Anda di halaman 1dari 19

PENYEBARAN HINDU BUDDHA

5.Jelaskan asal-usul, ciri-ciri dan kaedah penyebaran


kebudayaan Hindu-Buddha di Asia Tenggara.

1.0 PENGENALAN
Pengindian atau Indianization adlah salah satu istilah penting
yang perlu kita ketahui kerana ia melibatkan kedatanngan agama
Hindu-Buddha ke Asia Tenggara. Pengindiaan bermaksud
penyebaran pengaruh agama, politik dan kebudayaan India.[1]
Bagi menerangkan kedatangan pengaruh India ini, G.Coedes juga
telah menggunakan istilah indianization dan Penyebaran
budaya India kerana ia merujuk fakta sejarah yang berlaku pada
zaman itu.[2] Konsep penggunaan istilah adalah sama dengan
penggunaan istilah seperti pencinaan atau sinicization yang
mempunyai makna yang luas termasuk penyebaran agama dan
kebudayaan China. Menurut G.Coedes kita perlu faham bahawa
proses pengindiaan ialah perluasan kebudayaaan yang dijumpai
antara konsep kesetiaan India yang dicirikan dengan Hindu
Buddha, mitologi purana, pemerhatian
terhadap dharmasastras dan melalui bahasa Sanskrit.[3]Proses
pengindiaan ini bukan sahaja diperluaskan oleh orang-orang India
malah masyarakat di Asia Tenggara turut memainkan peranan
mereka. J.C.Van Leur merupakan salah seorang tokoh yang
terawal yang menyatakan kepentingan penduduk tempatan
dalam proses ini walaupun mereka terbatas dari segi peranan.
G.Coedes mengatakan yang Indianisasi telah diperluaskan di Asia
Tenggara dengan cara yang tersendiri bagi melahirkan karya seni
yang asli.[4]Proses ini telah meninggalkan kesan yang mendalam
kepada Asia Tenggara terutamanya dari segi kebudayaan yang
banyak dipengaruhi agama yang dibawa melalui proses ini. Selain
itu beliau juga mengatakan bahawa Tanah Besar memainkan
tanggungjawab yang penting dalam perluasan agama dan
kebudayaan india. Dalam proses ini, aspek keagamaan merujuk
kepada penyebaran agama Hindu dan Buddha ke asia Tenggara.
Penyebaran agama ini telah meninggalkan kesan yang mendalam
kepada masyarakat Asia Tenggara.

2.0 ASAL-USUL KEDATANGAN AGAMA HINDU BUDDHA.


Agama Hindu merupakan agama yang terawal yang telah sampai
ke Asia Tenggara sebelum agama Buddha. Dari segi sejarahnya,
tamadun asal India bermula di kawasan lembah Sungai Indus
yang terletak di Mohenjo-Daro dan di Harappa. Di kawasan
tersebut, telah terbentuknya kebudayaan Dravidia.[5] Pada
sekitar abad ke-2 S.M. bangsa Arya telah datang ke lembah
Sungai Indus dengan membawa bersama mereka agama
Brahman dan bahasa Sanskrit.[6] Akibat daripada kedatangan
mereka itu, telah berlakunya perkembangan kebudayaan dalam
kebudayaan masyarakat di Lembah Indus tersebut. Proses
tersebut dikenali sebagai Brahmanisasi atau Sanskritisasi.[7]
Sejak itu, bermulalah Zaman Veda ataupun dikenali sebagai
tradisi shruti ( revealed ).[8] Di ikuti dengan Zaman pos-Veda
yang melahirkan tradisi smriti ( remembered ).[9]
Perkataan Hindu ini berasal daripada nama suatu tempat yang
dikenali sebagai Sungai Sindhu ataupun nama lain Indus. Hal ini
disebabkan orang-orang Parsi menyebut negara India itu dengan
sebutan tanah di seberang Sindhu. Mereka menghadapi
masalah dalam menyebut perkataan Hindu dan ini
menyebabkan perkataan Hindu tersebut disebut sebagai
Sindhu berdasarkan sebutan pelat mereka.[10] Agama Hindu
merupakan kepercayaan penduduk di tanah Indus dan sekarang
ia berkembang kepada kepercayaan penduduk seluruh India.
Sebagaimana yang kita sedia maklum tarikh bermulanya
kedatangan agama Hindu itu tidak diketahui. Ini bertepatan
dengan sanatana-dharamayang membawa maksud agama yang
abadi iaitu agama yang tiada permulaannya dan agama yang
tiada berkesudahan.[11] Selain itu, ia juga dikenali
sebagai vaidika dharama yang membawa pengertian agama
menurut kitab-kitab veda iaitu kitab suci masyarakat Hindu.[12]
Di samping itu juga, agama Hindu bukannya dibawa oleh seorang
manusia atau nabi, tetapi ajaran Hindu berasaskan kepada
pengalaman keagamaan maharesi-maharesi purbakala India.[13]
Dalam ajaran Hindu, ia tidak menetapkan peraturan-peraturan
yang keras dan harus dituruti. Maksudnya di sini ialah, walaupun
agama ini menerima kekuasaan kitab-kitab Veda, para
penganutnya berhak untuk mempersoalkan kebenaran suruhan-
suruhan yang terdapat dalam kitab-kitab tersebut. Dalam agama
Hindu tidak dinyatakan bahawa sesiapa yang melanggar
peraturan akan masuk ke neraka. Agama ini mengamalkan prinsip
kebebasan untuk berfikir mengikut aliran-aliran baru.[14] Agama
ini juga menitikberatkan perkara perlunya hidup berbudi pekerti
sebagai suatu syarat untuk mencapai kesedaran rohani.[15]
Agama Buddha berasal daripada kata Sanskrit yang membawa
maksud orang yang telah membangkitkan atau orang yang telah
terbangun.[16] Fakta-fakta yang diketahui dari kehidupan Sang
Buddha adalah jarang. Ia lahir sekitar 560 SM sebagai Siddhartha
Gautama iaitu anak seorang raja Shakya di sempadan India dan
Nepal. Dia tinggal dan mengajar di dalam satu tempoh yang
lama.[17] Buddha itu lahir dalam sebuah peradaban yang teologi
cipta tiada bandingnya. tetapi kerap kali timbul persoalan pada
mata pelajaran abstrak seperti kewujudan para dewa, atau sifat
akhirat, ia cenderung untuk merujuk pendengar supaya kembali
kepada pengalaman mereka sendiri dan memberi amaran kepada
mereka terhadap spekulasi metafizik tidak produktif atau
penerimaan doktrin hanya kerana diturunkan oleh pihak berkuasa
atau sanksi oleh adat.[18] Pendapat saintifik menunjukkan
bahawa ia tinggal di antara abad ke-4 dan abad ke- 5 SM.[19]
Secara umumnya agama Buddha mempunyai dua aliran yang
besar iaitu aliran Theravada dan aliran Mahayana. Aliran
Theravada atau nama lainnya ialah Hinayana bertolak daripada
doktrin triratna, iaitu Buddha, Dhamma dan Sangha.[20] Dalam
doktrin Buddha, ia dibina berasaskan doktrin Brahmanisme,
seperti konsep karma, samsara dan sebagainya dengan
pengubahan di sana sini.[21] Manakala ajaran doktrin Dhamma
atau Dharma pula merupakan asas kepada Buddhisme atau
Buddha-dhamma. Doktrin ini mempunyai empat kebenaran yang
utama iaitu dukka, tanha atau
samudaya, nirodha, dan astamarga atau astaridha.

3.0 Ciri-ciri pengaruh kebudayaan Hindu-Buddha


Pengaruh Agama Hindu-Buddha.
Terdapat dua pola dasar yang utama dalam agama Hindu-
Buddha di Asia Tenggara iaitu yang pertamanya, tradisi dan
transformasi dan yang keduanya ialah kesatuan dan keragaman.
Bukan itu saja, terdapat perbezaan yang ketara antara agama
Hindu dengan agama Buddha dalam konversi agama. Agama
Buddha merupakan agama internasional iaitu yakni tidak terbatas
kepada golongan India sahaja, manakala dalam agama Hindu
seseorang yang ingin memasuki agama Hindu tidak boleh berbuat
sedemikian melainkan dia dilahirkan sebagai seorang Hindu.[22]
Dalam ajaran Hindu juga terdapat sejenis upacara penyucian diri
yang dikenali sebagai vratyastoma. Sungguhpun seseorang itu
telah disingkirkan daripada sesuatu kasta tetapi boleh diterima
balik melalui upacara yang cukup berat melalui upacara
menghindukan seseorang yang dipimpin oleh pendeta Brahmin.
[23]
Di samping itu juga, terdapat persamaannya dari segi
pengaruh ajaran mereka iaitu dari segi aliran ritual yang mana
ianya menekankan aliran ritual berbanding aliran intelektual.
Contohnya kemboja, terdapat lebih kurang 85 peratus rakyat
Kemboja menganut aliran Buddha-Theravada. Manakala di Burma,
sejak awalnya ia dipengaruhi oleh agama Buddha, walaupun
begitu terdapat juga kesan pengaruh Hindu di situ. Perkara
tersebut dibuktikan melalui pertukaran nama kota purba Prome
atau Hmawza kepada Visnupura akibat daripada pengaruh Vishnu
iaitu dewa Hindu.[24] Walau bagaimanapun, agama Buddha
sebenarnya mendominasi rakyat Burma melalui ajaran
Theravada dan Mahayana sejak abad ke-5 dan ke-6 lagi. Malah
hal yang sama berlaku ke atas negara Thailand yang juga
merupakan negara yang paling besar dipengaruhi agama Buddha.
Sungguhpun begitu, agama Hindu juga masih berpengaruh
daripada abad ke-8 dan ke-9 dan menjadi sebahagian daripada
Empayar Khmer.[25] Selain itu, dalam Masyarakat Thailand juga
terdapat institusi sami atau Sangha yang berperanan dalam
memberi pengajaran agama kepada masyarakat serta
menawarkan perkhidmatan sosial kepada anggota masyarakat.
Manakala di Campa pula, terdapat banyak pengaruh Hindu dalam
agama mereka seperti penemuan imej-imej dewa Siva dalam
bentuk linga dan juga manusia. Selain itu pemujaan Shakti turut
wujud di Campa. Bahkan, Campa turut menerima pengaruh
agama Buddha dalam masyarakatnya. Perkara ini dapat
dibuktikan melalui penemuan kesan imej Buddha dijumpai di
Dong-Duong pada tahun 875 M [26] walaupun pada mulanya
dipengaruhi oleh aliran Theravada dan seterusnya aliran
Mahayana mempelopori masyarakatnya pula. Pengaruh agama
Buddha di Vietnam banyak dipengaruhi oleh perkembangan
politik China. Manakala di Nusantara dan Alam Melayu banyak
dipengaruhi oleh aliran ritual ajaran Hindu. Di Pulau Jawa,
terdapat penemuan kesan-kesan bentuk Puranik di Jawa melalui
inskripsi, candi, imej-imej dan sumber-sumber sastera.[27] Di
Jawa Tengah, pengaruh agama Buddha-Mahayana dikesan melalui
bukti-bukti arkeologi seperti candi dan prasasti.[28]Selain itu,
pengaruh Hindu dapat dikesan di Sumatera melalui penemuan
kesan runtuhan kuil-kuil biaro di Tapanuli,padang dan Palembang.
Pola yang kedua ialah kesatuan dan keragaman yang
bermaksud kepelbagaian dalam agama dan kepercayaan, namun
terdapat unsur kesatuan di dalamnya. Cirinya dikenali sebagai
sinkretisme yang membawa maksud persenyawaan antara agama
asing dengan agama tempatan dan dapat dikesan melalui
pelbagai bukti seperti sistem politik, kepercayaan dan
kesusasteraan. Dari segi politik ia dapat dilihat melalui kedudukan
para rishi atau tokoh-tokoh agama.[29] Malah telah berjaya
mengukuhkan institusi pemerintahan beraja di Alam Melayu
khususnya melalui konsep kesucian, dianggap keturunan atau
anak Tuhan sehingga timbulnya konsep dewaraja. Kehebatan
golongan pemerintah diperkukuhkan lagi dengan pengenalan
konsep daulat yang dimiliki oleh kelas pemerintahan. Melalui
kesusasteraan pula, kosa kata bahasa Melayu di rantau ini telah
bertambah disebabkan pengaruh bahasa Sanskrit. Selain itu,
dalam sistem sosial pula telah wujudnya kelas-kelas sosial
tertentu. Mengikut budaya Hindu, masyarakat terbahagi kepada
empat kasta yang utama iaitu Brahmin, khastriya, Visya, dan
Sudra. Semangat amalan kasta ini amat ketara apabila jurang
sosial yang amat luas antara kelas pemerintahan atau bangsawan
dengan golongan bawahan. Golongan bawahan biasanya
dihadkan dengan peraturan sosiopolitik tertentu.[30]

Ekonomi
Perkembangan dari segi ekonomi selepas kedatangan agama
hindu-buddha sememangnya tidak banyak berubah daripada
zaman sebelumnya. Namun, yang pasti ciri utama bagi sistem
ekonomi dalam golongan pribumi ialah kebergantungan kepada
sumber alam semula jadi seperti memburu binatang, memungut
hasil hutan, memungut hasil laut, dan sebagainya. Oleh kerana
mereka mengalami kemajuan, mereka mula menguasakan
kegiatan pertanian. Walau bagaimanapun, kegiatan ekonomi yang
mereka jalankan hanyalah bersifat sara diri yakni secukup hidup
(subsistence economy).[31] Hal demikian menyebabkan mereka
tidak mengeluarkan hasil bahan makanan secara berlebihan, tapi
sekadar untuk keperluan sendiri sahaja. Hal sedemikian juga
sama selepas kedatangn agama hindu-buddha seolah-olah
meneruskan saja kegiatan sama.
Walaupun dikatakan meneruskan tradisi sebelumnya, namun
ianya telah berubah dari terutamanya dari sudut perdagangan
sama ada dalam negeri mahupun luar negeri. Sebagai contoh di
bali, sejak zaman dahulu lagi terdapat pelbagai perusahan dalam
pertanian dan penternakan. Bukan itu saja terdapat juga
pengkhususan pekerjaan seperti pertukangan dan pembuatan.
Malah dalam bidang perdagangan merupakan antara bidang yang
sangat maju. Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya golongan
saudagar yang turut dikenali sebagai wanigrama (saudagar
lelaki), manakala wanigrami sebagai saudagar wanita
terutamanya di desa-desa.[32] Malah kegiatan perdaganan ini
juga berlangsung antara pulau-pulau di sekitarnya.
Bagaimanapun, melalui aktiviti perdagangan ini sebegini
menyebabkan rakyatnya tertindas kerana terpaksa menanggung
beban cukai serta pajak yang dikenakan oleh golongan
pemerintah terutamanya golongan raja. Perkara sedemikian
berlaku kerana penyelewengan telah dilakukan oleh golongan
pemungut cukai sehinggakan rakyat begitu menderita.[33]

Kesenian
Bukan itu saja, aspek kesenian merupakan aspek yang
paling banyak mempengaruhi kebudayaan masyarakat di asia
tenggara terutamanya dalam penerimaan pengaruh Hindu-
Buddha. Hal ini kerana kesenian ini merangkumi banyak aspek
seperti berkenaan binaan, bangunan dan ukiran
Sebagai contoh di kemboja terdapat himpunan bangunan
yang sangat unik dan berharga yang berasal dari zaman Chenla
di Sambor Prei Kuk yakni bahagian selatan yang mana terdapat
beberapa kuil yang mengandungi lingam emas dan ukiran
pemandangan. Di samping itu, gaya Chenla juga terdapat di Prei
Kmeng, Praset Andet, dan Kompong Preah sekittar abad ke7 dan
abad ke-8M. selain itu, terdapat juga patung-patung yang dibuat
dan dikatakan patung pertama ialah di Bukit Phanom Da. Malah
dalam kerajaan Funan, pada abad ke-6M iaitu pada zaman
Rudravaman dimana patung yang berupa tuhan Vishnu telah
ditemui. Bukan setakat itu saja, terdapat banyak patung lain juga
turut didapati seperti patung dewa lelaki berkepala kuda di Kuk
Trap, patung lakshmi di Kok Krieng, patung Harihara di Bakong.
Patung dewa Vishnu juga terdapat di Mebon Barat manakala
patung Siva di Por Lobeuk.[34]
Selain daripada patung, aspek kesenian ini juga boleh
dilihat pada kuil-kuil lama sepertimana Banteay Prei Nokar,
Roluos, dan Phnom Kulen yang dibina semasa pemerintahan Raja
Jayavarman II yang tinggal di Jawa. Walau bagaimanapun, binaan
terpenting ialah semasa pemerintahan Khmer iaitu Angkor Wat
dan Angkor Thom yang dibina oleh Suryavarnam. Malah
pembinaan dan ukiran yang dihasilkan adalah berdasarkan cerita
Ramayana dan mahabbrata.[35]
Perkara ini terbukti di Indonesia yang mana merupakan
suatu kawasan yang mencapai kemuncak hingga dianggap
sebagai lambang pengaruh India yang paling terkemuka. Sebagai
contoh terdapat banyak candi iaitu bangunan-bangunan seperti
makam yakni tempat mereka memuliakan nenek moyang mereka
terutamanya di Jawa. Malah di Jawa Utara Tengah, terdapat
banyak candi terpenting seperti Candi Kalasan, Candi Burobudor,
Candi Sari, Candi Mendut dan banyak lagi.
Dari segi aspek ukiran pula, makhluk-makhluk ajaib sering
digunakan sebagai pola hiasan pada dinding candi malah sering
terpancang di ambang atas pintu atau relung iaitu kepala kala.
Selain motif makhluk, terdapat juga bermiotifkan tumbuhan
seperti daun-daun, ranting dan bunga teratai. Bukan itu saja,
ukiran yang menggambarkan kisah-kisah dari kitab Ramayana
juga terdapat sama ada dalam barang logam seperti arca lampu,
talam, pendupaan dan sebagainya.[36]

Hiburan
Selain daripada yang telah dinyatakan tadi, pengaruh agama
Hindu-Buddha juga mula meresap dalam kebudayaan di Aisa
Tenggara seperti hiburan. contohnya tradisi Wayang Kulit yang
mana ianya membuktikan bahawa perubahan yang berlaku
dalam aspek seni persembahan setelah kedatangan pengaruh
Hindu-Buddha di Asia Tenggara. Hal ini dapat dibuktikan melalui
Sri Mulyono istilah Wayangberasal dari kata bahasa Indonesia
(Jawa) asli yang membawa maksud bayang-bayang. Sunarto
menyifatkan Wayang Kulit sebagai karya seni yang diakui dan
padat dengan nilai falsafah, nilai simbolik dan nilai cerita.[37]
Bukan itu saja, tradisi wayang kulit ini juga mengalami suatu
perubahan. Pada waktu ini, Wayang Kulit semakin dikenali dalam
masyarakat, dengan pengaruh-pengaruh agama Hindu. Hal yang
demikian terbukti dengan penemuan prasasti raja Balitung,
sekitar 907 M, yang mencatatkan perkataanmewayang (wayang)
dan menceritakan tentang Bim-ma ya Kumara atau cerita
tentang seorang tokoh Pandawa dari epik Mahabrata.[38] Secara
tidak langsung memberi pendedahan kepada masyarakat dengan
Kitab Mahabrata dan Ramayana, khususnya cerita Ramayana
dan Mahabrata telah disalin dan disusun dalam bahasa Jawa
Kuno. Kenyataan ini disokong oleh Soekmono yang mengatakan
bahawa Kitab Mahabrata terdiri daripada 18 parwa, yang
sebahagian besar menceritakan peperangan antara Pandawa dan
Kurawa selama 18 hari. Kitab ini merupakan kumpulan cerita
yang popular pada zaman Brahman, iaitu antara 400 sebelum dan
400 sesudah Masehi yang dihimpunkan oleh Wyasa Kresna
Dwipayan. Antara isi kandungannya ialah cerita berkenaan Sabda
Parwa terutamanya tentang usaha Kurawa untuk membinasakan
Pandawa. Ceritanya bermula dengan permainan dadu mereka
yang mempunyai taruhan Negara dan isinya. Taruhan seterusnya
dilakukan untuk kedua kalinya dengan taruhan, siapa yang kalah
akan dibuang ke hutan selama 13 tahun. Selain itu cerita tentang
Bhisma menjadi panglima perang turut diketengahkan
sepertimana Bhisma menjadi panglima perang Kurawa dan
Drestayumna dan kemudian aturan perang dikeluarkan. Semasa
peperangan berlangsung di Kurusetra, Bhisma telah gugur dan
sempat memberi kata-kata kepada Pandawa dan Kurawa sebelum
mati. Malah cerita tentang taruhan-taruhan ini tururt
digambarkan dan diceritakan dalam persembahan wayang.
Kenyataan ini tururt disokong oleh R. Rio Sudibyoprono kerana
berpendapat bahawa persembahan wayang didampingi dengan
beberapa nukilan dari kitab-kitab yang terkenal dalam
masyarakat. Antaranya ialah, Kitab Mahabrata, Kitab Ramayana
atau Serat Rama, Serat Kanda, Serat Paramayoga, Serat Pusaka
Raja Purwa dan Serat Purwakanda[39]. Manakala perwatakan dan
gaya cerita dalam kitab tersebut telah di sesuaikan dan menjadi
kelaziman bagi masyarakat yang telah mengenal atau memiliki
cerita wayang sebagai gubahan kreatif, dan menjadikan kisah-
kisah yang hidup dan berkembang. Berdasarkan keyataan
tersebut, jelaslah pengaruh Kitab Hindu iaitu Marabrata dan
Ramayana dijadikan rujukan dalam mempersembahkan watak
dalam Wayang Kulit.

4.0 Teori Penyebaran Hindu- Buddha di Asia Tenggara.


Berdasarkan kajian yang dibuat oleh beberapa orang ahli
sejarah mendapati bahawa kedatangan atau penyebaran Hindu-
Buddha di Asia Tenggara tidak dapat dipastikan kesahihanya. Hal
ini kerana para sarjana tidak dapat mengenal pasti teori
penyebaran agama Hindu- Buddha secara tepat. Namun
demikian, terdapat beberapa pendapat atau pandangan daripada
para sarjana yang boleh digunapakai walaupun kesahihanya
belum dapat dipastikan.perkara sedemikian adalah berdasarkan
teori `trivamsa` yang mana teori ini menekankan peranan yang
sangat penting terutamanya golongan Brahmin, Ksyatria atau
Vaisya yakni golongan berpengaruh dalam sistem Kasta[40].
Antaranya

Teori Ekonomi
Teori ekonomi atau teori Vaisya ini diperkenalkan oleh
sarjana barat iaitu N.J Krom dan disokong oleh sejarawan lain
seperti G.Coedes[41]. Dalam teori ini mengatakan bahwa
penyerapan kebudayaan India berlaku ke Asia Tenggara secara
damai (penetration pacifique) kerana peranan yang cukup besar
dimainkan oleh orang India itu sendiri. Teori ekonomi merupakan
teori yang tertua diperkenalkan dan berdasarkan teori ini jugalah
yang telah membawa kepada kebanjiran serta galakkan kepada
para pedagang India datang ke Asia Tenggara sejak awal abad
masihi lagi. Begitu juga pendapat Coedes, dalam bukunya The
Indianised States of Southeast Asia telah menyebut tentang
perkembangan kebudayaan India di Asia Tenggara ini berlaku
kesan daripada hubungan perdagangan.[42] Para pedagang ini
terdiri daripada kasta Vaisya merupakan penyebar budaya India
melalui perhubungan mereka kepada penduduk tempatan.
Perkara sedemikan bukan sahaja tertumpu kepada prinsip para
pelaut dan pedagang India itu sendiri iaitu mencari emas dan
rempah. Hal tersebut berlaku adalah kerana India telah
memperoleh emas melalui jalan darat di Seberia sejak sebelum
masihi lagi.
Walau bagaimanapun, ianya telah terhalang kerana disekat oleh
orang- orang di Asia Tengah. Lantaran itu menyebabkan mereka
terpaksa mengimport mata wang dari Rom, namun ianya tidak
berkekalan. Pada masa yang sama, telah berlaku sesuatu yang
baru di mana pada masa tersebut timbulnya alasan untuk
mengembara ke Asia Tenggara yang dianggap sebagai
`Survanabhumi` (Bumi Emas), `suvarnadhipa` (Semenanjung
Emas), ataupun turut dikenali sebagai `Golden Khersonese`. Hal
ini terbukti dalam karya Jataka yang mana mengandungi kisah-
kisah kegiatan para pedagang dari India yang berdagang di Asia
Tenggara untuk mencari kekayaan seperti emas. Para pedagang
India tersebut bukan saja menetap secara tetap, malah ada
diantara mereka yang telah berkahwin dengan penduduk
tempatan lalu memperkenakan kebudayaan India secara beransur
ansur.

Teori Politik
Teori politik atau teori Ksyatariya pula diperkenalkan oleh
sarjana barat iaitu C. C Berg.[43] Sejajar dengan maksud
Ksyatariya itu sendiri iaitu pahlawan, teori ini adalah berlawanan
dengan teori pertama tadi iaitu teori ekonomi. Hal ini kerana teori
Ksyatariya ini menekankan penyebaran keindiaan itu secara
kekerasan atau penaklukkan dan ianya bebeza debgan teori
ekonomi yang mengatakan bahawa penyebaran keindian tersebut
adalah secara damai. Teori politik ini terdapat dua versi iaitu
akibat kekacauan politik di India dan penjajahan yang dilakukan
oleh putera raja atau hulu balang.
Berdasarkan versi pertama, kekacauan politik di india
telah menyebabkan sesuatu destinasi mengalami keruntuhan
yang maana akhirnya telah menyebabkan golongan raja dan
bangsawan telah lari dan mencari kawasan perlindungan di Asia
tenggara. Mendoron. Lantaran itu juga telah mendorong mereka
untuk membina sebuah kerajaan baru. Manakala versi kedua pula
ialah berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa para
putera dan hulu balang telah melakukan penaklukkan ke kawasan
tertentu di sekitar di Asia Tenggara. Sebagai contoh, terdapat
seoerang putera asing yang bergelar Kusyana Canda telah
Berjaya merampas pemerintahan kerajaan Funan pada abad ke 4
sepertimana yang tercatat dalam catatan tahuna China (Chinese
Annal).
Hal sedemikian memungkinkan penyerapan teori ini pada
tahun 1926 yang mana golongan sarjan India yang bersemangat
Nasionalisme teleh menubuhkan The Greater India Society yakni
satu gerakkan intelektual yang mengangap bahawa Asia
Tenggara sebagai Lesser India iaitu kawasan jajahan India pada
masa lampau. Antar tokoh yang bersetuju dengan pendapat
sedemikian adalah P. N Bose, R. Mookerji, dan R. C Majumdar.

Teori Agama
Melalui teori agama ini pula, dikatakan ianya adalah hasil
peranan yang amat penting dimainkan oleh tokoh- tokoh agama
Buddha. Menurut Bosch, pengindiaan kawasan ini telah dimulakan
oleh mubaligh agama Buddha.[44] Hal ini adalah kerana
ajarannya yang bersifat universal. Sebagai contoh, peranan yang
dimainkan oleh pemerintah beragama Buddha seperti Maharaja
Asoka dari Dinasti Maurya sekitar tahun 330 hingga 180 S. M
yang mana dikatakan bahawa beliau telah menghantar sami ke
Ceylon, alam Yunani dan juga nusantara. Bukan itu saja, terdapat
juga lagenda mengatakan bahawa beliau juga turut menghantar
dua orang sami iaitu Sona dan Utara ke Suvanna-Bhumi (Bumi
Emas) yang berkemungkinan Burma. Perkara tersebut
membuktikan bahawa sami- sami Buddha telah sampai ke Asia
Tenggara sekitar tahun 3 masihi. Penyebaran agama Buddha ini
diteruskan lagi oleh beberapa pemerintah walaupun setelah
berakhirnya pemerintahan empayar Maurya seperti Kanishka (78
masihi), Raja Harshavardhana (Abad ke 7).[45] Sebagai mubaligh
yang bertanggungjawab menyebarkan agama Buddha, mereka
bukan hanya berdakwah kepada orang kebanyakan malah mereka
memasuki istana-istana raja dan memujuk mereka supaya
memeluk agama Buddha.[46] Penggunaan tulisan dan bahasa
Sanskrit telah digunakan untuk mengajar kitab-kitab agama
kepada pihak agama.[47] Berdasarkan perkembangan ini, telah
ramai penduduk tempatan menganut agama ini dan ada antara
mereka yang telah mengembara ke India untuk melanjutkan
pelajaran mereka tentang agama Buddha.[48]

Peranan Penduduk Asia Tenggara


Bagi J.C.Van Leur pula, perkembangan kebudayaan ini
adalah berpunca dari masyarakat tempatan sendiri yang
menjalankan perdagangan dan pelayaran ke India[49].
Pengambilan aspek kebudayaan India yang menarik kemudiannya
disesuaikan dengan budaya masyarakat tempatan untuk
diamalkan. Campuran antara unsur tempatan dengan pengaruh
dari India dapat dilihat pada candi Borobodur, candi Angkor watt,
dan candi Lembah Bujang. Apabila kembalinya mereka dari India,
mereka sendiri yang cuba untuk menyebarkan kebudayaan India
kepada masyarakat tempatan. Teori ini diperkukuhkan lagi
dengan penemuan ahli arkeologi yang mengatakan terdapat
penyesuaian di antara pengaruh kebudayaan India dengan
pengekalan tradisi tempatan.
Masyarakat di Asia Tenggara hanya mengambil beberapa aspek
daripada beberapa aspek kebudayaan India dan
menyesuaikannya dengan kebudayaan tempatan yang sedia ada.
Pendapat dikukuhkan lagi dengan bukti bahawa masyarakat Asia
Tenggara merupakan golongan pelaut, pelayar, pedagang yang
hebat dan telah meneroka laut yang luas untuk menjalankan
aktiviti perdagangan. Penglibatan masyarakat Asia Tenggara
dalam aktiviti perdagangan dan pelayaran disokong pula oleh
kemahiran dan pengetahuan mereka dalam ilmu pelayaran di
samping pengetahuan dalam pembuatan kapal dagang atau lebih
dikenali sebagai jong. Penganutan Agama HinduBudha oleh raja-
raja di Asia Tenggara telah menyebabkan golongan raja atau
pemerintah sendiri menjemput golongan Brahmin datang untuk
mengiktiraf atau mengesahkan peranan mereka sebagai raja.
Golongan Brahmin telah diberi kedudukan tinggi dalam susun
lapis masyarakat di Asia Tenggara kerana pengetahuan yang
mendalam dalam soal agama, adat-istiadat, bahasa Sanskrit dan
lain-lain. Raja-raja di Asia Tenggara telah menggunakan golongan
Brahmin dari India untuk menonjolkan kebesaran mereka dan ini
telah mengangkat status atau maratabat raja di Asia Tenggara
pada kedudukan yang tinggi dalam susun lapis masyarakat di
Asia Tenggara kerana mempunyai pengalaman yang mendalam
dalam soal-soal agama, adat istiadat, bahasa Sanskrit dan lain-
lain.
Kesimpulan
Kesimpulannya, proses pengindian telah berlaku di Asia
Tenggara melalui beberapa langkah. Melalui proses ini cara hidup
masyarakat Asia Tenggara telah berubah apabila terdapatnya
sistem kasta. Sistem ini telah membahagikan masyarakat
mengikut taraf. Selain itu dari segi pentadbiran juga terdapat
peurubahan namun yang paling ketara kesan daripada proses ini
ialah dari segi aspek sosial yang amat berbeza dari sebelum
kedatangan pengaruh Hindu-Buddha. Walau bagaimanapun
apabila pengaruh agama Islam sampai, pengaruh Hindu-Buddha
semakin berkurangan namun tinggalannya masih boleh kita lihat
seperti peningglan candi-candi dan kesenian seperti wayang kulit.
[1] Abdul Rahman Abdullah. (2003). Sejarah Dan Asia Tenggara
Sebelum Dan Sesudah Islam.Kuala Lumpur:Utusan Publications &
Distributors Sdn Bnd.hlm.53

[2] G.Coedes.Walter F.Vella.(Ed).(1968).The Indianizd States Of


Southeast Asia (Susan Brown Cowing, Terjemah).Kuala
Lumpur:University Of Malaya Press.

[3] Daigoo Chihara.(1996).Hindu-Budhist artchitecure in


Southeast Asia.hlm.23.

[4] D.G.E Hall..(1981).Sejarahj Asia Tenggara.Kuala


Lumputr:Dewan bahasa Dan Pustaka..hlm.53.

[5] Abdul Rahman Abdullah (2000). Sejarah dan Tamadun Asia


Tenggara Sebelum dan Selepas Pengaruh Islam. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. hlm.148

[6] Ibid. hlm.148

[7] Ibid. hlm.148

[8] Ibid. hlm.148

[9] Ibid. hlm.148

[10] N.M.Idaikkadar (1963). Latar Belakang Kebudayaan


Hindu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.1

[11] N.M.Idaikkadar (1963). Latar Belakang Kebudayaan


Hindu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.1

[12] Ibid. hlm.1


[13] Ibid. hlm.1

[14] Ibid. hlm.2

[15] Ibid. hlm.2

[16] Charles S.Prebish and Demien Keown ( 2006 ). Introducting


Buddhism. New York : Routledge Taylor & Francis Group. hlm.27

[17] Alistair Shearer ( 1992 ). Buddha The Intelligent


Heart. London : Thames and Hudson. hlm.8

[18] Ibid. hlm 9.

[19] Stephen C.Berkwitz (2010).South Asian Buddhism a


Survey. Canada : Routledge Taylor & Francis Group. hlm.1

[20] Rahman Abdullah (2000). Sejarah dan Tamadun Asia


Tenggara Sebelum dan Selepas Pengaruh Islam. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. hlm.153

[21] Ibid. hlm.153

[22] Ibid. hlm.157

[23] Ibid. hlm.158

[24] [24] Rahman Abdullah (2000). Sejarah dan Tamadun Asia


Tenggara Sebelum dan Selepas Pengaruh Islam. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. hlm.158

[25] Ibid. hlm.161


[26] Ibid. hlm.163

[27] Ibid. hlm.166

[28] Ibid. hlm.166

[29] Rahman Abdullah (2000). Sejarah dan Tamadun Asia


Tenggara Sebelum dan Selepas Pengaruh Islam. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. hlm.171

[30] Mohd Zaki Ahmad (2009). Tamadun Dunia hingga 1800


Masihi. Kuala Terengganu : SMK Ibrahim Fikri.

[31] Haji Abdul Rahman Haji Abdullah. 2006. Sejarah dan


Kebudayaan Asia Tenggara. Shah Alam: Karisma Publication. hlm
61

[32] Ibid

[33] Ibid. hlm 62

[34] Haji Abdul Rahman Haji Abdullah. 2006. Sejarah dan


Kebudayaan Asia Tenggara. Shah Alam: Karisma Publication. hlm
62

[35] Ibid. hlm 63

[36] Ibid.hlm 64

[37] Drs.Sunarto. Wayang Kulit Purwa Gaya Yogyakarta. 1989.


Jakarta: Balai Pustaka. hlm .13.

[38]Ibid. hlm .17.


[39] R. Rio Sudibyoprono. 1991. Ensiklopedi Wayang
Purwa. Jakarta: Balai Pustaka.

[40] Abdul Rahman Abdullah (2000).Sejarah dan Temadun Asia


Tenggara: Sebelum dan Selepas Pengaruh Islam. UTUSAN
PUBLICATION & DISTRUBUTOR Sdn BhdS:Kuala Lumpur. Hlmn 54

[41] Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa


Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd.

[42] Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa


Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd.

[43] Abdul Rahman Abdullah (2000).Sejarah dan Temadun Asia


Tenggara: Sebelum dan Selepas Pengaruh Islam. UTUSAN
PUBLICATION & DISTRUBUTOR Sdn BhdS:Kuala Lumpur. Hlmn 55

[44] Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa


Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd.hlm.31.

[45] Abdul Rahman Hj Abdullah (2006). Sejarah Dan Kebudayaan


Asia Tenggara Tradisional. KARISMA PUBLICATION: Shah Alam.
Hlmn 16

[46] Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa


Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd.hlm.32.

[47] Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa


Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd.hlm.32.
[48] Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa
Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd.hlm.32.

[49] Abdul Rahman Abdullah, (2003), Sejarah dan Tamadun Asia


Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam,Utusan
Publication, kuala Lumpur, hlm. 57.

Qieyul Qie

Syuhada Mansor

Anda mungkin juga menyukai