Anda di halaman 1dari 33

BMM3114

KEBUDAYAAN MELAYU
DISEDIAKAN OLEH:

MAALINI A/P RAJENDRA
NORANATI BT MD SOKI
TAN AI POH

PISMP SEMESTER 7 PENGAJIAN MELAYU (B)

KEBUDAYAAN MELAYU
(BIDANG EKONOMI)

PEKERJAAN
PENGURUSAN HARTA

PEKERJAAN
Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke -19
sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada
2 bentuk yang utama iaitu ekonomi sara diri dan
ekonomi komersil.
Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka
amalkan adalah dipengaruhi oleh sistem
pemerintahan pada masa dahulu.
Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani,
pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak
perlombongan dan sebagainya.
Sistem Ekonomi Masyarakat Melayu
Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang
bertujuan atau sekadar mampu untuk
memampung keperluan jarian keluarga.
Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan
digunakan untuk keluarga mereka.
Segala pengeluaran akan dijual. Hasil jualan
tersebut akan digunakan untuk membeli
barangan keperluan yang lain .
Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah
bercucuk tanam, menangkap ikan dan mengutip
hasil hutan.
Sistem ekonomi komersial hanya wujud di
Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah
British pada abad ke-19.
Kehadiran mereka telah mempergiatkan
bentuk ekonomi tersebut memandangkan
mereka mengutip cukai daripada rakyat.
Salah satu perkembangan yang nyata semasa
itu dapat dilihat dalam sektor perdagangan
dan perlombongan.
Kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi
sara diri masyarakat Melayu tradisional yang
sangat penting.
Padi merupakan tanaman utama memandangkan
ia adalah makanan asasi masyarakat di rantau ini.
Walau bagaimanapun, terdapat juga tanaman-
tanaman lain sebagai pelengkap kepada hasil padi
seperti ubi, sayur-sayuran dan sebagainya.
PERTANIAN
Ikan merupakan sumber makanan kepada
masyarakat Melayu tradisional.
Kegiatan perikanan merupakan pekerjaan
utama bagi masyarakat Melayu yang tinggal di
tepi laut dan sungai.
Hasil tangkapan akan dapat dijadikan
keperluan diri sendiri dan lebihan hasil akan
dijual.

PERIKANAN
Kegiatan perikanan dapat dilihat khasnya di
negeri Terengganu dan Pahang. Mereka
menjalankan aktiviti mereka di antara bulan
Mac hingga bulan Oktober dan dihentikan
antara bulan November hingga Februari
kerana masa itu merupakan musim tengkujuh.
PERDAGANGAN
PERDAGANGAN
Kegiatan perdagangan merupakan kegiatan
ekonomi yang utama sejak kira-kira 2000
tahun dahulu.
Kegiatan perdagangan berkembang pesat di
Tanah Melayu kerana kedudukannya
ditengah-tengah laluan kapal dagangan
antara China dan India
Kegiatan perdagangan dijalankan dengan
pesatnya di pelabuhan utama seperti
I. Melaka pada abad ke 15
II. Johor (Riau) di antara abad ke 16 17
III. Kuala Terengganu pada abad ke-18
Perdagangan pada awalnya dijalankan secara
tukar barang atau sistem barter.
Perdagangan mula berkembang setelah
matawang digunakan dalam perdagangan
Pedagang menggunakan pelabuhan di negeri-
negeri Melayu untuk bertukar barang dagangan ,
mendapatkan bekalan air , makanan dan
membaiki kapal sebelum meneruskan perjalanan
mereka
Perdagangan dijalankan oleh Raja dan pembesar
Melayu kerana mereka mempunyai modal dan
pengaruh.
Rakyat biasa hanya menjalankan perdagangan
secara kecil-kecilan dan menguruskan
perdagangan pembesar yang dikenali sebagai
orang kiwi di zaman kerajaan kesultanan Melayu
Melaka.
Pedagang asing datang berdagang di Melaka
terdiri terutama dari China , Gujerat , Eropah dan
Arab.



EKONOMI TRADISIONAL EKONOMI MODEN
Sara diri Berasaskan eksport
Sistem barter Penggunaan matawang
Teknologi rendah Teknologi moden
BARANG-BARANG YANG DIDAGANGKAN SEBELUM
KEDATANGAN BRITISH
IMPORT EKSPORT
Rempah, barang kemas,
keris dan parang
Emas, beras, bijih timah
PERLOMBONGAN
PERLOMBONGAN BIJIH
TIMAH
Menurut Tom Pires , kawasan bijih timah dikuasai
oleh orang Melayu di Selangor, Bernam dan Perak
sejak zaman Melaka.
Pada awalnya kegiatan melombong bijih diusahakan
oleh orang Melayu secara sara diri untuk memenuhi
masa lapang mereka. Kawasan dan kegiatan
perlombongan ini dimiliki dan diusahakan oleh Raja-
raja dan pembesar Melayu yang mempunyai modal
dan tanah
Kaedah melombong yang mereka gunakan
merupakan alatan tradisional seperti
mendulang
melampan
kait raga
kaedah empangan untuk memperolehi bijih timah
Bijih timah yang diperolehi akan dileburkan di dalam relau
arang lalu dimasukkan kedalam acuan untuk dijadikan
jongkong.
Semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka terdapat
perjanjian antara Melaka dengan Kelang , Bernam , Perak
dan Manjung untuk membekalkan bijih timah kepada
Melaka.
Orang Cina telah melibatkan diri dalam perusahaan bijih
timah mulai tahun 1820-an.
Pada tahun 1840-an , Long Jaafar di Larut, Perak telah
membawa pekerja-pekerja Cina untuk mengusahakan
kawasan lombong bijih timah di Larut ( Perak ) dan Lukut di
Selangor
Antara kawasan utama pengeluar bijih timah di Tanah
Melayu ialah:
Kelang , Bernam dan Lukut di Selangor.
Beruas , Manjung , Larut dan Dinding di Perak.
Sungai Linggi dan Sungai Ujong di Negeri Sembilan.
Sungai Lembing di Pahang.
Sungai Kedah di Kedah


PERLOMBONGAN EMAS
Pahang merupakan pengeluar utama emas di Tanah Melayu
Perlombongan emas juga terdapat di Terengganu , Kelantan
, Negeri Sembilan dan Johor.
Orang Minangkabau bertanggungjawab menjalankan
kegiatan melombong emas di Pahang
Menurut Tom Pires , Pahang telah menghasilkan sejumlah
besar serbuk emas pada abad ke 16.
Kekayaan hasil bumi Tanah Melayu sehingga dikenali sebagai
semenanjung emas dikalangan pedagang-pedagang India
Kawasan pengeluaran emas utama
Sungai Bera , Sungai Bliut Sungai Jelai , Sungai Semantan dan Sungai
Pahang.
Sungai Kemaman di Terengganu
Sungai Liut dan Batu Bersawah di Negeri Sembilan
Kawasan Pulai di Terengganu.
Kaki gunung Ledang di Johor

PENGURUSAN
HARTA

Pengurusan Harta
o Islam meletakkan harta sebagai salah satu
keperluan asasi di dalam kehidupan manusia.

o Islam mengambil sikap yang jelas dan terbuka
dalam soal pengurusan harta dengan
berdasarkan nilai dan objektif untuk kebaikan
dunia dan akhirat sekaligus menghindari segala
keburukan dan kemudaratan.




(i) Mengikut Islam



o Harta merupakan salah satu keperluan asas
dalam kehidupan manusia. Allah Subhanahu Wa
Taala menyediakan harta khusus untuk
menjamin kepentingan manusia supaya boleh
hidup dengan baik dan sempurna.

o Harta yang diciptakan sebagai alat untuk
kehidupan tidak seharusnya diselewengkan oleh
pemiliknya atau sesiapa sahaja. Ia merupakan
satu pertembungan dengan landasan yang telah
ditetapkan oleh syarak. Justeru itu, al-Quran
mencela sifat kedekut, bakhil, membazir, boros,
mementingkan diri sendiri, tidak mengeluarkan
zakat, memiliki mahupun membelanjakan harta
dengan cara yang haram.


KEPENTINGAN HARTA UNTUK AKHIRAT

o Islam bukan sahaja meletakkan persoalan
harta sebagai salah satu faktor penyumbang
kepada kebahagiaan insan di dunia tetapi
juga mengaitkan harta dengan sumbangan
kebahagiaan insan di akhirat. Antaranya
ialah:




- Membelanjakan harta untuk keperluan diri sendiri
bagi melaksanakan ibadat atau untuk kemudahan
beribadat. Contohnya, seperti ibadat zakat dan haji.
Kedua-duanya tidak dapat dilaksanakan tanpa
harta. Contoh kemudahan untuk beribadat pula
ialah pakaian, tempat tinggal dan lain-lain
keperluan.

- Membelanjakan kepada orang lain melalui
beberapa saluran yang telah ditentukan oleh syarak
seperti sedekah dan derma.

- Membelanjakan harta kepada sesuatu yang
bersifat kebajikan umum seperti membina masjid,
hospital dan sebagainya.



MENJAMIN KEADILAN DALAM HARTA

o Islam menjamin keadilan sebenar dalam hal-
hal kehartaan. Ia bermaksud meletakkan
harta pada kedudukannya yang sebenar
sebagaimana asal ia dijadikan dan
sepertimana yang diperintahkan oleh Allah
s.w.t. Bagi mencapai tujuan keadilan di
dalam perbelanjaan, Islam telah
menyediakan beberapa strategi iaitu:



- Perbelanjaan mestilah secara betul dan
bertanggungjawab. Maksudnya, membelanjakan
harta mengikut arahan wajib dari syariah seperti
mengeluarkan zakat wajib, membelanjakan untuk diri
dan keluarga atau mengikut arahan tidak wajib
seperti sedekah, derma, untuk melayan tetamu dan
sebagainya.

- Menyekat sifat bakhil dan menghalang boros
dan pembaziran sebaliknya mendokong
kesederhanaan. Konsep kesederhanaan akan
menguasai kegiatan ekonomi dan pengurusan
harta. Apabila kesederhanaan dapat
direalisasikan dalam kegiatan itu maka harta
dapat berfungsi dengan baik dan dapat
dimanfaatkan oleh semua pihak dengan adil dan
saksama.




- Memfungsikan harta orang kaya untuk keperluan
yang diakui oleh syarak seperti keperluan yang
mendesak di dalam negara. Ini bererti jika negara
menghadapi bencana kemarau, banjir dan
sebagainya sehingga memerlukan bantuan yang
besar sedangkan negara tidak mampu
menanggung jumlah tersebut maka di situlah
adanya keadilan jika harta orang kaya difungsikan
untuk mengatasi penderitaan orang ramai.



- Melindungi harta dari pencerobohan dan
pengkhianatan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab seperti kecurian, rompakan,
samun, pemusnahan, rampasan dan sebagainya.
Apabila pencerobohan harta tidak dikawal dan
dibanteras, maka akan menyebabkan berlakunya
kekacauan yang boleh membawa kepada
kehancuran dan kemusnahan. Melalui pengurusan
harta, harta dilindungi dengan baik sehingga dapat
dimanfaatkan oleh pemiliknya dan seluruh
masyarakat.
Pengurusan Harta
o Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud
dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di
Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka
terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka
adalah keturunan Melayu Minangkabau.

o Salah satu prinsip Adat Pepatih ialah:
- Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang
saka iaitu hanya lelaki sahaja yang berhak
menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat)
manakala perempuan adalah mewarisi harta
pusaka keluarga ibunya.



(ii) Mengikut Adat Perpatih


o Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta
pusaka yang memberikan kelebihan kepada
perempuan.

o Pemberian pusaka yang dimaksudkan dalam
adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat
ini adalah tanah yang turun temurun daripada
nenek moyang sesuatu keluarga.



o Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada
perempuan ialah semata-mata untuk menjaga
kehormatan dan maruah kaum wanita Adat
Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat
Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia
tidak akan merempat atau menjual maruahnya
untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia
sudah ada tanah kampung dan sawah untuk
dikerjakan sebagai penyambung rezeki.




o Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh
dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup
(survival).

o Harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta
sepencarian maka pembahagiannya adalah
menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena
dengan tanah adat yang hanya untuk
perempuan sahaja).
Pengurusan Harta
o Adat Temenggung diamalkan di hampir semua
negeri-negeri Melayu, kecuali Negeri Sembilan
yang mengamalkan Adat Perpatih, maka Adat
Temenggung telah bercampur dengan undang-
undang adat Melayu sedia ada yang mempunyai
nama yang berbeza mengikut negeri. Antaranya
ialah Undang-Undang laut Melaka, Undang-
Undang Johor dan Undang-Undang Kedah.


(iii) Mengikut Adat Temenggung


o Mengikut sistem Adat Temenggung, lelaki berhak
mewarisi harta yang lebih banyak daripada
wanita. Dengan kata lain, jurai sebelah bapa
lebih diutamakan.

o Jika berlaku perceraian, pembahagian harta
antara suami dan isteri akan dilaksanakan
mengikut hukum syarak.

o Adat Temenggung menjelaskan bahawa harta
yang didapati semasa perkahwinan dikenali
sebagai harta sepencarian yang kebiasaannya
berkaitan dengan tanah.


o Harta sepencarian bagi isteri yang diceraikan
akan dibahagikan secara sama rata.

o Jika isteri yang dicerai tidak bekerja, maka isteri
berhak mendapat satu pertiga bahagian sahaja.
Jika penceraian itu atas permintaan suami, maka
si suami mestilah menyediakan nafkah selama
tiga bulan dan harta sepencarian haruslah
dibahagi.

o Senjata dan alat-alat daripda besi diberi kepada
suami dan peralatan rumah menjadi milik isteri.
Pihak isteri juga berhak mendapatkan rumah
atau kebun.


o Sebaliknya, jika penceraian disebabkab oleh
perangai buruk isteri, maka si isteri hanya
kehilangan tempat tinggal dan undang-undang
menetapkan bahawa si suami harus membayar
sejumlah tertentu emas.

o Jika penceraian antara suami dan isteri
disebabkan isteri meminta cerai kerana tiga kali
mendapati perangai buruk suami dan telah
berjaya mendapatkan cerai, isteri tersebut harus
menebus dirinya dengan memulangkan tempat
tinggal, sementara harta yang berpindah milik
terserah kepada suami.

Anda mungkin juga menyukai