Anda di halaman 1dari 5

Kaunselor : Selamat pagi.

Klien : Selamat pagi.


Kaunselor: Sila duduk kamu berdua.
Kaunselor : Adakah kamu selesa dengan kedudukan sebegini?
Kaunselor : Baiklah ,cikgu akan perkenalkan diri terlebih dahulu, nama cikgu
ialah Ho dan kamu boleh panggil saya Cikgu Ho.
Klien : Nama saya Kong / Lim.
Kaunselor : Baiklah, Kong & Lim. Terima kasih kerana sudi datang sini. Apa
khabar Kong & Lim hari ini?
Klien : Baik, cikgu
Kaunselor: sudah makan?
Kong & Lim: sudah.
Kaunselor : Baiklah, sebelum kita memulakan sesi kaunseling, cikgu akan
terangkan apa itu kaunseling? Kaunseling ialah satu proses perhubungan
bersemuka antara individu yang didatangi masalah dengan seorang
profesional terlatih ,berpengalaman serta berkelayakan memberi pertolongan
dalam menyelesaikan masalah.
Klien : Baiklah.
Kaunselor : Peranan saya ialah mendengar apa yang Kong & Lim ingin
katakan ,dan peranan kamu sebagai klien adalah menceritakan masalah yang
dihadapi kepada saya ,saya juga berharap apa yang Kong & Lim ceritakan
adalah cerita yang benar supaya matlamat sesi ini akan berjaya.
Klien : Ok.
Kaunselor : Kong & Lim tidak perlu risau bahawa apa yang saudari sampaikan
kepada saya akan diketahui oleh orang lain kerana apa yang diceritakan akan
menjadi rahsia kita. Jadi jangan risau bahawa apa yang kamu sampaikan
kepada saya ,akan saya rahsiakan kecuali ia boleh memudaratkan diri dan
orang lain.faham tak?
Klien : Baiklah.
Kaunselor :Baiklah. Matlamat sesi kita kali ini adalah untuk mencari
penyelesaian terhadap masalah yang saudari hadapi dan segala tindakan atau
keputusan yang diambil adalah ditentukan oleh kamu sendiri dan kamu perlu
bertanggungjawab pada keputusan itu dan saya di sini hanya lah sebagai
pembimbing.
Klien : Baiklah cikgu. Saya faham.
Kaunselor : Boleh kita mulakan sesi kaunseling?
Klien : Boleh, cikgu.
Kaunselor: Kong & Lim, tahu tak sebab kita menjalankan sesi bengkel ini?

Kong: Guru kelas yang suruh saya datang.

Lim: Tak tahu

Kaunselor: Kong & Lim datang ke sini disebabkan oleh masalah kes buli yang
berlaku minggu lepas. Boleh tak Kong & Lim ceritakan kes yang berlaku pada
hari tersebut? Biar Kong mula dulu.

Kong: Saya meminta rakan saya membantu saya membuat kerja rumah sahaja.
Adakah ini dianggap sebagai buli?

Kaunselor: Kalau mereka tidak ingn membantu Kong, apakah Kong akan
lakukan?

Kong: catat saja nama mereka dalam buku catatan pengawas.

Kaunselor: Dengan cara ini, cikgu rasa tindakan kamu adalah sejenis ugutan
secara tidak langsung. Apakah perasaan kamu sekiranya rakan kamu berbuat
demikian terhadap kamu juga?

Kong : berdiam diri

Kaunselor: kenapakan Kong buli mereka?Bukankah mereka kawan kamu?

Kong: Bukan. Kami hanya duduk sekelas sahaja. Saya lebih berkebolehan
daripada mereka, mereka tidak layak menjadi kawan saya. Mereka bukan
kawan saya.

Kaunselor: Ok. Cikgu faham. Nanti kita bincang lagi. Bagaimana dengan Lim?

Lim: Kes buli? Mana ada? Saya tak ada buli orang.

Kaunselor: pada minggu lepas, terdapat dua murid mengadu bahawa beg
mereka dibuang oleh kamu.

Lim: oh.... Saya hanya membantu mereka membuangkan beg yang hodoh,
cheap, tidak berjenama dan tidak berguna.
Kaunselor: adakah mereka rela membuangkan beg mereka?

Lim:.......

Kaunselor: Bukankah mereka kawan sekelas kamu?

Lim: saya tidak suka berkawan dengan mereka. Mereka sangat miskin, pakaian
tak cantik, tak pandai, tiada smartphone. Saya tidak suka mereka.

Kaunselor: Oleh itu, Kong & Lim juga menganggap bahawa kawan tidak
penting?

Kong & Lim: Ya

Kaunselor: Sekarang cikgu bagi kamu satu tugasan. Boleh tak cuba tolong
cikgu selesaikannya. Kamu boleh melakukan tugasan ini secara individu atau
berpasangan.

Kong & Lim: individu la. Saya pasti saya dapat melakukannya dengan berjaya.

Tidak berjaya

Kaunselor: Sekarang guru memperkenalkan sebuah buku cerita kepada kamu.


Marilah kita membaca buku ini.

Merebut buku

Synopsis

Kaunselor: selepas membaca buku ini, boleh tak cuba sekali lagi
menyelesaikan tugasan tadi?

Kaunselor: Adakah kali ini berjaya?kenapa?

Kong: ya, kerana kami menyelesaikan tugasan ini bersama kali ini. Ini
merupakan tugasan yang memerlukan kerjasama dan tidak dapat
melakukannya secara bersendiri.

Lim: tadi kami melakukan aktiviti ini secara individu tanpa meminta bantuan
orang lain. Oleh itu, kami tidak berjaya kali pertama.
Kaunselor: ya betul. adakah pandangan kamu terhadap kawan berubah?
Adakah kawan penting dalam kehidupan kita?

Lim: Kadang kala kita memang tidak dapat melakukan sesuatu secara
bersendirian.

Kong: kami memerlukan bantuan dan kerjasama daripada kawan. Jadi, kawan
agak penting dalam kehidupan.

Kaunselor: Sekiranya kamu masih melayan rakan kamu mengikut cara dulu,
adakah kamu akan mempunyai kawan? Kenapa?

Kong: tidak, kerana tiada orang suka berkawan dengan pembuli.

Lim: tidak, walaupun saya berasa tindakan saya tidak salah dan hanya
bertujuan untuk membantu mereka, akan tetapi kemungkinan mereka tidak
berasa demikian dan sebaliknya. Saya tidak patut membuangkan beg mereka
tanpa kebenaran daripada mereka.

Kaunselor: Pemikiran kamu betul. Hal ini adalah sama dengan buku yang
dibaca tadi. Pembuli mempercayai bahawa mereka dapat mendiiplinkan murid
dengan kekerasan tetapi sebenarnya tindakan ini hanya akan menjejas
hubungan dengan rakan. Kita tidak akan mempunyai kawan sekiranya kita
membuli mereka. Cuba Kong & Lim berfikir apakah perasaan dan kesan
sekiranya anda dibuli oleh orang lain?

Kong: saya akan berasa takut dan sedih kalau dibuli. Saya tidak akan datang
ke sekolah kerana takut akan dibuli.

Lim: saya tidak akan berkawan dengan orang yang membuli saya.

Kaunselor: betul. Emosi orang yang dibuli akan terjejas dan mereka takut untuk
berkawan dengan kamu. Hal ini bukan sahaja menjejaskan emosi mereka,
akademik mereka juga akan terjejas. Mereka akan berasa takut datang sekolah.
Oleh itu, boleh tak berjanji dengan guru tidak buli rakan-rakan dan berusaha
menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka?

Kong: saya berjanji tidak akan membuli mereka lagi.

Lim: saya juga.


Kaunselor: saya berharap Kong & Lim telah menyedari bahawa keburukan buli
dan kepentingan kawan dalam kehidupan melalui sesi kaunseling ini serta tidak
akan berulang kesalahan tersebut lagi. Adakah Kong & Lim ingin meneruskan
sesi kaunseling ini, adakah kamu ingin berkongsi apa apa lagi?

Kong & Lim : tidak cikgu.

Kaunselor : Kalau begitu, Kong & Lim boleh balik ke Kelas masing-masing.
Sekiranya kamu ada apa- apa masalah lagi, kamu boleh jumpa saya bila- bila
masa sahaja. Pintu bilik cikgu sentiasa terbuka untuk kamu.

Kong & Lim : Terima kasih cikgu.

Kaunselor : sama-sama

Anda mungkin juga menyukai