Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG PIBG SK


INDERA MAHKOTA,KUANTAN
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2015
SK INDERA MAHKOTA

BIL PERKARA CATATAN


Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila
tempat mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan
bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian
dari tuan-tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang


……………………………….
 dengan diiringi oleh Puan Wan Gayah Binti Ali, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, En.
Sarlan Bin Shahrum, Naib Yang Dipertua PIBG, guru-
guru Penolong Kanan dan AJK PIBG. Hadirin dimohon
berdiri.

NYANYIAN Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan


LAGU Lagu Negaraku
NEGARAKU *************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu
tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang dimuliakan
……………………………………………..
Yang Berusaha Puan Wan Gayah Binti Ali, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota,

Yang Dihormati, En. Sarlan Bin Shahrum, Naib Yang


Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rosnaini


Binti Moh Taib

Guru Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Abdul Mutalib


Bin Haji Othman,

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Md Zahar Bin


Awang Kecik,
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan
Norhayati Bnti Abd Halim,

Guru Penolong Kanan Petang, Tuan Haji Baharuddin


Bin Jusoh,

AJK PIBG sekolah Kebangsaan Indera Mahkota,


barisan Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan yang
dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan
minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal
dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan ini 
ini bagi MESYUARAT AGUNG PIBG Sekolah
Kebangsaan Indera Mahkota.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah


sama-sama kita menadah tangan memohon limpah
rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput
dan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Rozi Bin
Dzulkafly untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz Mohd


Rozi  atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan
majlis yang berlangsung akan terus terpancar
keberkatan dari Ilahi.

Bacaan ayat Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci al-


suci al_Quran Quran. Dengan ini, majlis dengan sukacitanya
menjemput dan mempersilakan adik
…………………………… untuk bacaan ayat –ayat suci
al-Quran. Dipersilakan.

Warga dewan yang dimuliakan,


Ucapan Guru
Besar Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang
Berusaha Puan Wan Gayah Binti Ali, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota. Majlis dengan
segala hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar
atas ucapan sbentar tadi.

Ucapan Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini,


NYDP majlis menjemput dan mempersilakan En. Sarlan Bin
Shahrum untuk menyempurnakan bingkisan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.
*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada En. Sarlan Bin


Shahrum atas  ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Perasmian
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat


berbesar hati memberi laluan, peluang dan
kesempatan kepada
………………………………………………………….
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan MESYUARAT AGUNG PIBG SK INDERA
MAHKOTA. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan                                *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan


kepada  …………………………………………. atas
ucapan perasmian  sebentar tadi.

Persembahan Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah
Nasyid sama-sama kita saksikan persembahan nasyid dari
kumpulan nasyid as-syakirin. Dipersilakan..

******************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan
nasyid sebentar tadi. untuk makluman hadirin,
kumpulan nasyid asy-syakirin telah mendapat tempat
ketiga dalam pertandingan nasyid peringkat zon
perdana.

Penyampaian Hadirin yang Dimuliakan,


Cenderahati Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa
jawatankuasa PIBG SK Indera Mahkota Sesi 2013/2014, majlis
PIBG- berbesar hati menjemput dan mempersilakan
Perasmi …………………………………………… untuk
menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan.
Dipersilakan.

Dipersilakan....
1.
2.
3.
4.

AJK IBU BAPA


1.
2.
3.
4.

AJK GURU:
1.
2.
3.
4.

Penutup Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Indera Mahkota,


merakamkan penghargaan terima kasih kepada
…………………………………… atas kesudian
meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke- ….. Tidak dilupakan
juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan
Puan-puan.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

MESYUARAT Seterusnya, kami serahkan kepada


PIBG 2015 ……………………………….. untuk meneruskan
agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Indera Mahkota
bagi tahun 2015
Jamuan
Ringan

Anda mungkin juga menyukai