Anda di halaman 1dari 2

kerajaan atau negeri merupakan hanya sebahagian seseorang raja pemerintah.

Hidup
matinya adalah sama dengan raja tersebut. Konsep ini dapat dilihat dengan jelas dalam
sejarah tanah besar Asia Tenggara seperti Kemboja, Thai dan Burma
Konsep perajaan di kalangan raja yang beragama Islam tidak begitu banyak beza
dengan dharma-raja. Institusi perajaan yang menerima ajaran agama Islam dipengaruhi oleh
konsep perajaan yang disebarkan oleh agama Hindu-Budha sebelum kedatangan Islam ke
Asia Tenggara. Contohnya asalusul raja dinasti Palembang-Melaka yang dicatat dalam
Sejarah Melayu atau Salasilah Raja-Raja Pasai penuh dengan unsur-unsur ajaran agama
Hindu-Budha. Jadi boleh dikatakan wujud kesinambungan unsur-unsur kedua-dua agama
itu dalam institusi perajaan Islam di Kepulauan Melayu. Sepertimana raja beragama Budha,
raja beragama Islam juga mempunyai paradigma perajaannya. Seorang raja yang bermoral
tinggi dan taat kepada agama patut mengikut prinsip yang dianggap baik dan disayangi
Allah s.w.t.
Ringkasnya, konsep perajaan yang diamalkan oleh raja-raja di Asia Tenggara
mengesahkan tentang pentingnya keperibadian individu raja pemerintah kepada jatuh
bangunnya sebuah masyarakat mahupun dalam bidang politik.
2. Konsep Negara/Mandala
Asia Tenggara dipengaruhi oleh prinsip Hindu-Budha dalam aspek politiknya Oleh
itu, sesebuah negara sangat bergantung kepada raja dan pengganti raja yang berlaku.
Pada zaman ini konsep politik di Asia Tenggara masih lagi menggunakan sistem Mandala
dimana bidang kuasa raja berdepan dengan kuasa raja-raja yang lain. Istana raja menjadi
kerajaan negeri. Namun begitu. suasana mula berubah dengan kedatangan Islam yang
berdasarkan kepada konsep kosmologi. Kuasa dan jajahan sesebuah negeri adalah
mengikut kuasa dan kelebihan raja pemerintahnya.
3. Konsep tradisi sosial
Konsep penulisan sejarah pada zaman ini agak berbeza dengan zaman sebelumnya
di mana penulisan kali ini lebih menonjolkan kebangkitan masyarakat untuk melahirkan
sebuah kerajaaan yang berkuasa di Asia Tenggara. Ini berbeza dengan konsep sebelum ini
yang lebih menekankan kepada kekuasaan kerajaan Hindu dengan monumen-monumen
yang ditinggalkan. Dan satu segi, ia memperlihatkan berlakunya peningkatan dalam sosial
masyarakat Asia Tenggara seterusnya menunjukkan tradisi sebenar masyarakat Asia
Tenggara. Malah, penulisan zaman ini lebih menumpukan kepada aktiviti masyarakat
terutama sekali dalam bidang politik yang menjadi asas kepada pengaruh agama dan
budaya masa itu.

Kesimpulan
Melalui penjelasan tentang pensejarahan zaman traditional tadi jelas menunjukkan
bahawa abad ke 12/13 Masehi ini wajar dijadikan sebagai satu titik peralihan yang sangal
penting dalam sejarah Asia Tenggara. ini kerana dalam zaman inilah, munculnya
masyarakat tempatan seperti orang Mon, orang Khmer dan lain-lain bangun berusaha
membentuk kerajaan sendiri. Perubahan pengaruh dan agama Hindu kepada Budha juga
sangat penting dalam merubah corak hidup dan idea masyarakat di Asia Tenggara.
Keadaan ini telah sekaligus merubah pensejarahan Asia Tenggara kerana beralih daripada
pandangan kepada kerajaan Hindu kepada saru aktiviti masyarakat dan politik di Asia
Tenggara. Kemudian baharulah muncul zaman Traditional dalam abad ke-13 sehingga ke15 Masehi yang menonjo~kan kerajaankerajaan tempatan di Asia Tenggara. Faktor ini juga
menyebabkan ramai sejarawan lebih gemar menggunakan bentuk diakronik untuk melihat
sejarah negeri Asia Tenggara.

Anda mungkin juga menyukai