Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH PERSATUAN SISWAZAH SABAH (PSS)

Persatuan Siswazah Sabah melalui beberapa proses yang panjang sebelum


ditubuhkan. Ia bermula daripada sekumpulan mahasiswa Sabah yang menuntut di
semenanjung Malaysia berfikrah Islam yang telah memperolehi pendedahan awal tentang
kepentingan dakwah dan tarbiah semasa menuntut di menara gading.

Kumpulan mahasiswa ini yang diketuai oleh Tuan Haji Sade Bin Mohd Amin bersama
dengan 5 orang yang lain yang berpusat di Universiti Malaya, telah merintis jalan dengan
mencadangkan idea penubuhan satu organisasi yang boleh menjadi payung kepada
mahasiswa Islam Sabah di Semenanjung Malaysia.

Penubuhan persatuan ini juga bertujuan untuk mempersiapkan barisan pelapis bagi
mengisi keperluan kepimpinan Islam di negeri Sabah pada masa hadapan. Menyedari
betapa pentingnya penubuhan organisasi tersebut, maka satu pertemuan telah dibuat di
Kuala Lumpur bagi mengumpulkan semua penuntut Sabah yang telah terlibat secara
langsung dengan persatuan mahasiswa Islam di kampus masing-masing untuk
membincangkan idea tersebut.

Resolusi daripada perjumpaan tersebut maka lahirlah Markaz Siswa Siswi Islam
Sabah (MARSIS) dengan Tuan Haji Sade Bin Mohd Amin sebagai Presiden yang pertama.
Setelah itu, MARSIS terus melebarkan pengaruhnya di beberapa Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) iaitu di Universiti Malaya, Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra
Malaysia), Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Perkembangan ini seiring dengan kerancakan gerakan mahasiswa Islam di setiap


kampus pada waktu tersebut. MARSIS juga melebarkan pengaruhnya ke beberapa institut
pengajian lain iaitu di Maahad Tahfiz al-Ikhwan Selangor, Madrasah Darul Quran
Terengganu, Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Pondok Pasir Tumbuh
Kelantan dan Maahad Ehya El-Syarif Gunung Semanggol Perak.

Setelah beberapa tahun ditubuhkan, ramai ahli MARSIS telah kembali ke Sabah.
Sebahagiannya memilih untuk menetap dan berkerja di Semenanjung. Terdapat masalah
bagi alumni MARSIS yang berada di Sabah untuk terlibat langsung di dalam organisasi
Islam di Sabah pada ketika itu memandangkan organisasi Islam masih terlalu sedikit dan
capaiannya tidak menyeluruh. Perkara ini telah disuarakan kepada kepimpinan MARSIS dan
telah diambil perhatian sewajarnya.

Ketika konvensyen MARSIS kali ke 10 yang diadakan di Universiti Kebangsaan


Malaysia (UKM), satu usul telah dibangkitkan oleh Encik Awang Saifuddin yang merupakan
mahasiswa tahun akhir, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hal ini memberi kesedaran
bahawa perlunya satu pertubuhan organisasi rasmi yang boleh dijadikan sebagai platform
rasmi oleh alumni MARSIS untuk menggerakkan dakwah di Sabah dan mampu
berpartisipasi dengan organisasi dakwah sedia ada, pada tahun 1999.

Satu usul beliau untuk menubuhkan persatuan alumni MARSIS telah di cadangkan dan
diterima sebulat suara oleh para perwakilan yang hadir. Nama Asalnya ialah Alumni
MARSIS tetapi ditukar kepada Persatuan Siswazah Islam Sabah (PERSIS) pada tahun
2000 bagi memudahkan pendaftaran persatuan di Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia (JPPM).

Tanggungjawab ini telah digalas oleh Encik Arifin selaku Presiden penaja PERSIS dan
satu jawatankuasa penaja telah ditubuhkan yang terdiri daripada alumni MARSIS dan
mahasiswa Universiti Malaysia Sabah untuk merangka perlembagaan persatuan ini.

Antara yang terlibat dalam proses merangka perlembagaan persatuan ialah Encik Arifin
sendiri, Awangku Saifuddin, Rasina Abu dan Sri Wahyuni. Usaha-usaha pendaftaran telah
dijalankan dengan giat pada tahun 2002. Namun, nama yang dicadangkan tidak diterima
oleh JPPM.

Satu nama baru perlu dicadangkan. Maka, perbincangan telah dibuat pada tahun 2002
dan jawatankuasa penaja sebulat suara bersetuju untuk menamakan semula gabungan
tersebut sebagai Persatuan Siswazah Sabah (PSS).

Tarikh 27 Ogos 2004 adalah tarikh bersejarah bagi Persatuan Siswazah Sabah (PSS)
atas kejayaan mendapat status legal daripada JPPM. Pada peringkat awal, usaha-usaha
mereka banyak tertumpu dalam relung dakwah, tarbiah ahli dan kerja amal bersama
masyarakat. Kini, PSS akhirnya berkembang luas mencakupi pelbagai kumpulan sasar yang
lebih mencabar.

Barisan Kepimpinan Persatuan Siswazah Sabah yang pertama (2004-2005).

Encik Ariffin (Presiden)


Cik Khairunisa Parmin (Timbalan Presiden)
Encik Jushery (Setiausaha)
Cik Suzana Saman (Timbalan Setiausaha)

Ahli Jawatankuasa
Encik Jamaluddin Lantara
Encik Usman mandeaming
Encik Lahirul Latigu
Encik Jaludin Dulah
Encik Muhd Hafiz Isman
Encik Jumat Sakmat
Cik Sri Rahayu Mohd Tussof
Cik Semi Senang
Cik Nornani Lananti
Cik Dg Lainah Makmud
Cik Dg Anni
Cik Noor Shafini Zainuddin
Cik Sri Wahyuni
Cik Raina Abu

Senarai Presiden Persatuan Siswazah Sabah (2004-kini)

Encik Arifin (2004-2007)


Encik Lahirul Latighu (2007-2008)
Encik Bunyamin Bin Bakri (2008-2010)
Encik Mohd Fairuz Bin Bend (2010-2013)
Encik Zulhilmey Bin Makmud (2013-2015)
Encik Azizul Julirin (2015-2017)
Encik Hasmadi Hasbi (2017-2018)

Disunting oleh:
Tasnim Bin Gunawan
Januari 2018

Anda mungkin juga menyukai