Anda di halaman 1dari 27

Perlembagaan pertubuhan

1. Prinsip-prinsip asas pertubuhan

Prinsip-prinsip asas pengakapan

Prinsip-prinsip asas dalam berpengakapan berhubungkait dengan asas-asas dalam


Pergerakan Pengakap berikut yang mana Penyatuan Pengakap berpaut

1. Definisi Berpengakap

Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela,bebas daripadsa politik


untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa
dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh
pengasasnya.

2. Matlamat berpengakap

Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik keujudannya.Matlamat untuk


melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal,
intelek, social dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya,negaranya
dan seterusnya masyarakat antarabangsa.

3. Prinsip-prinsip Berpengakap

Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetian dan Undang-
Undang Pengakap.

Tiga Prinsip-prinsip itu adalah :

· Kepercayaan Kepada Tuhan

· Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara

· Perkhidmatan kepada Diri Sendiri

PERSETIAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesunguhnya,

Saya berjanji dan bersetia, yang saya

Dengan seberapa daya upaya saya akan:

TAAT KEPADA TUHAN,RAJA DAN NEGARA

MENOLONG ORNG PADA SETIAP MASA

MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Undang-undang pengakap

Terdapat 10 Undang-Undang Pengakap seperti mana yang dirumuskan oleh


pengasasnya.

Persetian dan Undang-Undang Pengakap adalah asas dalam berpengakap. Ada


pendapat menyatakan Pergerakan Kumpulan dapat dijalankan tanpa pakaian
seragam atau lencana, tanpa Ibu Pejabat tetapi hanya berdasrkan program latihan.
Mungkin ianya bukan kumpulan yang terbaik tetapi masih lagi berkaitan dengan
pengakap.Menjalankan aktiviti Pergerakan Pengakap tanpa Persetian dan Undang-
Undang Pengakap adalah suatu kesalahan.Tanpa Persetian dan Undang-Undang itu
maka ianya bukan Berpengakap.Ia mungkin suatu Kelab Muda-Mudi yang sangat
bagus, tetapi bukanya satu kumpulan Pengakap.

Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan


kehormatan dirinya.

Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada
Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang
diatas dan orang-orang yang dibawahnya.

Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap
masa.

Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain
pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-
bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada
apa-apa soalan.

Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam
kesusahan.

Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat

Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

4. Kaedah atau cara pengakap

Kaedah atau cara Pengakap adalah Sistem Pembelajaran Memajukan Diri Sendiri
Dengan melalui:

* Persetian Dan Undang-Undang Pengakap

* Belajar sambil membuat

* Mempunyai kumpulan kecil ( seperti Sistem Berparol)

* Skim Latihan Kemajuan * seperti menyusun rancangan untuk Muda-Remaja)

Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat


kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi


Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.

Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan-
melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu


agama Islam.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli
Yang Maha Mulia Raja-raja.

Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah


Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

https://www.scribd.com/document/51082672/PRINSIP-pengakap

2. Perlembagaan pertubuhan

PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK)

Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan


beruniform (berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Salah satu cabang
dalam pergerakan ini ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak
mengandungi ahli-ahli yang berumur antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas
tahun (murid-murid sekolah rendah)

Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan


yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja
kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati
amat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini.

Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang


boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-
kanak mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat
menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia
berkhidmat di kalangan mereka.

MATLAMAT PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK

• Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani


dan

jasmani;
• Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik
darjah;

• Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara


memberi

pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;

• Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam


bidang-

bidang tertentu;

• Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka
selaras

dengan hasrat Rukunegara;

• Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di


samping dapat

meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan

• Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan


kepada

sekolah dan masyarakat.

PERLEMBAGAAN PASUKAN PENGAKAP

Fasal 1 : Nama dan Alamat.

i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-


KANAK (PKK) SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG

ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah SEKOLAH KEBANGSAAN
PASIR PANJANG, 71250, PORT DICKSON , NEGERI SEMBILAN.
Fasal 2 : Tujuan Persatuan

i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.

ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan


masalah disiplin murid.

iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang
disediakan.

Fasal 3 : Keahlian

i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).

ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.

iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli
persatuan.

Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli.

i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil


bahagian dalam semua aktiviti persatuan.

ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang
jawatan dalam persatuan.

Fasal 5 : Mesyuarat.

i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal
tahun untuk:

- memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan.

- kewangan

- ucapan penangguhan

- cadangan-cadangan

ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada:

a. Pengerusi

b. Setiausaha

c. Bendahari

d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6)


iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada
akhir tahun berkenaan.

iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan
persatuan.

v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah


keseluruhan ahli.

vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli
jawatankuasa.

Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan.

i. Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk


memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut
perlembagaan.

ii. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan,


menyimpan minit dan

surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan


menyediakan laporan tahunan persatuan.

iii. Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan,


apabila ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan
senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat.

Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan.

i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :

a. wang SUWA (Kokurikulum).

b. sumbangan PIBG.

c. derma daripada ahli dan orang ramai.

ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu
mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti
disediakan.

Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan.

i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan
keputusan mesyuarat agung.
ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan
Guru Besar.

Fasal 9 : Tafsiran.

i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan
ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan
Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad.

Fasal 10 : Pembubaran.

i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau
Pentadbir Sekolah.

https://www.slideshare.net/wahida32/perlembagaan-pertubuhan-pengakap-kanak

3. Lambang dan cogan kata

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

Lambang Pengakap Malaysia

 Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan


Pengakap iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap
masa, Menurut undang-undang Pengakap.
 Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap
yang sepuluh.
 Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan
Pengakap"
 Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
 Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
 Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan
Persaudaraan Pengakap Sedunia".
 Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-
unit pengakap:
Kuning "Pengakap Kanak-Kanak",
Hijau "Pengakap Muda",
Merah "Pengakap Remaja"

 Budak-budak memahami makna-makna Lambang Pengakap Sedunia dan


Malaysia dan lulus dalam soalan-soalan subjektif yang berkenaan

Format Ujian :
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja
bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

LAMBANG PENGAKAP DUNIA

Lambang Pengakap Dunia

 Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu


taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
 Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak
kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
 Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
 Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap
Sedunia.
 Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
 Warna putih-kesucian dan kebersihan.

Cogan Kata Pengakap

Pengakap Kanak-kanak – Buat Sehabis Baik

Pengakap Muda – Selalu Sedia

Pengakap Remaja – Pandangan Luas

Pengakap Kelana – Berkhidmat

Pengakap Budika – Berkhidmat

Cogan Kata Kumpulan Pengakap (Troop Motto)

https://persatuanpengakap.wordpress.com/dasar-pertubuhan-2/logo-dan-cogan-kata/

https://www.slideshare.net/linnie85/nota-pengakap-43290870

4. Bendera dan lagu pertubuhan

Bendera pengakap
Lagu Pengakap

1. Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia

Kami Pengakap Malaysia

Harapan nusa dan bangsa

Berikrar setia

Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda

Menjadi insan yang berguna

Persetiaan pengakap

Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa

Menabur bakti di mana sahaja

Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara

Taat, menurut perintah

Kami bangga junjung cita-cita

Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita

Pengakap, Pengakap Malaysia


2. Tepi Gunung

tepi gunung air terjun

tempat orang bermain

tempat tinggal tukang kebun

dan anaknya mahani

sungguh cantik paras ani

hidung mancung seludang

betis bagai beting padi

tak jemu mata memandang

tidur malam mimpi-mimpi

ani datang ke rumah

tapi sayang ani pergi

hati ani berubah

3. Senaman monyet

satu ekor monyet (2x)

gayut atas pokok (2x)

garu2 pinggang

goyang2 pinggul
4 Pindahkan tempat

Pindahkan tempat

batu kecil ini

pindahkan ia kesana kemari

sibetina betina bertelur

telur tinggal satu

telur-telur-telur-telur

5.Tarian Gajah

bila bunga kembang berseri

seekor gajah keluar menari

lenggok ke kanan

lenggok kekiri

lalu menjemput seekor gajah lagi

6.Lemak Manis Santan Kelapa

Hai lemak manis ala amboi-amboi

Santan kelapa ala amboi-amboi

Cantik manis ala amboi-amboi


Anak siapa

Dua tiga sikucing berlari

Mana nak sama sikucing belang

Dua lah tiga boleh ku cari

Mana nak sama cik adik seorang

7. DI SINI BERKUMPUL

Di sini di sini, kita berkumpul

Di sini di sini, kita berkumpul

Salam, salam, salam, salam, salam, ooi

Here we are, here we are, here we are again

Here we are, here we are, here we are again

Hello, hello, hello, hello, hello, ooi

Cai celi, cai celi, woh meh cai celi

Cai celi, cai celi, woh meh cai celi

Huan si, huan si, huan si, huan si, huan si, ooi

Porengeh, porengeh, engeh porengeh

Porengeh, porengeh, engeh porengeh

Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi

8. KE UNGGUN API
(lelaki)

Ke manakah sayang tujuan kita pergi

Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini

Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini

(perempuan)

Terserah padamu ke mana engaku mahu

Bilang dulu sama ibu

Bilang dulu sama ibu

(lelaki)

Bagaimana kalau kita ke unggun api

Ramai pengakap berkumpul di sana

(perempuan)

Dengan hati rela kupergi bersama

Tapi jangan lupa kembali segera

(bersama)

Marilah bersama kita ke ungun api

Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini

Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini

9. DI SINI SENANG DI SANA SENANG


Di sini senang di sana senang

Di mana-mana hatiku senang

Di sini senang di sana senang

Di mana-mana hatiku senang

Lai. lai, lai, lai, lai, lai .

10. IBUNG

Ibung o ibung

Tolonglah daku

Ibung o ibung

Tolonglah daku

Ke mana badan bergantung

hendak bergantung

Ke mana badan bergantung

hendak bergantung

Oh ibung tinggal gundar

Ke mana abang melayang

Ke mana abang mdelayang

Mama o mama tolong nasibku

Mama o mama tolong nasibku

Ke mana badan bergantung

hendak bergantung
Ke mana badan bergantung

hendak bergantung

11. UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Dipercayai taat berguna

Bersaudara berbudi

kasihkan binatang

Menurut perintah

Tabah hati, berjima

Suci fikiran

Suci perkataan

Suci perbuatan

12. Yei ipoi

Yei poi itai-tai (3X)

Eii yakkk

Yei poi itai-tai (2X)


Yei poi itu-itu

Eii yakkk

13. Kemuka ke belakang

kemuka ke belakang

ke samping lalu silang

muka belakang

samping lalu samping

14. Lai Ci Kang

lai chi kang semangkuk dua kupang

lai chi kang semangkuk dua kupang

makan satu tak kenyang

semangkuk dua kupang


15. APA GUNA KELUH KESAH

Apa guna keluh kesah

Apa guna keluh kesah

Pengakap tak pernah bersusah

Apa guna keluh kesah

There is no reason to be sad

There is no reason to be sad

We are always happy together

There is no reason to be sad

16. Lagu KFC

Oh pizza hut Oh pizza hut

Kentaki Fried Chicken Pizza Hut

Oh McDonald Oh Mcdonald

Kentaki Fried Chicken Pizza Hut

Char kuetiaw Char kuetiaw

Roti canai char kuewtiaw


teh tarik teh tarik

Roti canai char kuewtiaw

17. Mentari dan Bulan

Ho hoi mentari maharaja siang

Hoi hoi rembulan permaisuri malam

Di waktu siang mentari menjelang

Di waktu malam bulan pun mengambang

Di kala itu pengakap berdendang

Demi cita-cita sampai ke bintan

18. Opek-opek

Opek opek opek opekkkkk


Buat sehabis baik

Opek opek opek opekkkkk

kami buat sehabis baik

Anak ayam turunlah lima (opek-opek)

mati seekor tinggallah empat

....

Anak ayam turun lah satu

lari-lari terlanggar batu.....habis

19. BURUNG BERBUNYI

Dengarlah itu burung berbunyi

Bagai suara orang menyanyi

Riang gembira bercampur sayu

Sambil terbang ke hilir ke hulu

Terbang kerana mencari makan

Selagi ada nyawa di badan

Di waktu petang mencari pokok

Untuk tidur menantikan esok


20 TANYA SAMA POKOK

Tanya sama pokok

Apa sebab goyang

Nanti jawab pokok

Angin yang goncang

Apa sebab goncang

Nanti jawab angin

Langit nak hujan

Tanya sama langit

Apa sebab hujan?

Nanti jawab langit

Tanyalah awan

Awan nanti kata

Aku kandung air

Sampai tempat sejuk

Aku pun cair

Tengok dalam air

Nampak bayang-bayang

Campak satubatu

Bayangpun hilang

21. BERTEMU DAN BERPISAH


Bertemua dan berpisah

Adat manusia biasa

Hilang di mata tapi di hati tidak lupa

Berdoalah kita gar aman dan sentosa

Semoga dapat kita berjumpa di lain masa

Semoga dapat kita berjumpa di lain masa

22. Apuse

Apuse ko -kon da-oo

ya - rabay soron do vei-vei

Of lenso beni de-mo , beni - fa - say

Of lenso beni de-mo , beni - fa - say

Ara fa-bay , as-wa rak-wa

Ara fa-bay . as-wa rak wa

Selamat tinggal kawan, kita kan berjumpa lagi,

Selamat-ku doakan engkau pergi,

Selamat-ku doakan engkau pergi,

Selamat jalan......jumpa lagi,

Selamat jalan.......jumpa lagi.


23. Selamat Jumpa

Selamat Jumpa, Selamat Jumpa,

Selamat Jumpa Kawanku,

Apa Khabar, Apa Khabar, Apa Khabar Kawanku,

Senang Hey, Riang Hey,

Hura, Hure, Hiro,

Enak, Enak, Enak Hey, Enak, Enak, Enak Hey,

Hura, Hure, Hiro.

24. Kalau rasa gembira

Kalau rasa gembira, tepuk tangan,

Kalau rasa gembira, tepuk tangan,

Kalau rasa gembira begini la caranya,

Kalau rasa gembira, tepuk tangan.

Kalau rasa gembira, petik jari,

Kalau rasa gembira, petik jari,

Kalau rasa gembira begini la caranya,

Kalau rasa gembira, petik jari.

Kalau rasa gembira, cubit peha,

Kalau rasa gembira, cubit peha,

Kalau rasa gembira begini la caranya,


Kalau rasa gembira, cubit peha.

Kalau rasa gembira, hentak kaki,

Kalau rasa gembira, hentak kaki,

Kalau rasa gembira begini la caranya,

Kalau rasa gembira, hentak kaki.

Kalau rasa gembira, kata horey,

Kalau rasa gembira, kata horey,

Kalau rasa gembira begini la caranya,

Kalau rasa gembira, kata horey.

25. Anak itik

Anak itik tok wi mandi dalam kolam

Sakit aper tok wi, sakit sendi tulang

Ubat aper tok wi, ubat limau lelah

Sakit aper tok wi, sakit sendi tulang

26. Mandolo

Mandolo mandolo de pa pa le

Mandolo mandolo de pa pa le

Ala tendang, Ala tendang, Ala tendang, Ala tendang tendang!!

Mandolo mandolo de pa pa le
Mandolo mandolo de pa pa le

Ala hujan, ala hujan, ala hujan, Bocor!!!

Mandolo mandolo de pa pa le

Mandolo mandolo de pa pa le

Ala hujan, ala hujan, ala hujan, basah!!!

https://www.scribd.com/doc/312209120/BENDERA-PENGAKAP

https://www.slideshare.net/linnie85/nota-pengakap-43290870

5. Persetiaan / ikrar dan undang-undang pertubuhan

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya,


Saya berjanji dan bersetia,
Yang saya dengan seberapa daya upaya,
Saya akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa dan;
Menurut Undang-undang Pengakap

Undang-Undang Pengakap

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan


dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada
Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya,
orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.
3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada
setiap masa.
4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain
pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-
bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana
tiada apa-apa soalan.
8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam
kesusahan.
9. Pengakap itu jimat dan cermat
10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

6.
Makna Undang-undang Pengakap

Kehormatan Diri Seorang Pengakap Itu Boleh Dipercayai


1. Dipercayai Untuk Menjalankan Tugas-Tugas Yang Diberikanya
Dengan Sehabis Daya- Upayanya.
Pengakap Adalah Seorang Yang Taat Kepada Tuhan, Raja,
2. Taat Negara, Pemimpin-Pemimpin Pengakap, Ibu Bapa, Majikan
Dan Orang-Orang Di Bawahnya.
Tugas Seorang Pengakap Ialah Menjadikan Dirinya
3. Berguna
Berguna Dan Menolong Orang Pada Setiap Masa
Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Orang Dan
4. Bersaudara Saudara Kepada Lain-Lain Pengakap, Tidak Kira Dari Apa
Negara, Bangsa, Pangkat Atau Agama Sekalipun.
Pengakap Adalah Seorang Yang Baik Budi Pekertinya
Yakni Dia Hormat Kepada Semua Orang Terutamanya
5. Berbudi
Orang Perempuan, Kanak-Kanak, Orang Tua, Orang Sakit,
Orang Cacat Dan Sebagainya.
Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Binatang Iaitu
Kasihkan Kasihkannya Serta Menyelamatkan Binatang Daripada
6.
binatang Menderita Kesakitan Dan Jangan Membunuhnya Tanpa
Sebab Kecuali Binatang Yang Merbahaya.
Pengakap Menurut Perintah Ibu Bapa, Ketua Patrol Atau
Menurut Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya Tanpa Sebarang
7.
perintah Bantahan Walaupun Menerima Perintah Yang Tidak
Disukainya.
Pengakap Mestilah Sentiasa Senang Hatinya Dan Bersabar
8. Tabah hati
Selalu Walaupun Dalam Kesusahan.
Pengakap Mestilah Sentiasa Berjimat Cermat Dalam Semua
9. Berjimat
Hal Perbelanjaannya.
Pengakap Sentiasa Bersih Fikiran, Perkataanya Dan
Suci fikiran,
Perbuatannya Dari Melakukan Perkara-Perkara Yang
10.perkataan dan
Kotor Dan Tidak Mengalah Kepada Nafsu Untuk Bercakap,
perbuatan
Berfikir Atau Berbuat Sesuatu Yang Keji

https://www.slideshare.net/linnie85/nota-pengakap-43290870

Anda mungkin juga menyukai