Anda di halaman 1dari 10

CUE TEKS MC

Persembahan
pembukaan
(teaser JPP)
Salutasi Hidup mekar bunga selasih,
Bunga selasih di sanggul dara,
Beramah mesra pengikat kasih,
Salam dihulur pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi rabbil alamin
Wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiyai walmursalin
Wa ala alihi wasahbihi aj’main.

Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera,

 Yang Berbahagia Encik Romli bin Darus,


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

 Yang Berusaha Encik Doti bin Asing


Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

 Puan Hajah Nancy Loo Kason


Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Ipg Kampus Kent

 Puan Mirin Merylene Magabi


Ketua Unit Pengembangan dan Kepimpinan Pelajar IPG Kampus Kent

 Mohd Nizam bin Matusin


Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021

 Ketua-ketua Jabatan, ketua-ketua unit, Para Pensyarah kanan, Para pensyarah


 Biro-biro Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2020/2021
seterusnya rakan-rakan siswa pendidik sekalian.
Ahlan wasahlan, Selamat Datang ke

MAJLIS LANTERA PENDIDIK TAHUN 2020

Untuk makluman hadirin sekalian, majlis pada hari ini diadakan bertujuan untuk meraikan Sambutan Hari
Guru, Persaraan Pengarah serta Majlis Perpisahan Pelajar PISMP Ambilan Jun 2016.

Lantera yang bermaksud cahaya atau lampu yang menerangi ini membawa lambang sebagai satu
cahaya yang dapat menyuluh hati serta jiwa guru-guru sebagai seorang pendidik. Sambutan hari guru,
majlis perpisahan dan persaraan ini bukanlah sesuatu yang asing bagi seorang guru. Maka, majlis ini
secara tidak langsung diharapkan dapat membuka hati dan jiwa kita untuk terus berusaha menjadi
seorang pendidik yang cemerlang.
NYANYIAN LAGU Seterusnya, nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, dan lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia
Hadirin mohon bersedia
(NYANYIAN LAGU)

Lebat kemiri pohonnya rendah,


DOA Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, marilah kita menadah tangan memohon doa yang akan
dizahirkan. Bagi tujuan itu, majlis menjemput Saudara Habibullah bin Zamri bagi memimpin bacaan
doa.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

(BACAAN DOA)
Amin amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Habibullah bin
Zamri atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga dengan bacaan doa itu tadi majlis akan lebih
diberkati Ilahi.

TAYANGAN Hadirin sekalian,


VIDEO TAZKIRAH Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video takzirah: “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” yang
akan disampaikan oleh Datuk Ustaz Haji Bungsu@Aziz bin Haji Jaafar, Mufti Negeri Sabah.

Oleh itu, mari sama-sama kita saksikan.

Terima kasih diucapkan kepada Datuk Ustaz Haji Bungsu@Aziz bin Haji Jaafar, Mufti Negeri Sabah atas
kesudian menyampaikan tazkirah sebentar tadi. Semoga melalui pengisian beliau ini, dapat memberi
kepada kita semua.

VIDEO Hadirin yang dihormati,


PERUTUSAN
HARU GURU Seterusnya kita akan sama-sama menyaksikan video perutusan hari guru daripada Dr Radzi bin Mohd
Jidin, Menteri Pendidikan Malaysia dan Dr Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia

Mari sama-sama kita saksikan.


(VIDEO PERUTUSAN)

Demikianlah tadi, video perutusan Hari Guru daripada Dr Radzi bin Mohd Jidin, Menteri Pendidikan
Malaysia dan Dr Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
UCAPAN ALUAN
YDP Sebagai persada pembuka ucapan, majlis menjemput saudara Mohd Nizam bin Matusin, Yang
Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2020/2021 untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan serta membacakan perutusan Hari Guru oleh Dr Rusmin Binti Ku Ahmad, Rektor Institut
Pendidikan Guru Malaysia.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(UCAPAN)

Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Nizam Bin Matusin atas ucapan aluan sebentar tadi.
PERSEMBAHAN Seterusnya, majlis diteruskan dengan tayangan multimedia bersempena dengan Sambutan Hari Guru
(unit/kelas) bagi tahun 2020.
Mari sama-sama kita saksikan.

(VIDEO UNIT/KELAS)
Demikianlah tadi tayangan multimedia yang telah disediakan oleh pelajar-pelajar IPG Kampus Kent,
Tuaran.

Terima kasih diucapkan.

Ucapan oleh Yang Hadirin yang dihormati,


berusaha Puan
Hajah Nancy Loo Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dihormati Puan Hajah Nancy Loo Kason, Ketua
Kason, Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Kent untuk menyampaikan ucapan.
Jabatan, Jabatan
Hal Ehwal Pelajar Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
IPG Kampus Kent
(UCAPAN)
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati Puan Hajah Nancy Loo Kason
atas ucapan itu tadi.

PERSEMBAHAN Persada majlis diteruskan lagi dengan tayangan video komplikasi ucapan bersempena Hari Guru
(ucapan KJ) daripada ketua-ketua jabatan IPG Kampus Kent.

Mari sama-sama kita saksikan.


(VIDEO KJ)
Terima kasih diucapkan kepada wakil ketua jabatan atas ucapan yang sungguh menarik sebentar tadi.
Ucapan Pengarah Hadirin yang dihormati,

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang berbahagia Encik Romli bin Darus,
Pengarah IPG Kampus Kent untuk menyampaikan ucapan serta merasmikan “MAJLIS LANTERA
PENDIDIK TAHUN 2020”

Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan.

(UCAPAN)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang berbahagia Encik Romli bin Darus atas ucapan
dan perasmian sebentar tadi.
Persembahan 4 Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video bersempena dengan Sambutan Hari Guru bagi tahun 2020.
(unit/kelas) Mari sama-sama kita saksikan.

(VIDEO UNIT/KELAS)
Demikianlah tadi tayangan video yang disediakan oleh pelajar-pelajar IPG Kampus Kent, Tuaran.
UCAPAN Awan bersua citra terindah
PERPISAHAN Ukiran sukma kilauan haba
Perutusan sudah persembahan pun sudah
Saat berpisah sudah pun tiba.

Hadirin sekalian,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itulah adat, itulah lumrah kehidupan
Begitulah juga rentetan perjalanan

Tibalah kita ke majlis ucapan. Bagi tujuan itu, majlis menjemput Saudara Azman bin Abdul Mutalib,
PISMP Matematik Ambilan Jun 2016 selaku wakil bagi pelajar PISMP Ambilan Jun 2016 untuk
memberikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


(UCAPAN)

Terima Kasih diucapkan kepada Saudara Azman bin Abdul Mutalib, wakil PISMP Ambilan Jun 2016
atas ucapan sebentar tadi.
Persembahan 6 Hadirin sekalian,
(video kenangan
sem 8 ) Seterusnya, mari sama-sama kita saksikan video multimedia khas untuk pelajar PISMP Ambilan Jun
2016 yang pastinya mengimbau sejuta memori yang tercipta sepanjang lima tahun di IPG Kampus Kent.
Mari kita saksikan
(VIDEO)

Demikianlah tadi tayangan multimedia khas untuk pelajar PISMP Ambilan Jun 2016 yang telah
disediakan oleh Biro Kebudayaan dan Kesenian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2020/2021
Persembahan 7 Hadirin yang dihormati,
(video persaraan
pengarah) Pertemuan dan perpisahan,
Perkhidmatan dan persaraan adalah cerita sebuah kehidupan,
Adalah realiti yang perlu dihadapi oleh semua penjawat awam,

Kini kita saksikan tayangan multimedia yang pastinya mengimbau seribu kenangan perjalanan kehidupan
yang telah dilalui oleh Encik Romli Bin Darus Pengarah IPG Kampus Kent, sepanjang berkhidmat di IPG
Kampus Kent.

Sama-sama kita saksikan.

Untuk pengetahuan semua, video sebentar itu tadi telah disediakan oleh Biro Teknologi Dan Penerbitan,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
Persembahan 8 Persada majlis diteruskan lagi dengan tayangan multimedia iaitu video khas sempena persaraan
(video ucapan pengarah daripada wakil
JPP,AMAR,
SSSNY, PRSD, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
UNESCO Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR)
Skuad Sahabat Surau Nurul Yaqin (SSSNY)
Pembimbing Rakan Siswa Pendidik (PRSD)
dan Kelab UNESCO Kent

Mari sama-sama kita saksikan.


(VIDEO)

Demikianlah tadi video khas video khas sempena persaraan pengarah.


UCAPAN Tinggi-tinggi si gunung ledang,
PENGARAH Tinggi lagi harapan kami,
Setinggi mana terbangnya helang,
Tinggi lagi hajat kami.

Kini, kita saksikan pula ucapan insan yang diraikan Encik Romli Bin Darus, Pengarah IPG Kampus
Kent untuk memberikan ucapan mahupun nasihat terakhir sebelum menamatkan perkhidmatan beliau di
IPG Kampus Kent.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

(UCAPAN)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang berbahagia Encik Romli bin Darus atas ucapan
sebentar tadi.
NYANYIAN Hadirin yang dihormati,
‘KAMI GURU Kita akhiri majlis pada hari ini dengan sama-sama menyanyikan lagu ‘Kami Guru Malaysia’
MALAYSIA’
Hadirin mohon bersedia.

PENUTUP Warga Ipg Kampus Kent yang dimuliakan,


Demikianlah berakhirnya majlis lentera pendidik tahun 2020 secara maya.

Bunga seroja di atas cemara,


Jatuh sekuntum di atas para,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua yang kami pinta.

Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung, kami dengan
rendah hati memohon ribuan ampun dan maaf. Semoga bertemu kita di lain waktu.

Sekian,
Assalamualaikum WBT

Anda mungkin juga menyukai