Anda di halaman 1dari 26

Tajuk 12

Apresiasi Teks Sastera Sekolah Rendah

Puisi Tradisional (Pantun Dan Seloka)

Tan Ai Poh , R. Maalini & Noranati

STRUKTUR PANTUN

Pantun mempunyai rangkap-rangkap yang


berasingan dan setiap rangkap boleh berdiri
sendiri sebagai satu kesatuan idea.
Rangkap pantun terbina daripada baris atau
kerat yang berpasangan.
Setiap baris mengandungi empat hingga lima
patah perkataan dengan suku kata antara
lapan hingga dua belas.
Skema rima pada hujung baris yang tetap
iaitu a-b;a-b. Namun ada juga skema rima
yang sama a-a;a-a

Struktur pantun terdiri daripada 2 unit iaitu


pembayang dan maksud yang hendak
disampaikan. Pembayang adalah daripada
gambaran alam dan maksud adalah gambaran
sifat dan sikap manusia.
Setiap rangkap pantun merupakan satu
kesatuan idea, mengandungi satu fikiran yang
bulat dan lengkap dapat dikesan melalui
pantun tersebut.

STRUKTUR SELOKA

Dalam bentuk karangan berangkap dan rima


yang bebas.
Ada yang bersifat bebas dan terdapat juga
seloka dalam bentuk terikat.
Mengandungi perkataan yang menyindir atau
mengejek yang disampaikan dalam bentuk
berangkap.
Mengandungi baris-baris yang berurutan
dipenuhi unsur jenaka atau gurau senda.
Digunakan untuk menyindir sambil mendidik.

FUNGSI PANTUN

Fungsi Pantun
1. Alat komunikasi
Kepelbagaian tema dalam pantun memperlihatkan seluruh kehidupan
masyarakat.
Pantun kasih sayang:
Hasil komunikasi daripada kegiatan menggunakan pantun dalam
suasana berkasih sayang. (Sama ada diucapkan secara lisan atau
melalui tulisan)
Pantun jenaka:
Menyampaikan rasa mesra dan humor antara anggota masyarakat.
Pantun sindiran:
Terasa lebih halus dan berlapik kata-katanya.

2. Media Pendidikan
Dilihat melalui pantun-pantun berunsur nasihat dan agama.
Nasihat disampaikan secara berhemah.
Menunjukkan sikap kesopanan dalam menasihati seseorang.
Mengandungi pengajaran tentang:
Kehidupan bermasyarakat
Nasihat-menasihati
Pelajaran agama
Menegaskan keesaan Allah SWT
Pembalasan pada hari kemudian
Kesemuanya menjadikan pantun Melayu padat dengan pelbagai ilmu
yang dapat mendidik masyarakat.

3. Adat istiadat
Fungsi pantun amat menyerlah dalam majlis yang melibatkan
upacara beradat seperti upacara:
Merisik
Meminang
Akad nikah
Persandingan
Berfungsi sebagai penyeri majlis.
Dilafazkan sebagai pembuka kata untuk menyampikan maksud
di hati.

4. Media hiburan
Menjadi inti kepada lagu-lagu seperti:
Beduan di Perlis
Bongai di Negeri Sembilan
Dondang Sayang di Melaka
Menjadi lirik-lirik lagu untuk lagu-lagu kontemporari yang dicipta
oleh pemuzik.

5. Kegiatan berunsur upacara


Berfungsi dalam upacara mengubati penyakit.
Terdapat beberapa nyanyian yang mengiringi upacara
tersebut.
Selain berbentuk talibun dan mantera, seni kata lagu-lagu
tersebut adalah dalam bentuk pantun iaitu:
Pantun-pantun daerah
Pantun yang telah dikenal umum. Contohnya:
Ulit Mayang (tarian pemujaan untuk mengubati penyakit)
Tarian Balai, Main Pulau, Berlotoh (berkaitan dengan
memuja semangat padi)- Harun Mat Piah: 1989).

6. Pemanis kata dalam pengacaraan majlis


Penggunaan pantun dalam pengacaraan majlis dan ucapan
akan memberi warna-warna perasaan dengan lebih berkesan.
Pantun yang diungkapkan untuk mengalu-alukan hadirin akan
menimbulkan kesan yang mendalam kepada para tetamu yang
hadir.

FUNGSI SELOKA

Fungsi Seloka
1. Alat kritikan sosial
Mengkritik perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan
individu sasaran.
2. Pengajaran dan panduan hidup
Interpretasi yang lebih wajar perlu diberikan disebalik sindiran dan ejekan yang
terdapat dalam seloka.
Contoh:
Perlakuan watak yang terlalu pemurah dan melebihkan orang luar seperti yang
terdapat dalam seloka Emak Si Radang.
Seloka tersebut memberi pengajaran dan ingatan supaya tidak bersikap terlalu
pemurah sehingga membiarkan kaum dagang meraih apa yang mereka mahu.
3. Alat untuk menghibur
Unsur jenaka dalam seloka bertujuan menghibur hati masyarakat.

Cara Mengapresiasi Puisi Tradisional


1. Membaca
Membaca dan memahami hasil karya pengarang

2. Menghayati
Menunjukkan ekspresi yang bersesuaian dengan kandungan karya yang dibaca
3. Menyokong
Membeli dan membaca koleksi puisi-puisi tradisional
4. Menyebarkan
Berkongsi hasil bacaan kepada murid, rakan dan masyarakat
5. Menjadikan sebagai satu gaya ikutan
Menghasilkan hasil karya puisi tersendiri

CIRI BAHASA PANTUN

CIRI BAHASA PANTUN


Berpola dan
berentak

Pemilihan kata
berkaitan alam
sekeliling

Ringkas tapi
padat

Pengulangan
ayat /
perkataan

Bahasa yang
halus dan
santun

Penggunaan
Lambang

Berpola dan berentak


Baris pantun yang bersukat dan seimbang dengan
pola rima di hujung dan di tengah baris
Bila diucap, muncul rima yang menjadikannya mudah
dihafaz dan diingat semula.
Tujuan : Timbulkan keindahan pada pantun &
gambarkan daya kreativiti.

Contoh pantun

Buah langsat kuning mencelah,


Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Pemilihan kata berkaitan alam sekeliling


Perkataan dalam pantun jelas diambil daripada
unsur-unsur alam
Objek, suasana, perlakuan manusia, haiwan, peristiwa
yang berlaku
Tujuan : isi yang ingin disampaikan banyak dan tepat
berdasarkan pemerhatian, pendengaran dan hasil
penggunaan pancaindera penulis.

Contoh pantun

Bunga melati bunga di darat,


Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
(Sekalung Budi Seuntai Bahasa 2002)

Ringkas tetapi padat


Kata-kata yang ringkas, padat dan tajam terangkum
dalam bentuk
Perumpamaan, peribahasa dan pepatah
Tujuan : Memudahkan hafalan kerana perumpamaan
ialah ungkapan yang dikongsi bersama, selalu didengar
jesteru cepat terakam di dalam minda.

Contoh pantun

Dalam semak banyak duri,


Ayam kuning buat sarang;
Orang tamak selalu rugi,
Macam anjing dengan bayang.

Pengulangan ayat / perkataan


Boleh berlaku dalam bentuk sejajar atau tidak,
sesuai dengan ciri bahasa Melayu
Pengulangan anafora dan epifora
Tujuan : Bantu ingatan dan bangkitkan rima yang
mengindahkan bunyi dan timbulkan kesan pada bentuk
pantun

Contoh pantun

Dari mana punai melayang,


Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Bahasa yang halus dan santun


Sikap masyarakat melayu yang berhati-hati
melafaskan kata-kata kerana ditakuti melukai hati
si pendengar
Nilai susila amat dipentingkan
Perasaan yang ingin disampaikan diungkapkan dengan
ungkapan umum
Tujuan : Siapa makan cili, dia terasa pedasnya

Contoh pantun

Berdesir angin di rumpun bambu,


Sayup terdengar di waktu pagi;
Hancur hatiku menanggung rindu,
Orang dirindu tak ambil peduli.

Penggunaan lambang
Harun Mat Piah (1989), 70 % daripada pantun yang
dikajinya menggunakan satu atau beberapa
lambang yang terbiasa dalam masyarakat Melayu /
Nusantara.
Perbandingan , perumpamaam, kiasan ibarat dan
peribahasa.

Contoh pantun

Buah langsat kuning mencelah,


Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

CIRI BAHASA SELOKA

Cara ungkapkan
sindiran harus
diteliti dengan
penuh berhemah
& bijaksana

Ayat seloka
pendek namun
padat dengan
makna tersirat

Karagan
berangkap yang
mementingkan
rima dan bunyi

CIRI
BAHASA
SELOKA
Pemilihan
perkataan
pentingkan
kesopanan

Fungsi
- Menyindir
- Berjenaka

Dipenuhi katakata pepatah,


bidalan atau
perumpamaan

Anda mungkin juga menyukai