Anda di halaman 1dari 38

Hubungan

Profesional dengan
Klien
Jenis profesion
Profesional Bergaji
Profesional Perunding
Profesional Bergaji

Makan gaji
Bekerja dalam sesebuah institusi dan

mengikut arahan pihak atasan


Bukan seorang usahawan
Masalah bayaran, pengagihan dan hubungan

dengan klien tidaklah begitu kritik kerana


semuanya telah ditetapkan mengikut
peraturan syarikat atau institusi.
Biasanya, menghadapi masalah kecekapan

dan ketekunan.
Profesional Perunding

Sebagai seorang juga sebagai seorang


usahawan
Perkhidmatan sama dengan Perniagaan.
Masalah yang biasa dihadapi ialah bayaran
dan tanggungjawab terhadap kepentingan
awam.
5 model hubungan profesional-klien

The central issue in the professional client


relationship is the allocation of
responsibility and authority in decision
making --- Who makes What decision
Issue yang penting ialah:

Siapa yang membuat keputusan


Siapa yang bertanggungjawap.
Ada yang mengatakan klien membuat
segala keputusan, profesional cuma
sebagai pekerjanya saja. Ada yang
mengatakan profesional memutuskan
segala perkara. Ada juga berpendapat
kedudukan kedua-dua pihak adalah sama
rata.
Model Agensi
Model Paternalistik
Model Kontrak
Model Persahabatan
Model Fidusiari
Model Agensi
Andaikan ada pergi ke suatu pasaraya dan
terdapat beberapa barangan yang
diletakkan di rak atas yang anda perlukan.
Anda ingin membeli barangan tersebut.
Dengan menghadapi risiko pada diri
sendiri, anda meminta jurujual untuk
mengambilnya.
Beliau mengambilnya dan
menyerahkannya kepada anda. Anda ke
kaunter bayaran, menjelaskan bayaran
dan membawanya pulang.
Transaksi inilah contoh hubungan agensi
kerana jurujual sekadar menjadi agensi
kepada anda. Beliau hanya bertindak atas
arahan anda.
Daripada peristiwa di atas, ada beberapa ciri
yang jelas.
1) Jurujual tidak bertanya mengapa anda
perlukan barang tersebut.
2) Jurujual sebagai profesional dalam situasi itu
tidak menyertai anda sebagai klien dalam
menganalisis keperluan anda atau masalah
yang anda hadapi.
3) Jurujual tidak mencadangkan alternatif lain
atau mengemukakan kebaikan dan keburukan
beberapa alternatif lain.
Tegasnya, profesional ini tidak membuat
keputusan membeli barangan tersebut,
sebaliknya andalah sebagai klien yang
membuatnya. Profesional di sini hanya
melaksanakan sebahagian daripada
keputusan anda.
Menurut model Agensi,
a)Tanggungjawab menganalisis masalah
b) Menimbangkan penyelesaian-penyelesaian
alternatif
c) Memutuskan sesuatu alternatif
d) Memahami masalah dan penyelesaiannya
Kesemua di atas terletak kepada klien
Dalam situasi sebegini, profesional tidak
mempunyai banyak tanggungjawab
terhadap kebajikan klien dan klien mestilah
mempercayai professional tersebut pada
darjah yang amat kecil sahaja.
Kelemahan model
menganggap klien mempunyai cukup
pengetahuan untuk memberi arahan kepada
profesional.
Menggalakkan profesional tidak menghiraukan
kepentingan pihak lain .
Model Paternalistik
Tanggungjawab membuat keputusan
diserahkan kepada profesional.
Berbeza daripada model agensi dimana

klien yang bertanggungjawab, dalam


hubungan paternalistik, profesionallah yang
bertanggungjawab hampir sepenuhnya.
Profesional itulah yang mempunyai
tanggungjawab untuk menganalisis
masalah klien, untuk menimbangkan
penyelesaian alternatif dan memutuskan
alternatif mana yang terbaik.
Klien hanya akan dirujuk bagi sebahagian

daripada pelaksanaan dan mungkin juga


profesional yang melaksanakan keseluruhan
keputusan.
Oleh kerana klien tidak perlu menimbang
alternatif-alternatif yang ada, maka klien
tidak perlu memiliki pengetahuan dalam
bidang itu sama sekali.
Contoh:-
Apabila kanak-kanak dihantar ke TADIKA, dia tidak
tahu dan tidak faham mengapa perlu belajar dan
bagaimana menggunting kertas boleh
menyumbang kepada pembelajarannya. Dia tidak
tahu menganalisis keperluannya, memikirkan
tentang alternatif, membuat keputusan dan
melaksanakannya. Dia memerlukan GURU.
Model ini menafikan kebebasan klien dalam
menentukan sebarang pilihan yang
melibatkan kehidupannya.
Kenapa model ini diutarakan?

1. Profesional dianggap pakar dan


berpengetahuan untuk menentukan apa yang
terbaik untuk kliennya.
2. Dalam keadaan tertentu klien tidak
berkemampuan memberikan persetujuan atau
buat keputusan sewajarnya akibat tekanan
psikologi misalnya. Hujah ini biasa digunakan oleh
kalangan profesional guaman dan perubatan.
3. Terdapat andaian bahawa keputusan profesional
adalah betul. Contohnya, mangsa kemalangan
jalan raya yang tidak sedarkan diri akhirnya
menyetujui tindakan doktor memotong sebelah
kakinya bagi menyelamatkan nyawanya.
Model Kontrak
`A contract is a voluntary agreement
between two parties or among three or
more parties.
Katakanlah anda merancang untuk

membina rumah idaman anda. Anda


mendapatkan akitek & kontraktor anda dan
memikirkan siapa yang akan melakukan
kerja apa.
Mungkin anda mereka bentuk lakaran kasar

rumah sementara akitek akan memikirkan


cara dan di mana sistem paip dan elektrik
akan diletakkan.
Anda mungkin memutuskan bahawa ia
menjadi tugas anda untuk mengetahui
tentang sistem pemanasan bantuan solar
dan juga menimbangkan cara-cara
alternatif untuk memasukkannya ke dalam
reka bentuk anda. Seterusnya
menimbangkan satu alternatif tertentu.
Kontraktor anda mungkin diberi
tanggungjawab mereka bentuk dalaman
garaj. Kemudian kontraktor anda diarah
melaksanakan cadangan anda dan akitek
anda termasuk keputusan-keputusannya
sendiri dan membina rumah mengikut reka
bentuk yang diputuskan
Andaikata tanggungjawab-tanggungjawab ini di
bahagikan menurut satu bentuk perjanjian maka
hubungan antara professional dan klien menjadi
hubungan kontrak
Kontrak ialah satu dokumen undang-undang
dan jika dibuat untuk profesional-klien,
kontrak tersebut boleh dikuatkuasakan atas
sistem undang-undang yang ada.
Klien boleh mempercayai profesional untuk

memenuhi tanggungjawabnya seperti yang


terkandung dalam kontrak kerana klien
yakin bahawa profesional akan
melaksanakan sesuatu yang mengikatnya
secara undang-undang dan yakin juga
sistem undang-undang akan menyelesaikan
apa-apa pelanggaran terhadap kontrak.
Kepercayaan ini diasaskan kepada undang-
undang. Pada zahirnya hubungan kontrak
nampak agak ideal, namun hubungan
kontrak hanya sesuai ketika mana klien
mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam
sesuatu bidang yang berkaitan.
Misalnya, dalam kes membina rumah di
atas, ia adalah sesuai, tetapi tidak sesuai
ketika seorang klien berjumpa dengan
doktor kerana sakit jantung serius yang
dihidapinya.
Klien ini tidak boleh membuat kontrak untuk

memperincikan siapa yang akan melakukan


apa kerana dia sendiri tidak tahu hal-hal
berkaitan penyakit tersebut.
Apabila terdapat perbezaan besar pada

tahap pengetahuan mengenai masalah


yang hendak dihadapi antara profesional
dan klien, maka hubungan kontak tidaklah
sesuai.
Model Persahabatan
Katakanlah kita berada di sebuah negara yang
asing kepada kita terutama dari segi budaya
dan bahasa. Namun anda bernasib baik kerana
anda berjumpa dengan seorang pegawai bank
yang berasal dari daerah asal anda dan kini
bekerja dalam sebuah bank di negara tersebut.
Hubungan mula terjalin kerana anda berdua
berasal dari tempat yang sama. Status
hubungan anda dengan pegawai bank itu
sentiasa berubah iaitu daripada meminta
pandangannya tentang hal-hal umum
sehinggalah soalan mengenai pelaburan.
Dalam hubungan persahabatan, klien
mempercayai profesional kerana terdapat
sesuatu hubungan atau keyakinan selain
daripada pengetahuan dan keupayaan
profesional
Profesional dan klien ada hubungan yang
rapat berasaskan prinsip kepercayaan dan
kerjasama.
Dalam persahabatan, komitmen perasaan

menjadi faktor untuk mewujudkan hubungan


yang rapat.
Pada kebanyakan masa, Model in tidak

relevan, sebab profesional menerima


seseorang klien kerana bayaran dan bukannya
kerana keprihatinannya kepada individu
(klien) berkenaan.
Model Fidusiari
Kebanyakan daripada kita tidak dapat
mengadakan satu kontrak sebagai asas
hubungan dengan seorang professional.
Begitu juga tidak mempunyai hubungan

rapat dengan seseorang profesional yang


menjadi asas kepercayaan kita kepadanya.
Namun kita mahu bergantung kepada

kepakaran profesional tersebut tanpa


mengorbankan kebebasan diri kita sendiri.
Kita boleh mewujudkan hubungan fidusiari
dengan profesional. Hubungan jenis ini
adalah yang paling sesuai bagi kebanyakan
keadaan dan situasi.
Persetujuan dan penilaian klien diperlukan
bagi membolehkannya mengambil
bahagian sama dalam membuat keputusan.
Dalam proses ini, professional
membekalkan maklumat dan terpulanglah
kepada klien untuk menerimanya ataupun
tidak.
Klien mesti menaruh kepercayaan
sepenuhnya terhadap maklumat yang
dibekalkan yang seterusnya dianalisis,
dicari kemungkinan alternatifnya dan
dijangka kesannya.
Klien bergantung kepada pengetahuan dan

kebolehan profesional untuk digunakan bagi


kepentingannya.
Dalam hubungan ini, mestilah wujud suasana
perbincangan yang berterusan antara
professional dan klien.
Profesional membuat keputusan berdasarkan

kepakaran teknikalnya tetapi tidak dapat


membuat pilihan yang membabitkan nilai
untuk kliennya.
Contoh:-
Pesakit menyerahkan kepada doktor untuk

menentukan jenis ubat yang patut


diambilnya.
Dalam hubungan fidusiari, profesional

mempunyai tanggungjawab lebih untuk


merumus, merancang, menunjukkan
tentang kebaikan dan keburukan dan
akhirnya mengemukakan cadangan. Klien
pula membuat keputusan samada
menerima atau tidak cadangan itu.

Anda mungkin juga menyukai