran
yang menggunakan kaedah nyanyian ria di dalam pengajaran menghafal sifir kepada murid
yang berusia tujuh hingga sembilan tahun.Kesannya,murid akan lebih tertarik dan emosi
mereka juga suka akan kaedah pengajaran yang disampaikan.Disamping itu,guru juga
hendaklah memahami perasaan dan mengambil berat akan murid-murid mereka.Hal ini
disebabkan oleh,setiap diantara mereka mempunyai latar belakang yang berbeza.Oleh
itu,kemungkinan terdapatnya murid yang mempunyai masalah berat sehingga menganggu
pembelajaran mereka.Walau bagaimanapun,guru tetap harus bijak dalam mengawal emosi
murid mereka dan merancang pembelajaran selaras dengan kesediaan belajar dan keperluan
murid-murid.Kesimpulannya,rangsangan emosi merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi pembelajaran.
2.Rangsangan Sosial

Maksud rangsangan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah sesuatu yang
merangsang,faktor(sumber dsb)yang menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi:Skinner juga
berpegang pada teori behaviourisme,iaitu pembelajaran berlaku kalau ada-dan gerak
balas;manakala maksud sosial menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah segala hal yang
berkaitan dengan masyarakat;kemasyarakatan;suka mengambil berat tentang hal-hal
masyarakat;dia sangat popular serta;bersosial bergaul atau bercampur dengan
masyarakat.Rangsangan sosial ialah faktor yang berkaitan dengan masyarakat.Rangsangan
sosial juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran.Ini adalah
kerana,di dalam kelas berlakunya interaksi di antara murid dengan murid mahupun di antara
murid dengan guru.Oleh itu,guru dapat melihat terdapat beberapa sikap di antara kalangan
murid mereka.Antaranya,terdapat murid yang merupakan seorang yang berperwatakkan
periang,ceria,pemalu,pendiam dan sebagainya.Oleh itu,guru haruslah mengambil tindakan
yang membolehkan semua murid mereka menjadi seorang pelajar yang berkeyakinan tinggi
dan memberi tindak balas positif semasa sesi pembelajaran berlaku.Oleh sebab itu,guru
hendaklah kerap melakukan aktiviti yang melibatkan kesemua murid-murid mereka di dalam
kelas.Sebagai contoh,guru boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan perbincangan di
antara kumpulan dan pembentanggan hasil mereka kepada murid-murid lain.Tujuan utama
langkah ini ialah untuk pengenalan suasana pembelajaran yang baru kepada pelajar dan
memastikan mereka lebih bertindak aktif serta memberi respon yang positif.Selain itu,aktiviti
ini juga mampu menggabungkan di antara murid yang bersikap pemalu,pendiam dan riang di
dalam sebuah kumpulan.Hasilnya,mereka terbiasa dengan suasana yang ramai dan tidak malu
untuk bercakap ketika berucap di khalayak ramai .Disamping itu,murid-murid juga akan lebih
rapat di antara mereka di dalam sebuah kelas dan hubungan baik juga terjalin.Sementara
itu,murid juga tidak lagi malu untuk bercakap dan bertanya kepada guru mereka disebabkan
perasaan malu dan takut sebelum ini.Pada samping yang lain,guru juga dapat melihat bakat
serta kebolehan yang ada pada pelajar mereka melalui ucapan dan penyampaian tugasan yang
diberikan.Kesimpulannya,rangsangan sosial merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
pembelajaran.
3.Rangsangan Persekitaran

Maksud rangsangan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah sesuatu yang
merangsang,faktor(sumber dsb)yang menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi:Skinner juga
berpegang pada teori behaviourisme,iaitu pembelajaran berlaku kalau ada-dan gerak
balas;manakala maksud persekitaran menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah kawasan di
sekeliling sesuatu tempat-manusia;kawasan.Rangsangan persekitaran ialah faktor kawasan di
sekeliling sesuatu tempat.Faktor lain yang mempengaruhi pembelajaran ialah rangsangan
persekitaran.Ini adalah kerana,murid-murid amat mudah terpengaruh dengan persekitaran
mereka terutamanya yang berumur 7 hingga 12 tahun.Hal ini disebabkan oleh,mereka pada
masa ini mereka lebih dekat dengan ibu bapa berbanding rakan-rakan.Oleh itu,ibu bapa pada
masa ini memainkan peranan penting selain guru di sekolah dalam mendidik anak-anak
mereka ketika berada di rumah.Didikan ibu bapa yang baik dan betul akan memberi kesan
sikap yang baik kepada murid tersebut ketika berada di sekolah.Pada masa usia ini, ibu bapa
perlu memantau dan membantu guru ketika di rumah dalam pembelajaran anak-anak
mereka.Di sekolah pula,guru harus memupuk nilai yang baik kepada anak murid mereka agar
mereka tidak berkelakuan buruk.Kanak-kanak pada usia itu amat mudah diajar kerana mereka
lebih kepada mengikut cara perbuatan dan perkara yang mereka lihat.Oleh itu,guru hendaklah
menggunakan bahasa-bahasa yang lembut dan sopan ketika mengajar supaya murid-murid
beradab sopan dan tidak menggunakan perkataan kesat kelak.Selain itu,di peringkat remaja
pula terdapat sedikit cabaran yang harus dihadapi oleh ibu bapa dan guru-guru.Hal ini
kerana,pada usia remaja,mereka lebih cenderung terdedah kepada perkara-perkara
negatif.Oleh sebab itu,ibu bapa mestilah mengenali setiap rakan-rakan yang anak-anak
mereka berkawan supaya mereka tidak tersalah pilih rakan yang kesannya membawa kepada
gejala negative.Seterusnya,ibu bapa juga haruslah sentiasa mengawasi tingkah laku anak-
anak mereka dan mengambil tahu tentang perkembangan anak-anak mereka.Selain dari
itu,sebagai seorang guru mereka mengalas tugas yang agak berat dalam mendidik murid di
peringkat awal remaja.Ini adalah kerana,murid-murid ketika itu sedang berada di fasa
mengenali diri mereka.Hal ini dimana,mereka sedang di dalam keadaan yang
emosi,perasan,fizikal dan mental yang berubah-rubah.Silap langkah,mereka akan terjebak
dalam perkara negatif seperti merokok,merempit,menghisap dadah,ponteng sekolah dan lain-
lain.Oleh itu,guru haruslah menggunakan pendekatan pembelajaran yang berkesan supaya
murid-murid tidak mudah merasa bosan ketika mengikuti sesi pembelajaran dan juga
memilih untuk ponteng sekolah.Disamping itu,guru juga hendaklah sentiasa peka disetiap
tingkah laku anak-anak murid mereka dan memastikan mereka tidak melakukan perkara yang
buruk.Sesi kaunseling dan memberi nasihat digalakkan kepada guru untuk mendekati murid-
murid dengan lebih rapat.Hal ini kerana,terdapat sesetengah murid yang melakukan perkara
negatif disebabkan persekitaran mereka yang terdesak.Sebagai contoh,kesempitan hidup
menyebabkan seseorang murid itu lebih memilih melakukan pekerjaan sejak di bangku
sekolah lagi.Oleh itu,guru haruslah menjadi orang yang dekat dengan mereka untuk
memberikan dorongan dan memastikan murid-murid mereka cemerlang dalam
pembelajaran.Kesimpulannya,rangsangan persekitaran merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai