Anda di halaman 1dari 21

BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan

Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU


FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

BSS3033 TEORI DAN KRITIKAN KESUSASTERAAN


SEMESTER 1 2022/2023

TUGASAN BERKUMPULAN

TAJUK PENULISAN :

BINCANGKAN LIMA TOKOH PENTEORI DAN PENGKRITIK SASTERA MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 24 (A)

NAMA AHLI NO MATRIK PROGRAM

ISMP
MUHAMMAD BIN AZMAN D20211101266 BAHASA MELAYU

NIHAYATUL ISTIANAH BINTI D20192091491 ISM PENGAJIAN


MOHAMAD JAMIL MALAYSIA DENGAN
PENDIDIKAN

SYAZWANA BINTI AZMI D20211100271 ISMP MULTIMEDIA

NAMA PENSYARAH :

PROFESOR. DR. ABDUL HALIM BIN ALI

1
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

ISI KANDUNGAN

2
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

1.0 PENGENALAN

Menurut para sarjana dan pengkaji Melayu, teori kesusasteraan ialah gugusan idea atau konsep
yang membentuk sesuatu tanggapan bagi memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena
kesusasteraan berasaskan aturan yang sistematik. Mana Sikana (1983) pula berpendapat bahawa
kritikan adalah sesuatu displin ilmu yang sistematik, yang membicarakan soal penghayatan,
penganalisisan dan penilaian sebuah karya kreatif. Secara umumnya, bidang kritikan
memerlukan penguasaan ilmu teori dan sejarah sastera. Hal ini kerana, kritikan itu sendiri beerti
melaksanakan prinsip-prinsip atau dasar-dasar sesebuah teori dalam menilai sesuatu hasil seni.
Ini bermakna, menjadi keperluan seseorang ahli kritik itu untuk mendalami secara prinsip-prinsip
sebuah teori. Secara umum, teori-teori moden kesusasteraan dari Barat sudah memasuki
kesusasteraan Melayu di Malaysia sejak awal tahun 1950-an lagi. Kehadirannya agak lambat
berbanding dengan perkembangan kritikan yang sudah bermula sejak tahun 1930 dan 1940-an
lagi. Sehingga lah pada tahun 1960-an teori-teori ini mula bertapak dan menjadi sebahagian
daripada keluarga sastera Melayu. Hingga melahirkan ramai para penulis, pengkritik dan
pembicara sastera Melayu yang mampu menguasai dan menjadi penganutnya.

Namun begitu, menyedari hampir tiga puluh tahun teori-teori moden kesusasteraan Barat
menghegemoni kesusasteraan Melayu, khususnya dalam bidang teori dan kritikan, para sarjana
Melayu Islam mulai mendapati terdapat banyak sisi kelemahan dan kekurangan teori-teori
berkenaan. Hashim Awang (1997) menjelaskan bahawa teori-teori kesusasteraan Barat bersifat
berat sebelah dan tidak lengkap serta hanya memberi tumpuan kepada satu aspek semata-mata.
Selain itu, Mana Sikana, pula melihat bahawa dominasi teori-teori Barat dalam kesusasteraan
Melayu sebagai sesuatu yang tidak wajar, kerana teori-teori Barat telah memancarkan konsepsi
sastera kita yang tidak jati diri dan kurang seiring dengan konteks sosio budaya di negara ini.
Kesedaran kepada perlunya memiliki teori sastera dan teori kritikan di tanah sendiri mula
membenihkan suasana. Kecenderungan untuk menggunakan pendekatan baharu ini terus hidup
dan berlanjutan. Timbul suara lantang yang menyeru agar kritikan sastera haruslah diterapkan
dengan nilai-nilai keagamaan, tegasnya nilai-nilai keislaman. Hal ini disebabkan keterpisahannya
dari unsur keIslaman dan keMelayuan yang menjadi tunjang kepada segala proses penglahiran
karya Melayu, khususnya oleh pengkarya Melayu Islam sendiri.

3
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

Segalanya bermula dengan polemik kesusasteraan yang berkisar islam yang berlaku
sekitar tahun 1970-an di antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad. Polemik tersebut telah
mencetuskan benih teoretikal dalam kerangka pembinaan teori- teori kesusasteraan Melayu
berasaskan Islam dan jati diri Melayu di negara ini. Sehingga pada tahun 1989, muncullah
gagasan teoretikal tentang kesusasteraan Melayu pertama yang dikemukakan oleh Muhammad
Haji Salleh, kemudian Mohd Affandi Hassan dengan Pendidikan Estetika daripada Pendekatan
Tauhid, Shafie Abu Bakar dengan Tecri Takmilah dan Hashim Awang dengan Pengkaedahan
Melayu. Mana Sikana yang banyak membuat kajian dan pembacaan menemukan idea dan
pengalaman sebagai inti idealisme kepengarangan. Atas prinsip dan keyakinan terhadap
idealisme inilah akhirnya beliau membangkitkan teori Teksdealisme. Malah, Sohaimi Abdul
Aziz turut menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan kesusasteraan Melayu dengan
mengemukakan teori Rasa Fenomenologi.

Sedikit demi sedikit usaha ke arah pembinaan teori kesusasteraan tempatan mula
menampakkan hasilnya apabila banyak tokoh pemikir yang cuba untuk memperkenalkan idea
dan gagasan teori mereka. Justeru melalui penulisan ini akan dibincangkan beberapa contoh
pendekatan yang lazim digunakan dalam kegiatan kritikan sastera berasaskan lima tokoh
penteori dan pengkritik sastera Malaysia. Tokoh yang akan dibincangkan ialah Muhammad Haji
Salleh dengan teori Puitika Sastera Melayu, diikuti teori Takmilah oleh Shafie Abu Bakar, teori
Teksdealisme oleh Mana Sikana, teori Persuratan Baru oleh Mohd Affandi Hassan dan terkini
teori Estetika Bersepadu oleh Abdul Halim Ali.

4
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

2.0 TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU OLEH MUHAMMAD HAJI SALLEH

Teori Puitika Sastera Melayu mula diperkenalkan oleh Muhammad Hj Salleh. Beliau merupakan
seorang profesor sastera Melayu di Jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia
pada tahun 1989. Teori sastera di Malaysia masih muda berbanding teori sastera yang telah lama
wujud di luar negara. Muhammad merupakan antara individu yang bertanggungjawab dalam
meneroka teori sastera di Malaysia. Penerokaan terhadap teori sastera di Malaysia dilakukan oleh
Muhammad pada tahun 1989. Penerokaan ini dilakukan dengan pengumpulan pantun-pantun
yang terdapat di tanah air bagi tujuan kajian. Beliau mendapati bahawa pantun-pantun di tanah
air pada ketika itu mempunyai keunikan dan prinsip yang tersendiri yang boleh dikaji dan
dijadikan teori sastera bagi Malaysia. Gagasan teori puitika sastera melayu diperincikan pada
awalnya dalam buku puitika sastera melayu yang telah diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan
Malaysia sekitar tahun 1989.

Teori puitika melayu yang dibawa oleh Muhammad berteraskan keindahan yang
mendasari sastera Melayu tradisional. Hasil penelitian yang baik terhadap keseluruhan pantung
yang dikumpul di tanah air pada ketika itu, Muhammad telah menemukan idealisme keindahan
yang bersulam dalam hasil kesusasteraan Melayu tradisional itu. Muhammad tidak
mengeluarkan teori puitika melayu dengan sekadar menggunakan ideanya sahaja sebaliknya,
beliau turut merujuk pandangan, idea, dan karya-karya Vladimir l. Braingsky dan Eagleton bagi
membina kerangka pemikirannya di samping mengukuhkan idealisme teoritikalnya. Muhammad
juga percaya bahawa keindahan yang terdapat di dalam sastera Melayu adalah hasil daripada
hubungan akrab masyarakat Melayu dahulu dengan etos, budaya, pandangan hidup, sejarah,
alam sekitar dan lingkungannya. Sebagai contohnya, pantun berikut.

Pisang emas di bawa belajar,

Masak sebiji di atas peti.

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi di bawa mati.

5
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

Hasil penelitian Muhammad, pantun ini dapat dihuraikan setiap barisnya. Baris yang
pertama iaitu ‘pisang emas di bawa belajar’ ditulis bagi menunjukkan bahawa orang melayu
dahulu tidak asing dengan aktiviti pelayaran manakala pisang emas pula dikaitkan dengan
aktiviti pelajaran kerana keunikan pisang emas itu sendiri dimana pisang ini tidak masak
setandan dalam suatu masa, sebaliknya masak sebiji demi sebiji. Berdasarkan kajian sains,
pisang juga mampu membekalkan tenaga yang banyak bagi tujuan melakukan aktiviti-aktiviti
pelajaran. Tambahan lagi pisang emas juga dapat mengurangkan risiko mabuk laut kerana
khasiatnya yang tertentu. Seterusnya, baris kedua iaitu ‘masak sebiji di atas peti’, baris ini
menunjukkan bahawa orang Melayu dahulu meletakkan pisang yang masak di atas peti bagi
tujuan menyukat masa atau waktu pelayaran. Sebagai contohnya, jika sebiji pisang emas
diletakkan di atas peti, maka nakhoda dan anak-anak kapal akan mengetahui bahawa pelayaran
mereka telah berlangsung selama seminggu. Baris yang ketiga dan keempat iaitu ‘hutang emas
boleh dibayar’ dan ‘hutang budi di bawa mati’ membawa maksud sikap budi orang terhadap
orang lain sangat tinggi nilainya sehingga dibandingkan dengan emas. Oleh yang demikian,
keindahan sastera Melayu dapat dilihat wujud hasil daripada budaya, etos, sejarah, dan
pemikiran masyarakat Melayu. Muhammad juga menjelaskan beberapa ciri estetika yang
membina makna teks yang dapat disimpulkan kepada beberapa bahagian:

A. Keindahan dalam mengajar atau mendidik


B. Keindahan dalam pengungkapan kesedihan dan kesusahan
C. Keindahan dalam penceritaan
D. Keindahan dalam rasa
E. Keindahan yang asli

Kesimpulannya, ciri-ciri keindahan sastera melayu yang dapat ditemukan oleh Muhammad
akhirnya mewajarkan hasil penerokaan oleh I.V. Braginsky yang menghalusi teks kesusasteraan
Melayu klasik pelbagai genre bagi mencari asas-asas untuk membina konsep keindahan dalam
kesusasteraan Melayu Klasik.

6
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

3.0 TEORI TAKMILAH OLEH SHAFIE ABU BAKAR

Teori Takmilah telah melalui proses kelahiran yang panjang dalam hayat kemunculan,
perkembangan, cabaran dan sarat perjuangannya. Gagasan idea yang dicetuskan oleh
penjananya, Shafie Abu Bakar (1993), mantan Pensyarah Jabatan Persuratan Melayu (JPM) dari
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini merupakan antara teori tempatan yang mempunyai
kekuatan tersendiri. Melihat latar belakang Shafie sendiri yang pernah mendapat pendidikan di
sekolah agama dan berupaya membaca dan menulis dalam bahasa Arab memperlihatkan lagi
keupayaannya membangunkan teori Takmilah. Lantaran teori Takmilah merupakan gagasan yang
dibina daripada perkataan Arab, iaitu Kamal, Tajmilah dan Jamal yang bermaksud
"penyempurnaan", maka ia selaras dengan pengetahuan dan pengalaman Shafie sendiri dalam
bidang yang diceburinya. Permulaannya dalam membina teori takmilah ini bertitik tolak dari
penglibatannya yang prolifik dalam genre puisi. Salah satu puisinya ialah Madu Ilmu (1999),
Wajah Diri (1995) dan Lagu Kehidupan (1983) dan banyak lagi antologi yang dimuatkannya
bersama yang kesemuanya menerapkan elemen nilai murni dan bersifat rohani. Teori ini
dianggap satu-satunya teori sastera Islam di Malaysia yang memberi penekanan analisis dan
kritikan bersandarkan secara langsung kepada konsep tauhid. Kemunculan teori ini menjadi
pembuka jalan kepada para sarjana dan pengkritik untuk melakukan kajian, analisis, ulasan dan
berasaskan prinsip-prinsip keislaman. Hal ini kerana, kritikan sastera berasaskan teori-teori Barat
selama ini dilihat masih gagal untuk menghubungkan satu pertalian, kohesi mahupun koheren
yang bermakna di antara pengkarya, karya dan khalayak ditambah dengan kritikannya lebih
bersifat luaran dan konseptual tanpa menjurus kepada paksi penglahiran karya secara maknawi.

Teori Takmilah muncul hasil daripada usaha Shafie menerusi pelbagai siri pembentangan kertas
kerja, seminar yang pada awalnya membentangkan teori dan konsep sastera Islam. Hingga
perbincangan umum dalam kertas kerja itu, ternyata telah membuahkan idea kepada Shafie
untuk mengagaskan satu kerangka teori yang boleh digunakan sebagai landasan kritikan dalam
menganalisis karya. Shafie percaya, segala aspek dan bidang kehidupan manusia terangkum
dalam lingkungan tauhid. Perkataan takmilah ini merupakan istilah Arab yang bermaksud
penyempurnaan. Takmilah dibina atas kepercayaan yang didasarkan kepada konsep kesyumulan.
Istilah ini melalui beberapa peringkat penggunaannya sebagaimana yang telah dilakukan oleh
pengasas teori ini. Shafie menyatakan "takmilah" merupakan istilah yang berhubung kait dengan

7
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

sifat "Kamal" Allah yang bererti sempurna. Melalui teori ini sesuatu itu akan menjadi sempurna
lagi menyempurnakan. Seterusnya beliau juga memperluaskan dan memperkasakan lagi teori
takmilah ini dengan lebih terperinci iaitu dengan mengutarakan tujuh prinsip seperti berikut:

i. Prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal;

ii. Prinsip kerasulan yang bersifat Kamil

iii. Prinsip keislaman yang bersifat Akmal;

iv. Prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat Takamul

v. Prinsip sastera sendiri yang bercirikan estetik dan bersifat Takmilah;

vi. Prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri;

vii. Prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan Kamil.

Menurut Samsina Abd. Rahman (2001) lagi kerangka teori takmilah ini dikatakan bersifat
holistik yang melibatkan ketuhanan, kenabian, keislaman, keilmuan, karya, pengkarya dan
khalayak. Teori ini diperkukuhkan daripada pelbagai prinsip keislaman dan persuratan. Ia tidak
hanya bersifat bayangan semata-mata tetapi dapat dibuktikan daripada realiti yang berlaku dalam
persuratan Islam itu sendiri. Namun istilah-istilah yang digunakan bagi tujuh prinsip ada
perbezaannya iaitu Kamal, Kamil, Akmal, Takamul, Takmilah, dan Istikmal demi kesesuaian
prinsip-prinsip berkenaan, namun semuanya berasal daripada perkataan yang sama "Kamal"
(sempurna) yang darinya dibentuk istilah Takmilah (menyempurnakan). Teori Takmilah
mengemukakan tujuh prinsip yang secara khusus menjurus ke arah sifat Allah, Kamal
(sempurna) lagi menyempurnakan (takmilah). Menurut Shafie Abu Bakar (1995) sifat sempurna
ini jelas terlihat pada segala ciptaan Allah manakala Jamal adalah melihat segala ciptaan Allah
yang indah, mencerminkan keindahan Allah yang juga sempurna. Manakala sifat Rububiyyah
pula melihat sifat Allah dalam hubungan dengan makhluk-Nya seperti rahmat dan rahim-Nya
terhadap makhluk. Penjelasan ini amat sesuai menjadi pegangan penyair-penyair puisi Islam.

8
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

Berdasarkan prinsip tersebut, teori ini amat sesuai dijadikan landasan untuk menganalisis
salah satu aspek dalam pinsip teori ini iaitu peranan manusia sebagai hamba atau hubungan
dengan Allah (hablum minallah) dalam puisi-puisi yang dikaji. Ini adalah kerana manusia
sebagai hamba tidak dapat memisahkan kewujudannya dengan aspek-aspek keislaman. Menerusi
penulisan ini, saya mengambil sedikit contoh dalam kumpulan puisi Rahimidin Zahari (2015)
yang berjudul Sehelai Daun Kenangan, terdapat beberapa aspek atau ciri yang boleh
digolongkan manusia sebagai hamba Allah :

Bil Aspek/Ciri Bait Puisi Teori Takmilah

1. Mengakui , mengagumi Engkau yang menguasai Kamal


kebesaran Allah
Lintasan di kalbu dan detikan di hati Kamil

Akmal

2. Menyembah Allah yang Ku sujud Kamil


satu (sembahyang)
kepada engkau Akmal

yang tiada permulaan. Insan Kamil

ku sembah

kepada engkau

yang tiada pengakhiran

Jadual 1 : Aspek Manusia sebagai hamba Allah dan kaitannya dengan teori Takmilah
menerusi Puisi bertajuk Rumah dari Kumpulan puisi Sehelai Daun Kenangan

9
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

Teori Takmilah yang mengalurkan landasan analisis yang bersifat syumuliah


merangkumkan semua pihak dalam sastera iaitu pengkarya, karya dan khalayak kepada al-Khaliq
yang menjadi puncak estetik dan bersifat hakiki. Karya, dari sudut Takmilah semestinya sebuah
karya yang berjaya menjalinkan satu rangkaian hubungan iman di antara pengkarya dan khalayak
kepada Allah. Khalayak pula semestinya mampu menghasilkan kritikan yang meningkatkan
imannya atau mampu menyedarkan khalayak lain tentang keimanan kepada Allah dan pengkarya
pula semestinya berusaha untuk menghasilkan karya yang dapat menimbulkan kesedaran
khalayak terhadap Allah atau mencerakinkan hubungan khalayak dengan Allah. Ketiga-tiga
pihak ini bergerak dalam lingkungan tauhid, sebagai sempadan yang akan memperlihatkan sifat
kesempurnaannya.

Usaha Shafie Abu Bakar melahirkan teori Takmilah bukan sahaja bertujuan untuk
menyediakan landasan analisis teks yang mampu menyelongkari unsur estetika yang lebih
syumul, tetapi juga untuk mengangkat teks-teks yang dihasilkan berpahala dan diterima Allah
sebagai salah satu amal ibadah. Sebagaimana kata Mohd Kamal Hassan; sebarang komitmen
sasterawan kepada ideologi dan falsafah hidup yang lain dari Islam seperti humanisme,
materialisme, sosialisme, nihilisme atau saintisme dengan sendiri tidak melayakkan karya sastera
itu digolong sebagai sastera yang setia kepada nilai-nilai Islam. Jelasnya, karya sedemikian tidak
berpahala dan tiada maknanya di sisi Islam. Maka di sini Takmilah muncul sebagai satu
pendekatan tauhid untuk memaknakan teks sastera dan mengangkat darjatnya di sisi Islam.

10
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

4.0 TEORI TEKSDIALISME OLEH MANA SIKANA

Teori Teksdialisme digagaskan oleh Mana Sikana yang berusaha mengintrepertasi secara analitis
dan kritis sebuah karya ke puncak idealismenya. Teori ini berlandaskan suatu kepercayaan
dimana setiap pengarang mempunyai dinamika kepengarangan yang akan mendorong seseorang
pengarang untuk memajukan diri dengan menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi.
Pengarang mempunyai hasrat yang bersungguh-sungguh untuk mencipta kelainan dan perkara
baharu yang berbeza dengan pengarang yang lain ataupun dengan karya-karyanya yang
terdahulu, agar dengan kelainan itu dapa mengangkat darjat diri dan karyanya ke tahap yang
unggul. Untuk mencapai tahap keunggulan ini, Teksdealisme menuntut seseorang yang bersifat
berani mengemukakan sesuatu yang baharu dan bijak mengolah karya berlandaska bidang
keilmuan yang tinggi. Tanpa sifat keberanian dan kebijaksanaan, teks-teks yang dihasilkan hanya
akan bergerak dalam lingkungan tradisi dan tidak memecah kepada teks-teks yang unggul.

Pengarang seharusnya dapat membina dan memiliki strategi tekstual bagi setiap
karyanya, membina disiplin dan undang-undang (law) dari mana-mana sumber melainkan atas
kebijaksanaan diri dan kreativiti idea serta mempunyai set pemikiran yang bersifat kendiri di
samping setiasa menghasilkan pembaharuan-pembaharuan yang menakjubkan. Biasanya ciri-ciri
kesendirian yang menjadi milik mutlak pengarang in akan membezakan diri dan teksnya
daripada pengarang-pengarang yang lain. Seterusnya pembaharuan yang dihasilkan iu pula
menjadi unsur penting yang menjadikan teks benar-benar bersifat dinamik dan idealistik.
Pembaca baik yang bersifat analitis atau tidak analitis pula akan dapat mengesan di mana-mana
kewujudan ciri-ciri kesendirian in tatkala membuat kritikan mahupun membaca teks berkenaan.
Dengan membaca beberapa ayat, pembaca secara tidak tidak langsung dapat membuat tekaan
siapakah yang mengarang teks tersebut. Hal ini kerana Teksdealisme menyediakan kaedah dan
mekanisme untuk menginspirasi serta menilai dan meletakkan teks pada tingkat keunggulan.

Falsafah teori Teksdealisme juga menuntut pengarang menjenguk kepada pengalaman


tradisi yang menyimpan khazanah dan mengandungi itelegensia serta intelektualisme pengarang
masa silam. Dalam hikayat-hikayat hebat iaitu Hikayat Hang Tuah dan kisah Raja Mahmud
Mangkat Dijulang yang menunjukkan sifat keberanian pendekar-pendekar yang bertindak
dengan penuh keberanian menentang kezaliman raja pada zaman itu. Apa yang jelas dari antara

11
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

dua kisah tradisi menunujukkan perbandingan yang cuba digambarkan iaitu suatu perbandingan
yang cuba digambarkan iaitu, unsur ‘keberanian’ dan ‘pelanggaran’ menjadi prinsip penting
yang mengangkat sesuatu mencapai darjat keunggulan. Demikianlah teori Teksdealisme ini.
Untuk menjadikan sebuah teks yang unggul, pengarang mestilah ‘berani’ melakukan
pembaharuan. Pembaharuan yang dilakukan mestilah berlainan dengan teks-teks sebelumnya
yang sudah sebati dalam diri pengarang. Jika tidak, teks-teks yang bakal di tulis akan hilang
mutu dan kemahiran pengarang tidak akan maju. Meneruskan kebiasaan mengarang akan
menyebabkan hasil karya seperti berulang dan akan menjadikan teks hanya sebagai sebuah
replika.

Dua prinsip utama teori Teksdealisme ialah prinsip kehadiran dan pelanggaran. Kedua-
dua prinsip ini menggariskan beberapa unsur yang menjelaskan pemeringkatan peranan setiap
prinsip itu. Prinsip kehadiran menjadi prinsip yang penting dalam teori ini sebagai menjadi garis
panduan yang mengangkat pengarang, teks dan pembaca ke tahap yang unggul. Kehadiran dalam
diri pengarang bermula dengan usaha pengarang membentuk gagasan idea sebelum menulis
hinggalah siap proses penulisan teks. Apa-apa sahaja yang mendatang, masuk atau melintas
dalam pemikiran pengarang adalah dikira sebagai unsur-unsur kehadiran seperti bayangan,
ingatan kenanga, kutipan, penghijrahan, pengaruh dan sebagainya. Selagi ubsur-unsur tersebut
menghadiran pegalaman kepada pengarang mahupun pembaca selagi itulah unsur-unsur ini
dikatakan sebagai kehadiran. Terdapat dua prinsip kehadiran iaitu kehadira sebagai proses yang
berterusan dan kehadiran yang berlaku secara sengaja atau tidak disengajakan. Kehadiran
berlaku dari bermulanya pembentukan idea, pertengahan hinggalah siap sebuah karya. Kehadiran
yang tidak disengajakan adalah pengalaman yang hadir dalam pemikiran pengarang iaitu datang
dengan sendirinya dan kehadiran yang sengaja adalah pengalaman yang pengarang pilih sebelum
mula menulis.

Pelanggaran dalam konteks teori ini bermaksud seseorang pengarang aka berusaha untuk
meemukan sesuatu yang baharu, sekurang-kurangnya satu aspek dominan dalam karyanya yang
memperlihatkan perbezaan atau kelainan daripada karya-karyanya yang terdahulu. Pelanggaran
boleh berlakukan dalam dalam tiga keadaan iaitu melanggari konvensi terhadap teks sendiri yang
terdahulu, melanggari konvensi beberapa aspek dalam struktur penulisan teks sastera dan
melanggari konvensi terhadap teks pengarag lain.

12
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

Pengukuhan adalah prinsip ketiga merupakan satu tahap penting yang memelukan sifat
kreatif dan ketelitian tinggi dalam diri pengarang bagi menyempurnakan proses pemantapan
karyanya. Seseorang pegarang yang memiliki dinamika dan sifat kretiviti yang tinggi dalam
penulisan akan berhadapan dengan suatu keinginan yang mendesak dalam dirinya supaya
melakukan pembaharuan dan pengukuhan. Prinsip keempat dalam teori teksdealisme adalah
prinsip individualii atau keperibadian. Ada beberapa perkara yang dilihat kepada keperibadian
pengarang dalam usahanya menghasilkan karya-karya. Pertama, meihat usaha yang dilakukan
oleh pengarang untuk mencapai keperibadiannya, mengenal pasti sifat-sifat keperibadian dan
akhir sekali membicara posisi kepengarangan pengarang.

Teksdealisme melihat pengarang sentiasa berada dalam keadaan dinamik dan setiasa
progres untuk menghasilkan karya-karya yang terbaik. Oleh itu, pengarang harus memiliki
kepintaran yang tinggi untuk mencerna dan mengatur struktur formal serta isi kandungan
karyanya supaya wujud imbangan komposisi dan terkesan pula sifat artistiknya. Selain itu,
Teksdealisme juga meneliti dan menganalisis keperibadian pengarang dengan cara membuat
perbandingan seseorang pengarang dengan pengarang-pegarang lain di peringkat tempatan
mahupun antarabangsa, pada suatu zaman-zaman sebelumnya. Semua aspek kepengarangan,
baik gaya bahasa, teknik pengolahan, sumbangan, penghasilan dan sebagainya akan menjadi
indikator untuk menentukan posisi pengarang. Kesimpulannya, pengarang akan cuba
mengukuhkan sifat kendiri dalam kariernya sebagai pengarang. Disini, pengarang biasanya sedar
bahawa pembaca akan dapat mengenali pengarang dan teks berdasarkan imej sebati yang terbina
atas sifat kendiri itu tadi. Pengarang biasanya sedar bahawa dia tidak sewajarnya terikat dengan
stail penulisan, gaya bahasa, teknik dan pengolahan orang lain walau dalam bentuk apa
sekalipun.

13
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

5.0 TEORI PERSURATAN BARU OLEH AFFANDI HASSAN

Teori Persuratan Baru diperkenalkan oleh Mohd Affandi Hassan. Gagasan teori ini adalah hasil
pemurnian dan pemantapan idea-idea berdasarkan kajian-kajiannya yang lepas novel-novel
tulisannya. Antara novel-novel yang mengandungi idea-idea teori tersebut adalah novel Aligupit
dan Pujangga Melayu. Novel-novel ini berlegar pada persoalan-persoalan penting tentang
kegiatan sastera dan kritikan di Malaysia. (Ungku Maimunah,2002:2). Idea awal tentang konsep
sastera dan kesusasteraan itu kemudiannya dimantapkan dan dibukukan dengan tajuk
‘Pendidikan Estetika daripada Pendekatan Tauhid’ yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (1992). Hasil tulisan beliau kebanyakannya dihasilkan dalam rencana dan kertas kerja
sebagai meduim pengungkap idealisme teori Persuratan Baru. Hasil tulisan beliau yang teoritikal
memperlihatkan dan mengertikan tentang bentuk dan sifat intelektual dan kesusasteraan Melayu
ini terperangkap dalam pemikiran orietalis juga bermakna sebagai mengelirukan dan kucar
kacir. Oleh itu, Mohd Affandi Hassan berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan
tentang kedangkalan intelektualisme Melayu melalui idea dan penulisan tentang teori Persuratan
Baru.

Mohd Affandi Hassan juga memperkenalkan istilah baharu melalui Pendidikan Estetika iaitu
Sistem Persuratan Baharu dan kemudiannya ditukar kepada teori Persuratan Baharu. Beliau
tidak menyusun prinsip-prisip teorinya secara satu-persatu sebaliknya, tergembeling dalam
rangka pemikiran yang luas dengan pengolahan kreatif dan non-kreatif. Mohd Affandi Hassan
juga menghuraikan berkenaan konsep ‘ilmu’ dan ‘cerita’ dalam karya kreatifnya dengan panjang
lebar di dalam teori Persuratan Baharu dan diaplikasikan kepada beberapa kajian akademik oleh
Prof. Dr. Ungku Maimunah Mohd Tahir dan Prof. Madya Dr. Mohd Zariat Abdul Rani. Selain
itu, Ungku Maimunah juga mendapati bahawa dalam teori Persuratan Baharu ini, Mohd Affandi
Hassan mementingkan beberapa prinsip. Antara prinsip tersebut adalah;

a) Persuratan yang mendokong ilmu, pemikiran, dan kebijaksanaan


b) Persuratan yag memakai gaya keintelektualan yang indah
c) Pesuratan yang mementingkan watak-watak baik yang mementingkan watak-watak baik
yang mendokong ilmu dan kebijaksanaan

14
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

d) Persuratan yang memiliki daya kreatif yang tinggi, intelek, beradab dan terkawal

Terdapat banyak lagi kajian yang menganalisis karya-karya penuisan berdasarkan Teori
Persuratan Baharu ini. Antaranya adalah sebuah kajian berkenaan analisis dua buah novel.
Kajian tersebut bertajuk Novel Bagaton dan Ngayau: Satu Analisis Menerusi Kaca Mata
Gagasan Persuratan Baharu, tulisan Asmiaty Amat dan Lokman Abdul Samad. Kedua-dua
novel yang dikaji berusaha untuk mengangkat nilai dakwah dan akidah Islam. Penjelasan
berkenaan Gagasan Persuratan Baharu yang digunakan untuk menilai novel berdasarkan prinsip-
prinsip dalam gagasan tersebut untuk memperlihatkan bahawa kedua-dua novel cuba
menerapkan unsur yang benar. Namun demikian mengikut menurut beberapa sebab, akhirnya,
kedua-dua novel menyimpang dari jalan sebenar dan menunjukkan bahawa novel-novel tersebut
lebih menitikberatkan jalan cerita berbanding ilmu.(Asmiaty dan Lokam, 2016: 23, 43-60).
Selain itu, teori Persuratan Melayu juga dijadikan sebagai model teori. Pengkaji kajian terebut
teah mengupas tentang ‘Pendidikan estetika dr pendekatan Tauhid dan gagasan ‘Persuratan
Baru’ dalam mencari konsep sastera Islam berdasarkan pandangan Mohd Affandi Hassan. (Adli
Yaacob, 2022: 12, 78-100)

Kesimpulannya, teori Perutusan Baharu ini mendokong idealiseme teks sebagai pendukung
dan penyampai gagasan dan pemikiran. Penghasilan teks kesusasteraan adalah untuk
menghasilkan karya kreatif yang bermakna mengandungi bukan sahaja pengalaman ataupun
perasaan pengarang. Toeri ini juga mengandungi konsep ilmu dan cerita yang melahirkan empat
prinsip yang berpaksikan teras agama iaitu tauhid.

15
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

6.0 TEORI ESTETIKA BERSEPADU OLEH ABDUL HALIM ALI

Teori Estetika Bersepadu mula diasaskan oleh Profesor. Dr. Abdul Halim bin Ali yang
merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris. . Beliau telah mengambil beberapa
tokoh sebagai asas kepada teori yang dihasilkan oleh beliau iaitu Lacan, Derrida dan Kristeva.
Ketiga-tiga tokoh ini merupakan penteori yang terkenal. Lacan terkenal dengan Teori
Psikoanalisis dengan buku yang dikarangyna iaitu Ecrits: A Selection, Derrida pula terkenal
dengan bukunya Of Grammatology, dan Kristiva dengan bukunya Revolution In Poetica
Language. Teori Estetika Bersepadu ini mula dibentangkan di Dewan Kuliah J, Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Teori yang dibentangkan ini juga telah diulaskan dengan terperinci
dengan tiga ahli panel pembahas iaitu Profesor Dr, Mohamad Mokhtar Hassan yang merupakan
pensyarah Universiti Malaya pada ketika itu, Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Napiah atau
juga lebih dikenali sebagai Mana Sikana yang juga pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris
bersama-sama Profesor. Dr. Abdul Halim bin Ali, dan Mantan Profesor Madya daripada
Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr. Shafie Abu Bakar.

Teori ini diwujudkan bertitik tolak daripada keindahan gaya dan perutusan agama.
Berdasarkan penurunan al-Quran dan penciptaan manusia pertama iaitu Adam sebagai Khalifah
Allah yang sempurna daripada segi fizikal dan rohani. Abdul Halim berpandangan
kesempurnaan Adam sebagai makhluk terpantul kepada makhluk-makhluk yang lain. Menurut
Abdul Halim, “Teks kesusasteraan juga adalah ‘Teks Keindahan’ yang lahir daripada proses
penyepaduan berbagai unsur bahasa, idea dan pemikiran, pengajaran dan perutusan”. Abdul
Halim berpandangan bahawa “Teks mempunyai hubungan bermakna dengan Pencipta-Nya,
pengarang, agama dan realiti. Teks bersifat dicipta dan bukanlah autonomi. Teks juga berfungsi
dalam ikatan yang dihadkan oleh syariat agama, norma-norma sebenar dan kehidupan. Asas teori
estetika bersepadu iaah keindahan yang bermakna di sisi kebenaran.

Keindahan dalam sesebuah karya kesusasteraan dapat dikategorikan kepada dua iaitu
keindahan luaran teks tersebut yang merangkumi estetik bahasa dan gaya bahasa serta cara
penyampaian bahasa manakala aspek kedua ialah keindahan dalaman yang merangkumi estetik

16
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

perutusan tergambar pada pemikiran pengarang yang selaras dengan kebenaran atau dalam erti
kata lain bertepatan dengan ajaran agama islam dan realiti kehidupan. Kebenaran sesuatu perkara
adalah tunjang utama estetika bersepadu. Teks kesusasteraan yang dinilai indah mestilah
mendokong kebenaran yang hakiki di sisi agama dan realiti kehidupan. Hal yang demikian
dikatakan kerana sesebuah teks kesusasteraan yang indah tidak boleh sekadar imaginasi atau
fantasi dan kosong daripada nilai kebenaran. Tambahan lagi, sesebuah teks kesusasteraan yang
indah merupakan sumber ilmu, dakwah dan pengajaran yang benar dan mampu membawa
manusia ke kehidupan yang baik berlandaskan ajaran agama islam. Menurut A. Halim juga teks
mempunyai perkaitan rapat antara pencipta-Nya, pengarang, agama, dan realiti. Prinsip yang
menjadi teras kepada Teori Estetika Bersepadu ialah kesepaduan estetik bahasa dengan
pemikiran. Terdapat beberapa prinsip yang terkandung di dalam teori estetika bersepadu iaitu:

A. Kesepaduan estetika bahasa dengan pemikiran


B. Kesepaduan ‘stail’
C. Perkaitan ‘stail’ dan perutusan dengan kebenaran

Kesimpulannya, teori estetika bersepadu mempunyai perkaitan rapat dan berteraskan


agama islam dan realiti. Teori ini juga mementingkan nilai keagamaan dan realiti kehidupan
dalam menilai sesebuah karya kesusasteraan. Teori ini juga percaya sesebuah teks kesusasteraan
mempunyai sifat dan fungsi yang sama dengan manusia di mana penciptaannya adalah sebuah
amanah yang mengisi pengajaran dan membawa perutusan pencipta yang hakiki dan pengarang.
Dalam erti kata lain, sesebuah teks kesusasteraan perlulah mendatangkan manfaat kepada
pembacanya dalam segi pembangunan rohani dan pengabdian kepada tuhan.

17
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

7.0 PENUTUP

Kesimpulannya, kritikan boleh dilihat dan dianggap sebagai wahana sastera yang sangat dinamik
sifatnya. Maka, tidak hairan lah mengapa kritikan dapat menyumbangkan peranan yang sangat
besar dalam kemajuan dan perkembangan sastera dan kesusasteraan yang tidak mungkin dapat
hidup dengan semata- mata bergantung kepada teorinya, kerana kritikan lah nafas yang memberi
‘nyawa’ kepadanya. Keperluan kepada teori kesusasteraan Melayu berkait rapat dengan kegiatan
kritikan sastera tempatan itu sendiri. Benar apa yang disebutkan oleh Mana Sikana yakni untuk
memenuhi keperluan dalam bidang kritikan sastera Melayu itu sendiri, Teori-teori kesusasteraan
dan kritikan Barat tidak dapat menjangkau ketinggian falsafah kehidupan orang-orang Melayu
dan Islam, kerana sifat sekular dan keterbatasan falsafahnya yang tidak mencecah dasar
ketauhidan dan kesempurnaan menerusi jatidiri dan seiring dengan konteks sosio budaya negara
ini.

Kesedaran ini lahir dari suara lantang yang menyeru agar kritikan sastera haruslah
diterapkan dengan nilai-nilai keagamaan. Suara ini ada kaitan dengan beberapa isu. Pertama,
akibat polemik tentang makna dan prinsip sastera Islam yang berlaku di antara Shahnon Ahmad
dan Kassim Ahmad pada penghujung tahun 1970-an. Kedua, kekurangan-kekurangan dalam
teori kesusasteraan dari Barat yang dikesan dan ternampak pada pandangan beberapa sarjana
sastera Melayu, khususnya ruang jati diri dan sosio budaya bangsa Melayu yang beragama Islam
yang dianggap tidak dapat dihalusi dengan penuh hikmah oleh teori-teori kritikan sastera Barat.
Kerana itu, lahirlah beberapa sarjana sastera Melayu seperti Muhammad Hj Salleh, Hashim
Awang, Shafie Abu Bakar, Mohd Affandi Hassan dan Mana Sikana terdorong oleh semangat
keMelayuan dan keIslamannya berserta keintelektualannya mendepani cabaran mengisi ruang
kosong teoretikal dalam bidang sastera.

18
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

8.0 RUJUKAN

Bertens, H. (2012). Literary theory: The basics. Routledge.

De Jong, I. J., & Sullivan, J. J. P. (Eds.). (1994). Modern critical theory and classical
literature (Vol. 130). Brill.

Eagleton, T. (2011). Literary theory: An introduction. John Wiley & Sons.

Gikandi, S. (2001). Theory, literature, and moral considerations. Research in African


Literatures, 32(4), 1-18.

Hämäläinen, N. (2015). Literature and moral theory. Bloomsbury Publishing USA.

LaCapra, D. (2013). History, literature, critical theory. Cornell University Press.

McDermott, M. A. N., & Palchanes, K. (1994). A literature review of the critical elements in
translation theory. Image: The Journal of Nursing Scholarship, 26(2), 113-118.

Macherey, P. (2015). A theory of literary production. Routledge.

Kolbas, E. D. (2018). Critical theory and the literary canon. Routledge.

Tyson, L. (2011). Using critical theory: How to read and write about literature. Routledge.

Hassan, C. B. M. A., & Yaacob, M. D. A. B. Pendidikan Estetika Dari Pendekatan Tawhid Dan
Gagasan Persuratan Baru Sebagai Model Teori Sastera Islam Yang Ideal Cetusan Mohd. Affandi
Hassan. Education, 4(12), 78-100.

Abdul Halim Ali, (2020). Inti Sari Teori Sastera : Barat dan Malaysia (4th ed.). NHA Excell

Resources.

Abdul Halim Ali. (2014). Teori Takmilah Perluasan dan Penafsiran. Tanjong Malim: Persatuan

19
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

Penulis Budiman Malaysia.

Castle, G. (2007). The Blackwell Guide to Literary Theory. USA: Blackwell Publishing.

Danziger, M. K., & Johnson, W. S. (1991). Pengenalan Kritikan Sastera. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

A Halim Ali. (2018). Kritikan Sastera Teori dan Praktis. Shah Alam: NHA EXCELL
RESOURCE.

Mana Sikana. (1998). Teori dan Pendekatan Kritikan Sastera Moden. Shah Alam: Penerbitan
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mana Sikana. (2005). Teori & Kritikan Sastera : Malaysia & Singapura. Bangi: Penerbitan
Pustaka Karya.

Mana Sikana. (2010, January). Arah dan Hala Tuju Teori Sastera. Paper presented at Seminar
Kesusasteraan Semasa, Pulau Pangkor.

Newton, K. M. (1997). Twentieth-Century Literary Theory. New York: MacMillan Press Ltd.

Rahimidin Zahari. (2015). Kumpulan Puisi Sehelai Daun Kenangan. Bangi: Institut Terjemahan
dan Buku Malaysia.

Shafie Abu Bakar. (1997). Takmilah: Teori, Falsafah dan Prinsip Dalam Mana Sikana (Pngr).
Teori Sastera dan Budaya Dalam Kajian Akademik. Bangi: UKM.

20
BSS3033 Teori dan Kritikan Kesusasteraan
Semester 1 2022/2023 Tugasan Berkumpulan

21

Anda mungkin juga menyukai