Anda di halaman 1dari 2

Skrip Pengacara Majlis

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En. Zulkufli bin Mahayudin, (ketua


JIP), Yang berusaha Dr. Meor Termizi (Timbalan ketua JIP), Yang Berusaha Dr. Sheal
Valekshemi (Ketua Unit Prasekolah), Yang Berusaha En. Jamaludin bin Abdul
Rahman (Pensyarah Unit P3 bagi kursus Penglibatan Ibu bapa dlm PAKK (PAK 3123)
dan barisan pensyarah, guru pelatih unit P3, ibu bapa dan knk2 yang disayangi
sekalian.

Salam Sejahtera, Salam Muhibah dan Salam Perak Aman Jaya. Majlis
dimulakan dengan lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak. Semua hadirin dijemput
berdiri.

Semua hadirin dijemput

Selamat Datang ke Program Apresiasi Alam Sekitar dan Program Reka Cipta
bagi tahun 2017.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan __________________________ utk membacakan doa.

Terima kasih diucapkan kepada _______________________ di atas bacaan


doa sebentar tadi.

Tuan2 dan Puan2

Program Apresiasi Alam Sekitar dan Program Reka Cipta ini dilaksanakan oleh
guru pelatih Unit P3 bermatlamat untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama
kanak2, guru pelatih, ibu bapa dan warga prasekolah Seri Mawar.

Baiklah, bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En. Zulklifi bin Mahayudin (Ketua JIP)
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Apresiasi Alam
Sekitar dan Program Reka Cipta pada pagi ini. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia


En. Zulklifi bin Mahayudin di atas ucapan dan perasmian program sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Sebelum memulakan program ini, dijemput semua hadirin untuk menjamu


selera.
Tuan2 dan Puan2

Majlis diteruskan dengan taklimat ringkas tentang aktiviti yang akan


dilaksanakan dalam program Apresiasi Alam Sekitar pagi ini. Ibu bapa dan kanak2
akan dibahagikan kepada 4 kumpulan yang akan dibantu oleh guru- guru pelatih.

Kumpulan A bertanggungjawab untuk membersihkan pondok.

Kumpulan B bertanggungjawab untuk membersih dan menghiaskan aquarium.

Kumpulan C bertanggungjawab untuk mengecat tiang-tiang di sudut main pasir.

Kumpulan D bertanggungjawab untuk mencabut rumput dan menanam pokok bunga.

Anda mungkin juga menyukai