Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SISWA PENDIDIK IPG KAMPUS

BAHASA ANTARABANGSA 2019

Aturcara majlis Isi kandungan


Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, Y.Bhg Dr.
Ketibaan Perasmi Nagalingam Karuppiah, Pengarah Insitut Pendidikan Guru
(2.00 petang) Kampus Bahasa Antarabangsa dengan diiringi oleh
Timbalan Pengarah Insitut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Antarabangsa, Dr Chong Poh Wan. Dipersilakan
mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan,


Menjadi perisa sedap terperi,
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis tambah berseri.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Dif-dif


kehormat dan para hadirin diminta berdiri.
Nyanyian lagu
Negaraku (Lagu Negaraku dimainkan)
(2.15 petang)
Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Sebagai pembuka tirai majlis, marilah kita bersama-sama


menadah tangan memohon restu Ilahi agar majlis pada
Bacaan Doa hari ini diberkati. Untuk itu majlis menjemput Al-Fadhil
(2.20 petang) Ustaz Abdul Ghaffar b. Hj. Daud untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.

(Bacaan doa)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Al-


Fadhil Ustaz Abdul Ghaffar b. Hj. Daud, atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, dan
salam sejahtera
Kata-kata aluan
(2.30 petang) Yang Berbahagia, Dr Nagalingam Karuppiah, Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa

Yang Berusaha Dr Chong Poh Wan, Timbalan Pengarah


Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa

Yang Dihormati,
Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, pensyarah-
pensyarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

Seterusnya, para siswa pendidik dan hadirin yang


dihormati sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Anugerah Kecemerlangan Institut dan Siswa


Pendidik IPG Kampus Bahasa Antarabangsa 2019

*************
Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ingin
mengucapkan kesyukuran kerana diberikan kesempatan
untuk bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk
meraikan kejayaan siswa pendidik IPGKBA dalam bidang
akademik dan ko-akademik.

Majlis merakamkan ucapan selamat datang dan mengalu-


alukan kehadiran semua hadirin kerana sudi
menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada
tetamu-tetamu jemputan khas kita kerana sudi
meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis ini.
Tanpa melengahkan masa lagi, majlis diteruskan dengan
Ucapan Pengarah menjemput Yang Berbahagia, Dr Nagalingam Karuppiah,
IPGKBA, Yang Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Berbahagia Dr Antarabangsa untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Nagalingam
Karuppiah (Ucapan Pengarah IPGKBA)
(2.40 petang)
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
Yang Berbahagia, Dr Nagalingam Karuppiah, Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.

Hadirin yang dihormati,

Penyampaian hadiah
- Anugerah Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Perak
Perak kepada siswa pendidik-siswa pendidik yang cemerlang
(2.55 petang) dalam bidang akademik.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berbahagia Dr Chong


Poh Wan dengan diiringi oleh Yang Berusaha En Nazri Bin
Yusoff untuk menyampaikan sijil dan Anugerah Perak
kepada siswa pendidik yang cemerlang. Dipersilakan..

Untuk pengetahuan hadirin, seramai 34 orang siswa


pendidik IPGKBA telah berjaya mendapat CGPA 3.75 ke
atas seterusnya melayakkan mereka untuk Anugerah
Perak.

(Penyampaian sijil dan anugerah)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Dr Chong Poh Wan, di atas
penyampaian sijil dan anugerah itu tadi.
Majlis kita jika akan diserikan dengan persembahan
kumpulan caklempong IPGKBA oleh PISMP Jun 2015
Persembahan dibawah jagaan Pn Nurain Wong. Dipersilakan..
(3.15 petang)
(Persembahan siswa pendidik)

Sehabis merah daun yang sihat,


Dahan melebar bercerita sakan,
Majlis anugerah mohon berehat,
Persembahan pelajar kita saksikan.
.

Terima kasih kepada siswa pendidik PISMP Jun 2015 atas


persembahan yang menarik itu tadi.

Penyampaian hadiah Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah


- Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum siswa pendidik, dengan itu
Kecemerlangan majlis menjemput Yang Berbahagia, Dr Nagalingam
Kokurikulum Karuppiah Pengarah IPGKBA diiringi oleh Yang Berusaha
(3.30 petang) Dr Chong Poh Wan, Timbalan Pengarah IPGKBA untuk
menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
kepada siswa pendidik.

Dipersilakan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Pada hari ini seramai 8 orang siswa pendidik akan
menerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
berdasarkan prestasi mereka dalam biang kokurikulum.

(Penyampaian hadiah)
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada,
Yang Berbahagia Dr Nagalingam Karuppiah, Pengarah
IPGKBA di atas penyampaian hadiah itu tadi.

Seterusnya, tidak sempurna majlis kita jika tidak diserikan


Persembahan dengan persembahan khas daripada siswa pendidik
( 3.50 petang) PISMP Jun 2016 dibawah jagaan Pn Nurain Wong.
Dipersilakan..

(Persembahan siswa pendidik)

Dari Kedah ke Kuala Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan ini memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur hati.

Terima kasih kepada siswa pendidik PISMP Jun 2016 atas


persembahan yang menarik itu tadi.

Sebagai tanda penghargaan dan sudi hadir Pengarah


Penyampaian serta Timbalan Pengarah pada majlis hari ini, majlis
cenderahati dengan segala hormatnya menjemput, Yang Berusaha En
(4.10 petang) Nazri Bin Yusoff untuk menyampaikan cenderamata
kepada;
1. Yang Berbahagia Dr Nagalingam Karuppiah,
Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa dan
2. Yang Berbahagia, Dr Chong Poh Wan, Timbalan
Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

Terima kasih diucapkan.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Penutup Selesai sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa
(4.20 petang) Pendidik IPGKBA pada kali ini. Ucapan syabas dan
tahniah buat siswa pendidik yang telah berjaya.
Diharapkan kecemerlangan ini terus digilap untuk
menjamin kejayaan pada masa hadapan.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja


pengacara sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara
sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.

Kalau ada sumur di ladang


Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Tahun hadapan kita berjumpa lagi

Sekian, terima kasih dan salam hormat.

Sebelum menamatkan majlis kita pada hari ini, semua


Nyanyian lagu hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu IPGM dan
penutup lagu IPGKBA.
(4.25 petang)

(Lagu IPGM dan IPGKBA dimainkan)

Mengumumkan perarakan keluar Yang Berbahagia Dr


Perarakan keluar Nagalingam Karuppiah, Pengarah IPG Kampus Bahasa
(4.30 petang) Antarabangsa, Yang Berusaha Dr Chong Poh Wan,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
diiringi oleh En Mohd Nazri Bin Yusof.
Rujukan

Ahmad Fadzli Yusof. (2007). Panduan dan asas untuk pembentangan yang berkesan. Kuala

Lumpur: PTS Publications Sdn Bhd.

Mokhtar Mohd Tohar. (2012). Protokol dan etiket dalam pengurusan dan menghadiri majlis.

Kuala Lumpur:INTAN

Mokhtar Mohd Tohar. (2011). Amalan protokol dan etiket. Kuala Lumpur. UPM Press

Bookstore.

Jabatan Perdana Menteri. (2014). Panduan pengurusan majlis dan acara. Kuala Lumpur.

Bahagian Pengurusan Acara, Jabatan Perdana Menteri.

Anda mungkin juga menyukai