Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SRKL 2022

TARIKH 23.MAC.2022 (RABU)

TEMPAT: BALLROOM GOLF CLUB KUDAT

MASA: 2.00PM

PERKARA / BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
1.30PM KETIBAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
CIKGU DIN
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis
kita akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. AJUN BIN


MAVA. dengan
diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.
Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku DAN


SABAH TANAH AIRKU. Dif-dif kehormat dan para hadirin
diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku) dan lagu sabah
tanahairku.

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Selamat datang ke Majlis Persaraan Cikgu AJUN BIN MAVA ,


Guru Besar Sekolah RENDAH Kebangsaan LODUNG KUDAT.

2.00PM BACAAN DOA

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam


sejahtera, salam KELUARGA Malaysia,dan Salam SRK.
LODUNG ONE TEAM ONE MISSION
Hadirin para jemputan yang dihormati,

Kalau pergi Tanjung Keramat,

          Anak manis jangan diangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

          Moga majlis mendapat berkat.

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan,


Al- Fadhil Ustaz Tengku anas SYAHIRAN BIN
TENGKU MOHAMED

untuk memimpin bacaan doa.BAGI YANG BUKAN


BERAGAMA ISLAM BOLEHLAH BERDOA
MENGIKUT AGAMA MASING-MASING

Majlis mempersilakan.

*********** (Doa)

2.05PM KATA ALUAN DARIPADA PENGACARA MAJLIS

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Al Fadil Ustaz Tengku anas SYAHIRAN
BIN TENGKU MOHAMED

atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang BERUSAHA En. MATIUS BIN ALOK


TIMBALAN Pegawai Pedidikan Daerah KUDAT,SEKTOR
PERANCANGAN.

Yang Diraikan
En AJUN BIN MAVA
Guru Besar SRK LODUNG KUDAT.

DAN USTAZ MOHD AFIQ BIN ADNAN YANG TELAH


BERPINDAH

Yang Berusaha EN.HENRY MAJIHAL


Penolong Kanan Pentadbiran SRK LODUNG.

Yang Berusaha
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En.


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati TN.GEORGE DAANG


PENGERUSI LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH
SRK.LODUNG

Yang Dihormati EN.YONG LOK KIAM


PENGERUSI PIBG SRK LODUNG

Yang Dihormati

Yang Dihormati

Seterusnya
GURU-GURU DAN WARGA KERJA SRK LODUNG. YANG
DIKASIHI sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena persaraan
Yang Diraikan En AJUN BIN MAVA,Guru Besar SRK
LODUNG. DAN GURU YANG BERPINDAH USTAZ MOHD
AFIQ BIN ADNAN.

Hadirin yang dikasihi,.


 

Pakat bersama menunggang kuda,

              Biarpun seketika masanya cuma;

Sisihkan sengketa kiranya ada,

            Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

Anak Cina main gelombang,

           Terlihat jauh di Tanjung Jati,

Tuan umpama bunga yang kembang,

           Sentiasa hidup di dalam hati.

UCAPAN PENGERUSI KELAB STAFF


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Para tetamu yang dihormati,

Duduk sekawan si burung unta,

           Tepi keramat di waktu malam,

Padamu tuan kami meminta,

           Kata azimat pembuka kalam.

Hadirin dan hadirat

Majlis DENGAN INI menjemput EN. HENRY MAJIHAL


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SRK LODUNG DAN
SELAKU PENGERUSI KELAB STAFF SRK Lodung untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian EN
HENRY MAJIHAL menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar
tadi.

UCAPAN WAKIL DARIPADA PPD KUDAT

Hadirin yang dikasihi,

Besar langit di tepi busut,

        Besar tak muat di dalam peti,

Besar hajat kami menjemput,

       Besar niat di dalam hati

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang


BERUSAHA En. MATIUS BIN ALOK
TIMBALAN Pegawai Pedidikan Daerah KUDAT,SEKTOR
PERANCANGAN.

untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan.

 Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


atas kesudian Yang berusaha En. MATIUS BIN ALOK
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

UCAPAAN MOHD AFIQ BIN ADNAN


HADIRIN YANG DI HORMATI

MAJLIS KITA TERUSKAN LAGI DENGAN


MENDENGAR UCAPAN DARIPADA USTAZ MOHD
AFIG BIN ADNAN YANG TELAH BERPINDAH
DAN BERTUGAS DI SEKOLAH YANG BARU.

MAJLIS DENGAN INI DIPERSILAKAN.


TERIMA KASIH DIATAS UCAPAN ITU SEBENTAR
TADI

UCAPAAN GURU BESAR

Hadirin yang dikasihi,

Jangan tertawan alpa duniawi,

          Hanya indah serupa mimpi,

Duhai tuan kesatria dirai,

       Hulurkan madah kata bersakti.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan Yang Diraikan, EN AJUN BIN MAVA
Guru Besar Sekolah RENDAH Kebangsaan LODUNG
untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


kesudian tuan yang diraikan menyampaikan ucapan
sebentar tadi.

2.30PM TAYANGAN VIDEO MONTAJ

Para tetamu yang dihormati,

 
Sudah teradat si anak lelaki,

Mati berjuang berundur jangan,

Berani kami menjunjung adat,

Bukan memberi kata dan puji,

Hanya budi dalam ingatan,

Buat kenangan sepanjang hayat.

Hadirin, marilah sama-sama kita menyaksikan


persembahan montaj yang telah disediakan. Dipersilakan.

ACARA POTONG KEK

PENYAMPAIAN CENDERA KENANGAN


i.WAKIL DARIPADA PPD

ii.MOHD. AFIQ BIN ADNAN

iii.GURU BESAR
Hadirin yang dihormati,

 
Menggamit rindu datang ke mari,

          Waktu bersama duka gembira,

Kenangan lalu memahat memori,

          Taburan budi kilauan kejora.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa


untuk menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi.
Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan
semoga Tuan guru besar kita EN AJUN BIN MAVA
akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia
bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara Cikgu. Segala kenangan akan terpahat


menjadi memori sepanjang zaman.

Hadirin, sekian berakhirlan majlis kita pada hari ini.


Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih dan
penghargaan kepada semua yang terlibat dalam
menyempurnakan majlis kita pada hari ini.

DOA MAKAN DAN JAMUAN

ACARA SANTAI
ACARA BERGAMBAR

DOA PENUTUP

BERSURAI

Anda mungkin juga menyukai