Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2022

SK TEMIN
BIL PERKARA CATATAN
Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila
tempat mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan
bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian
dari tuan- tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Solutasi
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هلال الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين وعلى آله‬
‫وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berusaha En Ahmad Hashim bin Yasin,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Temin merangkap
penasihat PIBG.
Yang Dihormati, En. Meor Alias B. Meor Hassan, Yang
Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Temin,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En Ahmad Johari


bin Dawod

Guru Penolong Kanan HEM, Pn Intan Suryati binti


Ishak,

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Aminudin bin


Mat Ludin

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Suriani


binti Mohamed Adenan,

AJK PIBG sekolah Kebangsaan Temin, barisan Guru-


guru, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan
minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal
dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan
ini ini bagi MESYUARAT AGUNG PIBG Sekolah
Temin.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seuntai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah


sama-sama kita menadah tangan memohon limpah
rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput
dan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Jamri B.
Yiddin untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz Mohd


Jamri atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan
majlis yang berlangsung akan terus terpancar
keberkatan dari Ilahi.

NYANYIAN Seterusnya, majlis memohon agar hadirin sekalian


LAGU untuk bersama-sama berdiri untuk menyanyikan
NEGARAKU Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak.
DAN NEGERI *************************
PERAK Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu
tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan ayat Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci al-


suci al-Quran Quran. Dengan ini, majlis dengan sukacitanya
menjemput dan mempersilakan adik
Nur Qaseh Zulaikha binti Muhd Amirul Syamil untuk
bacaan ayat –ayat suci al-Quran. Dipersilakan.

Warga dewan yang dimuliakan,


Ucapan YDP
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang
Dihormati En Meor Alias b Meor Hassan, YDP PIBG
Sekolah Kebangsaan Temin. Majlis dengan segala
hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN YDP*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada tuan YDP
PIBG atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini,


PK1 majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati
En Ahmad Johari bin Dawod, Penolong Kanan
Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Temin untuk
menyempurnakan bingkisan ucapan dan taklimat
berkenaan Pelaksanaan Program Indeks Jisim Badan
(BMI) untuk murid sekolah Malaysia. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*************ucapan PK1*************

Terima kasih diucapkan kepada En. Ahmad Johari atas


ucapan dan taklimat sebentar tadi.
Ucapan Hadirin yang dimuliakan,
Perasmian
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat


berbesar hati memberi laluan, peluang dan
kesempatan kepada En Ahmad Hashim bin Yasin,
Guru Besar SK Temin utuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44
SK TEMIN. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

******************Ucapan Perasmian *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan


kepada En Ahmad Hashim bin Yasin atas ucapan
perasmian sebentar tadi.
MONTAJ Untuk pengetahuan warga dewan sekalian, Montaj
Mesyuarat PIBG kali ke 44 itu tadi disediakan oleh unit
ICT SK TEMIN. Tahniah. Untuk pengetahuan semua
juga, pihak sekolah berharap agar tuan puan dapat
menyokong Channel Youtube Sekolah dengan
menekan butang SUBSCRIBE untuk membantu Pihak
sekolah mendapatkan hak atas nama channel secara
rasminya dalam carian Google. Untuk pengetahuan
semua, sebanyak 200 subscriber diperlukan sekurang-
kurangnya untuk mendapatkan hak berkenaan. Segala
sokongan amat dihargai.
Penutup Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Indera Mahkota,


merakamkan penghargaan terima kasih kepada
…………………………………… atas kesudian
meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke- ….. Tidak dilupakan
juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan
Puan-puan.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

Rehat Majlis akan berehat selama 15 minit sebelum Mesyuarat


Agung Tahunan PIBG ke 44 dimulakan. Terima kasih.

MESYUARAT Seterusnya, saya serahkan kepada


PIBG 2015 Yang Dihormati En Meor Alias b Meor Hassan untuk
meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Temin
bagi tahun 2022.

Dipersilakan....

Anda mungkin juga menyukai