Anda di halaman 1dari 39

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN JALAN BATU

JALAN SULTAN ISMAIL


KUALA LUMPUR

_________________________________________________________

KERTAS KERJA
PENUBUHAN KELAB HOKI
SK (P) JALAN BATU

“NEVER QUIT BEFORE VICTORY”

_________________________________________________________

DISEDIAKAN OLEH:
NIK FARAH `AQILAH BINTI NIK MAHADI
Guru SK (P) Jalan Batu

1
1.0 PENUBUHAN KELAB/PERSATUAN

1.1 TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini dicadangkan adalah untuk:

1.1 Untuk mendapatkan kelulusan dan punca kuasa menjalankan aktiviti kelab.
1.2 Untuk mendapatkan kelulusan dan punca kuasa menggunakan tenaga kerja dalam
pelaksanaan aktiviti kelab.
1.3 Untuk mendapatkan kelulusan dan punca kuasa menggunakan infostruktur dan
infrastruktur sepanjang pelaksanaan aktiviti kelab.
1.4 Untuk mendapatkan kelulusan dan punca kuasa menggunakan peruntukan kewangan
bagi menampung kos aktiviti kelab.

1. 2 PENGENALAN/PENDAHULUAN

Kelab Hoki SK Perempuan Jalan Batu ditubuhkan selaras dengan keperluan surat
pekeliling pesuruhjaya sukan bilangan 1 tahun 2012. Penubuhan Kelab Hoki Sekolah
bertujuan untuk memantapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
kokurikulum bagi meningkatkan keseimbangan jati diri berlandaskan Falsafah Pendidikan
Negara iaitu kemenjadian murid serta keseimbangan mereka dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (JERIS). Hal ini sekali gus akan menjadikan Kelab Hoki Sekolah
sebagai medium penting untuk mencungkil dan mengasah bakat murid yang berupaya
mencapai hasrat sekolah dan negara.

1.3 MATLAMAT

Matlamat Penubuhan Kelab Hoki ini adalah untuk menyemai semangat kesukanan yang
tinggi dalam diri murid, meningkatkan keyakinan diri, mengasah bakat dan kerjasama
antara murid seterusnya mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan yang
disertai.

2
1.4 TUJUAN/OBJEKTIF

Objektif utama penubuhan kelab ini dilaksanakan adalah kerana:

 Sukan hoki yang semakin mendapat tempat dalam kalangan warga Malaysia
menjadikan penubuhan Kelab Hoki ini satu keperluan bagi murid-murid di sekolah ini.
 Penubuhan kelab adalah bertujuan untuk meningkatkan pergaulan dan
mengukuhkan perhubungan murid tanpa mengira kaum seterusnya mampu
meningkatkan kemahiran insaniah murid dari segi kemahiran komunikasi..
 Penubuhan Kelab Hoki ini juga bertujuan membina keyakinan diri, kepimpinan dan
disiplin murid melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kelab tersebut.
 Penubuhan Kelab Hoki juga menggalakkan murid untuk menimbulkan minat yang
luas dan bersesuaian dengan hasrat modul 1 murid 1 sukan.

1.5 RASIONAL

Penubuhan kelab ini bukan sahaja menyahut seruan kerajaan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan individu yang dari segi jasmani dan
rohani. Kelab ini juga akan membantu melatih murid-muridnya mengharumkan nama
sekolah di peringkat daerah mahupun negeri melalui pertandingan-pertandingan yang akan
disertai.

1.6 ANDAIAN HALANGAN DAN KEKANGAN YANG DIJANGKA


1.6.1 Menghadapi mentaliti ibu bapa, guru dan murid yang merasakan
bahawa sukan oki merupakan sukan yang berbahaya dan kerap
berlaku kecederaan.
1.6.2 Mendapatkan peruntukan kewangan bagi program-program yang
telah dirancangkan sepanjang tahun untuk ahli kelab dan warga
sekolah.

1.7 SYOR

Oleh yang demikian, kami memohon pihak tuan untuk mempertimbangkan


seterusnya meluluskan Penubuhan Kelab Hoki SK (P) Jalan Batu ini.

3
1.8 PENUTUP

Aktiviti yang dirancang adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan


Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia mempromosikan aspek kesihatan
secara menyeluruh kepada murid sekolah rendah.

4
1.9 STRUKTUR JAWATANKUASA

Guru Besar
(Penaung)

Penolong Kanan Kokurikulum


(Penasihat)

Pengerusi

Naib Pengerusi

Setiausaha Bendahari

Jawatankuasa
(Wakil setiap unit)

Jawatankuasa kecil

5
1.10 JENIS PERSATUAN/KELAB

Merupakan kelab jenis sukan dan riadah.

1.11 CIRI-CIRI AKTIVITI BERPERSATUAN

Kelab Hoki SK (P) Jalan Batu menjalankan aktiviti-aktiviti yang membantu murid
untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam sukan hoki. Sehubungan dengan
itu, pendaftaran 20 orang murid yang merupakan permulaan kelab yang baik kerana
kesemua mereka telah menguasai kemahiran menerima dan menghantar bola.
Bilangan seramai 20 orang sudah boleh membentuk dua pasukan hoki dan hal ini akan
memudahkan murid berlatih untuk berlawan antara satu sama lain. Guru Hoki sekolah
boleh terus melatih mereka dengan memantapkan kemahiran-kemahiran asas sebelum
meneruskan pembelajaran dengan teknik permainan.

Selain itu, penubuhan kelab ini juga merupakan satu sumbangan kepada sekolah
di mana murid akan dilatih dengan baik untuk mewakili sekolah dalam sukan hoki
ke pertandingan peringkat zon mahupun daerah.dengan cara ini, murid dapat
mempraktikkan dan memperkukuhkan segala kemahiran yang diperoleh kepada
masyarakat dan sekolah. Contohnya, murid yang berbakat bukan sahaja akan mewakili
sekolah malah berpeluang untuk menjadi wakil daerah dan negeri di peringkat yang
lebih tinggi. Hal ini secara tidak langsung membuka peluang kepada murid untuk
berbakti kepada sekolah dan masyarakat.

Dalam pada itu, kelab ini akan membuka peluang kepada masyarakat untuk
menyumbang tenaga dan wang kepada kelab ini demi memastikan objektif
penubuhannya dapat dicapai secara menyeluruh. Sebagai contoh, sumbangan wang
dan derma boleh diuasahakan dengan merujuk ibu bapa atau mana-mana organisasi
untuk menambah baik peralatan yang sedia ada di sekolah. Sumbangan tersebut boleh
digunakan untuk menambah bilangan kayu hoki kerana bilangan yang sedia ada tidak
cukup untuk menampung bilangan ahli. Sekiranya bilangan kayu hoki mencukupi, maka
lebih mudah latihan untuk melatih murid dijalankan.

6
Seterusnya, dengan menyertai kelab ini murid dapat memperoleh ilmu dan
meningkatkan kemahiran semasa mengikuti aktiviti kelab ini. Murid juga dapat
bergaul sesama mereka dan bekerjasama menjalankan aktiviti sebagai satu pasukan.
Sebagai contoh, murid didedahkan dengan sejarah hoki sebelum memulakan latihan.
Kebanyakan aktiviti dijalankan secara dalam kumpulan seperti aktiviti LDK pada minggu
pertama.

Akhir sekali, kelab ini juga banyak membuat latihan yang sistematik dan
perlawanan persahabatan antara sekolah-sekolah lain. Hal ini bagi memberi
pendedahan kepada murid serta menambah pengalaman mereka dan membiasakan
mereka dengan suasana perlawanan agar tidak janggal semasa mewakili sekolah dalam
Pertandingan Hoki Peringkat Zon atau Daerah.

7
1.12 CADANGAN AKTIVITI (TAKWIM TAHUNAN)

BULAN AKTIVITI SASARA CATATAN


N

 Sesi perkenalan bersama ahli. Semua - Hubungan antara ahli


 Kata nasihat dan peraturan ahli perlulah mesra bagi
JANUARI kelab daripada guru penasihat. memudahkan objektif
 Mewujudkan suasana mesra kelab dicapai.
antara ahli dengan aktiviti - Penetapan peraturan

dalam kumpulan kecil seperti kelab adalah penting bagi


LDK. memastikan ahli menjaga

 Mesyuarat Agung disiplin.

 Pelantikan AJK baharu.

FEBRUARI  Aktiviti memperkenalkan Semua - Membuat buku log


sejarah permainan hoki. ahli berkenaan kelab hoki
 Tayangan aktiviti hoki dan sebagai pengetahuan
teknik permainan hoki. asas sebelum memasuki
 Menulis nota berkenaan fasa latihan kemahiran
sejarah hoki. asas.

 Menulis teknik-teknik
permainan hoki.

 Memperkenalkan peralatan Semua - Peralatan hoki yang


MAC permainan hoki. ahli diperkenalkan peralatan
 Pembahagian kumpulan. pemain dan juga penjaga
gol.
 Memperkenalkan gelanggang
APRIL hoki. Semua
 Memperkenalkan posisi ahli
pemain dalam permainan hoki.
 Pertandingan antara
kumpulan.
 Teknik memegang kayu hoki

8
dan teknik permainan.

MEI PEPERIKSAAN Semua - Menguji sejauh mana


PERTENGAHAN TAHUN ahli kefahaman ahli kelab
 Pertandingan melukis mengenai sukan hoki.
peralatan hoki dan melukis
gelanggang hoki serta
kedudukan posisi pemain

 Memperkenalkan teknik sukan Semua - Mula mendedahkan ahli


dan memegang peralatan ahli kelab teknik bermain hoki.
JUN
hoki.
 Mempraktikkan teknik sukan
hoki secara beransur-ansur.
 Melatih murid

 Demonstrasi sukan hoki - Guru mula


melalui tayangan video dan mengenalpasti murid
bimbingan guru. yang berbakat dalam
JULAI
 Perlawanan antara ahli. sukan hoki.

PERTANDINGAN HOKI
PERINGKAT DAERAH

 Tayangan permainan. Semua


 Demo permainan oleh guru ahli
hoki sekolah.
OGOS  Memperkenalkan pengadilan
hoki dan undang-undang
permainan hoki.

SEPTERMBE  Tayangan dan nota Semua


R kepengadilan dan undang- ahli
undang permainan hoki.
 Latihan menghantar bola dan
merima bola serta latihan

9
kepengadilan kepada semua
ahli.
 Mengadakan perlawanan
persahabatan dengan sekolah
lain.

 Aktiviti pengukuhan kemahiran Semua


OKTOBER asas hoki dan teknik ahli
permainan yang telah
dipelajari.
 Bimbingan permainan dan
pengadilan.

PEPERIKSAAN SEMESTER
AKHIR

 Perlawanan akhir antara Semua - Meletakkan target agar


kumpulan dan penyampaian ahli ada ahli kelab yang boleh
hadiah kumpulan terbaik. mewakili daerah.
 Memilih nama-nama murid
yang berpotensi tinggi untuk
dijadikan wakil daerah bagi
NOVEMBER
tahun hadapan.
 Persediaan aktiviti tahun
seterusnya
 Perjumpaan ditangguhkan.

DISEMBER CUTI SEKOLAH

10
1.13 CARTA GANTT

Bil Aktiviti JAN FEB MAC APR MEI JUN

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1. Mesyuarat guru
penasihat
Mesyuarat Agung
Pelantikan AJK
baharu.
2. Sesi perkenalan
bersama ahli.
3. Pengenalan Kelab
Hoki (Logo, lagu dan
motto)
4. Menulis nota
mengenai sukan
hoki (peraturan,
pemakaian dan
syarat pengadilan)
5. Pertandingan
melukis peralatan
hoki
6. Kemahiran asas
hoki
7. Teknik dalam
perlawanan
9. Demonstrasi
perlawanan
10 Tayangan video
perlawanan hoki
11 Perkongsian guru
penasihat.
12 Pengumuman
pemenang
pertandingan
13 Membersihkan
peralatan
Bil Aktiviti JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
14 Nyanyian Lagu Rasmi
Kelab Hoki

11
15 Latihan untuk
pertandingan
16 Pertandingan Hoki
Peringkat Daerah
17 Permainan kecil dalam
hoki
18 Latihan kemahiran
19 Perlawanan
persahabatan
20 Latihan kemahiran
21 Pertandingan antara
ahli kelab
22 Penyampaian hadiah

12
1.14 KUTIPAN DANA UNTUK MEMBIAYAI PERALATAN SUKAN

I. Kutipan derma daripada warga sekolah.


II. Memohon penajaan daripada pihak tertentu.
III. Penjualan penanda buku dan lain-lain.
IV. Berniaga pada Hari Kantin Sekolah.
V. Memohon peruntukan korikulum daripada Pejabat Pendidikan Daerah.
VI. Memohon peruntukan kokurikulum sekolah.

1.15 PERINGKAT SASARAN PERALATAN

Tahun 2020:

I. Mempunyai satu kayu hoki untuk semua ahli kelab.


II. Mempunyai sekurang-kurangnya 10 biji bola.
III. Mempunyai dua set lengkap pakaian penjaga gol.

13
1.16 PEKELILING BERKAITAN KOKURIKULUM KELAB

Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan satu warta kerajaan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diedarkan dari semasa ke semasa. Surat
pekeliling itu juga merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu
tugasa dan perkhidmatan. Hal ini menjadikan surat ppekeliling adalah satu punca kuasa
yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam.

Dalam usaha menubuhkan Kelab Hoki di SK (P) Jalan Batu, terdapat beberapa Surat
Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang perlu dipatuhi agar sebarang kemalangan atau kecederaan
dapat dikawal seterusnya menjamin keselamatan diri pelajar. Pertama sekali, dalam
menjalankan aktiviti kelab, Pertama sekali, sepanjang melaksanakan aktiviti kelab, iaitu
mengajar dan melatih murid tentang sukan hoki, Guru Penasihat perlu mematuhi SPI
(Bil.5/2016) dan (Bil.9/2000) yang mengetengahkan Panduan Keselamatan Semasa
Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di
dalam dan di luar Kawasan Sekolah. Berikutan itu, guru perlu mematuhinya semasa
pelaksanaan aktiviti kelab, semasa aktviti kemahiran, memastikan Kawasan sukan adalah
selamat dan menjalankan penyenggaraan peralatan.

Selain itu, SPI (Bil. 1/1995) mengenai Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan
Di Luar Kawasan Sekolah juga perlu menjadi panduan guru daam menjalankan aktiviti kelab
ini. Hal ini demikian kerana, dalam mencapai objektif dan matlamat kelab, guru seharusnya
tidak leka dalam memastikan keselamatan pelajar sebagai pertimbangan utama. Sekiranya
kemalangan tetap berlaku walaupun guru telah berhati-hati, maka kemalangan atau
kecederaan tersebut perlulah dilaporkan kepada Guru Besar atau Guru Kanan Kokurikulum
dengan kadar segera untuk disiasat punca kemalangan.

14
Seterusnya, dalam merangka aktiviti kelab, Guru Penasihat kelab ini telah merujuk SPI
(Bil.2/2007) iaitu Peruntukan Waktu untu Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah Rendah
dan Menengah. Bagi pelaksanaan aktiviti kelab, adalah diperuntukkan bahawa waktu
minimum bagi murid sekolah Tahun 4 ialah selama 60 minit seminggu manakala bagi murid
Tahun 5 dan Tahun 6 adalah selama 120 minit seminggu. Hal ini bagi memastikan segala
perancangan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar seterusnya mencapai objektif
penubuhan kelab.

Di samping itu, dalam menggalakkan pelajar bergiat aktif dalam sukan melalui
penyertaan pertandingan mewakili sekolah di peringkat Zon atau Daerah sepertimana dalam
salah satu matlamat penubuhan kelab, guru perlu mematuhi SPI (Bil. 8/1995). Hal ini di
mana murid perlu mendahulukan pihak MSSM dalam menjayakan program peringkat
Kebangsaan itu dan tidak mendahulukan mana-mana badan induk sukan atau organisasi
lain. Hal ini bagi menyediakan pasukan terbaik bagi pihak MSSM itu sendiri.

Akhir sekali, dalam mengurusakan sumber kewangan dan perbelanjaan kelab, guru
perlu menjadikan SPI (Bil. 7/2006) sebagai panduan. Hal ini demikian kerana Peruntukan
Kokurikulum Sekolah tersebut perlu digunakan sebaik mungkin dan mengelakkan isu
perbaziran daripada berlaku. Sekiranya kelab ini mendapat peruntukan tersebut, aka urusan
makan. Minum, sewaan dan perbelanjaan pelajar semasa terlibat dalam aktiviti kokurikulum
tersebut akan ditanggung menggunakan wang peruntukan tersebut.

15
2.0 KAEDAH PENUBUHAN KELAB

2.1 LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN KELAB

2.1.1 Pertama sekali, murid-murid membentuk Jawatankuasa Penaja (minimum 7 orang


ahli).
2.1.2 Jawatankuasa Penaja mengadakan mesyuarat untuk membincangkan persediaan
penubuhan kelab.
2.1.3 Jawatankuasa Penaja membina dan menyediakan draf perlembagaan serta draf
aktiviti tahunan. (Guru boleh membantu murid mengurus hal-hal berkaitan
penubuhan kelab bagi sekolah rendah)
2.1.4 Kemudian, Jawatankuasa Penaja menulis surat permohonan penubuhan kelab
kepada Guru Besar dengan menyertakan dokumen seperti draf perlembagaan, draf
aktiviti tahunan, serta senarai nama Jawatankuasa Penaja. (Rujuk Lampiran 1 bagi
surat permohonan penubuhan dari Jawatankuasa Penaja kelab melalui Guru
Penasihat Kelab)
2.1.5 Kelab mendapat kelulusan daripada Guru Besar. (Rujuk Lampiran 2 bagi surat
kelulusan penubuhan kelab daripada Guru Besar kepada Jawatankuasa Penaja
kelab melalui Guru Penasihat)
2.1.6 Jawatankuasa Penaja mengadakan mesyuarat penubuhan kelab.
2.1.7 Kelab membuat permohona pengesahan dan pendaftaran kelab dalam bidang
kokurikulum sekolah dengan menyatakan dokumen seperti perlembagaan kelab,
senarai aktiviti utama, serta senarai ahli Jawatankuasa. (Rujuk Lampiran 3 bagi surat
permohonan pengesahan kelab dan pendaftaran kelab daripada setiausaha kelab
melalui Guru Penasihat kepada Guru Besar)
2.1.8 Guru Besar mengesahkan penubuhan kelab. (Rujuk Lampiran 4 bagi pengesahan
penubuhan dan pendaftaran kelab daripada Guru Besar kepada setiausaha kelab
melalui Guru Penasihat)
2.1.9 Pelantikan Guru Penasihat kelab oleh Guru Besar. (Rujuk lampiran 5 bagi surat
pelantikan daripada Guru Besar kepada Guru Penasihat)
2.1.10 Penerimaan pelantikan oleh Guru Penasihat. (Rujuk lampiran 6 bagi surat
penerimaan pelantikan sebagai Guru Penasihat kelab)
2.1.11 Penurunan kuasa daripada Guru Besar kepada Ahli Jawatankuasa kelab melalui
Guru Penasihat. (Rujuk lampiran 7 bagi surat penurunan kuasa daripada Guru Besar
kepada Ahli Jawatankuasa kelab melalui Guru Penasihat)
2.1.12 Jawatnkuasa Penaja menegndalikan Mesyuarat Agong.
2.1.13 Pelantikan pengerusi dan AJK.
2.1.14 Perbincangan Perlembagaan (persetujuan / pindaan)

16
2.1.15 Peraturan-peraturan
2.1.16 Sumber kewangan kelab
2.1.17 Cadangan aktiviti
2.1.18 Hal-hal lain
2.1.19 Mencatat minit mesyuarat
2.1.20 Pengurusan, pelaksanaan aktiviti kelab dan pemantauan. (Tanggungjawab AJK
Kelab)
2.1.21 Dokumentasi dan sistem fail
2.1.22 Pengauditan

17
2.2 CARTA ALIR PENUBUHAN KELAB

18
Murid-murid JK Penaja
membentuk mengadakan
Jawatankuasa (JK) mesyuarat sesama JK Penaja menulis
Penaja mereka surat permohonan
penubuhan kelab
Minimum 7 orang Draf Perlembagaan
kepada Guru Besar
ahli Draf aktiviti tahunan

JK Penaja AJK menulis surat


Kelab mendapat mengadakan permohonan
surat kelulusan pengesahan dan
mesyuarat
penubuhan kelab pendaftaran kelab
penubuhan kelab
daripada Guru Besar Perlembagaan
(GB) Kehadiran ahli lain Aktiviti utama

Guru besar
mengesahkan
penubuhan kelab Pelantikan
19 Guru Penerimaan
Surat pengesahan Penasihat kelab oleh pelantikan oleh Guru
dan pendaftaran Guru Besar Penasihat
kelab
JK Penaja mengendalikan
Mesyuarat Agong.
2.2 PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN PERSATUAN
Penurunan kuasa Pelantikan Pengerusi dan AJK Pengurusan,
daripada GB kepada Perbincangan Perlembagaan pelaksanaan
AJK Kelab melalui (persetujuan/pindaan) aktiviti kelab dan
PERLEMBAGAAN KELAB HOKI SK (P) JALAN BATU
Guru Penasihat. Sumber kewangan kelab dan pemantauan
cadangan
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalamaktiviti
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,No.11. Tambahan No.21,
Perundangan (A) : P.U.(A)196, bertarikh 21 Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan
Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) KELAB HOKI SK (P) JALAN BATU

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

1.1 Nama Persatuan : Kelab Hoki


SK (P) Jalan Batu

1.2 Alamat Sekolah : SK (P) Jalan Batu

Jalan Sultan Ismail,


Kuala Lumpur.

1. Logo
3

20
1.4 Rasional Logo

SIMBOL MAKSUD
Bentuk bulat Melambangkan kelompok di dalam kelab tersebut sebagai satu
ikatan yang kukuh.
Warna pink Melambangkan semangat kelembutan dan semangat yang tinggi
dalam kalangan murid perempuan.
Gambar kayu hoki Melambangkan kesediaan ahli kelab dalam memperoleh
disilangkan dan pengetahuan dan kemahiran serta sentiasa bersedia menghadapi
bola di tengah cabran yang ada.
Gambar tiara di Melambangkan murid SK (P) Jalan Batu akan sentiasa berusaha
atas lencana mengharumkan nama sekolah dalam apa-apa pertandingan.
sekolah
Dua sayap di Melambangkan kelab tersebut terbuka kepada semua murid yang
sebelah lencana berminat menyertai kelab ini.
sekolah
“Pink Warriors HC” Merupakan nama kelab yang bermaksud ‘Pahlawan yang berani
berjuang namun masih mempunyai kelembutan’
Bintang di tepi Melambangkan bahawa nama baik kelab ini akan dijaga sebaik
nama kelab mungkin oleh ahlinya.

1.5 MOTTO
“NEVER QUIT BEFORE VICTORY”

1.6 LAGU

Kami Pink Warrios


Berjuang sampai menang

Tidak akan mengalah

21
Walau dengan apa cara.

Usah Buang Masa Lagi

Mari tingkatkan kebolehan diri

Percaya pada diri

Pink Warriors pasti boleh.

Kami Pink Warrios


Berjuang sampai menang

Tidak akan mengalah

Walau dengan apa cara.

PERATURAN 2 MATLAMAT

Matlamat Penubuhan Kelab Hoki ini adalah untuk menyemai semangat kesukanan
yang tinggi dalam diri murid, meningkatkan keyakinan diri, mengasah bakat dan
kerjasama antara murid seterusnya mengharumkan nama sekolah dalam
pertandingan yang disertai.

PERATURAN 3 OBJEKTIF

Objektif utama penubuhan kelab ini dilaksanakan adalah kerana:

22
III.1 Sukan hoki yang semakin mendapat tempat dalam kalangan warga Malaysia
menjadikan penubuhan Kelab Hoki ini satu keperluan bagi murid-murid di
sekolah ini.
III.2 Penubuhan kelab adalah bertujuan untuk meningkatkan pergaulan dan
mengukuhkan perhubungan murid tanpa mengira kaum seterusnya mampu
meningkatkan kemahiran insaniah murid dari segi kemahiran komunikasi..
III.3 Penubuhan Kelab Hoki ini juga bertujuan membina keyakinan diri,
kepimpinan dan disiplin murid melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kelab
tersebut.
III.4 Penubuhan Kelab Hoki juga menggalakkan murid untuk menimbulkan minat
yang luas dan bersesuaian dengan hasrat modul 1 murid 1 sukan.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Keahlian terbuka kepada pelajar tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6) bagi pelajar SK
Seri Laksana.
4.2 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan mengambil bahagian dengan aktif dalam menjayakan aktiviti persatuan.

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru yang telah dilantik oleh Ketua
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

23
5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dan memantau perancangan dan
perlaksanaan semua aktiviti.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

6. Dilantik semasa Mesyuarat Agung.


1
6. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
2
6. Ahli yang tidak dapat hadir tetapi telah menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan
3 sebagai Ahli Jawatankuasa.

6. Pemilihan Ahli Jawatankuasa adalah secara undian.


4
6. Ahli Jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
5 mesyuarat.

6. Ahli Jawatankuasa yang ingin meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat


6 perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6. Ahli Jawatankuasa hendaklah terdiri:


7
6.7.1 Pengerusi

6.7.2 Timbalan Pengerusi

6.7.3 Setiausaha

6.7.4 Penolong Setiausaha

6.7.5 Bendahari

6.7.6 Penolong Bendahari

6.7.7 Ahli Jawatankuasa (bergantung kepada keperluan)

6.7.8 Pemeriksa Kira-kira ( dua orang)

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

24
JAWATANKUASA DAN AHLI

7.1 Pengerusi.

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan aktiviti dan


bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari semasa ke semasa.

7.2 Timbalan Pengerusi

7.2.1 Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab


yang diberi.
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari semasa ke semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.


7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan dan
aktiviti.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli.
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari semasa ke semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu Setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan


tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat

25
dari semasa ke semasa.

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.


7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab atas kesahihannya.
7.5.3 Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukkan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat
Ahli Jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat


dari semasa ke semasa.

7.7

Ahli Jawatankuasa

7.7.1

Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

7.7.2

Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.7.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

26
7.8

Pemeriksa Kira-kira

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan laporan kewangan


tahunan dan bertanggungjawab ke atas laporan berkenaan.

7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

7.9

Peranan Ahli Persatuan

7.9.1

Menjadi pemain hoki di SK (P) Jalan Batu.

7.9.2

Mendorong rakan-rakan untuk bergerak maju dalam melengkapkan diri dengan amalan cara
hidup sihat.

7.9.3

Mempromosi sikap positif tentang kesihatan dalam anggota masyarakat.

7.9.4

Membantu pensyarah dan anggota persatuan semasa mengadakan aktiviti persatuan.

PERATURAN 8
KEWANGAN

27
8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui sumbangan yang
diputuskan semasa Mesyuarat Agung.

8.2 Persatuan juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti yang dirancang.

8.3 Sumbangan khas boleh dikutip daripada ahli-ahli persatuan yang bersetuju
menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar bagi membiayai aktiviti
tersebut.

PERATURAN 9 KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1 Ahli-ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya ahli gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10 AKTIVITI

10.1 Aktiviti dijalankan seperti yang dirancang dalam Mesyuarat Agung atau
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
kepada ahli.

28
PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan SK (P) Jalan Batu adalah menjadi peraturan asas.


11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.2.1 Ahli yang tidak hadir ke perjumpaan rasmi sebanyak 3 kali tanpa

sebab yang munasabah akan dilucutkan keahliannya


11.2.2 Mana-mana ahli yang dikenakan tindakan tatatertib atas

kesalahan peringkat SK (P) Jalan Batu juga akan secara automatik


dilucutkan keahliannya

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut kaedah berikut:

12.2.1 Amaran lisan

12.2.2 Amaran bertulis

12.3 Ahli terbabit boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara
bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

29
PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga perlembagaan


dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, Ahli Jawatankuasa,
Guru Penasihat atau pentadbir sekolah (Guru Penolong Kanan Ko- Kurikulum)
secara bertulis.

13.3 Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh diadakan:

13.3.1 Atas permintaan bertulis dua pertiga ahli.

13.3.2 Atas keputusan Pengerusi

13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan
oleh Unit Kokurikulum SK (P) Jalan Batu.

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Pendaftar Persatuan SK (P) Jalan Batu diberi kuasa untuk membubarkan
persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
14.2 Segala hutang persatuan wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam
Mesyuarat Agung Tergempar.

30
PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

15.1 Semua ahli perlu mengetahui setiap aktiviti yang dijalankan.


15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat
dan tanggungjawab.

………………………… …………………………. ………………………..


( ) ( ) ( )
Setiausaha Pengerusi Guru Penasihat

Tarikh: Tarikh: Tarikh:

31
3.0 IDENTITI PERSATUAN

3.1 MEREKA CIPTA IDENTITI PERSATUAN

VISI DAN MISI

Visi:

Murid dapat mengembangkan bakat ke peringkat yang lebih tinggi.

Misi:

Mengasah bakat murid dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan
seharian.

32
LOGO KELAB

MAKSUD LOGO

SIMBOL MAKSUD
Bentuk bulat Melambangkan kelompok di dalam kelab tersebut sebagai satu
ikatan yang kukuh.
Warna pink Melambangkan semangat kelembutan dan semangat yang tinggi
dalam kalangan murid perempuan.
Gambar kayu hoki Melambangkan kesediaan ahli kelab dalam memperoleh
disilangkan dan pengetahuan dan kemahiran serta sentiasa bersedia menghadapi
bola di tengah cabran yang ada.
Gambar tiara di Melambangkan murid SK (P) Jalan Batu akan sentiasa berusaha
atas lencana mengharumkan nama sekolah dalam apa-apa pertandingan.
sekolah
Dua sayap di Melambangkan kelab tersebut terbuka kepada semua murid yang
sebelah lencana berminat menyertai kelab ini.
sekolah
“Pink Warriors HC” Merupakan nama kelab yang bermaksud ‘Pahlawan yang berani
berjuang namun masih mempunyai kelembutan’
Bintang di tepi Melambangkan bahawa nama baik kelab ini akan dijaga sebaik
nama kelab mungkin oleh ahlinya.
MOTO

“NEVER QUIT BEFORE VICTORY”

33
LAGU

Kami Pink Warrios


Berjuang sampai menang

Tidak akan mengalah

Walau dengan apa cara.

Usah Buang Masa Lagi

Mari tingkatkan kebolehan diri

Percaya pada diri

Pink Warriors pasti boleh.

Kami Pink Warrios


Berjuang sampai menang

Tidak akan mengalah

Walau dengan apa cara.

4.0 PENUTUP
Mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan sudah menjadi tanggungjawab
semua individu dalam meamstikan ketahanan badan adalah tinggi dan tidak mudah
diserang penyakit. Justeru, penubuhan kelab ini diharapkan dapat menjadi satu platform
bagi murid untuk memperkembangkan potensi diri mereka dan mengamalkan gaya
hidup yang sihat setrusnya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

34
Disediakan oleh,

…………………………………….
(QISTINA BALQIS BINTI ADNAN)
Setiausaha,
Kelab Hoki

Disahkan oleh, Ulasan:

……………………………………..
(NIK FARAH ‘AQILAH BINTI NIK MAHADI)
Guru Penasihat,
Kelab Hoki SK (P) Jalan Batu

Disokong oleh, Ulasan:

…………………………….
(EN ALI BIN MOKHTAR)
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SK (P) Jalan Batu

Diluluskan oleh, Ulasan:

…………………………………..
(TN. HJ. MOHD HANAFI B. DERIS)
Guru Besar
SK (P) Jalan Batu

35
5.0 RUJUKAN

Amir Hamzah Aman. (2014). Pengurusan Persatuan. Perak: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

Hal Ehwal Pelajar UTHM. (2019). Pentadbiran Persatuan. Retrieved from


http://hep.uthm.edu.my/v3/index.php/en/pusat-sumber/garis-panduan-pengurusan-
kegiatan-pelajar/2-uncategorised/96-pentadbiran-persatuan-pelajar

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Buku Panduan Pengurusan Aktiviti dan


Kokurikulum Sekolah Rendah daN Sekolah Menengah. Retrieved from
http://anyflip.com/anme/scuv/basic

Lee, Z. N. (2007). Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda. Retrieved from
http://www.drmuda.gov.my/kelab/old/pdf/gPanduan_kurikulum.pdf

Muhammad Ismail Zamzam (1993). Asas organisasi dan kepemimpinan: Untuk persatuan
dan kelab sekolah. Kuala Lumpur. Sasbadi Sdn. Bhd.

Norizan Ishak (1987). Persatuan. Kuala Lumpur: Uma Publications.

Nur Kasih Ishak. (2017). Contoh Perembagaan Unit Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan
dan Permainan. Retrieved from
https://www.academia.edu/4660620/CONTOH_PERLEMBAGAAN_UNIT_PAKAIAN_
SERAGAM_PERSATUAN_KELAB_DAN_KELAB_SUKAN_PERMAINAN_SEKOLAH
_KEBANGSAAN_BATU_LAUT_42800_TANJUNG_SEPAT_SELANGOR_DARUL_E
HSAN

Sharil Asyarie Karim. (2011, April). Pengurusan Persatuan dan Kelab. Retrieved from
https://moreasku.files.wordpress.com/2011/04/pengurusan-persatuan-dan-kelab.pdf

Zanariah Abdol (2016). Panduan Pengendalian Mesyuarat. Retrieved from


https://www.academia.edu/5792697/PANDUAN_PENGENDALIAN_MESYUARAT_Oleh_ZA
NARIAH_ABDOL

36
6.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN

37
Isi Kandungan

1.0 PENUBUHAN KELAB/PERSATUAN.........................................................................2

2.0 KAEDAH PENUBUHAN KELAB..............................................................................16

3.0 IDENTITI PERSATUAN............................................................................................31

4.0 PENUTUP................................................................................................................. 33

38

Anda mungkin juga menyukai