Anda di halaman 1dari 14

SKRIP PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM DAN ANUGERAH

KECEMERLANGAN MRSM GEMENCHEH 2013




Tetamu Kehormat : Ybhg. Tuan Hj Mahzan bin Atan
Pengarah bahagian Pendidikan Menengah MARA

Tarikh : 28 April 2013
Masa : 08.00 malam
Tempat : Dewan Besar MRSM Gemencheh.


ATUR CARA SKRIP PENGACARA
Pendaftaran

Dilaksanakan di foyer Dewan Besar


1. Para pelajar, guru dan
jemputan mengambil tempat

Dipersilakan para pelajar, guru-guru dan para hadirin untuk
mengambil tempat duduk.




2. Perarakan masuk tetamu
kehormat dan ahli senat.



FAIZAL



Mengumumkan perarakan masuk Ybhg. Tuan haji Mahzan bin
Atan, Pengarah bahagian Pendidikan Menengah MARA dengan
diiringi oleh Ybrs. Tuan pengetua, dan jemputan-jemputan khas.

Muzik iringan dibunyikan sehingga tetamu kehormat sampai
di tempat duduk.

Muzik iringan berhenti




3. Nyanyian Lagu Negaraku



FAIZAL


Dif-dif jemputan dan para hadirin dipersilakan berdiri untuk
menyanyikan Lagu Negaraku dan diikuti oleh Lagu MARA

VVI P dan para hadirin menyanyikan Lagu Negaraku dan
Lagu MARA


Tetamu-tetamu kehormat dan para hadirin dipersilakan duduk.






4. Bacaan doa



AQILAH




Bagi memberkati atur cara kita pada malam ini, majlis
mempersilakan saudara . untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan


VVI P dan para hadirin mengaminkan bacaan doa oleh
saudara ..



5. Ucapan aluan pengerusi
majlis.


FAIZAL































Amin-amin Ya Rabbal Alamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
saudara
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Moga-moga majlis kita pada pagi ini mendapat keberkatan dan
naungan Allah s.w.t. InsyaAllah.


Bunyi Guntur sebagai tanda,
Hujan melanda Kuala Perlis,
Pantun ditutur sebagai tanda,
Untuk hamba memulakan majlis.

Tanda setuju angguk-anggukkan,
Adab tertib anak gemilang,
Selamat datang kami ucapkan,
Majlis berseri penuh gemilang.

Anak ikan duduk berdua,
Di atas jerami banyaknya lalang,
Kami alukan kehadiran semua,
Ke majlis kami yang penuh gemilang.

Bismilahirahmanirahim.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Ybhg. Tuan Haji Mahzan bin Atan
Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah MARA


Yang dihormati Tuan Hj Amir bin Rahmat
Pengarah MARA Negeri, Negeri Sembilan
































Ybrs. Tuan Haji Mohd. Ghazi bin Samsudin,
Pengetua MRSM Gemencheh.

Ybrs. Ir Zahari,
YDP Badan Muafakat Cawangan MRSM Gemencheh,

Timbalan-timbalan pengetua, MRSM Gemencheh

Encik Saharil bin Idris,
Ketua Jabatan Sains Sosial merangkap penyelaras Hari
Anugerah MRSM Gemencheh Kali Kelima bagi tahun 2013.

Pengetua-pengetua dan wakil-wakil pengetua MRSM Zon
Selatan, dif-dif jemputan, ketua-ketua jabatan kerajaan daerah
Tampin,

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Kg. Tenai dan Kg. Sg. Dua,
tenaga-tenaga akademik MRSM Gemencheh, yang diraikan para
penerima anugerah, dan seterusnya hadirin hadirat yang
dirahmati Allah sekalian.

Pertamanya, marilah kita bersama-sama menzahirkan rasa penuh
kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan kebesaran,
limpah dan kurnia-Nya, dapatlah kita menjayakan Majlis Makan
Malam dan Anugerah Kecemerlangan MRSM Gemencheh Kali
Kelima bagi tahun 2013 ini.

Majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya, sekali lagi
mengalu-alukan kehadiran Ybhg. Tuan Haji Mahzan bin Atan,
Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA, tetamu-
tetamu jemputan serta hadirin hadirat ke majlis yang penuh
bermakna pada malam yang penuh keberkatan ini.


6. Makan Malam dan
Persembahan Caklempong


AQILAH


Puan dibawa ke Gunung Ledang,
Bagi meminang si anak dara,
Lauk pauk telah terhidang,
Sudilah tuan menjamu selera.

Mari belayar ke Tanjung Bidara,
Dari sana terus ke Bagan,
Aroma masakan bangkitkan selera,
J emputlah makan barang sepinggan.


Untuk itu, majlis sekali lagi mempersilakan saudara
untuk membacakan doa makan. Dipersilakan


##M.C ambil masa lebih kurang 3 minit ##


Di atas jeti membuat sagu,
Sagu guni di tepi bendang,
Usah dinanti usah ditunggu,
Tibalah kini saat berdendang.

Dato Hang Tuah lagenda sejarah,
5 hulubalang kebanggaan negeri,
Berhibur seketika apalah salah,
Persembahan dihidang menceriakan hati.

Anak Mak Long mengail ikan,
I kan disimpan dalam belanga,
Persembahan caklempong kami sembahkan,
Sebagai bingkisan halwa telinga.


Ybhg. Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA,
hadirin hadirat yang dimuliakan, sambil kita menjamu selera
menghilangkan lapar dan dahaga, marilah kita bersama-sama
menyaksikan persembahan daripada Kumpulan Caklempong
MRSM Gemencheh yang akan membuat persembahan mereka
bagi memeriahkan acara kita pada malam ini. Ayuh sama-sama
kita saksikan.



7. Ucapan Aluan Pengetua


FAIZAL


Pucuk rebung di tepi perigi,
Pohon buluh di tengah bendang,
Kumpulan caklempong penuh dedikasi,
Hebat sungguh persembahan didendang.

Kita berikan satu tepukan yang gemuruh kepada Kumpulan
Caklempong MRSM Gemencheh yang telah membuat
persembahan yang memukau sebentar tadi. Tahniah diucapkan.





Tanjung Keling tempat dituju,
Datang hanya dengan bersampan,
Seumpama berpakaian tanpa baju,
Begitulah majlis tanpa ucapan.


Bergema sudah bunyi paluan,
Paluan kompang di Tanjung J ati,
Sungguh penting ucapan aluan,
Sebagai tanda berbesar hati.

Bagi meneruskan atur cara, seterusnya majlis mempersilakan
Ybrs. Tuan Haji Mohd. Ghazi bin Samsudin, Pengetua MRSM
Gemencheh untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
segala hormatnya majlis mempersilakan.


#Pengetua menyampaikan ucapan aluan #





8. Ucapan Perasmian oleh
Ybhg. Pengarah BPM




AQILAH


Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ybrs.
Tuan Pengetua atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Daun teratai daunnya kalis,
Banyak ditanam di tapak semaian,
Belum lengkap kiranya majlis,
J ika tiada ucapan mu tuan.

Di sanggul nyonya cantik tersemat,
Melati pemberian jejaka tampan,
Apa ertinya tetamu kehormat,
J ika tidak memberikan ucapan.

Hadirin hadirat yang dimuliakan, seterusnya ialah ucapan
daripada Ybhg tetamu kehormat kita.


Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan
mempersilakan Ybhg. Tuan haji Mahzan bin Atan, Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah MARA untuk menyampaikan
ucapan sempena Majlis Makan Malam dan Anugerah
Kecemerlangan MRSM Gemencheh kali Kelima bagi tahun
2013. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

##Ybhg. Pengarah menyampaikan ucapan perasmian ##

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Ybhg. Pengarah BPM atas ucapan sebentar tadi.


9. Persembahan slaid
(Kejayaan Pelajar)


FAIZAL

Maka dengan ucapan Ybhg. Tuan Pengarah tadi sempurnalah
sudah Majlis Makan Malam dan Anugerah Kecemerlangan
MRSM Gemencheh Kali Kelima bagi tahun 2013.

Ybhg. Tuan Pengarah,

Anak Cina mengail ikan,
Dapat bilis di Tanjung Berangan,
Sekalung penghargaan padamu tuan,
Menyerikan majlis menyampaikan ucapan.


Berbunyi bangsi di tengah pekan,
Tanda permulaan masa liburan,
Tayangan informasi kami sembahkan,
Sebagai pengenalan juga hiburan.


Ybhg. Pengarah BPM, tetamu-tetamu kehormat, serta tuan-tuan
dan puan-puan yang dihormati, sambil menikmati juadah yang
disediakan marilah kita bersama-sama menyaksikan
persembahan multimedia yang memaparkan peristiwa-peristiwa
suka duka dan memori kejayaan pelajar-pelajar MRSM
Gemencheh. Marilah sama-sama kita saksikan dan hayati.


10. Penyampaian anugerah
sesi 1:

AQI LAH










Subur tergantung si buah bacang,
Tumbuh saga berwarna merah,
Berdegup jantung bertambah kencang,
Kini tiba penyampaian anugerah.

Ybhg. Pengarah BPM serta hadirin hadirat yang dihormati, atur
cara seterusnya ialah majlis penyampaian anugerah. Kita
mulakan dengan penyampaian Anugerah Guru dan Staf Terbaik
Bulanan iaitu bermula pada Januari hingga Mac 2013. Untuk itu,
majlis mempersilakan Ybrs Tuan haji Mohd. Ghazi bin
Samsudin, Pengetua MRSM Gemencheh dengan diiringi oleh
Tuan Haji Md. Ayob bin Paijan, Timbalan Pengetua Hal Ehwal
Pelajar MRSM Gemencheh untuk menyampaikan anugerah


















- Anugerah Guru dan
Staf Terbaik
Bulanan (J anuari
Mac)




- Anugerah Inovasi
Bulanan


















kepada para penerima. Dengan segala hormatnya dipersilakan.



Bagi kategori Anugerah Guru dan Staf Terbaik Bulanan,
dipersilakan .

** ikut senarai penerima dalam list **




Seterusnya ialah Penyampaian Anugerah Inovasi Bulanan
(Januari hingga Mac 2013). Dipersilakan ..

** ikut senarai penerima dalam list **



Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ybrs Tuan
Pengetua dan Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar atas
kesudian menyempurnakan majlis penyampaian anugerah
sebentar tadi.

Seterusnya penyampaian Anugerah Guru-guru SPM dan PMR
dan Penyampaian Anugerah Jasamu Dikenang

Untuk itu, majlis mempersilakan Ybrs Ir. Zahari bin , Yang
Dipertua Badan Muafakat Cawangan MRSM Gemencheh
dengan diiringi oleh Encik Kadir bin Hj. Dewa, Timbalan
Pengetua Hal Ehwal Akademik MRSM Gemencheh untuk
menyampaikan anugerah kepada para penerima. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.










Bagi Anugerah Guru-guru SPM dipersilakan







- Anugerah Guru SPM






- Anugerah Guru
PMR





- Anugerah J asamu
Dikenang

























** ikut senarai penerima dalam list **




Bagi Anugerah Guru-guru SPM
dipersilakan

** ikut senarai penerima dalam list **



Bagi Anugerah Guru-guru PMR
dipersilakan

** ikut senarai penerima dalam list **



Seterusnya ialah penyampaian Anugerah Jasamu Dikenang.
Anugerah ini disampaikan kepad semua Ahli Jawatankuasa
Badan Muafakat MRSM Gemencheh yang telah banyak
memberikan sumbangan idea, pengalaman, pengetahuan dan
tenaga bagi menjayakan program-program di maktab ini sama
ada secara formal atau tidak formal.

Senarai penerima anugerah dimulakan dengan mempersilakan



** ikut senarai penerima dalam list **

Majlis mengucapkan ucapan terima kasih kepada Ybrs YDP
Muafakat dan Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik atas
kesudian menyempurnakan majlis penyampaian anugerah
sebentar tadi.




Berwarna merah si kayu jati,
Kayu meranti dibuat palang,
Penyampaian anugerah terus dinanti,
Tiba kini anugerah pelajar cemerlang.














- Anugerah Pelajar
Cemerlang SPM





- Anugerah Pelajar
Cemerlang PMR










- Anugerah Khas Ulul
Albab







- Anugerah
Kokurikulum







Ybhg. Pengarah BPM serta hadirin hadirat yang dihormati, atur
cara seterusnya ialah majlis Penyampaian Anugerah Pelajar
Cemerlang SPM dan PMR. Untuk itu, majlis mempersilakan
Ybhg. Tuan Haji Mahzan bin Atan, Pengarah Bahagian
Pendidikan Menengah MARA dengan diiringi oleh Ybrs.Tuan
Haji Mohd Ghazi bin Samsudin, Pengetua MRSM Gemencheh
untuk menyampaikan anugerah kepada para penerima. Dengan
segala hormatnya dipersilakan

Hadirin hadirat yang dimuliakan, senarai penerima anugerah
dimulakan dengan pelajar cemerlang SPM. Dipersilakan
..

#MC membacakan senarai dalam list #


Seterusnya, ialah senarai penerima anugerah cemerlang PMR.
Dijemput ..untuk tampil ke
pentas untuk menerima anugerah.


#MC membacakan senarai seterusnya #




Sidang hadirin yang dirahmati Allah,

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Khas Ulul
Albab. Anugerah ini diberikan kepada pelajar-pelajar Ulul Albab
yang berjaya mencapai tahap hafazan..

Dijemput penerima anugerah iaitu

#MC membacakan senarai penerima #


Seterusnya ialah Penyampaian Anugerah Kokurikulum.
Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang mempamerkan
komitmen dan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum yang
meliputi bidang sukan dan permainan, badan beruniform dan
kelab persatuan.



Dijemput penerima anugerah ini iaitu


Ybhg. Tuan Pengarah dan sidang hadirin yang dimuliakan,
seterusnya ialah penyampaian Anugerah Bakti Terpuji.
Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang



Oleh itu, majlis dengan penuh sukacitanya memepersilakan
penerima Anugerah Bakti Terpuji
iaitu.


9. Persembahan Pelajar.





Dato Hang Tuah lagenda sejarah,
5 hulubalang kebanggaan negeri,
Berehat seketika apalah salah,
Persembahan dihidang menghiburkan hati.


Y.B Dato dan hadirin sekalian. Bagi menghiburkan hati,
marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan nasyid oleh
kumpulan yang diberi nama Bin Salim dengan lagu yang
bertajuk Panduan Insan dan medley selawat, Thank You Allah
dan Give Thank To Allah. Ayuh sama-sama kita saksikan.

#Kumpulan nasyid membuat persembahan#



11. Penyampaian Anugerah
Sesi 3:


FAUZI KAMARI













Kita berikan satu tepukan yang gemuruh kepada kumpulan
nasyid kita atas persembahan yang cukup mengasyikkan itu tadi.

Y.B Dato dan sidang hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi
dengan penyampaian hadiah bagi anugerah yang seterusnya.

Untuk itu, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Y.B
Dato Hajah Zainab bt. Hj. Nasir, ADUN Kawasan Gemas
dengan diiringi Ybrs. Tn. Hj. A. Bakar bin A. Rahim, Pengetua
MRSM Gemencheh bagi menyempurnakan majlis. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.


Penyampaian anugerah dimulakan dengan penerima bagi
Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2009.















NOR AI NI











-----------------------------------
-

FAUZI KAMARI


















#MC membacakan senarai guru yang berkenaan #










Seterusnya penyampaian Anugerah Penghargaan Khas Guru.
Penyampaian anugerah dimulakan dengan kategori Subjek PMR.

#MC membacakan senarai guru yang berkenaan #

Seterusnya ialah Anugerah Subjek yang mendapat 100 % A
dalam peperiksaan PMR. Dipersilakan Encik Mohd. Bukhari
dengan pencapaian 100% A bagi subjek Kemahiran Hidup.

#MC membacakan senarai guru yang berkenaan #

---------------------------------------------------------------------------

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Seterusnya penyampaian Anugerah Penghargaan Khas Guru
bagi kategori subjek SPM.

#MC membacakan senarai guru yang berkenaan #

Seterusnya ialah Anugerah Subjek yang mendapat 100 % A
dalam peperiksaan SPM. Dipersilakan Cik Maswita Salikon
dengan pencapaian 100% A bagi subjek Pend. SeniVisual.



Seterusnya, penyampaian hadiah Guru Subjek bagi Kelas yang
mendapat 100% A dalam peperiksaan PMR 2009.

Majlis mempersilakan, Puan Sukarni bt. Mustaffa yang berjaya
mendapat 100% A Subjek B. Melayu bagi kelas 302 dan 303.

#MC membacakan senarai guru PMR yang seterusnya #















-----------------------------------
---

NOR AI NI












Seterusnya, penyampaian hadiah Guru Subjek bagi Kelas yang
mendapat 100% A dalam peperiksaan SPM 2009.

Dipersilakan, Puan Alida bt. Yunos

#MC membacakan senarai guru SPM yang seterusnya #




---------------------------------------------------------------------------

Hadirin hadirat sekalian, sebagai tanda penghargaan kepada
komuniti luar yang banyak memberikan sumbangan terhadap
perkembangan dan kemajuan maktab, pihak MRSM Gemencheh
bersetuju untuk menyampaikan Anugerah Penghargaan
Komuniti Setempat kepada pihak-pihak berkenaan.

Dipersilakan penerima pertama iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah
Tampin,

Seterusnya Balai Bomba dan Penyelamat Gemas,

Klinik Kesihatan Gemencheh

#MC membacakan senarai penerima seterusnya #



FAUZI KAMARI




Banyak budi perkara budi,
Budi ditabur jangan dilupa,
Banyak sekali jasa dan bakti,
Bakti disemai jangan disia.

Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga dan tanda
ingatan tulus ikhlas daripada kami seluruh warga MRSM
Gemencheh, majlis mempersilakan Ybrs. Tuan Pengetua untuk
menyampaikan cenderamata kepada Y.B Dato Hajah Zainab bt.
Hj. Nasir. Dengan hormatnya majlis mempersilakan

# Y.B Dato menerima cenderamata #

Terima kasih kepada Y.B Dato dan Ybrs. Tuan Pengetua atas
penyampaian anugerah itu tadi.










16. Penutup daripada MC

FAUZI KAMARI




Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, maka mustaid sudah
Majlis Hari Anugerah MRSM Gemencheh Kali Kedua bagi
tahun 2010 ini.

Majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Y.B Dato Hajah
Zainab bt. Hj. Nasir, Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap
ADUN Kawasan Gemas, dif-dif jemputan, guru-guru dan
hadirin hadirat sekalian yang terlibat merealisasikan
kesempurnaan majlis kita pada hari ini. Semoga kesempurnaan
majlis ini akan menjadi memorabilia indah kita bersama.

Doa kita bersama, semoga para pelajar beroleh kejayaan dalam
peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini.

Jadikanlah penganugerahan sijil pada hari ini sebagai pemangkin
kejayaan anda pada hari esok.


Bunga dedap di atas para,
Anak cina pasang pelita,
Kok tersilap tutur bicara,
J emari disusun maaf dipinta.


Kami bagi pihak seluruh warga MRSM Gemencheh dengan
penuh rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ampun
dan maaf atas segala kekurangan yang terjelma sepanjang majlis
ini berlangsung.

Berkelok jalan ke Daik,
J alan ke Daik banyak kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan buruk kuburkan di sini.

Sungguh melati senang dipetik,
Harumnya masyhur seluruh alam,
Sungguh pun budi hanya setitik,
Langit dan bumi ada di dalam.

Maka dengan ini berakhirlah majlis Hari Anugerah MRSM
Gemencheh Kali Kedua 2010.



Majlis mempersilakan Y.B Dato dan tetamu-tetamu jemputan
ke PSP untuk menjamu selera.

Para ibu bapa boleh mengambil makanan yang disediakan di
foyer dewan ini.




17. Perarakan keluar tetamu
kehormat.




Mengumumkan perarakan keluar tetamu kehormat, tuan
pengetua dan dif-dif jemputan serta guru-guru.

Para hadirin dipersilakan berdiri.

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai