Anda di halaman 1dari 7

AGENDA PERKARA CATATAN

KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan En Abdul Rahman B Wasis -YDP PIBG


SMK Pendeta Za’ba dan barisan pentadbir
Umumkan acara yang sedang berlangsung Rujuk
acara

Kata aluan Hadirin dan hadirat. Majlis perasmian akan dimulakan sebentar lagi.
(Semua pasukan perbarisan bersedia bersama dengan pasukan
pembawa bendera)

Seterusnya hadirin dan hadirat dipersilakan untuk berdiri bagi Muzik on


menyanyikan Lagu Negaraku

Hadirin dipersilakan duduk. Muzik off

Adat kita menyambut tetamu


Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis Bicara aluan didahulu

Yang Berusaha
En Abdul Rahman B Wasis
YDP PIBG SMK Pendeta Za’ba

Yang berusaha
Tn Awalludiin B Abu Hassan
Pengetua SMK Pendeta Za’ba

Yang berusaha
En Ismail B Othman, Gpk Pentadbiran
Tn Hj Roslan bin Omar, GPK Hal Ehwal Murid
Pn Faezah bt Hamil, GPK Kokurikulum merangkap Pengerusi
Pengelola Kejohanan Olahraga SMK Pendeta Za’ba
En Jelani B Mohd Zin, GPK PPKI

Yang dihormati,
Barisan Ketua Bidang
AJK- AJK PIBG
Guru-guru
Para Ibu bapa
Dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu


alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Olahraga
SMK Pendeta Za’ba kali ke 26. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan akan menyuntik dan menyemarakkan lagi semangat
kesukanan kepada para atlit muda yang beraksi dalam acara pada
pagi yang ceria ini.
Bersama-sama segenggam tekad nan jitu
Membakar Obor Semangat Membara
Berpadu kita ke arah nan satu
Arena Sukan Landasan Utama

Pada kejohanan Olahraga tahun ini, rumah-rumah sukan yang


mengambil bahagian mempertaruhkan kreativiti dan kesepaduan
dalam lintas hormat Kontinjen untuk menawan hati juri yang
bertemakan galaksi

Perbarisan Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini..marilah sama-


lintas hormat sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang
mengambil bahagian.

Menjemput Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Muzik on
VIP menerima Berusaha En Abdul Rahman B wasis, YDP PIBG SMK Pendeta
tabik hormat Za’ba untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan.
dari peserta Dengan segala hormatnya persilakan.
perbarisan

(MUZIK Perbarisan dibunyikan)

(Perbarisan lintas hormat berlangsung)


Perbarisan Perbarisan lintas hormat dimulakan dengan kontijen pembawa
Bendera bendera yang diketuai oleh Aiman Daniel Bin Razali, diiringi
Kejohanan pembawa-pembawa bendera. Pembawa bendera kejohanan, Aiman
Anaqi Bin Abu Yazid, Pembawa bendera Malaysia pula ialah
Mohd Iman Haikal Bin Mohd Ghazali dan seterusnya pembawa
bendera sekolah ialah adik Mohd Aqil Nidal Bin Alwi.

Perbarisan Menyusul di belakang adalah kontinjen Rumah Sukan PPKI, Helang


Rumah Sukan dengan mottonya ”too alien for earth, too human for outer space,
PPKI WE COME IN PEACE” yang diketuai oleh adik Danial Afiq Zharfan
dengan kekuatan anggota elit seramai 27 orang orang. Pembawa
sepanduk bagi rumah sukan Helang ialah adik Mohd Razif Bin
Jamal.

Seterusnya kita saksikan kontinjen rumah Rajawali dengan mottonya


Perbarisan yang diketuai oleh adik Muhammad Ilham Bin Abdul Manaf diiringi
Rumah pembawa bendera Ariq Fauzan Bin Yusri dengan kekuatan
Rajawali anggota seramai 33 orang. Pembawa sepanduk bagi rumah sukan
Rajawali OleviA Amira anak Jinny dengan Tema yang ingin
disampaikan Rajawali wira angkasa

Biru sinar bak permata


Menjadi rebutan rakyat jelata
Rajawali bangkit meredah gelora
Merebut gelaran sang Juara!
Perbarisan Menyusul seterusnya kontinjen Rumah Cenderawasih yang
Rumah Sukan dianggotai oleh peserta seramai 33 orang dengan mottonya “The
Cenderawasih brightest star in the galaxy”. Kontinjen ini diketuai oleh Ahmad
Adib Fahmi Bin Abdul Rauf, diiringi pembawa bendera rumah
cederawasih, “ Fareth Nichaikal Bin Faizal dan pembawa
sepanduknya ialah si cantik manis Nurul Syazliyana Binti Mohd
Fairuz. Rumah Cenderawasih mempersembahkan tema Galaksi
suatu anugerah. Penuh dengan keindahan dan keistimewaan yang
tersendiri.Saling melengkapi demi kestabilan Alam Sejagat.
Begitulah Cenderawasih…Terus BERSEMANGAT, sentiasa
BERSAING menyinari arena Sukan Sekolah.Sama-sama kita
saksikan.

Perbarisan Seterusnya kemaraan kontinjen Rumah Kenyalang yang dianggotai


Rumah Sukan oleh peserta seramai 33 orang dengan mottonya This year is OUR
Kenyalang year. Kontinjen ini diketuai oleh adik Nasyraf Bin Zuhaimi dan
pembawa sepanduk ialah Nor Nadhilah Binti Yahaya. Tema
Kenyalang kali ini ialah adudu the galaxy warriors.

Satu makhluk yang menyerupai 2 watak, manusia dan makhluk


asing yang ingin menakluki bumi..tetapi disebabkan sikap yang
terlalu tamak inginkan 2 planet iaitu bumi dan Neptune..makhluk itu
tewas dengan kuasanya sendiri seranggggggg

melayang kita lawan , sudah pasti juara.Yes, we are the only one.

Perbarisan Dan yang terakhir mara kontinjen daripada Rumah Merak yang
Rumah dianggotai oleh peserta seramai 33 orang dengan mottonya Merak
Sukan The Barracuda.Kontinjen ini diketuai oleh Muhammad Azrif Azhan
Merak Bin Izwandy .dan pembawa sepanduk ialah Norelyana Shahira Bt
Mohd Zaidon. Rumah merak bertemakan Red Warriors in a
mission to victory.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Tamat perbarisan
Demikianlah tadi perarakan masuk barisan kontinjen rumah-
rumah sukan SMK Pendeta Za’ba .

Ucapan Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berusaha En Abdul


terimakasih Rahman B Wasis, YDP PIBG SMK Pendeta Za’ba kerana telah sudi
setelah menerima tabik hormat daripada barisan kontinjen perbarisan itu
selesai semua tadi.
kontinjen
perbarisan
tabik hormat

Bacaan Doa Sebagai menyatakan tanda kesyukuran serta memohon keberkatan


marilah kita sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh adik Muhammad Adam Isyraf Bin
Yusrizam
Majlis dengan ini merakamkan terimakasih atas bacaan doa
sebentar tadi

Bacaan Ikrar Seterusnya dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang


Menjemput bertanding, maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz
pembawa ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh Aiman Daniel Bin Razali
bendera
mengiringi (Pembawa bendera bergerak ke hadapan mengiringi )
bacaan ikrar
Terimakasih diucapkan kepada adik Aiman Daniel Bin Razali atas
Lafaz Ikrar pimpinn lafaz ikrar itu tadi
Kejohanan

(Pembawa bendera rumah sukan berundur ke barisan rumah


sukan masing masing)

Pengumuman: Para pelajar dipersilakan untuk duduk sebelum


acara persembahan formasi bermula.

Formasi Hadirin dan hadirat sekalian, sekarang marilah sama-sama kita


saksikan persembahan formasi rumah sukan masing-masing. Untuk
makluman, persembahan formasi ini merangkumi 20% markah untuk
pertandingan perbarisan. Setiap kontijen akan mempertaruhkan
daya kreativiti dan kerjasama berkumpulan yang tinggi bagi
memastikan formasi menarik dan kemas.

Dipersilakan kontijen perbarisan rumah sukan untuk tampil membuat


persembahan formasi
1-PPKI
2-RAJAWALI
3-CENDERAWASIH
4-KENYALANG
5-MERAK

Begitulah persembahan yang bertenaga dan menarik daripada


kesemua kontijen rumah sukan. Tahniah kepada semua guru dan
pelajar yang terlibat bagi menjayakan pertandingan perbarisan dan
formasi pada kejohanan olahraga tahun ini.
Ucapan Hadirin dan hadirat yang dimuliakan .
Perasmian
Majlis akan diteruskan dengan ucapan perasmian kejohanan
Olahraga SMK Pendeta Za’ba kali ke 26 bagi tahun 2020. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berusaha, En Abdul
Rahman B Wasis, YDP PIBG SMK Pendeta Za’ba untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan kejohanan
Olahraga SMK Pendeta Za’ba kali ke 26. Dipersilakan.

Majlis merakamkan terimakasih kepada En Abdul Rahman b Wasis


atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi penghargaan
kerana telah sudi merasmikan Kejohahanan Olahraga SMK Pendeta
Za’ba kali ke 26 pada hari ini.
Muzik on

Perbarisan Bayan membiru umpama lautan


Keluar Tabah meredah gelora menjelang,
Padang
Biru bangkit bersama harapan
Pastikan pingat dibawa pulang.

Merak merah semarak api


Semangat juang tak pernah hilang
Merebut juara sudahlah pasti
Biar sampai berputih tulang.

Seri menguning warnanya gemilang


Rona diraja penaung negeri,
Semangat kuning terus berjuang,
Takkan mengalah menyerah diri.

Terbang helang tinggi di angkasa


Hinggap sebentar di pohon bidara
Semangat hijau gagah perkasa
Ingin menggengam kilauan juara

Patah sayap bertongkat dada


Itulah semangat wira Jentayu
Mengerah kudrat selagi daya
Di gelanggang ini pingat diburu.

Seterusnya , acara perbarisan keluar padang oleh barisan kontinjen


yang mengambil bahagian. Diminta bersedia…

Dimulakan dengan kontinjen rumah Cenderawasih


Seterusnya Rumah Kenyalang
Rumah Sukan Helang
Pasukan Pembawa Bendera
Rumah Sukan Merak
Dan yang terakhir Rumah Sukan Rajawali

- (Muzik Perbarisan Keluar)


Penyampaian Hadirin yang dimuliakan…
Hadiah
Dengan ini pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Puan Faizah Bt Hamil, Pengerusi Pengelola
Kejohanan bagi mengiringi, En Abdul Rahman B Wasis untuk
menyampaikan hadiah kepada pemenang acara balapan yang telah
dipertandingkan.

Bagi acara:………………………
Pingat gangsa dimenangi oleh……………………..daripada Rujuk
rumah………………. JK
Pingat Perak dimenangi oleh……………………daripada Hadiah
rumah……………..
Dan pingat emas dimenangi oleh………………………daripada
rumah…………………………

Majlis merakamkan ucapan terimakasih kepada Yang berusaha En


Abdul Rahman B Wasis atas kesudian menyampaikan hadiah itu
tadi.

Sebagai tanda terimakasih dari kami, dijemput Yang berusaha Pn


Fa’izah Bt Hamil untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
berusaha En Abdul Rahman B Wasis atas kesudian merasmikan
majlis pada hari ini.

Terimakasih diucapkan .

Umumkan-(Tetamu VIP beredar ke jamuan)

Acara Acara kejohanan olahraga akan diteruskan lagi. Pada waktu ini ,
acara yang akan dipertandingkan ialah……………………….

………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………..

12.30 tgh hari Seterusnya tibalah acara kemuncak Kejohanan Olahraga SMK
Pendeta Za’ba kali ke 26 bagi tahun 2020. Sebelum itu diminta
semua pemenang bersedia untuk majlis penutup dan penyampaian
hadiah.

Majlis dengan segala sukacitanya menjemput Pn Fa’izah Bt Hamil,


GPK Kokurikulum bagi mengiringi Tn Awalludin B Abu Hassan,
Pengetua SMK Pendet Za’ba untuk menyampaikan hadiah kepada
para pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dimulakan dengan pemenang bagi acara………………………


Tempat Ketiga………………………..dari Rumah…………….
Naib Johan………………………….dari Rumah………………….
Johan………………………………dari Rumah…………………..

Seterusnya penyampaian hadiah kepada…………………………


Olahragawan dan olahragawati sekolah

Dipersilakan Anugerah Olahragawan Kejohanan Olahraga kali ke 25


disandang oleh……………………..

Seterusnya diumumkan Anugerah Olahragawati pada tahun ini


dianugerahkan kepada…………………………

Bagi kategori perbarisan terbaik disandang oleh rumah ……………..

……………………………………………………………………………..

Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Olahraga SMK Pendeta


Za’ba kali ke 26 bagi tahun 2020 disandang oleh…..

Rumah ………………………..dengan mata tertinggi iaitu……………

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Terimakasih diucapkan kepada Tn Awalludin B Abu Hassan dan


Pn Fa’izah Bt Hamil kerana sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah itu tadi.

PENUTUP Demikianlah tadi berakhirnya kejohanan olahraga SMK Pendeta


Za’ba kali ke 26 untuk tahun ini, tahun 2020.Kami ingin merakamkan
sekalung tahniah kepada jawatankuasa kerja kejohanan dan murid-
murid yang telah bersama-sama menjayakan sukan kita pada tahun
ini. Akhir kata mohon maaf seandainya tersilap bicara sepanjang
kami mengendalikan majlis ini.

Akhir kata dari kami

Majulah Sukan Untuk Negara

Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai