Anda di halaman 1dari 4

TEKS EMCEE Majlis PENYERAHAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2012 ATUCARA DAN SKRIP KETIBAAN TETAMU KEHORMAT Mengumumkan

ketibaan Yang Berhormat Dato Dr Ng Keong Chye, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ketari diiringi oleh dif-dif kehormat.. CATATAN

[kompang berenti & vip duduk]. BACAAN DOA Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar majlis mendapat rahmat. Untuk itu, dipersilakan Al Fadhil Ustaz Shahrom b. Said untuk memimpin bacaan doa. Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Shahrom b. Said bacaan doa sebentar tadi. atas

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI: Yang Berhormat Dato Dr Ng Keong Chye, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ketari, Yang berusaha En Ahmad Sabri b Salam, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Sulaiman, Yang berusaha Tuan Hj Suhaimi b Mohd Dahan, Pengetua Kanan SMK Sulaiman, Yang dihormati EN SHAHRUM B MD SAUD,GURU PENOLONG KANAN

PENTADBIRAN & KURIKULUM SMK SULAIMAN, Yang dihormati PN HJH NORRAN BT AHMAD , GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SMK SULAIMAN, Yang dihormati EN JAMAL B MIN, GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, Yang dihormati EN RAMZAN B ALIAS, GURU PENOLONG KANAN TING 6, para ibu bapa, guru-guru seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Al-hamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis PENYERAHAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2012. Bagi seluruh warga sekolah, kami mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat, Dato Dr Ng Keong Chye, dif-dif kehormat serta para hadirin sekalian ke majlis kita pada pagi ini. Sesungguhnya kehadiran Yang Berhormat Dato serta hadirin sekalian amatlah bermakna. UCAPAN OLEH PENGETUA Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara Warga dewan yang dihormati Tirai ucapan pada pagi hari ini dimulakan dengan ucapan daripada Tuan pengetua kanan SMK Sulaiman. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Hj Suhaimi b Mohd Dahan untuk menyampaikan ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas ucapan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang dihormati, UCAPAN VIP Warga dewan yang budiman, Agenda majlis diteruskan dengan ucapan daripada tetamu kehormat. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan, Yang Berhormat, Dato Dr Ng Keong Chye, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ketari untuk menyampaian ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Tanam laguni tumbuh kelapa Terbit bunga pohonnya mati Budi tuan kami tak lupa Sudah terpahat di dalam hati Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat, Dato Dr Ng Keong Chye atas ucapan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sumbangan BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2012 kepada 20 orang penerima yang terpilih dari SMK Sulaiman . Untuk itu, majlis mempersilakan , Yang Berhormat, Dato Dr Ng Keong Chye Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ketari diiringi oleh Yang Berusaha Tuan Hj Suhaimi b Mohd Dahan ,Pengetua Kanan SMK Sulaiman untuk menyampaikan sumbangan. Dipersilakan barisan penerima untuk menerima sumbangan................. Majlis merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih Yang Berhormat, Dato Dr Ng Keong Chye atas kesudian menyampaikan sumbangan sebentar tadi.

PENUTUP ,SESI FOTOGRAFI DAN JAMUAN Hadirin sekalian, Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Maka majlis kita telah sampai ke penghujungnya Gugur menguning buah kuini, Menghijau pohon subur dibaja, Majlis kita berakhir di sini, Salah dan silap lupakan saja Sebarang kelemahan harap dimaafi Segala kerjasama sangat dihargai Terima kasih sekalung budi Kenangan nan indah simpanlah di hati Sekalung apresiasi sekali lagi diucapkan kepada Dato Dr Ng Keong Chye serta difdif kehormat atas kesudian hadir ke majlis yang bermakna ini. Selepas ini, Para ibu bapa yang ingin menuntut wang sumbangan bantuan Khas Persekolahan 2012 bolehlah menuntutnya di bilik2 khas yang telah disediakan oleh pihak sekolah : Ting 1 - bilik Tayang, Ting 2 - PSS( Pusat Sumber Sekolah) Ting 3 - Bilik Akses Ting 4 - Kamar Cakna Sebelum berakhir, Majlis dengan ini menjemput tetamu kehormat dan para penerima sumbangan untuk ke hadapan dewan untuk sesi fotografi. Seterusnya, Pihak majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berhormat seta dif dif jemputan untuk menikmati juadah jamuan yang telah disediakan di ................. Dipersilakan......

Untuk itu, sekian, Wabillah hitaufiq walhidayah, wassalamualaikum Warahmatulla

Anda mungkin juga menyukai