Anda di halaman 1dari 9

SKRIP JURUACARA MAJLIS HARI PERSARAAN DR ARUNASALA PANDY A/L

KARUPPUSAMY (17 NOV. 2017)

PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan masuk Yang


Diraikan Dr Arunasala Pandy a/l
Karuppusamy, diiringi oleh yang berusaha
Tuan Abdul Rashid Bin Abdul Samad, Ketua
Sektor Penilaian dan Peperiksaan dan Tuan
Mohamad Bin Abd Samat, Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan
Daerah Timur Laut dan barisan pegawai.
NANYIAN LAGU Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama
NEGARAKU DAN kita berpadu suara menyanyikan lagu Negaraku dan
LAGU NEGERI lagu negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah bersama
PULAU PINANG, iringan muzik. Semua hadirin diminta berdiri dan
LAGU SEKOLAH bersedia.

Hadirin dipersilakan duduk. Majlis merakamkan


ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi.

ALU-ALUAN Seiring madah pantun bersambut,


Disulam senyum pengubat jemu;
Mesra berdakap kasih berpaut,
Yang Berbahagia puan kini bertamu.

Awal bismillah pembuka bicara,


Ucapan alu-aluan pemula acara;
Selamat datang kata disua,
Persaraan Pengetua majlis bernama.

PROTOKOL PROTOKOL
 Yang Diraikan, Dr. Arunasala Pandy a/l

Karuppusamy,

Pengetua SMK Air Itam.

 Yang Dihormati Tuan Abdul Rashid Bin

Abdul Samad,
Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan,

Jabatan Pendidikan Negeri, Pulau Pinang.

 Yang Dihormati, Tuan Mohamad B. Abd

Samat,

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah,

Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut,

Pulau Pinang.

 Yang Dihormati, Encik Amirruddin Bin Abd.

Manaff,

Yang Dipertua PIBG SMK Air Itam.

 Yang Dihormati, Encik James Yeap Hock

Kee,

Pengarah Pearl Ocean Capital Sdn Bhd.

 Yang Dihormati, Encik Roland Rozaidi Bin

Abu Hassan,

SIP Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut.

 Yang Dihormati, Barisan Pegawai Jabatan

Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

 Yang Dihormati, Barisan Pegawai Pejabat

Pendidikan Daerah Timur Laut.

 Yang Dihormati, Barisan Pengetua dan

Wakil-wakil Pengetua.

 Yang Dihormati, Barisan Penolong Kanan

SMK Air Itam

 Guru-guru, staf-staf sokongan dan

seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi

sekalian.
UCAPAN ALU-ALUAN Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala


bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh yang
diraikan Dr. Arunasala Pandy a/l Karuppusamy
sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia
pendidikan yang berkakhir sebagai seorang
pengetua pada hari ini.

BACAAN BIODATA RUJUK LAMPIRAN BIODATA

UCAPAN PK Hadirin sekalian, memulakan bingkisan ucapan pada


PENTADBIRAN pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha, En. Michael Choong
Eng Hock, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Air
Itam untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
…………………………..UCAPAN……………………………………….

Terima kasih diucapkan kepada En. Michael Choong


Eng Hock di atas ucapan yang sungguh bermakna
sebentar tadi. Jelas dapat dilihat sumbangan bakti
yang dicurahkan oleh Tuan Pengetua terhadap
kecemerlangan SMK Air Itam.

UCAPAN WAKIL PELAJAR Seterusnya, majlis akan diteruskan dengan ucapan


wakil pelajar, Saudara Muhammad Habib Bin
Muhammad Nazri ketua pelajar SMK Air Itam.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
………………………………..UCAPAN………………………………………
Terima kasih diucapkan kepada Saudara
Muhammad Habib di atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.
UCAPAN YDP PIBG Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan
menjemput Yang Dihormati, En. Amirruddin Bin
Abdul Manaff, Yang Dipertua PIBG SMK Air Itam
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
.......................................UCAPAN.......................................
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Yang Dihormati, En. Amirruddin di atas ucapan
yang penuh bermakna sebentar tadi.

UCAPAN TUAN PPD Seterusnya, majlis dengan berbesar hati


menjemput Yang Berusaha Tuan Mohamad Bin
Abdul Samat, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
……………………………………UCAPAN…………………………………….
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berusaha Tuan Mohamad Bin Abd Samat di
atas ucapan yang penuh bermakna itu tadi. Diharap
ucapan yang disampaikan menjadi kenangan
terindah buat Tuan Pengetua.
Sesungguhnya, tiada terkalam kasih dijunjung,
jasa baktimu tetap dikenang. Budi baikmu tetap
disanjung.

TAYANGAN VIDEO Hadirin sekalian,


Seterusnya kita akan saksikan Tayangan Video
bertajuk yang didedikasikan khas kepada Tuan
Pengetua, Dr Arunasala Pandy a/l Karuppusamy,

Sesungguhnya setiap yang bermula pasti aka nada


pengakhirannya. Semoga bingkisan ini akan menjadi
kenang-kenangan buat Tuan Pengetua. Tayangan
video ini telah direalisasikan oleh En. Chu Maw Ping
dan pasukannya.
UCAPAN PENGETUA Secarik budi memberi
Sekalung terima kasih kami sertai
Sejambak tulusmu menghulur
Segugus penghargaan terpahat di hati
Budi, komitmen tulus ikhlas, bernilai bak segunung
intan, setara bak cindai bertelekan, seindah tiara
delima, sewangi kasturi di gapura syurga.

SMK Air Itam dengan penuh bangga


mempersilakan, Yang Diraikan, Dr. Arunasala Pandy
a/l Karuppusamy, meneruskan tirai persada
ucapan, menyampaikan amanat, untaian kata
kalungan wacana, salam perpisahan buat kenang-
kenangan insan yang bakal ditinggalkan.
……………………………….UCAPAN…………………………………………
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Sesungguhnya, ujian terakhir seorang pemimpin


adalah mewariskan kepada orang-orang yang
dipimpinnya keyakinan dan kemahuan untuk terus
maju.

MAJLIS PEMOTONGAN Hadirin sekalian, seterusnya majlis mempersilakan


KEK Yang diraikan, Dr Arunasala Pandy a/l
Karuppusamy, diiringi semua tetamu kehormat dan
Pn. Slyvia Subok, isteri Dr. Arunasala Pandy naik
ke pentas untuk acara pemotongan kek..

…………………………..POTONG KEK…………………………………..

Seterusnya dijemput semua untu sesi bergambar

PERSEMBAHAN CHORAL Hadirin sekalian,


SPEAKING Marilah sama-sama kita saksikan persembahan
persembahan Choral Speaking. Untuk makluman
semua, Kumpulan Choral Speaking ini terdiri
daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 3 iaitu
seramai 37 orang. Apa yang menarik ialah daripada
jumlah itu seramai 27 pelajar adalah dari
tingkatan 1 dan ini merupakan penglibatan pertama
daripada pelajar tingkatan 1 dalam choral
speaking. Tajuk persembahan pada hari ini ialah
Teachers.
Dipersilakan,
PERSEMBAHAN CHORAL SPEAKING

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


persembahan yang begitu menghiburkan.
Sesungguhnya mereka juga adalah permata yang
akan bersinar jika digilap dengan penuh kesabaran.
Persembahan ini dibawah bimbingan Pn Valarmathi
a/p Linggam dan En. Ang Bin Jun Semoga kumpulan
ini akan lebih cemerlang di masa hadapan.

PERSEMBAHAN PELAJAR Hadirin sekalian,


Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini,
marilah sama-sama kita saksikan persembahan
nyanyian daripada Saudara Muhd Haniff Bin
Massri dan Saudari Sahiera Irwani. Lagu yang
akan diperdengarkan berjudul ‘Memori Tercipta.”
Sama-sama kita saksikan.
…………………………….PERSEMBAHAN……………………………..
Terima kasih diucapkan kepada Saudara Muhd
Hanif dan Saudari Sahiera atas persembahan
sebentar tadi. Semoga terciptanya memori
terindah Dr Arun di SMK Air Itam ini dan
disimpan sebagai kenangan sepanjang hayat.

PERSEMBAHAN GURU Hadirin yang dihormati sekalian,


Limau manis dimakan manis,
Manis sekali rasa isinya,
Dilihat manis, dipandang manis,
Manis lagi hati budinya.

Untuk menambah kemanisan dalam perpisahan ini,


majlis dengan segala hormatnya menjemput
gabungan guru-guru dan kakitangan SMK AI untuk
mempersembahkan koir dengan lagu hindi berjudul

LADKI BADI ANJANI HAI.

Lagu rancak ini diambil dari filem Kuch-Kuch Hota


Hai yang mengisahkan sahabat karib Rahul dan
Anjali yang tidak menyedari bahawa mereka
sebenarnya saling mencintai. Kehadiran Tina
membuatkan hubungan mereka menjadi renggang.
sehinggakan salah seorang daripada mereka
membawa diri. Apabila berjauhan mereka
merasakan seperti kehilangan sesuatu sehinggalah
mereka bertemu semula barulah kehidupan mereka
kembali ceria dan mula menyedari bahawa mereka
sebenarnya saling mencintai.

…………………………..PERSEMBAHAN……………………………….

Demikian tadi persembahan yang julung-julung kali


diadakan oleh para guru SMK AI. Teristimewa
ditujukan kepada Dr Arun. Diharapkan hadirin
terhibur. Persembahan ini dibawah bimbingan Pn
Marina.

PENYAMPAIAN Seterusnya dijemput yang diraikan Dr Arunasala


CENDERAHATI Pandy a/l Karuppusamy untuk naik ke pentas untuk
menerima cenderahati

Dimulakan dengan:
1. Cenderahati dari pelajar
Dijemput saudara Muhammad Habib Bin
Mohd Nazri untuk menyampaikan
cenderahati daripada pelajar menengah
rendah dan 1 lagi daripada pelajar-pelajar
menengah atas.

2. Cenderahati dari staf sokongan


Dijemput En. Mohd Zaidi, CC SMK Air Itam
sebagai wakil untuk menyampaikan
cenderahati daripada kakitangan sokongan

3. Cenderahati dari guru


Dijemput En Mohd Izaini untuk
menyampaikan cenderahati daripada guru-
guru. Guru-guru telah sepakat untuk
memberikan hadiah bola dan photobook.
Bola dihadiahkan kerana Tuan Pengetua
seorang yang meminati Pasukan Liverpool
manakala photobook diberi sebagai buah
tangan untuk kenang-kenangan sepanjang
perkhidmatan bergelar pendidik.

4. Cenderahati dari Bekas Guru Kanan SMK AI


Dijemput Cik Teh Ah See untuk
menyampaikan cenderahati.

5. Cenderahati dari PIBG


Dijemput Yang Dihormati En. Amirruddin
Bin Abdul Manaff, YDP PIBG SMK AIR
ITAM untuk menyampaikan cenderahati.

6. PPD
7. JPN

PENUTUP Dengan berakhirnya penyampaian cenderahatiitu


tadi, acara kita juga hampir sampai ke
penghujungnya.

Kami berdoa semoga Tuan Pengetua diberikan


kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu
pengetahuan bagi manfaat bangsa dan Negara.

Sudah teradat si anak lelaki mati berjuang,


berundur jangan.
Berani kami menjunjung adat,
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Akhir kata..
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat cikgu kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

ACARA MENANAM POKOK Hadirin sekalian


Seterusnya majlis menjemput Dr Arunasala Pandy
a/l Karuppusamy, Pengetua SMK Air Itam, Tetamu
kehormat dan barisan pentadbir untuk
menyempurnakan acara menanam pokok yang akan
disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr Arunasala
Pandy a/l Karuppusamy di tapak yang telah
disediakan di bawah.

SEND OFF 1. Pelajar-pelajar / unit uniform berbaris


sepanjang koridor
2. Guru-guru di hadapan bilik guru kanan.

Anda mungkin juga menyukai