Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PEMBELIAN TIANG GOL &


BOLA SUKAN BOLA
JARING
1.0 Pengenalan
Kelab Pemainan Bola Jaring telah meninjau dan menyelenggara dua tiang gol dan
bola-bola bagi permainan bola jaring Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta
Za’ba pada 16 Mei yang lalu. Hasil daripada pemantauan tersebut didapati bahawa
keadaan tiang gol dan bola-bola telahpun uzur dan membahayakan pemain/pelajar
sekiranya hendak digunakan. Oleh itu, Kelab Permainan Bola Jaring telah
menyediakan kertas kerja bagi menerangkan butir-butir yang diperlukan berkenaan
dengan pembelian tiang gol dan bola-bola yang baharu.

2.0 Rasional
Rasional pembelian alatan ini ialah bagi memenuhi keperluan pengajaran,
pembelajaran (P&P) dan latihan permainan Bola Jaring memandangkan sukan
permainan Bola Jaring telah menjadi permainan kebitaraan SMK Pendeta Za’ba.

3.0 Objektif
3.1 Objektif pembelian tiang gol ini ialah :
3.1.1 Memastikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan
Jasmani berjalan dengan lancar dan berkesan menggunakan
alatan.
3.1.2 Memudahkan pengurusan aktiviti-aktiviti dan latihan pasukan bola
jaring sekolah semasa sesi latihan.

4.0 Perancangan Aktiviti


Perancangan yang rapi sebelum membeli alatan telah dijalankan bersama Kelab
Permainan Bola Jaring agar pembelian alatan ini memberi manfaat dan kegunaan
yang maksimum kepada murid khususnya kepada sekolah. Penyediaan alatan yang
diperlukan dengan lengkap sangat membantu pelbagai aktiviti dan latihan yang
telah dirancang. Beberapa aktiviti yang akan dijalankan dalam masa yang terdekat
adalah seperti:
Bil. Aktiviti Tarikh perancangan
1. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pendidikan Sepanjang sesi
Jasmani persekolahan
2. Saringan Wakil Sekolah dalam Pertandingan Julai 2023
Bola Jaring
3. Latihan Wakil Sekolah dalam Pertandingan Bola Jaring Sepanjang sesi
persekolahan

5.0 Perancangan Jangka Panjang


Di samping aktiviti yang dinyatakan, Kelab Permainan Bola Jaring juga telah
merancang aktitviti sekolah yang ingin dicapai dalam jangka panjang. Aktiviti yang
dirancang ini dilihat mempunyai potensi yang tinggi untuk lebih aktif dan memberi
sumbangan dalam aktiviti sukan sekolah. Antara aktiviti yang telah dirancang adalah
seperti berikut:
1. Menubuhkan pasukan elit sekolah yang sentiasa bersedia menyertai
pelbagai pertandingan.
2. Melahirkan pasukan bola jaring bawah 15 dan 18 tahun yang mantap dalam
jangka masa 3 tahun.

6.0 Alatan (detailkan nama jenama)


Bil Alatan Kuantiti Harga seunit Jumlah
(RM) (RM)
1. Tiang gol 1 Set tiang gol 1350.00 1350.00
2. Bola 5 biji bola 145.00 725.00
JUMLAH 2075.00
7.0 Senarai Pembekal (alamat penuh)
7.1 B -Strong Sports and Fitness Enterprise
7.2 BST Industries SDN BHD
7.3 Chai Kok Siong

8.0 Sumber Kewangan / Peruntukan


8.1 PIBG SMKPZ

9.0 Penutup
Diharapkan menerusi pembelian alatan baru ini, peralatan di dalam unit kelab
permainan Bola Jaring akan lebih lengkap serta dapat membekalkan alatan-alatan
mengikut keperluan, latihan dan silibus pembelajaran murid. Selain itu, murid akan
dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran serta latihan dengan baik serta
dapat mengalami pengalaman yang sebenar ketika bermain dan bersukan.

Disediakan oleh,

..................................

(NOOR FAEZAH BINTI NOORZAN)


Guru pembimbing Kelab Permainan Bola
Jaring,
SMK Pendeta Za’ba

Diluluskan oleh,

.................................
(MOHD ADNAN BIN SAFFII)
Pengetua Cemerlang,
SMK Pendeta Za’ba

Anda mungkin juga menyukai