Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN

KELENGKAPAN SUKAN/PERMAINAN HOKI


SK ANDEK MORI 2022

1. Pengenalan
Kertas kerja ini adalah untuk memohon kelulusan dan peruntukkan yang
sewajarnya bagi melengkapkan peralatan sukan/permainan hoki sekolah
SK Andek Mori bagi tahun 2022.
2. Sasaran
Semua ahli kelab sukan/permainan hoki SK Andek Mori.
3. Objektif
 Mencari dan mengilap bakat-bakat pemain hoki dalam kalangan
murid SK Andek Mori.
 Memberi pendedahan sebenar kepada ahli terhadap standard
pertandingan hoki.
 Meningkatkan semangat dan membentuk pelapis-pelapis dalam
kalangan ahli untuk diserapkan ke kejohanan yang lebih tinggi
lagi seperti peringkat sekolah dan sebagainya.
 untuk memupuk budaya bersaing dalam kalangan murid SK Andek
Mori.
 Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

4. Bilangan ahli/pasukan
Seramai 50 orang ahli.

5. Kewangan dan tentatif


A. Kos atau bajet yang dimohon :
i. Kos persediaan sukan/permainan. Berikut adalah
yang dirujuk:
BIL PERKARA PERBELANJAAN
1. Peralatan
a) Alatan
 Bola Hoki
20 bola x RM10.00/bola RM200.00
 Kayu Hoki
20 kayu hoki X RM 200 RM 4000.00
 Suit Penjaga Gol
1 set x RM 2500 RM 2500.00
 Shin guard
12 set x RM45 RM 540.00
2. Lain-lain kos
b) Makanan dan minuman pertandingan
24 x RM 15 RM 360.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 7240.00

6. Implikasi tanpa bajet


Peralatan yang tidak cukup menyukarkan ahli-ahli kelab untuk berlatih.
Hal ini adalah teramat sukar untuk pihak kami membentuk dan melatih ahli-
ahli kelab untuk mewakili sekolah pada masa akan datang walaupun potensi
ahli adalah amat menonjol.

7. Penutup
Adalah diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya demi
pembangunan sukan/permainan peringkat sekolah. Semoga permohonan ini
diluluskan supaya mencapai objektif kami di samping memperkenalkan
Sekolah Kebangsaan Andek Mori sebagai sekolah cemerlang sekali gus
mampu meraih kecemerlangan bukan sahaja dari segi akademik- malah dari
segi kokurikulum berlandaskan dasar baru yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui dasar 1 Murid 1 Sukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………….. …………………………..
(CG. NUR FARHANA BINTI ADNAN)
Guru Penasihat Kelab Hoki
SK Andek Mori

Anda mungkin juga menyukai