Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS AKU JANJI TINGKATAN 5, MOTIVASI DAN HARI KOMUNIKASI

(8:30 PG) Biji selasih boleh dimakan,


Menjadi perisa sedap terperi,
KATA ALUAN Selamat datang kami ucapkan,
PENGACARA Semoga majlis tambah berseri.

Daun Layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam penuh kemesraan

Yang Berusaha
EN. YANG SHARKAWI BIN SHAHARUM,Pengetua SMKDWAR

**Yang Dihormati
ENCIK MOHAMAD RAZUAN BIN MOHAMAD JASIN,YDP PIBG

Yang dihormati
TN SYED KHAIRUL AMILIN BIN SYED MOHD NADZIR,
Penceramah Jemputan dr SK SG BATU, PANTAI REMIS

Yang Berusaha
Barisan Penolong Kanan, Barisan Guru Kanan, Barisan Rakan Pendidik, Barisan Ibu
bapa dan seterusnya anak didik yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah terus dipanjatkan, setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa,


dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Illahi, Allah Yang Maha Agong dan Maha Tinggi,
Maha Pengampun, Maha Bijaksana, Maha Pengatur dan Maha Perencana. Ke atas segala
ciptaanNya di langit dan di bumi. Demi kebesaran dan ketulusan rahmat yang
dilimpahkan, demi kekuatan azam dan iltizam yang dikurniakan,beserta izin dan
inayahNya jua, didorong dan digerakkan minda serta deria rasa, dianugerahkan akal kita
dengan kewarasan, fizikal mapan dengan ’afiah kecergasan, lantas dihimpun dan
dipertemukan kita semua bagi menjayakan kemurnian agenda . Pihak majlis mengambil
ruang seawal waktu untuk menyatakan sepenuh aprisiasi setulus hati, atas kehadiran ibu
bapadan pelajar-pelajar. Selamat datang kami alu-alukan. Terima kasih.

Hadirin dan hadirat sekalian,

1
Dini hari pergi lautan,
Untuk menjala si ikan bilis,
Assalamualaikum tuan dan puan,
Mohon saya meneruskan majlis.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Illahi kerana kita dapat bersama- sama berkumpul
dalam majlis 3 dalam satu yang terdiri daripada MAJLIS AKU JANJI TINGKATAN 5,
MOTIVASI DAN HARI KOMUNIKASI yang penuh bermakna, terutama kepada
murid tingkatan 5 sesi 2023/2024.

Hadirin sidang warga dewan sekalian,


Antara objektif MAJLIS INI DIADAKAN ialah untuk memupuk kesedaran
dalam kalangan pelajar untuk lebih bersedia dan berusaha dalam pencapaian
akademik yang lebih cemerlang Manakala ibu bapa juga turut memainkan
peranan bagi memastikan persediaan anak2 di rumah dan membantu
meningkatkan pencapaian akademik anak masing-masing.

BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Kalau pergi ke Tanjung Keramat,


Singgah sebentar di rumah Cik Samad,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati acara dan agenda kita pada pagi yang penuh barakah ini ,
marilah kita semua selaku insan kerdil sifat dan upaya, dengan sanubari
yang bersih, minda yang jernih, menghimpunkan segala harapan dan
hasrat. Dengan bait-bait doa serta munajat. Untuk itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan AL FADHIL USTAZ MOHAMAD NAZIRUL
BIN ABDULLAH SANI untuk memimpin bacaan doa pada pagi ini. Majlis
dengan segala hormatnya,mempersilakan.
UCAPAN Aamin, Ya Robbal ’Aalamiinn.
PENGETUA & Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara dan dilimpahkan sepenuh
manfaat dan keceriaan, menambah tautan kemesraan serta berpisahnya kita
PENERANGAN nanti akan diiringi dengan jutaan ketenangan. Majlis merakamkan setinggi-
EWS DAN tinggi ucapan terima kasih kepada SAUDARA MOHAMAD IRFAN BIN
GETS MOHD RANI atas pimpinan doa itu tadi.

**UCAPAN PENGETUA*

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,

2
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah nan indah.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Seterusnya, majlis menjemput YANG BERUSAHA ENCIK YANG


SHARKAWI BIN SHAHARUM, Pengetua SMKDWAR untuk
menyampaikan ucapan beliau seterusnya memberi penerangan berkaitan
ews dan gets. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

* Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YANG


BERUSAHA ENCIK YANG SHARKAWI BIN SHAHARUM, Pengetua
SMKDWAR atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
(9:00 PAGI) Hadirin sekalian,
MOTIVASI Majlis diteruskan lagi dengan Motivasi dan ceramah keibubapaan.
TING. 5 &
CERAMAH Untuk meneruskan program motivasi kita pada pagi yang penuh
KEIBUBAPAA Rahmat ini, majlis menjemput dan mempersilakan yang
N dihormati,TN. SYED KHAIRUL AMILIN BIN SYED MOHD NADZIR,
dari SK SUNGAI BATU, PANTAI REMIS.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

*Begitulah tadi ceramah & motivasi keibubapaan yang telah


disampaikan oleh
yang dihormati,TN. SYED KHAIRUL AMILIN BIN SYED MOHD
NADZIR, dari SK SUNGAI BATU, PANTAI REMIS. Terima kasih
diucapkan.
(9:45 PAGI) Hadirin sidang warga dewan yang dikasihi sekalian,tibala kita pada
IKRAR MURID acara kemuncak untuk majlis kita pada hari ini iaitu MAJLIS IKRAR
aku janji oleh MURID tingkatan 5.
. Bagi menyempurnakan upacara IKRAR AKU JANJI ini, majlis dengan
ini menjemput seramai 66 orang murid yang TERDIRI daripada murid
tingkatan 5 bagi sesi 2023/2024 yang akan mengambil peperiksaan
SPM tahun 2023 untuk berdiri.
.

3
******* Majlis seterusnya menjemput SAUDARA MUHAMMAD
DARWISY SHAH BIN SULMAN SHAH.
untuk mempimpin bacaan ikrar AKU JANJI DAN SETERUSNYA
TAMPIL KE ATAS PENTAS UNTUK MENANDATANGANI MOCKUP
BORANG IKRAR AKU JANJI SEBAGAI GIMIK.
DIPERSILAKAN.
.

GIMIK TANDA
TANGAN Seterusnya, majlis menjemput ENCIK SULMAN SHAH BIN HJ
AHMAD SHAH
WAKIL MURID
KE ATAS pentas untuk mewakili ibu bapa pelajar tingkatan 5 smkdwar
TING. 5 menanda tangani Gimik IKRAR AKU Janji .
2023,IBU Dipersilakan.
BAPA &
PENGETUA
Seterusnya, majlis menjemput YANG BERUSAHA PN ROZANA
BINTI SO-OM,GURU KANAN TEKVO KE ATAS PENTAS UNTUK
MEWAKILI GURU SMKDWAR menanda tangani Gimik IKRAR Aku
Janji .
DIPERSILAKAN.

*Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YG BERUSAHA PN


ROZANA BINTI SO-OM, EN SULMAN SHAH BIN HJ AHMAD SHAH
DAN DARWISY SYAH kerana sudi menyempurnakan GIMIK TANDA
TANGAN BORANG IKRAR AKU JANJI sebentar tadi.
(10:00 PAGI) Hadirin sekalian,
HARI Sebelum majlis meneruskan atur cara untuk penyerahan
KOMUNIKASI keputusan PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 20222 kepada tuan dan
puan, saya mewakili warga kerja dan jawatan kuasa pelaksana majlis ikrar AKU JANJI
,ingin menyusun sepuluh jari sekiranya terdapat kekurangan dan kekhilafan dalam
mengacarakan majlis.

*Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kpd semua yg terlibat sama Ada
secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ikrar AKU JANJI
ini.

Bintang barat terbitan petang


Bintang timur terbitan pagi
Jika tidak melarat panjang

4
Ada umur insyaallah ketemu lagi

Sekian WBT

*PENGUMUMAN KEPADA
MURID 501: IAITU SAUDARA MOHAMAD NABIL DAN IBU DAN BAPA BELIAU
UNTUK BANGUN DAN BERGERAK KE BELAKANG DEWAN UNTUK
MENGAMBIL KEPUTUSAN PEPERIKSAAN. dIPERSILAKAN

MANAKALA BAGI MURID 502: DIPERSILAKAN SAUDARA DARWISY DAN IBU


BAPA BELIAU UNTUK BANGUN DAN BERGERAK KE BELAKANG DEWAN

SETERUSNYA....

Anda mungkin juga menyukai