Anda di halaman 1dari 7

Tentatif Majlis Perasmian Program 10 ribu langkah Pendaftaran Peserta Ketibaan para pensyarah Jemputan.

Ketibaan pengarah Beserta dif-dif jemputan Perhimpunan di padang Ucapan aluan pengacara MajlisBacaan doa Nyanyian Lagu Negaraku Ucapan Pengarah dan perasmian program 10 ribu langkah Aktiviti regangan dan senam seni Program 10,000 langkah bermula Cabutan Bertuah Penyampaian Cenderamata kepada tetamu Bersurai

Masa Cue Ann

7.20 pagi Tuan tuan, Puan puan serta hadirin sekalian, Supaya majlis kita berjalan dengan lancarnya, di sini saya bacakan beberapa pengumuman untuk perhatian kita bersama.

1. Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar tidak meletakkan kereta dibahu jalan bagi mengelakan perkara buruk berlaku ketika program dijalankan. 2. Hadirin juga diminta berdiri tegak semasa memohon para hadirin untuk bersama sama bagi menyayikan lagu Negaraku dengan iringan muzik. Kerjasama hadirin sekalian terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

Masa Cue Ann

7.45 pagi Mengumumkan ketibaan, Yang berbahagia, Tuan Haji Musa Bin Abdullah, Pengarah IPG kampus Raja Melewar diiringi pensyarah.

Masa Cue Ann

8.00 pagi Dimulakan Lafaz Dengan Nama Allah Tuhan Sejati, Dimohon Limpah Nikmat yang Diberkati, Diucapkan Puji pujian kepada Allah, Dengan Pujian Sejati, Diiringkan Sanjungan Dengan Limpah Kurnia, Yang Dihormati. Bismillahirrahmanirahim, Yang berbahagia, Tuan Haji Musa Bin Abdullah, Pengarah IPG kampus Raja Melewar, Yang berusaha, Dr. Mehander Singh A/L Nahar Singh, Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewaar, Pn.Darinda binti Asari (Ketua Jabatan pendidikan jasmani dan Pendidikan kesihatan) En.Azulhaimi bin Ahmad Penyelaras Program 10 ribu langkah.

Seterusnya, Ketua ketua jabatan, Ketua ketua unit, Pensyarah - pensyarah cemerlang, Pensyarah pensyarah kanan, Para pensyarah, staf sokongan, Jawatan perwakilan pelajar, Ahli jawatankuasa Program 10 ribu langkah dan para Guru pelatih. Assalamualaikum w.bt dan salam 1 malaysia.

Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana digerakkan instuisi rasa dan memberikan kesihatan kepada kita untuk meneruskan pertemuan, dan berhimpun dipadang disini, bersama sama dalam Program 10 ribu langkah 2012. Pihak majlis mengambil ruang seawal acara untuk menyatakan apresiasi setulus hati kepada Yang berbahagia, Tuan Haji Musa Bin Abdullah, pengarah institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar atas mengucapkan kesudian beliau untuk memenuhi jemputan pada hari ini. Pihak Majlis turut mengambil kesempatan ini, untuk MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG kepada semua warga baru Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

Nota : Dr. Mahender Singh A/L Nahar Singh, Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewaar, Pn.Darinda binti Asari (Ketua Jabatan pendidikan jasmani dan kesihatan)

Masa Cue Ann

8.10 pagi Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku.

Masa Cue Ann

8.20 pagi Sebagai penghayatan kita bersama, dijemput saudara Abd rahim bin mohamad said dari unit BM GSTT, untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Masa Cue Ann

Amin ya rabalaalmin..dan terima kasih atas bacaan doa tadi. Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang berbahagia Tuan Haji Musa Bin Abdullah, Pengarah IPG kampus Raja Melewar untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan, Program 10 ribu langkah anjuran GSTT SK dan SJKT 2012. Dengan penuh hormat dan takzimnya majlis mempersilakan.

Nota : Dr. Mahender Singh A/L Nahar Singh, Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewaar, Pn.Darinda binti Asari (Ketua Jabatan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan)

Masa Cue Ann

8.15 pagi Seterusnya dipersilakan Tuan Haji Musa bin Abdullah, pengarah IPG kampus Raja Melewar diiringi para pensyarah turun ke padang untuk bersama melakukan senam seni.

Masa Cue Ann

8.30 pagi Majlis diteruskan,mempersilakan Tuan Haji Musa bin Abdullah, pengarah IPG kampus Raja Melewar diiringi para pensyarah ke tapak permulaan untuk melepaskan larian. Para Guru pelatih boleh bergerak ke tapak permulaan mengikut unit masing- masing.

Masa Cue Ann

09.30 pagi Alhamdulilah..selamat sampai semula. Diminta pelajar ke padang semula bagi memulakan penyampaian hadiah bagi kehadiran pensyarah dan staf staf sokongan paling ramai bagi setiap jabatan dan kehadiran pelajar paling ramai setiap unit.

Dijemput Dr. Mahender Singh A/L Nahar Singh,Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewaar,diiringi Pn.Darinda binti Asari (Ketua Jabatan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan) untuk menyampaikan hadiah bagi kategori pelajar paling ramai bagi setiap unit. 1.) 6.) 11.) 2.) 7.) 12.) 3.) 8.) 13.) 4.) 9.) 14.) 5.) 10.) 15.) Terima kasih kepada Dr. Mahender Singh A/L Nahar Singh, Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewaar kerana sudi menyampaikan hadiah.

Seterusnya Dijemput, Tuan Haji Musa bin Abdullah, pengarah IPG kampus Raja Melewar diiringi Pn.Darinda binti Asari(Ketua Jabatan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan) untuk menyampaikan hadiah bagi kategori pensyarah atau staf paling ramai bagi setiap jabatan. 1.) 2.) 3.) 4.) 5.) Terima kasih kepada Tuan Haji Musa bin Abdullah, pengarah IPG kampus Raja Melewar kerana sudi menyampaikan hadiah.

Seterusnya Dijemput Pn.Darinda binti Asari (Ketua Jabatan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan) diiringi En.Azulhaimi bin Ahmad Penyelaras Program 10 ribu langkah untuk menyampaikan cederamata kepada Tuan Haji Musa bin Abdullah, pengarah IPG kampus Raja Melewar. Terima kasih kepada Pn Darinda binti Asari ( Ketua Jabatan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan.) kerana sudi Menyampaikan cederamata.

Kalau ada sumur diladang, Boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berkumpul lagi..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Saya sudahi dengan wabilahi taufik hidayah wasalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh.

Masa Cue Ann

09.40 pagi Alhamdulilah..selamat sampai semula. Diminta pelajar ke padang semula bagi memulakan penyampaian cedera mata dan cabutan.

Anda mungkin juga menyukai