Anda di halaman 1dari 6

Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG

SKRIP PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SKLUR KALI KE-42…. TAHUN 2020

PEMAKLUMAN: ( 15 MINIT SEBELUM ACARA BERMULA )


1. Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera
2. Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU DAN GURU SMKHK TAHUN 2018.
3. Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin.
4. Aturcara majlis adalah seperti yang tertera pada buku program.
5. Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan UNTUK MATIKAN TELEFON BIMBIT atau
sediakan dalam ‘silent
mode’.
6. Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu jemputan

BIL AGENDA SKRIP TINDAKA


N
1 NORAZA
Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia PENOLONG PENGURUS LADANG BUKIT
tetamu BADAK, TUAN MOHD AZIZUL BIN ALIM ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa
kehormat Dan Guru SKLUR ke-42 Tahun 2020.

2 Protokol YANG BERBAHAGIA TUAN MOHD AZIZUL BIN ALIM, wakil PENOLONG PENGURUS NORAZA
LADANG BUKIT BADAK,
Yang Berusaha ENCIK AMERUDIN BIN TAHIR, GURU BESAR SKLUR,
Yang Dihormati PN RADIAH BINTI SALIM , PEMANGKU Yang Dipertua PIBG, SKLUR,
Yang Berusaha ENCIK RUHANI BIN MD TAIB, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Berusaha EN LOKMAN BIN DOLLAH PK HEM,
Yang Berusaha EN RAZALI BIN YUSUF, PK KOKURIKULUM
Yang Berusaha ……………………………………………..
Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, barisan pentadbir SKLUR, ibu bapa- ibu bapa, guru-guru
dan MURID-MURID sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan kurnia-Nya dapat kita berkumpul di Dewan
SEMARAK pada pagi penuh ceria untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
42 bagi tahun 2020.
3 Alu-aluan Bulat Air Kerana Pembentung NORAZA
Bulat Manusia Kerana Muafakat
Faham Sesuai, Benar Seukur
Bulat Segolek, Pipih Selayang
Rundingan Jangan Selisih
Muafakat Jangan Bercanggah
Tuah Pada Sekata
Berani Pada Seia
Ibarat Labu Menjalar Ke Hulu
Ibarat Kundur Menjalar Ke Hilir
Pangkalnya Sama Dipupuk
Pucuknya Sama Digentis
Yang Jauh Dijemput Dengan Destar
Yang Dekat Dijemput Dengan Tepak
Berhimpun Dan Bermuafakat
Bagi menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKLUR kali ke-42

4 Bacaan Sidang hadirin yang dihormati sekalian, WANI


doa
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Oleh itu, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Al-fadhil NAFFIZAL BIN MOHD SARIN untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan tuan.

(BACAAN DOA)
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
Di majlis ini kami bermadah
Mengucap puji alhamdullilah
Doa tadi pembuka wadah
Semoga majlis dikurniakan limpah
5 Ucapan Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian, WANI
GURU
BESAR Seorang pemimpin yang hebat,
Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


ENCIK AMERUDIN BIN TAHIR selaku GURU BESAR SKLUR tampil ke HADAPAN
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan

(UCAPAN GB)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan pengetua atas ucapan itu tadi.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………….

6 Ucapan Warga dewan yang dimuliakan, NORAZA


PERASMI
/ YDP Sirih junjung penuh bererti,
PIBG Indahnya adat tidak terperi;
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan TUAN AZIZUL BIN ALIM, selaku
PENOLONG PENGURUS LADANG BUKIT BADAK tampil ke HADAPAN, untuk
memberikan ucapan seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan segala
hormatnya dipersilakan tuan.
(UCAPAN YDP PIBG)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada TUAN
MOHD AZIZUL BIN ALIM atas ucapan dan kesudian menyempurnakan majlis
perasmian sebentar tadi
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………….
.
Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi;
Dengan takbir llahi Rabbi,
Selesailah sudah upacara perasmi.

7 MESYUA Dengan ini diserahkan majlis kepada tuan PEMANGKU YDP PIBG, PUAN RADIAH WANI
RAT BINTI SALIM untuk meneruskan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-42 . Dipersilakan
AGUNG (MESYUARAT AGUNG PIBG)
PIBG

8 Penyamp Beli keladi di Pekan Lidup, WANI


aian sijil Sayang rasa lemaknya kurang;
untuk AJK Taburlah budi ketika hidup,
2019 Kelak jasamu dikenang orang.
/2020
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG bagi Sesi
2019/2020

Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berusaha AMERUDIN BIN TAHIR


selaku GURU BESAR SKLUR diringi oleh Yang Berusaha ENCIK RUHANI BIN MD
TAIB tampil ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada Ahli
Jawatankuasa PIBG SKLUR bagi sesi 2019/2020. Dipersilakan

Mendahului senarai penerima dipersilakan..(RUJUK LAMPIRAN)


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Akar keladi melilit selasih,


Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ENCIK AMERUDIN BIN TAHIR, GURU
SKLUR kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi.

(PENYAMPAIAN BKAP – RM100)

CABUTAN BERTUAH
1
2
3
4
5
6
7
8

9 Penutup Dengan berakhirnya majlis penyampaian sijil dan cenderahati itu tadi, maka selesailah WANI
sudah Mesyuarat Agung kita pada hari ini.
Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam
menjayakan majlis pada hari ini.
Dari mana asalnya, usah diusul,
Molek budinya menambat hati;
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.

Bintang barat terbitnya petang,


Bintang timur terbitnya pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Tersisa umur bertemu lagi.

Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis.

Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai