Anda di halaman 1dari 4

Penghasilan/penciptaan puisi ( Tradisional atau Moden

Mencipta/Menghasilkan Pantun Berkait Bertemakan Budi Pulau Pandang jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan di kandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

1.

Gunung Daik bercabang tiga, Tampak jauh dari seberang, Budi yang baik dikenang juga, Khidmat bakti disanjung orang.

Tampak jauh dari seberang, . Khidmat bakti disanjung orang .

Tampak jauh dari seberang, Tegak berdiri bagai raksasa, Khidmat bakti disanjung orang Orang berbudi kita berbahasa

2.

Menghasilkan/Mencipta Pantun Berkait Bertemakan Keagamaan Di atas pokok burung bersarang, Burung terbang di ruang angkasa, Dalam kitab ada terlarang, Jangan sekali membuat dosa. Burung terbang di ruang angkasa, Jatuh ke laut lalu tenggelam, Jangan sekali membuat dosa, Wahai umat beragama Islam.

Jatuh ke laut lalu tenggelam, . Wahai umat beragama Islam,

Jatuh ke laut lalu tenggelam, Sayap patah badan terbelah, Wahai umat beragama Islam, Tetapkan iman kepada Allah.

Pemberian markah berdasarkan: Tema/Isi . 2 markah Bentuk . 2 markah Gaya bahasa .. 2 markah Kreativiti 2 markah Jumlah 8 markah

3.

Soalan penciptaan/penghasilan karya puisi moden/sajak

Bina sebuah sajak berdasarkan tema berikut: Perpaduan kaum di Malaysia ( 8 markah ) Pencemaran alam ( 8 markah ) Kasih sayang dalam keluarga ( 8 markah ) Semangat satu Malaysia ( 8 markah ) Cintakan tanah air ( 8 markah ) Masa hadapan hidupku ( 8 markah ) Semangat kejiranan ( 8 markah ) Ketaqwaan kepada Allah ( 8 markah ) Aspek pemarkahan Tema/isi 2 markah Bentuk.. 2 markah Gaya bahasa . 2 markah Kreativiti.. 2 markah JUMLAH 8 MARKAH Konsep binaan sajak Berdasarkan tema yang diberikan dalam soalan. Buat 3 atau 4 rangkap sahaja Jumlah baris keseluruhan 15 baris ( jangan kurang dan jangan lebih ) Jumlah perkataan sebaris di antara 3 6 Guna pelbagai jenis gaya/unsur bahasa a. Rangka binaan sajak bertemakan Perpaduan Kaum di Malaysia Rangkap 1 : 6 baris ( Definisi dan latar ) Rangkap 2 : 5 baris ( Tujuan ) Rangkap 3 : 4 baris ( Kesan ) Contoh sajak bertemakan Perpaduan Kaum di Malaysia

Perpaduan Melayu, Cina, India di bawah satu bumbung Sejak dahulu hingga sekarang Berpegang pada ikatan sosial sebelum merdeka Di bawah naungan Ratu Barat Tiga tokoh seia sekata menjunjung visi Akhirnya maruah terbela. Menuntut bebas dari cengkaman Merdeka diri Memerintah sendiri bumi pertiwi Untuk membangun bumi tercinta Duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Membina perpaduan untuk bersatu Hidup sejahtera membangun negara Disanjung hormat pelbagai bangsa Maruah terjaga agama terbela.

b. Rangka pembinaan sajak bertemakan Pencemaran Alam

Rangkap 1 : 5 baris ( Gambaran keadaan sungai tercemar ) Rangkap 2 : 4 baris ( Sebab-sebab sungai tercemar ) Rangkap 3 : 3 baris ( Kesan/akibat ) Rangkap 4 : 3 baris ( Cara mengatasi ) Contoh sajak bertemakan Pencemaran Alam/Sungai Pencemaran Sungai Larianmu seperti orang tua berusia lanjut Di permukaanmu berminyak dan bergelodak Baumu amat meloyakan tekak pengguna Warnamu teh susu pekat Lenggokmu tidak bermaya. Buangan sisa kilang dan hampasan industri Sikap insan yang buta, pekak dan tuli Pembangunan yang meranap fauna dan flora Wajahmu yang tidak berseri lagi. Air keracunan yang menakutkan Isi perutmu yang bergelimpangan Dari hulu ke hilir mudik bersama bau hapak. Di mana letaknya tangan berkuasa? Tiada maknakah akta dan ordinan?
4

Anda mungkin juga menyukai