Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 2023

PERKARA BUTIRAN CATATAN


2020
UCAPAN ALU ALUAN BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...ASSALAMUALAIKUM W.B.T &
SALAM SEJAHTERA, SALAM SMK PENDETA ZA’BA BERSAMA MENCIPTA
MASA DEPAN HEBAT.

YANG BERUSAHA, TN HJ MOHD ADNAN BIN SAFFII,


PENGETUA CEMERLANG SMK PENDETA ZA’BA

YANG BERUSAHA BARISAN PENOLONG KANAN,


EN ISMAIL BIN OTHMAN – PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PN FA’IZAH BINTI HAMIL - PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
CIK NOR ASHURA BINTI ZAINUDDIN – PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM
EN AZLAN BIN MOHD LASIM -PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

YANG BERUSAHA, EN ABD RAHMAN BIN WASIS,


YDP PIBG SMK PENDETA ZA’BA.

YANG BERUSAHA, BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN SMK


PENDETA ZA’BA, KAUNSELOR SEKOLAH, RAKAN-RAKAN GURU, IBU
BAPA SETERUSNYA PELAJAR-PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah swt atas limpah


kurniaNya diberi kekuatan kepada kita untuk bersama-sama
berkumpul dalam majlis yang berbahagia ini bagi menyempurnakan
majlis pendaftaran pelajar tingkatan 1 SMKPZ bagi SESI
2023/2024. Terlebih dahulu pihak majlis ingin mengucap kan
selamat dating kepada semua pelajar tingkatan 1 sesi 2023/2024
SMKPZ dan juga kepada hadirin dan hadirat yang dirahmati
sekalian.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan


Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan
BACAAN DOA SIDANG HADIRIN, WARGA PENDETA YANG DIMULIAKAN

KALAU PERGI KE TANJUNG KERAMAT,

ANAK MANIS JANGAN DIANGKAT,

BERSAMA KITA MEMOHON RAHMAT,

AGAR MAJLIS MENDAPAT BERKAT.

Oleh itu, bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama
menadah tangan dengan penuh keinsafan, moga majlis kita pada hari ini
mendapat keberkatan

Dengan itu, majlis mempersilakan al- Fadhil Ustaz Nor Shahrulazemi bin
Mohamad untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin, Amin Ya Robbal Alamin.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu
tadi

UCAPAN PENGETUA Bukan rumput sebarang rumput


Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan

Seterusnya, tanpa melengahkan masa, majlis pada hari ini diteruskan


dengan mempersilakanTn. Haji Mohd Adnan Bin Saffii, Pengetua
Cemerlang SMK Pendeta Za’ba untuk menyampaikan amanat beliau.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan dan amanat yang
bermakna oleh Tn Pengetua itu tadi
UCAPAN YDP Para hadirin yang dihormati sekalian,

tampak cahaya jauh di kuala


kerdipan cahaya menawan hati
Tuan YDP kita persila
ucapan perdana kita hayati

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MEMPERSILAKAN, YDP PIBG


SMKPZ, EN ABD RAHMAN BIN WASIS UNTUK MENYAMPAIKAN
UCAPAN BELIAU.dengan segala hormatnya mempersilakan….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Tuan YDP PIBG di atas ucapan dan nasihat yang
bermakna itu tadi
PENUTUP Pengumuman
Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,

Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai majlis sesi


taklimat pendaftaran ini, ibubapa dan murid-murid yang bakal
mendaftar boleh lah meneruskan sesi pendaftaran mngikut saluran
kelas yang telah disediakan.Diharapkan ibu bapa penjaga dapat
mematuhi nombor giliran yang telah diedarkan.Sebaik sahaja
selesai, para pelajar /penjaga yang ingin membeli kelengkapan alat
tulis, bolehla membeli di KOOPERASI sekolah yang terletak
dibelakang astaka.

Penutup

Sebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkam jutaan


terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala
kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini
berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.

Bersinar mentari memberi cahaya


Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
Maafkan kami insan biasa

Asap api embun berderai


Patah galah berderai semalu
Niat hati tak mahu bercerai
Namun masa cemburu selalu

Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik


walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai