Anda di halaman 1dari 1

Forum 4

PENGARUH AGAMA

Gerakan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya lebih bersifat


keagamaan . Agama buddha menjadi mekanisme penting untuk meraih sokongan
rakyat. Kemunculan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya diketuai
oleh golongan sami Buddha kerana kedudukan dan pengaruhnya terancam
ekoran penjajahan British di Myanmar. Pertubuhan terawal ialah sasanadara
(1897) dan diikuti Persatuan Agama Maktab Rangoon (1904).

GOLONGAN PYONGYI

Sebab utama golongan Pongyi atau sami-sami Buddha menyertai proses politik
Myanmar ialah disebabkan kemerosotan pengaruh sangha (komuniti sami-sami
Buddha) dan sekolah-sekolah agama Buddha di bawah pemerintahan British.
Dengan itu, mereka menyertai proses ini untuk menegakkan kembali pengaruh
mereka dan agama Buddha dalam masyarakat Myanmar.Golongan Pongyi atau
sami-sami Buddha menyertai proses politik Myanmar ialah disebabkan
kemerosotan pengaruh sangha (komuniti sami-sami Buddha) dan sekolah-sekolah
agama Buddha di bawah pemerintahan British. Dengan itu, mereka menyertai
proses ini untuk menegakkan kembali pengaruh mereka dan agama Buddha
dalam masyarakat Myanmar.Antara tahun 1916-1917, golongan Pongyi telah
memberi sokongan kepada Persatuan Pemuda-pemuda Buddha (Young Men
Buddhist Association atau YMBA) yang telah melancarkan protes terhadap
permakaian kasut oleh orang Eropah dalam rumah berhala dan pagoda-pagoda.
Pada tahun 1918, British memutuskan ketua pagoda tempatan berhak untuk
melaksanakan larangan permakaian kasut. Hal ini merupakan kejayaan pertama
yang dicapai oleh nasionalisme politik Myanmar.Pada tahun 1920, golongan
Pongyi menyokong satu permogokan pelajar yang dianjurkan oleh Persatuan
YMBA untuk membantah langkah British meninggikan taraf kelayakan untuk
memasuki Universiti Rangoon dan markah kelulusan peperiksaan. Permogokkan
itu gagal dalam aspek pendidikan. Namun berjaya membangkitkan semangat
kebangsaan di kalangan orang Myanmar terutamanya para pelajar

Golongan Thakin juga dikenali sebagai Dobama Asiayone (Persatuan Kita Orang
Myanmar). Ia dikenali sebagai Parti Thakin kerana para pemimpinnya
menggelarkan diri mereka Thakin yang bererti tuan. Ia memberi simbol penolakan
kuasa British dan orang Myanmar seharusnya menjadi tuan di negara sendiri. Ia
merupakan percantuman dua buah pertubuhan iaitu percantuman di antara Liga
Pemuda Pelajar yang dibentuk pada tahun 1931 dengan Persatuan Dobama yang
ditubuhkan pada tahun 1930. Parti ini ditubuhkan dengan rasminya pada tahun
1936 di Universiti Rangoon.Corak perjuangan golongan Thakin dipengaruhi oleh
idea-idea sosialisme seperti Marxism, pergerakan Sein-Fein di Ireland dan
pergerakkan Farsis Itali dan Jerman. Ia juga merupakan sebuah pergerakkan
bercorak politik yang memperjuangkan kemerdekaan dengan kaedah yang radikal
dan tidak bekerjasama dengan Inggeris. Mereka mengadakan perhubungan
dengan gerakan kebangsaan di negara lain yang pelbagai ideologi seperti Kongres
India, Kuomintang dan Parti Komunis China.

Anda mungkin juga menyukai