Anda di halaman 1dari 52

LAPORAN KHAS EXCO

MyPSA-WA SESI 2009/2010


http://www.mypsa-wa.org

Diedit, susun dan kompilasi oleh : Musdi Bin Haji Shanat Setiausaha II MyPSA WA sesi 2009/2010

0|Page

AHLI EKSEKUTIF 1. Ahmad Fareed Ismail 2. Noresma Jahya 3. Musdi Shanat 4. Hamdan Daniyal EXCO YANG DILANTIK 5. Abdul Shahid b. Abu Bakar 6. Mohd. Nazli b. Mohd Noor 7. Muhammad Saiful b. Ahmad Hamdani 8. Zaiham b. Hamid 9. Ahmad Hisham B. Zainal Abidin 10. Izwan Nizal b. Mohd Shaharanee 11. Nor Hanani Ahamad Rapani 12. Wan Sofiah Meor Osman 13. Batiah Mahadi 14. Syahrul Ahmar b. Ahmad 15. Badrul Sham Mizan Biro Penerangan dan IT Biro Pendidikan Biro Kerohanian Biro Sukan dan Rekreasi Biro Logistik dan Kemudahan Biro Tugas-tugas Khas & Kebajikan Wakil Curtin Wakil Murdoch Wakil UWA Wakil ECU & Notre Dame Biro Kebajikan * Presiden Setiausaha I & memangku jawatan Timbalan Presiden Setiausaha II Bendahari

*Bercuti panjang kerana menjalani rawatan kesihatan di Malaysia

1|Page

2|Page

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17

AHLI JAWATAN KUASA SEJARAH PENUBUHAN MyPSA WA LAPORAN PRESIDEN LAPORAN KEWANGAN BIRO PENERANGAN & IT BIRO PENDIDIKAN BIRO KEROHANIAN BIRO SUKAN & REKREASI BIRO TUGAS-TUGAS KHAS & KEBAJIKAN BIRO LOGISTIK DAN KEMUDAHAN WAKIL UNIVERSITI MURDOCH WAKIL UNIVERSITI CURTIN WAKIL UNIVERSITI - UWA WAKIL UNIVERSITI ECU / NOTRE DAME USUL SAF PIMPINAN MyPSA WA USUL KEWANGAN BENDAHARI CADANGAN DAN USUL PENAMBAHBAIKAN BIRO & PANDANGAN EXCO TERHADAP SAF PIMPINAN

4 5 18 19 22 23 25 26 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43-44 45 46 50

Antara aktivi yang telah dijalankan oleh MyPSA WA sepanjang tahun 2009-2010

3|Page

ersatuan Pelajar Pasca Siswazah Malaysia, Western Australia (MyPSA WA) telah ditubuhkan secara rasmi pada hari Sabtu, 18 April 2009 bersamaan dengan 22 Rabiulakhir 1430 Hijrah di Mesyuarat Agung MyPSA-WA yang pertama. Mesyuarat berkenaan telah diadakan di Norman Duffy Theatre, Curtin University of Technology. Penubuhannya telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Nasir Abu Hassan, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Australia (MSDA). MyPSA-WA pada asalnya adalah sebuah kumpulan e-mail (e-mail group) yang dikenali sebagai Malaysian Western Australia Ring atau singkatannya MAWAR, yang bertujuan untuk menyalurkan segala bentuk informasi khasnya kepada pelajar-pelajar pasca siswazah Malaysia di Western Australia. Apabila jumlah pelajar-pelajar pasca siswazah Malaysia yang menuntut di universiti-universiti sekitar Western Australia ini semakin meningkat dan menyedari hakikat bahawa adalah sangat baik dan perlu sekiranya sebuah persatuan yang berdaftar sah dapat ditubuhkan. Dengan wujudnya persatuan, kebajikan pelajar pasca siswazah Malaysia serta keluarga mereka di sini dapat dijaga, maka tercetuslah idea dikalangan pelajar-pelajar pasca siswazah itu sendiri untuk menubuhkan MyPSA-WA ini. Seramai 5 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi Protem (Penaja) telah dipilih di dalam sesi pengundian yang telah dijalankan manakala Ahli Jawatankuasa Kecil pula adalah mereka yang telah dilantik oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Protem. Jumlah keseluruhan Ahli Jawatankuasa Protem adalah seramai 16 orang (sila layari http://www.mypsa-wa.org untuk maklumat secara terperinci). Selain bertindak sebagai Ahli Jawatankuasa Protem, mereka juga terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Sementara untuk menjalankan semua aktiviti-aktiviti sehinggalah MyPSA WA tertubuh dengan rasminya.

Mantan Ahli Jawatan Kuasa MyPSA WA (Penaja) sesi 2008/2009 Berdiri dari kiri : Zurina, Corina, Thabrani, Azrul, Nazri, Shariff, Azman dan Hamdan Duduk dari kiri : Sharifah, Noor Hakim, Isharudin dan Akhtar Tiada dalam gambar : Hannerita, Musdi, Rani Diana dan Som Chit

4|Page

Laporan oleh : Ahmad Fareed Ismail

A. Perjalanan dan Operasi Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010


Pimpinan Eksekutif MyPSA WA sesi 2009/2010 telah julung-julung kalinya mengadakan mesyuarat yang pertama pada tanggal 22 April 2009 bersamaan 27 RabiulAkhir 1430H bertempat di Business School, UWA. Lanjutan daripada Mesyuarat Agung Pertama MyPSA WA sesi 2009/2010, Pimpinan Eksekutif telah bermesyuarat pada tanggal berkenaan bagi membincangkan cadangan-cadangan nama bagi Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010 yang mesti dilantik mengikut peruntukan di dalam Perlembagaan MyPSA WA. Hasil daripada perbincangan selama 2 jam itu, Pimpinan Eksekutif telah memutuskan untuk melantik 11 orang di kalangan ahli MyPSA WA bagi memenuhi Biro-Biro yang telah ditentukan. Walhasil, maka setelah kesemua mereka menerima perlantikan yang dikeluarkan maka mesyuarat ke-2 telah dijalankan pada 10 Mei 2009 bersamaan 16 JamadilAwal 1430H bertempat di 11/36 Caporn St., Crawley, Perth. Kombinasi Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010 telah membariskan ahl-ahli daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman yang diyakini mampu memimpin perjalanan persatuan untuk penggal tersebut. Walaubagaimanapun, Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010 telah menerima tamparan hebat pada tanggal 18 Mei 2009 bersamaan 24 JamadilAwal 1430H lanjutan keputusan Saudara Azrul Abdul Mutalib untuk melepaskan jawatan beliau sebagai Naib Presiden demi menumpukan perhatian kepada pengajian PhD. Meskipun berat tetapi Pimpinan Eksekutif telah menerima perletakan jawatan tersebut dengan hati yang dukacita dan sebulat suara melantik Puan Noresma Jahya, selaku Setiausaha I untuk memangku jawatan Naib Presiden MyPSA WA bagi sesi 2009/2010. Secara keseluruhannya perjalanan dan kerjasama daripada Saf Pimpinan MyPSA WA amat membanggakan. Segala tanggungjawab dan gerak kerja telah dipikul bersama-sama pada setiap masa. Selaku Presiden, saya telah menegaskan pada mesyuarat ke-2 Saf Pimpinan MyPSA WA akan kepentingan pengagihan kerja dan semangat kerja berpasukan. Bahkan, Konsep Delegasi Kerja (KDK) telah ditekankan kepada semua Saf Pimpinan iaitu bertujuan untuk menyamaratakan tugasan antara setiap ahli Saf Pimpinan dan mengelakkan sebarang beban kerja terhadap sesetengah individu atau kumpulan sahaja. Alhamdulillah, sepanjang 12 bulan memimpin MyPSA WA, sebanyak 11 kali Mesyuarat Bulanan telah diadakan untuk memastikan keberlangsungan persatuan. Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010 juga telah bersetuju untuk menetapkan lokasi mesyuarat bulanan secara giliran daripada satu universiti ke universiti yang lain. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua untuk mengalami suasana berbeza dalam setiap kali mesyuarat disamping mewujudkan rasa kepunyaan (sense of belonging) di kalangan Saf Pimpinan sekalian. Kebiasaannya, mesyuarat ini diadakan pada hari yang sama dengan Academic Coffee Session (ACS) bagi mempermudahkan semua pihak. Selain itu, bagi memastikan perbincangan berterusan, kemudahan email, yahoo messenger dan Skype turut digunakan bagi memastikan sesuatu isu atau perkara dapat diselesaikan secara tuntas.

5|Page

B. Dasar-Dasar Pentadbiran MyPSA WA sesi 2009/2010 Asas dan Halatuju MyPSA WA Bagi memacu perjalanan MyPSA WA, saya telah mengusulkan kepada Saf Pimpinan MyPSA WA Empat Asas dan Halatuju MyPSA WA iaitu: 1. 2. 3. 4. Kebajikan Kita Kecemerlangan Akademik Kita Kekeluargaan Kita Kukuhkan MyPSA WA Kita

Keempat-empat Asas dan Halatuju ini telah diterima sebulat suara oleh Saf Pimpinan MyPSA WA untuk memastikan keberlangsungan persatuan mengikut keperluan yang terkandung di dalam Perlembagaan MyPSA WA. Susunan Empat Asas dan Halatuju MyPSA WA ini juga adalah mengikut keutamaan yang wajib diberikan untuk memperkasakan persatuan kita. Kami yakin dengan meletakkan Kebajikan Kita sebagai Asas Pertama kepada dasar pentadbiran MyPSA WA, maka semua ahli persatuan akan dapat menjalani kehidupan yang sejahtera di Perth, WA. Setelah daripada kebajikan yang terjaga, maka sewajarnya kita akan dapat menumpukan kepada kewajipan hakiki di sini iaitulah untuk memastikan kejayaan dalam menuntut ilmu dan membawa pulang segulung ijazah. Justeru, Saf Pimpinan MyPSA WA berpendirian, Kecemerlangan Akademik Kita sewajibnya ditekankan sebagai Asas Kedua terpenting dalam memimpin seluruh ahli persatuan. Seterusnya, Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010 berpendirian untuk memastikan keharmonian seluruh ahli persatuan dengan semangat kekeluargaan 1 Malaysia. Kami sedar berada di perantauan menjadikan semua kita sebagai satu keluarga di bawah naungan negara Malaysia. Oleh itu, kami menyatakan komitmen untuk menyuburkan semangat kekitaan dan kekeluargaan sesama ahli persatuan dengan Asas Ketiga iaitu Kekeluargaan Kita. Akhirnya, rentetan kebajikan yang terjaga, kecemerlangan akademik yang dijana, dan kekeluargaan yang terbina, maka barulah akan terbit sebuah persatuan yang gah berdiri dengan sendirinya. Tuntasnya tujuan kami meletakkan asas untuk Kukuhkan MyPSA WA Kita sebagai Asas Keempat, kerana itulah puncak dan matlamat yang hendak kita bina. Pengukuhan persatuan kita ini tidak akan terbina jika ketiga-tiga Asas yang terdahulu tidak dikecapi dengan sempurna. Berpandukan kepada Empat Asas dan Halatuju MyPSA WA inilah kesemua aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan. Semua aktiviti yang dijalankan meletakkan matlamat untuk merealisasikan dasar utama MyPSA WA ini. Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010 juga telah bersetuju bahawa MOTO rasmi MyPSA WA ialah: BERSAMA KITA KUKUHKAN MyPSA WA

6|Page

CARTA ALIR: ASAS DAN HALATUJU MyPSA WA:

PERLEMBAGAAN MY PSA WA

SAF PIMPINAN MYPSA WA

OBJEKTIF

VISI

ASAS DAN HALATUJU MYPSA WA

KEBAJIKAN KITA

KECEMERLANGAN AKADEMIK KITA

KEKELUARGAAN KITA

KUKUHKAN MYPSA WA KITA

7|Page

C. Gerak Kerja Merealisasikan Asas dan Halatuju MyPSA WA Pelan Operasi Kebajikan (POP Kebajikan) Sebagai merealisasikan Asas Pertama-Kebajikan Kita; Saf Pimpinan MyPSA WA telah merangka dan melaksanakan satu pelan tindakan untuk menangani pelbagai isu berkaitan kebajikan ahli persatuan. usaha menyediakan satu pelan ini adalah untuk menjadi garis panduan atau standard operating procedure (SOP) bagi saf pimpinan MyPSA WA dalam mengendalikan hal berkaitan kebajikan ahli persatuan. Disamping itu, kami melihat usaha merealisasikan POP Kebajikan ini akan menjadi daya penarik untuk lebih ramai lagi pelajar pasca siswazah di WA untuk menyertai MyPSA WA.

Pada peringkat awalnya, Saf Pimpinan MyPSA WA telah menyediakan pelan ini dan diumumkan kepada seluruh ahli persatuan untuk mendapatkan maklum balas dan penambahbaikan kepada cadangan asal tersebut. Meskipun pewartaan POP Kebajikan ini dilakukan pada awal tahun 2010, tetapi perlaksanaannya telah pun dimulakan sedari pertengahan tahun 2009 lagi dan telah diumumkan secara rasmi oleh Presiden MyPSA WA sesi 2009/2010 dalam Majlis Iftar Ramadhan anjuran bersama MyPSA WA-Konsulat General-Tourism Malaysia pada 6 September 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1430H. Konsep perlaksanaan POP Kebajikan ini adalah bermula daripada sesorang bakal ahli tersebut menjejakkan kaki ke Perth, sehinggalah beliau meninggalkan Perth untuk kembali berkhidmat di Malaysia setelah menamatkan pengajiannya. Walaubagaimanapun, POP Kebajikan ini sentiasa terbuka untuk diperbaiki dari semasa ke semasa dengan tidak menghilangkan kerangka asal kewujudannya. Antara yang mungkin bisa untuk ditambah ialah daripada aspek Akademik dan Kewangan yang tidak sempat diperincikan oleh Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010. Pelan tindakan bagi menangani isu-isu seperti masalah penyelia, masalah lanjutan tempoh belajar, masalah kewangan ketika lanjutan tempoh biasiswa, masalah hutang dan sebagainya, sewajarnya diperincikan oleh Saf Pimpinan yang akan datang bagi melengkapkan lagi POP Kebajikan ini. Bahkan Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010 akan turut mencadangkan usul mewujudkan DANA KHAS KEBAJIKAN pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-2 MyPSA WA dengan tujuan untuk menjamin kejayaan POP Kebajikan ini. Untuk makluman ahli persatuan, pihak MyPSA WA telah memaklumkan perlaksanaan POP Kebajikan ini kepada Jabatan Penuntut Malaysia Australia (MSDA) dan telah meminta agar ianya dikongsi bersama seluruh persatuan-persatuan pelajar yang berada di luar negara. Alhamdulillah, usaha MyPSA WA ini nampaknya bukan sahaja memberikan manfaat kepada ahli MyPSA WA tetapi juga InsyaAllah untuk seluruh pelajar Malaysia di seantero dunia. Beberapa maklum balas telah diterima berkaitan kesediaan beberapa persatuan pelajar di Australia untuk menggunakan POP Kebajikan MyPSA WA sebagai asas kerangka kebajikan di tempat mereka. Cuma, pihak MyPSA WA menegaskan segala usaha untuk menggunakan pelan tersebut hendaklah diberi maklum dan dikreditkan idea asalnya adalah Hak Milik MyPSA WA.

8|Page

Memorandum kepada YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Sebagaimana yang telah semua sedia maklum bahawa ketika sesi dialog dan makan malam bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Perth Convention and Exhibition Center pada 7 Ogos 2009 bersamaan 16 Syaban 1430H yang lalu, MyPSA WA telah memaklumkan segala permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar pasca siswazah di Western Australia. Semua isu yang dibangkitkan adalah hasil maklum balas yang diperolehi daripada ahli persatuan. Pihak MyPSA WA sesi 2009/2010 telah menyiapkan satu memorandum lengkap dengan 8 Usul Utama untuk diserahkan kepada Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri selewatnya-lewatnya dalam bulan Mei 2010. Kelewatan menyiapkan memorandum ini adalah disebabkan kekangan dan kesibukan Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010 dalam membahagikan masa untuk pengajian dan juga pengajuran aktiviti persatuan yang lain. Penyediaan memorandum ini semestinya dibuat dengan serapi mungkin, beserta bahan bukti yang mencukupi bagi menyokong setiap usul yang dikemukakan kerana memorandum ini akan diserahkan kepada Kerajaan Malaysia. InsyaAllah, usaha ini adalah dibawah tanggungjawab Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010, maka kami bersetuju untuk memikul tanggungjawab sehingga memorandum ini diserahkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk makluman semua memorandum yang telah siap ini akan diserahkan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri dan juga akan dilanjutkan kepada YB Menteri Pengajian Tinggi, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Australia dan juga Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi. Bahkan, Yang Berusaha Prof. Dr. Fauzi Hj Ramlan, Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, telah berjanji akan membawa memorandum ini ke mesyuarat Naib-Naib Canselor IPTA setelah menerima memorandum ini nanti. Persetujuan ini telah dicapai ketika pertemuan bersama saya diadakan di pejabat beliau di Putrajaya pada 2 Februari 2010 bersamaan 18 Safar 1431H. Usul-usul yang telah dikemukakan di dalam memorandum tersebut ialah: 1. Ketidakseragaman penawaran biasiswa KPTM dengan tempoh pengajian: Keperluan tempoh pengajian PhD 4 tahun 2. Ketidakseragaman bayaran elaun sewa rumah 3. Tuntutan pembayaran kos perubatan yang tidak ditanggung pihak insuran 4. Penempatan pegawai MSDA di Perth, Western Australia 5. Mewujudkan Dewan Malaysia (Malaysia Hall) di Perth, Australia 6. Dasar pembiayaan untuk pembentangan kertas kerja bagi pemegang biasiswa KPT di dalam dan luar negara 7. Permohonan bantuan kewangan bagi pasangan yang mengikuti penuntut ke luar negara untuk menghadiri kursus jangka pendek. 8. Keberkesanan lawatan pemimpin negara/pegawai kerajaan ke luar negara. Terdapat beberapa perkara yang telah diambil tindakan oleh pihak kerajaan Malaysia, hasil daripada makluman yang diberikan pada pertemuan dengan YAB Timbalan Perdana Menteri. 9|Page

Antaranya, YAB Timbalan Perdana Menteri telah telah memaklumkan kepada Mesyuarat Kabinet pada 12hb Ogos 2009 bersamaan 21 Syaaban 1430H usul berkaitan dengan keperluan mewujudkan Dewan Malaysia di Perth. Kita telah menerima maklum balas daripada pihak YAB Timbalan Perdana Menteri menerusi Ketua Perwakilan Malaysia di Perth dan usaha mencari lokasi yang sesuai sedang giat dijalankan. Selain itu juga, permintaan kita untuk mendapatkan pegawai MSDA di Perth telah juga dipenuhi dan pegwai terbabit iaitu Tuan Rudy Adrie akan memulakan tugas beliau dalam bulan Mei 2010. Harapan saya semoga Saf Pimpinan MyPSA WA yang akan datang, akan meneruskan gesaaan terhadap usul-usul yang kita kemukakan untuk kepentingan seluruh ahli persatuan. Walaupun perubahan itu tidak mungkin kita kecapi terus, tetapi usaha berterusan kita akan meringankan beban generasi yang akan datang, InsyaAllah. Hubungan Kerjasama MyPSA WA dengan persatuan dan organisasi lain a. Konsular General Malaysia di Perth Hubungan akrab antara Konsular General Malaysia (CGM) di Perth dengan MyPSA WA telah terjalin sedari awal penubuhan Jawatankuasa Penaja MyPSA WA lagi. Setelah kewujudan MyPSA WA secara rasminya ditubuhkan maka hubungan ini bertambah mesra ditambah pula Puan Hamidah Ashari telah dilantik oleh Mesyuarat Agung Tahunan Pertama MyPSA WA sebagai Ahli Kehormat MyPSA WA. Sebagai memenuhi resolusi Mesyuarat Agung tersebut,delegasi MyPSA WA telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Konsular General Malaysia di Perth Pada 8 Julai 2009 (bersamaan 14 Rejab 1430). Objektif utama lawatan adalah untuk menyerahkan surat lantikan rasmi sebagai Ahli Kehormat (Honorary Member) Persatuan Pelajar Pascasiswazah Malaysia Western Australia (MyPSA-WA) kepada Y.Bhg. Puan Hamidah Ashari. Selain itu, delegasi MyPSA-WA turut menyuarakan harapan pihak persatuan untuk menjalinkan hubungan akrab dan sekaligus membuka ruang kerjasama di antara pihak Konsulat General Malaysia - Perth dan pihak MyPSA-WA di masa hadapan. Lanjutan daripada itu, MyPSA WA telah bersama-sama dengan CG dan semua persatuan Malaysia di Perth menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Rumah Terbuka Malaysia pada 10 Oktober 2009 bersamaan dengan 21 Syawal 1430H. Ini adalah merupakan majlis yang julung-julung kalinya diadakan di Perth dan MyPSA WA amat berbangga kerana telah menjadi sebahagian daripada pencadang dan penganjur bersama bagi majlis yang bersejarah ini. Meskipun ada maklum balas negatif yang diterima berkaitan kebersamaan MyPSA WA dalam penganjuran program ini, namun Saf Pimpinan MyPSA WA yakin lebih banyak kebaikan yang dicapai daripada keburukan daripada penyertaan kita. Walaubagaimanapun segala maklum balas ini telah kita panjangkan kepada pihak CG untuk menambahbaikkan penganjuran di masa akan datang.

10 | P a g e

b. MSDA Sydney MyPSA WA sentiasa berhubung dengan pihak MSDA di Sydney terutama dalam melaporkan perkembangan ahli persatuan di WA. Perjumpaan pertama telah diadakan pada 20 April 2009/25 RabiulAkhir 1430H, antara wakil MyPSA-WA bersama Dr. Nasir (Pengarah MSDA), En Zahari Long, dan Puan Haslina bertempat di rumah Saudara Azman. Seterusnya perjumpaan lanjutan telah diadakan di UWA pada 21 April 2009/26 Rabiulakhir 1430H. Antara isu-isu yang telah diutarakan adalah seperti berikut: 1. Masalah para pelajar pascasiswazah dengan penyelia (supervisors). 2. Percanggahan antara tempoh pengajian yang ditawarkan oleh universiti (4 tahun) dengan tawaran biasiswa oleh KPT/JPA (3tahun). 3. Bantuan kewangan berupa pinjaman kepada pelajar pasca iswazah yang terpaksa menampung kos pembelajaran selepas pemberian elaun biasiswa ditamatkan. 4. Penyediaan surat sokongan oleh pihak MSDA kepada pelajar pascasiswazah yang memohon lanjutan tempoh pengajian daripada pihak JPA/KPT/universiti. 5. Meminta pihak MSDA memaklumkan kepada Universiti-Universiti di Western Australia berkaitan status biasiswa adalah selama 3 tahun yang diberikan kepada majoriti pelajar pasca siswazah Malaysia di WA. Secara prinsip pihak MSDA telah bersetuju dengan cadangan pertama dan ke-4, serta akan memberikan pertimbangan kepada cadangan lain berdasarkan "case by case" sebelum memberikan sokongan dan sebagainya. Sementara bagi perkara 5, pihak MyPSA-WA dimaklumkan MSDA telah pun memaklumkan kepda pihak universiti di WA dlm rangka lawatan mereka yang lalu. Untuk perkara 2 dan 3, MSDA masih belum memberikan kata putus berkaitannya isu yang diutarakan. Sehubungan itu, semua perkara di atas telah mengirimkan surat rasmi untuk mengutarakan perkara ini kepada MSDA untuk tindakan lanjut. Satu perbincangan bersemuka dengan para pegawai MSDA (iaitu Tuan Hj. Zaharudin dan En Zahari Long) dan Pengarah MSDA telah diadakan ketika lawatan hormat Presiden MyPSA WA ke Malaysia Hall Sydney pada 5 & 6 Disember 2009 bersamaan 18 & 19 Zulhijjah 1430H. Pelbagai isu pelajar termasuk isi kandungan memorandum kepada YAB TPM telah dibincangkan.

11 | P a g e

c. MASCA WA MyPSA WA adalah ahli bersekutu di bawah Malaysian Students Council Western Australia (MASCA WA), yang didaftarkan kepada MSDA yang beribu pejabat di Sydney, Australia. Sebagai ahli bersekutu, sewajarnya MyPSA WA memainkan peranan yang sepatutnya termasuklah dalam menyuarakan pendapat dan terlibat dengan keputusan yang dibuat oleh pihak MASCA WA. Perkara ini telah kami suarakan ketika menghadiri Forum MASCA WA pada 9 Mei 2009 bersamaan 15 JamadilAwal 1430H bertempat di Curtin University of Technology. MyPSA WA telah menyuarakan isu-isu penting seperti pengurusan kewangan yang lebih telus, pengemaskinian maklumat pelajar, gesaan MASCA WA lebih mesra pelajar dan lebih aktif menganjurkan aktiviti. MyPSA WA juga telah menggesa supaya pentadbiran MACA WA melibatkan semua Presiden ahli bersekutu dalam memutuskan sebarang keputusan mewakili MASCA WA. Selain itu, MyPSA WA juga telah menyuarakan kepentingan mengadakan pemilihan pemain bagi mewakili MASCA WA ke acara tahunan National Conference and Games (NCG) MASCA seluruh Australia.Ini kerana ramai pelajar Malaysia yang mungkin berkelayakan tetapi tidak diberikan peluang untuk mewakili WA. Dalam isu yang sama, MyPSA WA juga menyeru supaya peruntukan bagi kontigen MASCA WA dinaikkan oleh MSDA, dan pertimbangan diberikan untuk penganjuran NCG di WA. Mutakhir ini, kita telah melihat perubahan pada kepimpinan baru MASCA WA. Bahkan mereka telah menawarkan jawatan Bendahari untuk diisi oleh ahli MyPSA WA. Namun kerana tiada sebarang respons daripada ahli persatuan, maka jawatan itu telah diberikan kepada ahli bersekutu yang lain. Beberapa perubahan corak pentadbiran juga telah mula ditunjukkan pada kepimpinan baru MASCA. Saya berharap kita memberikan sokongan kepada sebarang usaha perubahan yang mereka sedang laksanakan. Perbezaan disebabkan kebanyakan mereka adalah pelajar prasiswazah tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak bekerjasama tetapi sewajarnya MyPSA WA dan ahli kita membimbing mereka untuk berorganisasi dengan lebih cemerlang. MyPSA WA juga menjalinkan hubungan rapat dengan semua ahli bersekutu MASCA WA seperti Malaysian Student Union (MSU) UWA, Association of Malaysian Students (AMS) Curtin, Murdoch Malaysian Association (MMA), dan Western Australia Petronas Club Inc. (WAPEC). Bahkan MyPSA WA telah mempromosikan MSU kepada ahli-ahli persatuan dalam merungkai permasalahan yang wujud berkaitan dengan MSU UWA.

d. Persatuan Pelajar Siswazah Malaysia di seluruh Australia MyPSA WA telah memulakan langkah pertama untuk menjalinkan kerjasama dengan semua persatuan pasca siswazah Malaysia di Australia. Langkah awal telah dimulakan oleh Exco Penerangan dan IT dengan mengirimkan email memaklumkan penubuhan MyPSA WA dan seterusnya meminta kerjasama untuk menyediakan pautan ke laman web masing-masing. Antara kerjasama yang telah dijalinkan ialah dengan Victoria Malaysian Postgraduate Association (VMPGA), MyPSA New South Wales dan Persatuan Pelajar Melayu Queensland (PPMQ).

12 | P a g e

Lanjutan daripada hubungan itu, Presiden MyPSA WA telah mengadakan kunjungan hormat menemui Presiden VMPGA dan Presiden MYPSA NSW pada awal bulan Disember 2009 yang lalu. Antara yang dibincangkan ialah hubungan kerjasama antara persatuan terutama daripada penyaluran informasi berkaitan kebajikan pelajar, usaha untuk meningkatkan penyertaaan pelajar dalam persatuan dan isu kebajikan pelajar. Presiden MyPSA WA turut memaklumkan berkaitan usaha menghantar memorandum kepada YAB TPM dan juga isu-isu yang diutarakan. Kedua-dua persatuan bersetuju untuk mengemukakan memorandum yang sama ditambahkan dengan isu-isu lokal setelah memorandum MyPSA WA itu disiapkan. Kerjasama ini turut di persetujui oleh PPMQ hasil perbincangan melalui email dengan mantan Presiden mereka. InsyaAllah kebersamaan dalam isu yang dikemukakan dalam memorandum itu akan dapat menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya.

e. Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) di Malaysia & Universiti-Universiti di WA Usaha memperkenalkan MyPSA WA juga telah dijalankan dengan semua IPTA di tanahair. Terkini, MyPSA WA telah mengirimkan surat kepada semua 19 Pendaftar IPTA di tanahair iaitu : 1. Universiti Darul Iman Malaysia (UDIM) 2. Universiti Islam Antarabangsa (UIA) 3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 4. Universiti Malaya (UM) 5. Universiti Malaysia Sabah (UMS) 6. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 7. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 8. Universiti Putra Malaysia (UPM) 9. Universiti Sains Malaysia (USM) 10. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 11. Universiti Teknologi MARA (UiTM) 12. Universiti Utara Malaysia (UUM) 13. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 15. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 16. Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) 17. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) 18. Universiti Malaysia Pahang (UMP) 19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

13 | P a g e

Adalah diharapkan usaha ini akan memudahkan komunikasi bagi para pegawai di IPTA berkenaan untuk mendapatkan bantuan sekiranya akan melanjutkan pelajaran ke WA. Walaubagaimanapun, usaha untuk memaklumkan kewujudan MyPSA WA ini juga harus dilanjutkan oleh Saf Pimpinan akan datang kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam. Selain daripada IPTA Malaysia, MyPSA WA juga telah mengirimkan surat dan mengadakan kunjungan hormat ke semua International Center/ International Student Center di universitiuniversiti sekitar WA. Antara kunjungan yang telah dijalankan ialah ke UWA, dan Murdoch University. Sementara bagi kunjungan ke Curtin University of Technology telah tertunda beberapa kali disebabkan oleh kesibukan pegawai yang berkenaan. Selanjutnya, ECU dan NotreDame pula telah menerima surat makluman daripada MyPSA WA dan mengambil maklum akan kewujudan MyPSA WA. Usaha ini amat penting kerana MyPSA WA akan dapat capaian kepada para pelajar Malaysia yang tidak mendaftar sebagai ahli persatuan. Di Murdoch misalnya, mereka bersetuju untuk bekerjasama untuk memaklumkan melalui email akan kewujudan MyPSA WA terutamanya kepada para pelajar baru. Sementara, di UWA pula mereka menggalakkan kerjasama dengan Malaysian Student Union (MSU) yang telah bertapak hampir 40 tahun di UWA. Mereka turut mengemukakan cadangan agar MyPSA WA mendaftar dibawah Guild UWA kerana kami dimaklumkan bahawa rakyat Malaysia merupakan jumlah tertinggi mendaftar sebagai pelajar pasca siswazah di UWA iaitu seramai kira-kira 600 orang. Perkara ini perlu kepada tindakan segera dan berkesan oleh pimpinan yang akan datang bagi mengesan dan menarik lebih ramai ahli menyertai MyPSA WA.

f. Persatuan/Organisasi Lokal di Perth Walaupun MyPSA WA baru ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu, namun Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010 berpendapat bahawa persatuan ini wajar menjalinkan hubungan kerjasama dengan semua persatuan yang wujud di Perth, WA. Justeru, MyPSA WA, khususnya melalui Presiden dan Pemangku Naib Presiden telah melibatkan diri dengan persatuan-persatuan lokal seperti Association of Malaysian in Western Australia (AMWA), Malay Association in Western Australia (MAWA), Islamic Council of Western Australia (ICWA) dan persatuan pascasiswazah di universiti seperti Postgraduate Student Association UWA. Hubungan baik dengan AMWA misalnya telah memberi ruang kepada ahli persatuan mendapatkan khidmat guaman daripada salah seorang Exco AMWA iaitu En. Bhagwan Singh daalam membantunya dalam tuntutan undang-undang. Begitu juga dengan bantuan Presiden AMWA, En Rasa Subramaniam dalam memudahkan sewaan dewan di Subrub Melville menggunakan kapasiti beliau sebagai Council Member . Presiden MyPSA WA juga telah diberikan kepercayaan untuk bersama-sama dalam perbincangan memperkasakan AMWA yang telah dianjurkan. Persetujuan juga telah dirungkai dengan pihak AMWA untuk menjalinkan hubungan sekiranya terdapat ahli MyPSAWA yang memerlukan penginapan sementara dan sebagainya.

14 | P a g e

Keterbukaan MyPSA WA telah menarik banyak persatuan untuk menjalinkan hubungan dengan persatuan kita. Misalnya, hubungan telah diwujudkan dengan Dan-Dan FC, Borneo FC, Saghj FCdan Swan TitansFC iaitu kelab-kelab sukan (khususnya bola sepak dan rugbi) yang telah ditubuhkan atas inisiatif anak-anak Malaysia di Perth. Kelab-kelab ini telah menjemput Presiden MyPSA WA untuk merasmikan Jamuan Makan Malam tahunan mereka pada Mei 2009 bagi memberikan kata-kata semangat dan melepaskan kontigen WAuntuk ke National Conference and Games (NCG) MASCA National. Begitu juga pihak MyPSA WA telah dipelawa untuk membantu para pelajar daripada Universiti Teknologi Malaysia dalam program kerjasama Keluarga Angkat (AUsTIC 2009) yang telah diadakan pada 19-24 November 2009. Selain berkongsi pengalaman hidup di perantauan, MyPSA WA juga telah mengadakan sesi motivasi dengan para pelajar terbabit yang diketuai oleh Presiden MyPSA WA dan Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010. MyPSA WA juga telah menerima kunjungan hormat daripada para pelajar daripada UNIMAS pada 19 Mei 2009. MyPSA WA sesi 2009/2010 juga telah memulakan hubungan kerjasama dengan Association of Indonesian Postgraduate Students and Scholars in Australia (AIPSSA). Kami berpendapat sudah tiba masanya MyPSA WA menjalinkan hubungan dengan persatuan yang mempunyai persamaan seperti AIPSSA daripada negara-negara lain untuk mempelbagaikan interaksi ketika berada di luar negara. Perbincangan awal telah diadakan dengan AIPSSA untuk mengadakan pelabagai program kerjasama pada masa akan dating samaada yang berbentuk sukan, kebudayaan mahupun akademik. Kami menyarankan kepada saf pimpinan akan datang supaya meluaskan lagi horizon dengan menjalinkan kerjasama dengan lebih banyak lagi persatuan-persatuan local di Perth. Inilah masanya untuk kita memperkenalkan kebudayaan dan Malaysian Hospitality sebagai duta kecil negara di bumi Perth. Bahkan bercakap dalam perkara menjadi duta kecil ini, MyPSA WA juga diharap akan terus menjalinkan hubungan rapat dengan Tourism Malaysia di Perth yang sentiasa menyokong aktiviti MyPSA WA pada sesi 2009/2010. Hubungan kerjasama dengan pihak Tourism Malaysia di Perth melalui Pengarahnya, Tn Hj Shukri Hanafiah telah dijalin bermula dengan kunjungan hormat delegasi MyPSA WA pada 4 September 2009. Bahkan pihak Tourism Malaysia telah bersetuju untuk menjadi penganjur bersama bagi majlis Iftar Ramadhan MyPSA WA dengan pihak CG Malaysia di Perth.

Kunjungan hormat Menteri/Pegawai IPTA/Pegawai Kerajaan MyPSA WA sentiasa mengalu-alukan kunjungan para pegawai kerajaan yang melawat ke Perth, Western Australia. MyPSA WA menggunakan kesempatan bertemu dengan para pegawai terbabit untuk menyuarakan perkara yang berkaitan dengan kepentingan pelajar. Misalnya, MyPSA WA telah menyertai majlis makan malam yang dianjurkan oleh pihak Konsulat Jeneral Malaysia Perth dan MASCA bersama YB. Datuk Dr. Maxiumus Ongkili (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia) pada hari Ahad, 26 April 2009 bersamaan 2 JamadilAwal 1430H. Pihak MyPSA-WA telah menghantar sebanyak 12 orang wakil untuk perjumpaan ini dan mengutarakan beberapa isu antaranya:

15 | P a g e

1. Memohon jasa baik YB menteri, membawa kepada pengetahuan YAB. Perdana Menteri dan YB. Menteri Luar akan tuntutan dan keperluan Malaysian Hall di Western Australia. Gesaan ini dibuat sejajar dengan jumlah penuntut malaysia seluruhnya (tidak termasuk keluarga) yang mencecah lebih 3000 orang di Western Australia. 2. Memohon pihak MOSTI menimbangkan untuk mewujudkan geran penyelidikan pelajar pascasiswazah di luar negara. Ini kerana kebanyakan penyelidikan yang dijalankan memfokuskan senario dan studi kes di Malaysia. Disamping itu terdapat juga segelintir pelajar pascasiswazah yang tidak menerima biasiswa daripada mana-mana institusi.

Maklum balas daripada YB. Menteri; Pihak MOSTI bersetuju dengan cadangan yanag diutarakan dan akan membawa perkara tersebut ke peringkat seterusnya. YB. Menteri turut menambah untuk perkara (2), MOSTI sebenarnya telah merangka dan sedang mewujudkan database penyelidikan dan informasi berkaitan geran dan di laman web MOSTI bagi memudahkan pelajar pascasiswazah di luar negara mencari maklumat berkaitan penyelidikan semasa dan geran penyelidikan yang boleh dipohon. Begitu juga ketika pertemuan dengan delegasi Universiti Malaya (UM) yang diketuai oleh Prof. Dato' Dr. Ghauth Jasmon (Naib Canselor Universiti Malaya), dan delegasi Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Prof. Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa.Di dalam kedua-dua pertemuan ini MyPSA WA telah secara konsisten menyuarakan isu asas kepada para pegawai dibawah tajaan KPT iaitulah dalam isu keperluan pengajian PhD selama 4 tahun. Bahkan kedua-dua delagasi telah mengambil maklum akan perkara ini dan memberitahu kepada MyPSA WA bahawa isu itu sebenaranya telah dibincangkan di peringkat mesyuarat Timbalan-Timbalan Naib Canselor IPTA-IPTA Malaysia.

16 | P a g e

Berikut adalah senarai lawatan para pegawai kerajaan/menteri/delegasi IPTA yang telah disertai oleh Saf Pimpinan MyPSA WA: Senarai nama pemimpin/pegawai kerajaan yang terlibat dalam siri lawatan kerja ke Western Australia (April 2009 Sehingga April 2010) Tarikh 18-21 April 2009 Pemimpin/Pegawai Kerajaan yang mengadakan lawatan ke Perth, Western Australia Yang Berusaha Dr. Mohd Nasir Abu Hassan, Pengarah MSDA En. Zahari LONG, Education Attache Pn. Haslina Abdul Hamid, Penasihat Pelajar JPA Y.B. Datuk Dr. Maximus Ongkili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Ghauth Jasmon Naib Canselor Universiti Malaya dan delegasi Y.A.B Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Delegasi Universiti Sains Malaysia Yang Berusaha Dr. Mohd Nasir Abu Hassan, Pengarah MSDA Tn Hj. Zaharudin Samsudin, Education Attache Pn. Haslina Abdul Hamid, Penasihat Pelajar JPA En. Zahari LONG, Education Attache Y.B. Hj Khazan Bin Che Mat Exco Kerohanian Kerajaan Negeri Terengganu

26 April 2009 3 Mei 2009 7 Ogos 2009 19 Oktober 2009 26 Oktober 2009

10 Mac 2010 13 Mac 2010

17 | P a g e

D. Penutup

Akhirnya, Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010, ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada semua pihak yang telah bersama-sama membantu MyPSA WA. Khususnya juga kepada seluruh ahli keluarga MyPSA WA sendiri yang sentiasa mendokong dan menyertai serta menjayakan segala usaha persatuan. Tanpa semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh warga MyPSA WA , saya kira apa juga yang diusahakan Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010 akan menjadi sia-sia. Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010 juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada sebarang kekurangan, terkasar bahasa, terlajak laku atau apa sahaja yang tidak lunak di hati warga MyPSA WA sekalian. Sesungguhnya, kami juga adalah insan biasa yang tidak lari daripada kekurangan. Namun, percayalah bahawa kami telah berusaha sedaya mungkin untuk memberikan yang terbaik untuk warga MyPSA WA sekalian. Secara peribadinya, saya selaku Presiden, ingin menzahirkan di dalam laopran saya ini rasa bangga, kagum, dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010. Selama bekerja bersama-sama mereka, saya dapat rasakan semangat yang luar biasa dikalangan mereka untuk memberikan yang sebaik-baiknya kepada warga MyPSA WA. Kesungguhan mereka untuk berkhidmat tidak dapat dinafikan lagi dan saya amat berbangga mempunyai mereka sebagai Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010. Kepada Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2010/2011, harapan saya agar kalian dapat meneruskan tradisi kecemerlangan yang telah kita bina selama ini. Berkhidmatlah secara ikhlas dan sudah semestinya akan ada halangan dan dugaan disepanjang perjalanan tersebut. Namun, saya yakin kalian akan dapat membuat yang lebih baik daripada yang telah kami usahakan. Jangan mengalah dengan apa sahaja yang orang kata, tetapi ambillah perkara itu sebagai cabaran (bukan halangan) untuk kita memperbaiki dan meningkatkan kualiti kita Kepada warga MyPSA WA pula, teruskan sokongan dan dokongan semua kepada persatuan kita. Jika bukan kita yang menyokong dan menyertai segala apa yang direncanakan oleh MyPSA WA, maka siapa lagi yang akan melakukannya. MyPSA WA adalah persatuan kita dan kitalah yang akan menentukan keberlangsungannya. Ayuh rapatkan saf kita sebagai sebuah keluarga dan jangan jadikan perkara kecil untuk diperbesar-besarkan sehingga boleh menjadi bibit perpecahan kita. Bersama Kita Kukuhkan MyPSA WA!!!

18 | P a g e

Laporan oleh: Hamdan Daniyal

A. Tanggung jawab Bendahari: Bendahari bertanggung jawab keatas semua urusan kewangan. Bendahari menjalankan aktiviti mengira dan menyimpan penyata kewangan persatuan dan bertanggungjawab keatas segala butiran yang dibuat.

B. Pembentangan dan pengesahan: Laporan kewangan seperti jadual dibawah telahpun dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan MyPSA WA ke 2 pada 17 April 2010. Semakan dan penyediaan laporan telah dibuat oleh: Nama : Hamdan Daniyal Jawatan :Bendahari MyPSA WA Sesi 2009/2010 Nombor keahlian : 9 Penyata tahunan 2009/2010 dicadangkan untuk disahkan oleh: Nama : Mohd. Azmi Nombor keahlian : 125 Disokong untuk disahkan oleh: Nama : Sharifah Fatimah Syed Ahmad Nombor keahlian : 5

19 | P a g e

LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN


Malaysian Postgraduate Students' Association - Western Australia

Sesi 2009/2010 (berakhir 17 April 2010)

BAKI AWAL (April 2009) Pendapatan Yuran Imbuhan tahunan MSDA Sumbangan ahli-ahli JUMLAH PENDAPATAN Perbelanjaan
Pengurusan Web maintenance Bank maintenance Aset & barang guna habis Kebajikan Ust Hilmi - kemalangan Ust Hilmi - doa selamat Faiz - pecah rumah Norhisham - siling runtuh Noor Hakim - pecah rumah Gempa Padang Mohd Shah Saemin - mangsa bunuh Lela - kerosakan rumah akibat ribut Yusri - kematian bonda Fadhilah - bersalin anak sulung Acara AusTIC09 Majlis Buka Puasa Majlis Aidiladha Hari Keluarga AGM2009 AGM2010 Agama Ceramah Buka puasa UWA & Curtin

$3,193.64 Pendapatan $1,700.00 $500.00 $555.00 $2,755.00 Sumbangan Belanja Bersih $174.36 $77.50 $703.76 $2,680.00 $425.00 $270.00 $396.57 $20.00 $33.62 $100.00 $65.00 $50.00 $0.00 $0.43 $0.00 $1.38 $50.00 $50.00 $50.00 $84.00 -$253.45 $252.50 $746.85 $220.80 $1,701.25 $146.90 $0.00

$174.36 $77.50 $703.76 $2,780 $65.00 $475.00 $270.00 $397.00 $20.00 $35.00 $50.00 $50.00 $50.00 $84.00 $936.55 $252.50 $846.85 $220.80 $1,701.25 $146.90 $2,850.00

$955.62

$366.81

$1,190.00 $100.00

$2,751.95

$2,850.00

$146.90

20 | P a g e

Sukan Soccer Badminton Bowling Volleyball Lain-lain

$212.00 $248.30 $1,081.60 $36.00 $56.50

$190.00 $1,064.60 $0.00

$212.00 $58.30 $17.00 $36.00 $56.50

$323.30 $56.50 $4,601.08 $1,347.56

JUMLAH PERBELANJAAN BAKI AKHIR (April 2010)

ASET TETAP & BARANG GUNA HABIS


Malaysian Postgraduate Students' Association - Western Australia

Sesi 2009/2010 (berakhir 16 April 2010) 21 | P a g e

Senarai Aset Kekal MyPSA WA Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 Peralatan Meja Troli Meja Lipat Ice Box Beg Pack Beg Document Alas plastik berbelang Tong air 15L Glove goalkeeper First Aid Kit (w/o triangle bandage) Portable Harddrive 250GB + cable First Aid Kit from Msia Hailer Banner Hot Water Dispenser Cashbox Paper cutter Kuantiti Status 2 OK 1 sederhana 1 OK 1 OK 1 OK 1 OK 3 OK 1 OK 2 OK 1 incomplete 1 OK 2 OK 1 OK 1 OK 1 sederhana 1 OK 1 OK

Senarai Barang Guna Habis MyPSA WA Bil 1 2 3 Peralatan Canvas cenderahati Alat tulis Pelekat nama Kuantiti 17 2 kotak

Exco: Abdul Shahid b. Abu Bakar

A. Skop / Tugasan Biro Penerangan & IT

22 | P a g e

Pada peringkat awalnya beberapa garis panduan mengenai skop, tugas dan tanggungjawab Biro Penerangan & IT diterangkan seperti berikut: 1. Bertanggungjawab bagi membuat publisiti yang meluas mengenai semua aktiviti yang dijalankan oleh MyPSA WA bagi menambahkan penyertaan ahli-ahli dan bukan ahli dalam aktiviti-aktiviti tersebut. 2. Bertanggungjawab memperkenalkan MyPSA WA kepada masyarakat luar. 3. Berkerjasama dengan Biro-biro yang memerlukan sebaran maklumat dan sebagainya. 4. Mengawalselia dan menambahbaik laman web MyPSA WA 5. Memastikan laman web MyPSA WA diperkenalkan dan dipromosikan dalam laman web berkaitan. Walaubagaimanapun, tugas dan tanggungjawab ini berkembang dari semasa ke semasa memandangkan keperluan mengenai penambahan skop tugas amat diperlukan bagi memastikan perjalanan aktiviti MyPSAWA dan berperanan dalam memperjuangkan kebajikan ahlinya diteruskan dengan baik. Perkembangan tugas dan tanggungjawab ini juga selari dengan kewujudan pelbagai medium hebahan yang boleh digunakan sebagai saluran dalam memberi maklumat cepat dan tepat kepada ahli. B. Aktiviti / Tugasan Biro Penerangan & IT 1. Kemaskini Pengkalan Data Maklumat Ahli MyPSA-WA dan MA-WAR Mengemaskini senarai ahli MyPSA WA yang berdaftar melalui sistem pengkalan data ahli di laman web rasmi MyPSA WA http://www.mypsa-wa.org dari semasa ke semasa. Menyediakan mailing list bagi ahli MyPSA WA yang berdaftar dari semasa ke semasa. Mengemaskini senarai komuniti MA-WAR (Malaysia Western Australia Ring) melalui MA-WAR Yahoogroups dari semasa ke semasa.

2. Laman Web Rasmi MyPSA WA (http://www.mypsa-wa.org) Memberi maklumat kepada ahli mengenai kewujudan laman web MyPSA WA melaui kaedah promosi melalui email dan juga MyPSA WA Facebook Group. Mengemaskini struktur menu, pengumuman, berita, penambahan maklumat lain serta pengisian yang berkaitan dalam laman web rasmi MyPSA WA. Mengawalselia serta memantau dalam memastikan laman web MyPSA WA boleh terus dilayari dari semasa ke semasa. Menjalinkan hubungan dengan persatuan pelajar lain melalui promosi pautan laman web MyPSA WA di laman web mereka dan pautan laman web persatuan pelajar lain di muka utama laman web MyPSA WA.

3. MyPSA-WA Facebook Group Mendaftar akaun MyPSA WA Facebook Group. Menjemput rakan-rakan MyPSA WA dan MA-WAR menyertai Facebook Group. Menyebarkan maklumat mengenai Aktiviti MyPSA WA kepada ahli melalui Facebook Group.

23 | P a g e

4. Direktori MA-WAR Menyediakan Borang Direktori MA-WAR secara online. Membuat hebahan kepada seluruh komuniti MA-WAR dan ahli MyPSA WA supaya dapat mengisi borang ini secara online. Menyusun data-data direktori yang telah diisi oleh ahli bagi menyediakan Direktori Lengkap MA-WAR.

5. Panduan Awal Sebelum / Selepas Tiba di Perth Bagi Pelajar Baru Mengemaskini Panduan Awal sebelum dan setelah tiba di Perth bagi pelajar baru yang akan memulakan kehidupan sebagai pelajar di Perth. Menyediakan pautan Panduan Awal ini di laman web rasmi MyPSA WA dan MyPSA WA Facebook Group.

6. Borang Pra-Ketibaan Pelajar Baru Menyediakan Borang Pra-Ketibaan bagi pelajar baru yang boleh diisi secara online. Melalui borang berkenaan maklumat mengenai waktu ketibaan dan bentuk bantuan yang diperlukan oleh pelajar baru dapat disalurkan kepada rakan pelajar senior yang berkelapangan untuk membantu. Menyediakan pautan Borang Pra Ketibaan ini di laman web rasmi MyPSA WA dan MyPSA WA Facebook Group.

7. Promosi Aktiviti Menyediakan pamplet, poster atau bentuk hebahan lain sebagai pemberitahuan mengenai program dan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh pihak MyPSA WA khususnya kepada ahli. Poster, promosi dan hebahan disalurkan melalui email, Facebook Group dan juga melalui laman web rasmi MyPSA WA. Membuat hebahan serta promosi MyPSA WA melalui siaran Malaysia Hari Ini (MHI) TV3.

8. Flickr dan Youtube Mendaftar akaun MyPSA-WA Flickr (Foto) dan Youtube (Video). Mengupload gambar dan video aktiviti ke akaun Flickr dan Youtube. Saudara Hamdan telah bermurah hati menaja pembayaran akaun Flickr untuk sesi tahun 2009. Menyediakan pautan Flickr dan Youtube ini di laman web rasmi MyPSA WA dan MyPSA WA Facebook Group.

24 | P a g e

9. Memantau Email MyPSA-WA Menyediakan, memantau dan menjawab segala email yang dikemukan kepada pihak MyPSA-WA. Akaun email : mypsawa@yahoo.com mypsa.westernaustralia@yahoo.com mypsa.westernaustralia@gmail.com secretariat@mypsa-wa.org webmaster@mypsa-wa.org support@mypsa-wa.org

Snapshot : Laman web MyPSA-WA dan MyPSA-WA Facebook

Exco: Mohd Nazli Mohd Nor

A. Pengenalan

25 | P a g e

Tugas utama biro ini adalah bagi menjalankan aktiviti berkaitan dengan hal ehwal akademik. Sepanjang sesi 2009, Biro ini telah berjaya menjalankan empat sesi Academic Coffee Session di empat buah universiti berbeza di Perth, Western Australia.

B. Academic Coffee Session (ACS) ACS merupakan sesi perbincangan akademik atau perkongsian idea yang dijalankan secara santai dan tidak formal. ACS dianjurkan oleh Biro Akademik bagi membolehkan para pelajar pasca siswazah berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang pengajian mereka atau apa-apa perkara berkaitan akademik seperti teknik menganalisis data, kaedah penyelidikan, permasalahan yang dihadapi sepanjang pengajian dan sebagainya.

1. Pembentang Bagi setiap sesi ACS yang dijalankan, kebiasaannya 3 pembentang akan membentangkan topic yang telah mereka pilih. Topik adalah bebas tetapi mesti dalam lingkungan akademik. Pembentang perlu memberikan tajuk pembentangan kepada Biro Akademik lebih awal supaya tidak berlaku pertindihan tajuk. Pemilihan pembentang adalah berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat memandangkan program ini mendapat sambutan hangat. 30 hingga 45 minit masa diperuntukkan kepada setiap pembentang termasuk sesi soal jawab. Sesi soal jawab dijalankan mengikut 2 kaedah, sama ada selepas pembentang membentangkan topic mereka atau sepanjang pembentangan berlangsung, mengikut keselesaan para peserta dan pembentang.

2. Tempat Tempat berlangsungnya sesi ACS ditetapkan berdasarkan persetujuan semua exco semasa mesyuarat MyPSA. Wakil universiti memainkan peranan penting dalam menjayakan ACS yang berlangsung di universiti masing-masing. Antara tanggungjawab wakil universiti adalah: Mendapatkan bilik bersesuaian (dapat menampung sekurang-kurangnya 30 peserta) untuk aktiviti ACS. Memastikan kelengkapan alat pandang dengar seperti komputer dan projector berfungsi dengan baik.

26 | P a g e

Menyediakan jamuan ringan sekadar termampu (mengikut pengalaman sesi 2009, ia disumbangkan oleh ahli-ahli universiti yang menjadi tuan rumah dan hanya sedikit sumbangan dikeluarkan oleh pihak MyPSA). Melantik pengerusi ACS Sekadar makluman, semua wakil universiti bagi sesi MyPSA 2009 telah memainkan peranan yang amat cemerlang, bukan sekadar menyediakan tempat yang selesa bagi sesi ACS, tetapi menyumbangkan jamuan berat kepada para peserta. Sesi ACS juga tidak akan berjaya tanpa bantuan biro lain seperti Biro Logistik yang menyediakan alatan berkaitan dengan ACS seperti komputer, alattulis dan pinggan mangkuk (sekadar menyebut satu Biro sahaja).

Berikut adalah maklumat terperinci berkenaan setiap ACS yang dijalankan. ACS 1 Tempat: Edith Cowan University Pengerusi: Tuan Zainun Tuan Mat (ECU) Pembentang: Halil Paino (ECU) Nur Ikhwan Mohamad (ECU) Imbahrain (ECU) Kehadiran peserta: Lebih kurang 15 orang ACS 2 Tempat: Murdoch University Pengerusi: Wan Adnawani Meor Osman (MU) Pembentang: Sharifah Fatimah Syed Ahmad (UWA) Wan Sofiah Meor Osman (MU) Norhisham Mohamad Nordin (UWA) Kehadiran peserta: Lebih kurang 35 orang

ACS 3 Tempat: University of Western Australia Pengerusi: Batiah Mahadi (UWA) Pembentang: Masnita Misiran (CU) Suzieleez Abdul Rahim (UWA) 27 | P a g e

Hamdan Daniyal (UWA) Kehadiran peserta: Lebih kurang 30 orang ACS 4 Tempat: Curtin University Pengerusi: Corina Joseph (CU) Pembentang: Azrul Abd Mutalib (UWA) Sharifah Khairol Musairah Syed Abdul Mutalib (UWA) Amina Josetta Kayani (CU) Kehadiran peserta: Lebih kurang 30 orang

Academic Coffee Session yang diadakan di Curtin dan UWA

Poster promosi aktiviti Academic Coffee Session

Exco: Muhammad Saiful Ahmad Hamdani

28 | P a g e

AKTIVITI -AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN IALAH: 1. Ceramah Kewajipan Menuntut Ilmu & Kaedah Menangani Tekanan Belajar Menurut Perspektif Islam

MyPSA-WA telah menganjurkan satu ceramah bertajuk ''Kewajipan Menuntut Ilmu & Kaedah Menangani Tekanan Belajar Menurut Perspektif Islam" pada Sabtu, 6 Jun 2009 (bersamaan 13 Jamadil Akhir 1430H) bertempat di Bangunan Sosial Sains, UWA. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Anzaruddin Ahmad, Pensyarah Jabatan Bahasa Asing (Bahasa Arab), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Seramai hampir 20 peserta telah menyertai ceramah ini. 2. Kutipan Pembiayaan Iftar Ramadhan di Musolla Universiti Sekitar Perth Bersempena Ramadhan 1430H yang lalu, MyPSA WA telah membuat kutipan derma ikhlas untuk membiayai majlis berbuka puasa di musolla universiti-universiti sekitar Perth. Kutipan dibuat di kalangan ahli-ahli MyPSA WA dan MAWAR. Tujuan kutipan ini adalah untuk menggalakkan ahli-ahli untuk bersedekah dan berkongsi membiayai majlis berbuka puasa di musolla universiti. Hasil daripada kutipan tersebut, MyPSA WA telah berjaya mengumpul AUD2850 dan telah menaja majlis berbuka puasa selama 4 hari di musolla UWA dan menyumbang baki selebihnya untuk majlis berbuka puasa sehari di musolla Curtin University. 3. Majlis Iftar Ramadhan MyPSA-WA Pada Ahad 6 September 2009 (bersamaan 16 Ramadhan 1430H), MyPSA WA dengan anjuran bersama Malaysian Tourism WA (Perth), Consulate General of Malaysia in Perth dan MSDA telah mengadakan majlis Iftar Ramadhan MyPSA WA. Majlis ini bertempat di Queens Park Recreation Centre, City of Canning, Welspool, WA. Majlis bermula pada pukul 5.30 pm dan berakhir pada pukul 10.30 pm. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai kira-kira 200 jemputan. MyPSA-WA telah menyediakan 2 ekor kambing sebagai menu utama (kari dan sup) dan selebihnya adalah berkonsepkan pot-luck di mana para jemputan membawa hidangan masing-masing untuk dikongsi bersama. Objektif majlis ini adalah untuk: a. Meraikan kedatangan bulan Ramadhan. b. Mengeratkan persaudaraan dan semangat kekeluargaan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia Muslim di WA. c. Melalui tazkirah yang dijalankan diharap dapat memberikan sedikit peringatan/renungan untuk bekalan di perantauan khususnya di bulan Ramadhan. Imam jemputan di kalangan ahli: a. Pengerusi/Muazin: Saudara Ahmad Fareed Ismail b. Imam solat Maghrib: Ustaz Muhd Izuddin c. Imam solat Isyak: Saudara Auni Aslah Mat Daud d. Imam solat sunat Tarawih dan Witir: Ustaz Hilmi Harun 4. Penyampai Maklumat Mengenai Permulaan Ibadah Puasa, Hari Raya Aidil Fitri dan Ibadah Korban Aidil Adha 1430H

29 | P a g e

MyPSA WA telah menjadi medium dalam menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli mengenai permulaan ibadah puasa Ramadhan, tarikh Hari Raya Aidil Fitri dan tempat solat sunat Aidil Fitri serta solat sunat Aidil Adha. Bersempena Aidil Adha 1430H juga, MyPSA WA telah menyebarkan maklumat kepada ahli-ahli mengenai ibadah korban anjuran Jamiatul Ulama WA yang telah menawarkan perkhidmatan ibadah korban kepada semua umat Islam di WA. 4. Kunjungan Hormat/Perbincangan Bersama CEO Islamic Council in Western Australia (ICWA) Pada 29 March 2010, MyPSA WA telah mengadakan kunjungan hormat kepada ICWA di pejabat beliau di Rivervale, WA. Kunjungan oleh MyPSA WA diketuai oleh Presiden saudara Ahmad Fareed bersama-sama Exco Kerohanian, manakala ICWA diwakili oleh CEO Mr. Rahim Ghauri dan Imam Jalil. Dalam kunjungan tersebut, Presiden MyPSA-WA dan CEO ICWA telah berbincang dan bertukar-tukar fikiran mengenai beberapa perkara melibatkan aktiviti bersama ICWA dan MyPSA-WA, selain isu kebajikan, kepentingan dan survival pelajar-pelajar Muslim di WA. Perbincangan diakhiri dengan penyerahan cenderahati oleh Presiden MyPSA-WA kepada CEO ICWA dan sesi bergambar. 5. Penajaan Surah Yassin & Mathurat untuk kegunaan ahli MyPSA WA Biro Kerohanian MyPSA WA telah berjaya mendapatkan penajaan daripada sebuah syarikat di Kuala Lumpur untuk menaja surah Yassin & Mathurat bagi kegunaan ahli persatuan. Syarikat Widuri (M) Sdn Bhd telah bersetuju untuk menyumbang sebanyak 99 naskah surah Yassin & Mathurat untuk kegunaan MyPSA WA. 6. Memulakan inisiatif untuk kelas belajar Al-Quran Biro Kerohanian MyPSA WA telah memulakan perbincangan dengan Ustaz Muhd Izuddin untuk mengadakan kelas belajar Al-Quran dikalangan ahli persatuan. Pada peringkat ini Ustaz Izuddin sedang menyediakan kertas kerja yang sesuai untuk penganjuran program tersebut. 7. Memberikan Petikan Tazkirah setiap Jumaat melalui Yahoo Group Biro Kerohanian telah mengirim email petikan tazkirah kepada semua ahli MyPSA WA menerusi Yahoo Group MaWAR pada setiap hari Jumaat. Biro Kerohanian berharap email dapat memberikan sedikit pengisian kepada ahli MyPSA WA seluruhnya. Walau bagaimanapun untuk permulaan kiriman tazkirah jumaat dibuat selang 2 minggu sekali.

30 | P a g e

Exco: Mohd Zaiham B. Abd Hamid

AKTIVITI -AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN IALAH:

1. Royal Rumble Postgrad FC vs Turist FC -21 Jun 2009 Seperti tradisi sebelumnya, satu perlawanan bolasepak persahabatan antara pelajar-pelajar lelaki postgrad(Postgrad) menentang suami-suami pelajar wanita postgrad (Turist) telah diadakan. Perlawanan yang berlangsung di Kent Street Senior High School, East Vic Park telah dimenangi oleh pasukan Postgrad FC. 2. JOM! Bowling MyPSA-WA 12 Julai 2009 Satu pertandingan bowling telah dianjurkan di AMF Bowling Cannington. Seramai 40 peserta dikalangan warga MyPSA dan kakitangan Konsulat serta jemputan (PR) telah memeriahkan hari tersebut. Johan berkumpulan telah dimenangi oleh kumpulan yang diketuai oleh Saudara Akhtar Ab Karim 3. Royal Rumble Badminton Games (RRBG09) 2 Ogos 2009 Buat julung-julung kalinya, MyPSA dengan kerjasama saudara Azrul Mutalib telah menganjurkan aktiviti perlawanan badminton berpasukan (Lelaki dan Wanita) ini. Setelah berhempas pulas di UWA Recreation Center, Kumpulan KEBAP (Kelab Badminton Postgrad) telah berjaya menjadi johan yang turut disertai oleh Kumpulan KEBAS ( Kelab Badminton Turist) 4. Royal Rumble Postgrad FC vs Turist FC.kembali lagi 18 Okt 2009 Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang lepas, ulangan perlawanan bolasepak telah diadakan di sekolah yang sama. Malangnya pada kali ini, pasukan Turist pula yang muncul sebagai pemenang.

5. Volleyball- Battle of the Sexes 23 Januari 2010 Perlawanan bolatampar antara warga MyPSA ini telah dilangsungkan pada 23 Januari 2010 di UWA Recreation Center. Keputusannya memihak kepada Team Zamani. 6. Gradurist FC vs Undergradist FC 31 Januari 2010 Warga MyPSA juga telah berjuang bermain bolasepak menentang adik-adik undergrad pada 31 Januari 2010. Malangnya, oleh kerana telah dimamah usia Gradurist FC tewas dengan jaringan gol yang amat besar sekali. 7. Hari Keluarga MyPSA -20 Februari 2010 Bagi menutup penggal 2009-2010 kali ini, Hari Keluarga MyPSA yang berlangsung di Coogee Beach Fremantle telah memberi peluang kepada warga yang hadir untuk berkenalkenalan sambil menyertai sukaneka-sukaneka yang telah ditetapkan. Pelbagai acara seperti tarik tali, kepit bola sambil berlari, rebut gula-gula dan juga aktiviti senamrobik telah diadakan. Johan tarik tali juga telah dimenangi oleh team Zamani. Kanak-kanak juga telah berpeluang menyertai sukaneka pilihan mereka. Puan Hamidah, Konsulat General Malaysia di Perth telah berkenan merasmikan hari keluarga MyPSA 2010 ini.

31 | P a g e

Poster aktiviti sukan

32 | P a g e

Exco: Izwan Nizal Mohd Shaharanee Biro tugas-tugas khas dan kebajikan memainkan peranan penting menyelenggara aktiviti berkaitan hal ehwal kebajikan dan keharmonian ahli MyPSA. Biro ini juga bertugas memberi bantuan dan sokongan kepada biro-biro lain sebelum dan sesudah sesuatu aktivityi dijalankan. Berbagai program dan bantuan telah dilaksanakan dengan baik. Antara skop aktiviti yang telah dibereskan adalah seperti berikut: 1. Urusan kemalangan Ustaz Helmi - lawatan ke hospital - majlis bacaan doa selamat di Musolla Curtin - makluman hal tahlil dan urusan jamuan 2. Mengumum dan memantau persediaan pot luck - Jamuan Berbuka Puasa - Jamuan Hari Raya Puasa - Jamuan Hari Raya Haji - Jamuan Hari Keluarga 3. Merekod, melawat dan memaklumkan insiden yang berlaku dikalanagn ahli MyPSA WA - Kutipan Bantuan kepada saudara Norhisham Mohammad Nordin - Siling Rumah Runtuh - Kutipan Bantuan kepada saudara. Faiz Rumah dimasuki pencuri - Kutipan Bantuan kepada saudara Hakim Rumah dimasuki pencuri - Makluman rumah saudara Mohd Farish Noor Rumah diceroboh pencuri - Lawatan ke rumah saudara Akhtar Masalah kesihatan - Bantuan perkhidmatan dalam perlawanan Jom Bowling - Bantuan perkhidmatan dalam perlawanan bola sepak Postgraduate vs Turist Siri 1 - Bantuan perkhidmatan dalam perlawanan badminton Postgraduate vs Turist - Bantuan perkhidmatan dalam perlawanan bola sepak Postgraduate vs Turist Siri 2 - Bantuan perkhidmatan dalam perlawanan bola tampar Postgraduate vs Turist - Memorandum MyPSA WA (Usul 7)

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh MyPSA WA

33 | P a g e

BIRO LOGISTIK DAN KEMUDAHAN


Exco: Ahmad Hisham Zainal Abidin

Tugas utama biro ini adalah membantu mendapatkan peralatan dan kemudahan untuk MyPSA WA menjalankan aktivitinya. Selain itu, biro ini bertanggungjawab mengurus dan menyimpan aset-aset persatuan. Biro ini juga turut membantu dalam isu kemudahan penginapan dan pengangkutan untuk pelajar-pelajar pasca siswazah yang baru tiba di bumi Perth, Australia. A. Bantuan dalam menjayakan aktiviti MyPSA WA 1. Perjumpaan dengan delegasi UNIMAS Melibatkan diri dalam sesi perjumpaan MyPSA dengan Delegasi Pelajar UNIMAS seramai 9 orang yang diiringi oleh Cik Wan Robiah Meor Osman (Timbalan Dekan Pusat Pengajian Bahasa/Pengetua Kolej Seroja). Sesi ini telah berlangsung pada 19 Mei 2009 di International Office, Murdoch University. 2. Academic Coffee Session Membantu wakil-wakil universiti dalam setiap Sesi Academic Coffee Session (kecuali di ECU) dengan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti komputer riba, alat tulis dan pinggan/cawan pakai buang. 3. Kunjungan hormat MyPSA WA ke Murdoch University Melibatkan diri dalam kunjungan hormat (courtesy visit) telah diadakan pada 5 Nov 2009 di International Office, Murdoch University. 4. Perlawanan Bola Turist vs Postgrad Royal Rumble Menyediakan meja lipat dan air minuman semasa dan selepas sesi sukan berlangsung. 5. Majlis Sambutan Iftar Ramadhan Persiapan tempat sambutan dan pingan/cawan pakai buang 6. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh Pejabat Konsul Jeneral Pinggan dan cawan pakai buang 7. Perlawanan Badminton Turist vs Postgrad Royal Rumble Meja Lipat dan air minuman 8. Sambutan Hari Raya Aidiladha 2009 Menyediakan peralatan pinggan/cawan pakai buang dan PA System 9. Program Anak Angkat UTM (AUSTIC) Menjadi keluarga angkat dan jurupandu kepada pelajar yang terlibat

34 | P a g e

10. Sambutan Hari Keluarga MyPSA WA Pinggan/Cawan pakai buang PA System/Hailer Persiapan tempat First Aid Kit B. Senarai sub-exco yang membantu a. Suwannit Chareen Chit Murdoch University b. Rashid Ab Jusoh Curtin University of Technology C. Senarai aset tetap persatuan MyPSA mempunyai beberapa aset tetap yang telah dibeli dan diderma oleh AJK / ahli terdahulu dan masakini. Senarai terperinci aset tetap yang diwarisi dari jawatankuasa sebelum ini dan juga sumbangan dari individu persendirian boleh merujuk kepada laporan khas bendahara.

Pelancaran hari keluarga MyPSA 2010 di Coogee beach, Frementle

35 | P a g e

Exco: Wan Sofiah Meor Osman

Pengenalan Hubungan erat dengan pasca siswazah Malaysia, Murdoch University telah dijalinkan dengan cara menyalurkan maklumat berkaitan terutama kepada pasca siswazah yang baru dan perhatian utama diberikan kepada kebajikan ahli-ahli. Kunjungan ke rumah ahli-ahli juga dilakukan sebelum mereka berangkat pulang ke tanahair. Selain daripada itu, wakil universiti juga menjalinkan hubungan erat dengan Murdoch Malaysian Association (MMA). Tugasan lain termasuklah menyokong aktiviti MyPSA di peringkat induk. Senarai AJK membantu wakil Murdoch University 1. Nurul Ain Jabit 2. Ramisah Mohd Shah 3. Wan Adnawani Meor Osman Aktiviti di Murdoch University 1. Perjumpaan dengan Delegasi Pelajar UNIMAS Sesi perjumpaan MyPSA dengan Delegasi Pelajar UNIMAS seramai 9 orang yang diiringi oleh Cik Wan Robiah Meor Osman (Timbalan Dekan Pusat Pengajian Bahasa/Pengetua Kolej Seroja) telah diadakan pada 19 Mei 2009 di International Office, Murdoch University lantaran tiadanya lokasi induk tetap MyPSA. Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh wakil Murdoch University di samping kehadiran Saudara Ahmad Hisham Zainal Abidin selaku Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro Logistik dan Kemudahan MyPSA. Wakil MMA, Saudara Razeen selaku Presiden dan seorang AJK juga telah turut serta dalam perjumpaan ini. Ahliahli MyPSA Murdoch University juga hadir bagi meraikan delegasi. Aktiviti seumpama ini telah memperkenalkan MyPSA di peringkat yang lebih luas di samping menggalakkan jalinan hubungan kerjasama MyPSA dengan pihak luar. 2. Academic Coffee Session Sesi Academic Coffee Session (ACS) telah diadakan di Murdoch University dengan jayanya pada 25 Julai 2009 dengan kehadiran melebihi 30 orang. Berikut senarai mereka yang terlibat: Pengerusi: Wan Adnawani Meor Osman Pembentang 1: Sharifah Fatimah Syed Ahmad Pembentang 2: Wan Sofiah Meor Osman Pembentang 3: Norhisham Mohamad Nordin

36 | P a g e

3. Kunjungan hormat MyPSA ke Murdoch University Kunjungan hormat (courtesy visit) telah diadakan pada 5 Nov 2009 di International Office, Murdoch University. Perbincangan ringkas bersama Miss Holly Croft (International Student Recruitment Officer) dan Mr Nicolas Castagnette (Liaison Officer International) amat memberangsangkan dalam usaha mewujudkan jalinan kerjasama dengan pihak universiti terutamanya dalam menjaga kebajikan ahli-ahli secara keseluruhan. 4. Kutipan Yuran Yuran keahlian dan tahunan MyPSA bagi pelajar-pelajar Murdoch University juga turut dikutip melalui wakil universiti selain daripada pembayaran secara online. Yuran yang telah dikutip sehingga 14 April 2010 adalah sebanyak AUD 255.00

37 | P a g e

Exco: Nor Hanani Ahamad Rapani

SKOP TUGASAN WAKIL CURTIN UNIVERSITY


i. ii. iii. iv. Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan ahli-ahli MyPSA dari Curtin Uni dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti berunsur ilmiah dan bukan ilmiah Mewar-warkan kepada ahli dari Curtin Uni aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan oleh MyPSA untuk menggalakkan kehadiran ahli bagi memeriahkan majlis Mengambil berat akan kebajikan setiap ahli persatuan terutamanya dariCurtin Uni Mengenalpasti warga Curtin uni yg baru menjejakkan kaki ke Perth dan memberi sedikit tunjuk ajar dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar di Western Australia ini terutamanya mengenai tempat tinggal Membantu AJK Tertingggi MyPSA dalam tugas-tugas khas

v.

AKTIVITI SEPANJANG PENGGAL 1. ACS di Curtin Menjadi host untuk ACS di Curtin dengan menyediakan kemudahan tempat serta peserta yang berminat menyertai pembentangan. Kehadiran ahli MyPSA adalah amat menggalakkan dengan kehadiran melebihi 30 orang pelajar. Berikut adalah butiran peserta: Bil. Peserta 1. Corina Joseph 2. 3. 4. Azrul Abd Mutalib Sharifah Khairol Musairah Syed Abdul Mutalib Amina Josetta Kayani Wakil Curtin Uni UWA UWA Curtin Uni Penyertaan Pengerusi Pembentang Pembentang Pembentang

2. Hari Raya Qurban Aktiviti diadakan di UWA bersempena Hari Raya Qurban disamping mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli persatuan. Antara acara yang diadakan bagi memeriahkan majlis adalah pencarian lelaki paling segak dan wanita paling anggun dikalangan ahli MyPSA yang hadir. Wakil Curtin Uni diamanahkan untuk menguruskan / menyediakan hadiah berbentuk hamper kepada para pemenang dengan budget $20 setiap satu.

38 | P a g e

3. Hari Keluarga Aktiviti diadakan di Coogee Beach, Freemantle. Bagi memeriahkan majlis, pelbagai acara sukaneka dianjurkan. Wakil Curtin Uni ditugaskan untuk menyediakan hadiah berbentuk hamper (8) dengan budget $200 kepada pemenang-pemenang bagi setiap acara sukaneka. 4. Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) Mesyuarat diadakan di UWA bagi membentangkan laporan tahunan AJK tertinggi MyPSA disamping mengadakan pemilihan jawatankuasa yang baru. Wakil Curtin Uni ditugaskan menguruskan hal-hal berkaitan dengan sijil penghargaan dan menyediakan hadiah bagi cabutan bertuah. Kutipan Yuran Wakil Curtin Uni. turut ditugaskan untuk mengutip yuran keahlian dan tahunan bagi ahliahli MyPSA. Ini memudahkan pelajar-pelajar yang merupakan ahli MyPSA dari Curtin Uni untuk membuat bayaran yuran. Penginapan sementara dan pengambilan dari lapangan terbang Pengurusan berkenaan dengan penginapan sementara dan pengambilan pelajar-pelajar baru dari lapangan terbang merupakan antara aktiviti lain yang diuruskan oleh Wakil Curtin Uni terutamanya bagi pelajar-pelajar yang bakal memulakan pengajian di Curtin Uni. of Technology.

5.

6.

39 | P a g e

Exco: Batiah Mahadi

TUGAS YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG PENGGAL: 1. Membantu menyalurkan maklumat kepada ahli MyPSA di UWA dan memudahkan proses-proses persediaan untuk program-program tertentu seperti: a. Membantu mendapatkan peserta untuk majlis temuramah RTM wakil dari pelajar PhD UWA b. Mendapatkan dan mengumpulkan nama-nama pelajar Pascasiswazah UWA yang berminat untuk menghadiri Majlis Bersama TPM c. Mendapatkan ruang untuk Academic session di UWA dan juga untuk AGM yang bakal berlangsung 2. Memantau kebajikan pelajar Pasca Siswazah UWA seperti: a. Membantu secara tidak langsung pelajar baru mendapatkan penempatan dan kenderaaan dan juga menwarwarkan kehadiran mereka di Perth b. Kunjungan ke rumah saudari Lela Mahali selepas ditimpa bencana hujan batu 25/3

3. Membantu AJK-AJK Lain dalam Program-Program MyPSA yang lain seperti Hari Keluarga, Majlis Sambutan Aidil Adha, Academic Coffee Session dan lain-lain. 4. Terlibat dalam beberapa program penting yang berlokasi di UWA a. Academic Coffee Session 3 Tarikh: 24 Oktober 2009 (Sabtu) Masa: 10.00pg - 12.00 tgh Tempat: Seminar Room G208 Social Sciences (UWA) Pembentang: 1. 2. 3. Masnita Misiran (CURTIN) Suzieleez Abdul Rahim (UWA) Hamdan Daniyal (UWA)

Sessi ini berlangsung dengan jayanya dengan seramai lebih dari 30 orang pelajar telah datang turut sama memeriahkan lagi program tersebut di UWA dengan dipengerusikan oleh wakil universiti sendiri.

40 | P a g e

b. Kunjungan ke International Centre UWA Tarikh: 2 ptg 29/10/2009 Wakil MyPSA yang hadir : Ahmad Fareed Ismail, Noresma Jahya, Hamdan Daniyal, Saiful Hamdani dan Batiah Mahadi Pihak International Centre UWA: Mr Kelly Smith, Director, Ms Sally Tan, Manager Student Support Dalam kunjungan tersebut kita telah mendapatkan maklumat bagaimana untuk mendaftar secara rasmi sebagai persatuan di bawah UWA yang pendaftarannya hanya dibuka setahun sekali. Kita telah menerangkan kepada Mr Kelly Smith objektif penubuhan MyPSA. Kita juga dimaklumkan bahawa sekiranya kita masih tidak berdaftar maka pihak Universiti tidak boleh membantu kita dalam memaklumkan kepada pelajar baru tentang persatuan kita ataupun terlibat dalam mana-mana urusan rasmi universitI. Kita masih lagi mengalami masalah dalam mendapatkan ruang untuk aktiviti di UWA selagi kita tidak berdaftar secara rasmi. Akhir sekali, kita telah meminta pandangan beliau tentang proses penyaluran masalah pelajar dan apakah tindakan wajar yang perlu dilakukan. c. Majlis Sambutan Aidil Adha 29/11/2009. d. Melawat mangsa bencana 25/3/2010 Saudara Presiden, Ahmad Fareed Ismail, Zaiham Hamid dan Batiah Mahadi telah pergi melawat mangsa bencana hujan batu Sdri Lela Mahali di rumah beliau dan telah menghulurkan sedikit sumbangan dari MyPSA untuk meringankan beban beliau dan rakan-rakan. 5. Hal-hal lain a. Senarai pelajar baru UWA yang telah menghubungi MyPSA untuk bantuan 1. Ummu Nabilah 2. Lim Jit Kheng 3. Faizah Md Yasin 4. Farah Naimah 5. Afizawati @Halimah Ayub Pelajar-pelajar ini telah menghubungi MyPSA sama ada melalui borang ketibaan atau melalui mana-mana individu untuk mendapatkan bantuan dari kita terutamanya untuk penempatan pada awal2 kedatangan dan pengangkutan. Walaupun akhirnya mereka ini dapat dibantu tetapi sambutan untuk penempatan sementara dan pengangkutan agak kurang dari ahli-ahli MyPSA .

41 | P a g e

Exco: Syahrul Ahmar b. Ahmad

A. Pengenalan Edith Cowan University (ECU) yang terletak kira-kira 30km ke utara Bandar Perth dan merupakan universiti yang mempunyai jumlah pelajar Malaysia paling sedikit berbanding unversiti lain. ECU mula menerima pelopor pelajar pasca ijazahnya yang pertama bermula dari tahun 2007 sehingga ke tahun 2009. Tiada kemasukan baru semenjak semester kedua tahun 2009 sehingga sekarang. B. Senarai Terkini dan Status Pelajar Pasca Ijazah di ECU Nama
1. 2. 3. 4. 5. 6. Kartinah bt Zen Imbarine b Bujang Halil b Paino Rani Diana bt Hj Othman Nur Ikhwan b Mohamad Sharifah Nazatul Faiza Bt Syed Mustapha Nazri 7. Tuan Zainun bt Tuan Mat 8. Rosninawati bt Hussin 9. Syahrul Ahmar b Ahmad 10. Nurasyikin bt Jamaludin 11. Mohd Nazli b Mohd Nor 12. Rahimah bt Mohamed Yunos

Status
Semester 7 Submitted Graduated Semester 6 Semester 6 Semester 5 Semester 5 Semester 4 Semester 4 Semester 4 Semester 3 Semester 3

Kemasukan
2007 2007 2007 2007 2007 2008 2008 2008 2008 2008 2009 2009

Lokasi
Malaysia Malaysia Malaysia Malaysia New Zealand ECU, Jo ECU, Jo ECU, ML ECU, Jo ECU, Jo ECU, Jo ECU, Jo

C. Aktiviti di ECU 1. Academic Coffee Session Sesi Academic Coffee Session (ACS) yang julung kalinya telah diadakan di ECU pada 27 Jun 2009 yang lalu. Senarai ahli yang terlibat seperti berikut: Pengerusi: Tuan Zainun bt Tuan Mat Pembentang 1: Nur Ikhwan b Mohamad Pembentang 2: Imbarine b Bujang Pembentang 3: Halil b Paino 2. Kunjungan Lawatan Program Anak Angkat Pelajar Kolej Perdana, UTM Sesi lawatan dengan kerjasama MyPSA WA telah diaturkan bagi pelajar-pelajar ini bagi memberi pendedahan serta pengenalan kepada kemudahan-kemudahan yang ada di ECU ini. Penerangan telah diberikan oleh Wakil ECU denagn dibantu oleh Biro Akademik.

42 | P a g e

Bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-2 MyPSA WA, Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010 telah bersetuju untuk mencadangkan usul-usul seperti berikut:

USUL 1 Pindaan Perlembagaan Memperkenalkan keahlian alumni secara automatic tanpa bayaran yuran pendaftaran/tahunan Membuang klausa anak sebagai ahli bersekutu Cadangan masukkan perlantikan juruaudit yang dilantik ketika Mesyuarat Agung Tahunan Pemilihan Pimpinan Eksekutif tanpa menetapkan jawatan; penentuan jawatan secara musyawarah dikalangan yang menang

USUL 2 Cadangan Perlantikan Ahli Kehormat Tambahan Mr. Bhagwan Singh (Peguam); Vice President AMWA Dr. Rahman Abdullah (PMH)

USUL 3 Mewujudkan Dana Khas Kebajikan Cadangan dimulakan dengan AUD 200 Tidak akan digunakan untuk aktiviti, khusus untuk POP Kebajikan Perlu dijalankan usaha penambahan Dana dari semasa ke semasa

USUL 4 Meneruskan usaha berterusan untuk memastikan keberlangsungan memorandum kepada TPM Menggesa persatuan pelajar Australia lain untuk mengemukakan isu berkaitan kepada pihak KPT Mengadakan perbincangan dengan Pejabat Graduate School semua Universiti di WA untuk memaklumkan keperluan 4 tahun pengajian PhD kepada pihak kerajaan Malaysia

43 | P a g e

USUL 5 Mencadangkan pihak MSDA untuk mewujudkan Persatuan Pasca Siswazah Malaysia (MyPSA) peringkat nasional Australia. Penubuhan ini akan menjadi badan induk kepada semua MyPSA di setiap negeri di Australia. Secara tidak langsung usaha ini akan memisahkan semua persatuan MyPSA daripada MASCA bagi memudahkan perjalanan dan pengurusan semua MyPSA. Menggesa supaya satu persidangan khas semua MyPSA diadakan bersempena National Conference and Games (NCG) MASCA pada July 2010 akan datang. Adalah dicadangkan juga satu kolokium akademik turut diadakan bersempena dengan perjumpaan tersebut.

USUL 6 Lokasi Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 sesi 2011/2012 Murdoch University

Antara aktivi yang telah dijalankan oleh MyPSA WA sepanjang tahun 2009-2010

44 | P a g e

Pelantikan juruaudit MyPSA WA Sebagai sebuah organisasi yang bernaung dibawah MSDA, adalah amat penting untuk MyPSA WA mempunyai juru audit bagi memastikan ketelusan operasi kewangan. Namun begitu, hal ini tidak termaktub di dalam perlembagaan MyPSA WA, menyebabkan perkara ini terlepas pandang semasa AGM pertama dahulu.

Beberapa siri perbincangan telahpun dijalankan dan perkara ini telahpun dipersetujui oleh JK MyPSA WA, saya selaku Bendahari MyPSA WA mencadangkan agar pelantikan juruaudit diwajibkan dan perlu dimaktub di dalam perlembagaan.

45 | P a g e

BIRO

CADANGAN USUL 1. Mewujudkan sub-biro untuk membantu tugas sebagai jurukamera, juruvideo, jurusunting, pemberita dan wartawan bagi mengemaskini setiap aktiviti oleh MyPSA-WA.

PANDANGAN

Secara peribadi dinyatakan bahawa Kepimpinan MyPSA-WA bagi sesi 2009/2010 mempunyai kekuatan tersendiri. Kekuatan ini adalah hasil daripada menghormati arahan ketua, kerja keras, bersemangat, komitmen 2. Menambah aset seperti mempunyai kamera dalam setiap tugas yang diamanahkan, dan kamera video. bertanggungjawab dan memberi maklum balas yang cepat dan tepat dalam setiap isu yang 3. Mewujudkan pengkalan data lengkap ahli dibincangkan. MyPSA-WA serta komuniti Malaysia (MAWAR) di Perth secara online. Diharapkan kepimpinan MyPSA-WA bagi sesi akan datang dapat meneruskan elemen-elemen 4. Cadangan namacalon yang sesuai dan layak kepimpinan sebelum ini agar hala tuju dan memegang jawatan biro penerangan & IT kepimpinan MyPSA-WA akan terus releven di akan datang: hari-hari mendatang. a. Hamdan Daniyal b. Mohd Zaidi Yusoff

Biro Pendidikan

Biro Penerangan & IT

Pihak MyPSA-WA mungkin boleh menganjukan Setiap exco telah melaksanakan tugas dengan seminar Pasca Siswazah peringkat Western cemerlang dan penuh dedikasi. Australia atau Australia seperti mana dilakukan oleh persatuan pelajar di United Kingdom.

46 | P a g e

1. Mewujudkan hubungan rapat dengan semua pertubuhan pelajar dan bukan pelajar Muslim di WA serta merangka aktiviti bersama dengan pertubuhan-pertubuhan tersebut seperti ceramah, open-day, sukan persahabatan dan seumpamanya. 2. Cadangan agar Konsulat Malaysia dapat menempatkan seorang pegawai agama/ustaz di Dewan Malaysia selepas Dewan Malaysia siap dibina dan mula beroperasi seperti di Dewan Malaysia Sydney (Ustaz Zuhir) supaya dapat mengadakan kuliah agama atau kelas mengaji dengan lebih terurus. 3. Mengadakan majlis doa selamat dan tazkirah sebulan sekali secara bergilir-gilir dari satu universiti ke universiti lain. Juga mungkin boleh dipertimbangkan majlis doa selamat dan tazkirah mingguan/2minggu sekali di rumahrumah ahli mengikut kariah/kawasan. Ini mungkin boleh mengeratkan silaturahim disamping mendekatkan ahli kepada aktiviti kerohanian. 4. Cadangan nama untuk saf pimpinan MyPSA akan datang: Ustaz Izuddin Exco Kerohanian 1. Mengadakan perlawanan persahabatan dengan persatuan-persatuan pelajar dari negaranegara luar seperti Indonesia, Australia dan sebagainya. 2. Memperkenalkan sistem liga untuk satu sukan contohnya bolasepak untuk lelaki dan bola jaring untuk wanita. Perlawanan akan diadakan sebulan sekali dan pemenangnya ditentukan pada akhir penggal nanti. 3. Cadangan calon untuk Exco Sukan & Rekreasi penggal hadapan: Saudara Asamuddin

Biro Sukan & Rekreasi

Biro Kerohanian

47 | P a g e

Cadangan Penambahbaikan
Biro Logistic dan kemudahan 1. Membeli Battery Powered Portable PA System. Aset ini penting untuk membolehkan penganjuran aktiviti MyPSA WA di kawasan rekreasi terbuka yang semamangnya banyak terdapat di Western Australia ini.

2. T-Shirt MyPSA WA untuk dijual kepada ahli yang berminat.

1. Mempromosi faedah menjadi ahli MyPSA di peringkat universiti semasa pembukaan booth persatuan-persatuan pelajar (perlu membuat tinjauan bagaimana ia boleh dilaksanakan memandangkan MyPSA bukan persatuan yang bernaung di bawah universiti). 2. Mewujudkan hubungan rapat dengan semua pelajar-pelajar pasca siswazah dan menonjolkan kelebihan menjadi ahli MyPSA melalui aktiviti berskala kecil peringkat wakil universiti contoh coffee session dengan semua pasca siswazah Malaysia, Murdoch University sekali setahun. 3. Pendekatan mesra pelanggan dalam pengrekrutan ahli baru dengan menggalakkan mereka untuk turut serta dalam aktivitiaktiviti MyPSA yang membolehkan mereka merasakan kepentingan menjadi ahli tanpa rasa terpaksa. 4. Merangka aktiviti bersama dengan MMA seperti sukan persahabatan dan seumpamanya.

Bekerjasama seperti satu keluarga adalah kekuatan pimpinan MyPSA di samping adanya sense of humor semasa melaksanakan aktiviti dan susulan daripada ini amanah yang diberikan dapat diimbangi dengan baik tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar.

Wakil Murdoch

48 | P a g e

1. Setiap wakil uni diminta mewar-warkan serta

Walaupun setiap ahli atau AJK tertinggi mempunyai tanggungjawab masing-masing terhadap pengajian, namun kesanggupan meluangkan masa untuk menguruskan persatuan dan kebajikan ahli amatlah dihargai. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan masih banyak perkara yang boleh diperbaiki dari masa ke semasa dari segi pengurusan persatuan, pengurusan kewangan dan 2. Setiap wakil uni perlu membuat tinjauan / pengurusan yuran tahunan/penyertaaan. mengenal pasti dan membuat pengesahan terhadap setiap kejadian/musibah terjadi Cuma satu perkara membimbangkan saya kepada ahli MyPSA dari universiti diwakili adalah berkurangannya ahli yang menyertai dengan kadar segera untuk dirujuk kepada aktiviti anjuran MyPSA dari masa ke semasa. ahli atasan agar tindakan susulan dapat Mungkin pihak MyPSA perlu mencari punca dilakukan dengan pantas. mengapa perkara ini terjadi dan cuba mengambil tindakan segera untuk mengelakkan perkara lebih buruk terjadi. Diharapkan supaya 3. Setiap wakil uni perlu menggalakkan pelajartidak wujud perpecahan antara kita di bumi pelajar yang baru sampai di universiti masing- Western Australia ini. masing untuk menyertai MyPSA supaya dengan penyertaan mereka, kebajikan ahli lebih terjaga. mengajak ahli-ahli MyPSA terutamanya dari universiti yang diwakili supaya menyertai aktiviti-aktiviti yg dianjurkan oleh pihak MyPSA bagi memeriahkan suasana di samping mengeratkan ukhwah sesama ahli persatuan.

Wakil Curtin

Secara amnya semua objektif yang telah kita 1. Mengadakan post-mortem selepas setiap bincangkan masa mesyuarat pertama dulu telah program supaya dapat memperbaiki program dapat dicapai. Banyak program-program kita seterusnya. telah berjaya. Sedikit sebanyak kita telah membantu mengukuhkan semangat 2. Mengadakan sessi perkenalan khas sama ada kekeluargaan di kalangan ahli-ahli melalui dalam program rasmi sedia ada atau dalam program-program yang dijalankan, berusaha program tersendiri untuk pelajar-pelajar baru menjaga kebajikan mereka dan juga membantu dalam memperkenalkan MyPSA kepada meningkatkan kecemerlangan akademik. Bagi mereka di samping mewujudkan minat saya kita pihak MyPSA tiada kekurangan dari mereka menyertai MyPSA. segi menjayakan program disebabkan oleh 3. Mencari kaedah untuk menarik minat ahli kerjasama yang baik antara AJK MyPSA menyertai program-program MyPSA akan semua walaupun ada program kita yang sambutannya agak kurang memberansangkan. datang. Walau bagaimanapun kita telah berusaha 4. Mendapatkan maklumbalas secara formal atau sebaik mungkin tapi kadang-kadang perkara tidak formal dari ahli pandangan mereka sebegini adalah di luar kawalan kita. Mungkin tentang MyPSA untuk memahami masalah disebabkan organisasi kita yang baru kita tidak boleh mengharapkan kesempurnaan tetapi kurang sambutan. penambahbaikan di masa hadapan adalah perlu 5. Wakil Universiti UWA : Haryani Harun untuk kesinambungan organisasi MyPSA.

Laporan UWA

49 | P a g e

Laporan ECU

1. Mempromosi ECU kepada bakal pelajarpelajar Malaysia yang lain sebagai pilihan selain dari university lain di WA ini. 2. Memandangakan ketandusan ahli MyPSA dari kalangan pelajar-pelajar ECU sendiri, adalah dicadangkan agar jawatan Wakil ECU yang akan datang diambil alih oleh wakil universiti yang lain.

50 | P a g e

SEBARANG PERTANYAAN

SOALAN BERHUBUNG LAPORAN INI SILA HUBUNGI:


AHMAD FAREED ISMAIL Presiden MyPSA-WA 2009/2010 Email: ahmadfareedi@yahoo.com NORESMA JAHYA Setiausaha I MyPSA WA 2009/2010 Email: noresmaj@gmail.com MUSDI BIN HAJI SHANAT Setiausaha II MyPSA WA 2009/2010 Email: musdi.1972@gmail.com

&

BERSAMA KITA KUKUHKAN MyPSA-WA

51 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai