Anda di halaman 1dari 7

Sekapur sireh seulas pinang

Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan mengucapkan syukur ke hadrat illahi
kerana dengan keberkatan Illahi transkrip temubual bersama Y.B Tan Sri Datin
Paduka Seri Dr. Aishah Abdul Ghani berjaya di siapkan dengan jayanya setelah
mengharung pelbagai dugaan dan rintangan semasa menjalankan rakaman
temubual tersebut.
Sebagaimana yang kita tahu, sejarah lisan adalah satu kaedah di mana kenang
kenangan seseorang tokoh yang dirakamkan secara wawancara. Tokoh-tokoh yang
dipilih biasanya terdiri daripada mereka yang dapat menyumbang maklumat
bersejarah dari penglibatan dan pengalaman diri mereka sendiri, atau oleh kerana
perhubungan mereka secara langsung dengan watak, masa atau peristiwa tertentu.
Maklumat yang diperolehi dari wawancara tersebut kemudiannya disalin dan salinan
itu selepas disemak dan ditaip dapat digunakan sebagai bahan pengajaran dan
penyelidikan
Jadi saya berharap agar apa yang saya telah rakamkan dapat disimpan di dalam
bilik sejarah lisan di Fakulti Pengurusan Maklumat supaya dapat di jadikan rujukan
kepada sesiapa sahaja tidak kira sama ada penyeledik, para penyarah, para pelajar,
kakitangan fakulti dan sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang
apa yang saya rakamkan. Mudah-Mudahan maklumat yang dapat dikumpul daripada
wawancara ini dapat memberi faedah dan kebaikan kepada para penyelidik.

Muhamad Ailee Noor Bin Ramli


Editor

Penghargaan
Assalammualaikum...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha Penyayang.
Terlebih dahulu bersyukur kami kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin
kurniaNya dapat kami melengkapkan tugasan yang diberikan dalam menghasilkan
sebuah dokumentasi lisan. Tanpa rahmat dan keizinan dariNya maka pincanglah
segala yang dirancang. Oleh yang demikian, segala yang terhasil adalah di atas
keizinan dariNya jua.
Disamping itu, jutaan terima kasih dirakamkan kepada pensyarah mata
pelajaran IMR 603 - Documentig Oral Tradition iaitu Pn Aliza Bte Ismail di atas tunjuk
ajardan bimbingan disamping kerjasama yang diberikan sepanjang kami menyiapkan
tugasan ini. Segala ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan oleh beliau akan
sentiasa kami ingati dan akan dijadikan pengajaran dalam kehidupan kami.
Ucapan penghargaan jutaan terima kasih ini juga ditujukan khas kepada tokoh
yang kami telah pilih iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Datin Paduka Ser (Dr.) Aishah
Ghani, di atas segal kerjasam yang telah diberikan sepanjang temubual berlangsung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan khas
untuk En. Kamarul Azwan Bin Azman, pensyarah kami yang bertanggungjawab
membantu kami dalam menebual tokoh yang telah kami pilih. Tanpa beliau, tidak
mungkin kamikami dalam menebual tokoh yang telah kami pilih. Tanpa beliau, tidak
mungkin kami dapat menemubual Yang Berbahagia Tan Sri Datin Paduka Seri (Dr.)
Aishah Ghani, kerana beliau merupakan seorang tokoh yang senantiasa sibuk
dengan aktiviti harian.
Selain daripada itu, ucapan sejuta terima kasih ini juga ditujukan khas untuk
kedua orang tua kami yang sentiasa memberikan galakan dan sokongan walaupun
kami berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam menyempurnakan
tugasan ini. Berkat doa daripada kalian semua, akhirnya kami berjaya mengharungi
semua dugaan denganjayanya.
Oleh yang demikian, diharap dengan terhasilnya satu lagi dokumentasi lisan
tentangtokoh yang kami pilih ini dapat memberi manfaat kepada generasi akan
datang. Hal ini penting bagi memastikan generasi kini sentiasa bersyukur disamping
berusaha untuk mempertahankan kemerdekaan Negara. Sesungguhnya segala yang
baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang daripada kekurangan kami
sendiri.
Sekian, terima kasih.

KETUA MENTERI SABAH


YANG AMAT BERBAHAGIA DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN
TarikhLahir : 30 hb Mac 1951
Umur : 65 tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Tempat Lahir : Beaufort
Alamat : Pejabat Ketua Menteri,Jabatan Ketua Menteri,Tingkat 18,Wisma Innoprise
Jalan Sulaman,Likas 88817 KOTA KINABALU
Nama Isteri : Y.A.Bhg. Datin Seri Panglima Datuk Hajjah Faridah Haji Tussin
Bilangan Anak : Empat ( 3 Lelaki dan Seorang Perempuan)

Frofil Pendidikan
1. Pendidikan awal - Sekolah Rendah Mempagar,Beaufort
- Sekolah Rendah St. Paul, Beaufort

2. Peringkat menengah Maktab Sabah, Kota Kinabalu (Tingkatan 1- Tingkatan 5


3. Peringkat menengah atas Sekolah Menengah All Saints,Kota Kinabalu
(tingkatan 6)
4. Mengambil jurusan Master Bussiness Administration di Edith Cowan University di
Perth Australia
5. Alumi Edith Cowan uni-MBA Penaung
6. Alumi UITM Penaung

Pengalaman Kerjaya
6.05.2013

Ketua Menteri Sabah (Mengangkat sumpah jawatan bagi penggal


seterusnya)

9.03.2008

Ketua Menteri Sabah (Mengangkat sumpah jawatan bagi penggal

seterusnya)
September
2005:

Dilantik sebagai Pro-Chancellor, Universiti Malaysia Sabah

27.03.2004:

Menteri Kewangan Sabah

22.03.2004
kini:

Ketua Menteri Sabah (Mengangkat sumpah jawatan bagi penggal


berikutnya)

27.03.2004:

Mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah (ke-13)


Ketua Menteri Sabah yang ke-7 di bawah sistem Penggiliran di Sabah
sejak 19 Mac 1994 selepas BN Mengambil-alih pentadbiran Kerajaan
Negeri daripada Parti Bersatu Sabah

6.03.2003:

Memangku jawatan Ketua Menteri Sabah

27.03.2001
Mac 2003:

Menteri Kewangan Sabah (Di bawah Kabinet Datuk Chong Kah Kiat)

20.03.1999
Mac 2001:

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Di bawah Kabinet Datuk Osu Haji
Sukam)
Mantan Konsul Kehormat Republik Rakyat Bangladesh

Profil korporat
23.06.1995:
Pengarah, SINORA
Pengarah Innoprise International Incorporated
Pengerusi, Sabah Softwood Berhad
07.03.1995:
Pengerusi / Ketua Eksekutif Innoprise Corporation (ICSB)
Julai 1993 April 1995:
Pengerusi, City Finance Berhad
Ahli Perniagaan

Profil politik
Dari seorang tokoh perniagaan menjadi ahli politik
1980:

Mula bergiat aktif dalam politik

1990:

Ahli UMNO Sabah (Salah seorang ahli asal UMNO Sabah)

20.03.1991:

Bendahari UMNO Sabah

08.03.1992:

Ketua Bahagian UMNO Jambongan

16.03.1992:

Bendahari, Barisan Nasional Sabah

1994 :

Ketua Bahagian UMNO Jambongan (Pilihanraya Umum


Negeri)

04.05.1994:

Ahli yang dilantik Sabah States Legislative Assemblys


Standing Committee

20.09.1995:

Ketua Bahagian UMNO Libaran

27.01.1996:

Bendahari Jawatankuasa Perhubungan UMNO Sabah


(Menggantikan jawatan Tan Sri Ibrahim Menudin)

23.03.1998:

Ketua Bahagian UMNO Libaran (Menang tanpa bertanding)

1999 :

Ahli Dewan Undangan Negeri BN-UMNO Sungai Sibuga bagi


penggal kedua (Pilihanraya Umum Negeri)

01.05.2001:

Ketua Bahagian UMNO Libaran

28.09.2001:

Pegawai, Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri


Sabah
Bendahari, Barisan Nasional Negeri Sabah

2003:

Pengerusi, Barisan Nasional Negeri Sabah

Mac 2004 :

Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (BN-UMNO) Bagi


Sungai Sibuga (N42) (Pilihanraya Umum ke-11)

23.09.2004:

Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi Penggal 2004/2007

26.10.2004:

Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri

08.03.2008 :

Sabah (BN-UMNO) - Ahli Dewan Undangan Negeri bagi


kawasan Sungai Sibuga (N42) (Pilihanraya Umum Ke-12)

05.05.2013 :

Sabah (BN-UMNO) - Ahli Dewan Undangan Negeri bagi


kawasan Sungai Sibuga

Jawatan lain yang di sandang


April
1996:

Meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah

1995:

Pengarah Yayasan Sabah (Meletak jawatan dalam bulan Mac 1999 untuk
bertanding dalam Pilihanraya Umum Negeri)

Penganugerahan dan Bintang Kebesaran


1989:

Jaksa Pendamai (J.P.)

1994:

Pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.) dengan gelaran Datuk

1996:

Pingat Johan Mangku Negara (J.M.N.)

2003:

Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) dengan gelaran Datuk Seri

2004:

Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang
Kenyalang (D.A.) yang membawa gelaran Datuk Amar

2006:

Pingat Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) dengan gelaran Datuk Seri

2012:

Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (S.P.M.B.) By
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam

Pengenalan

Kepentingan politik tidak dapat dipertikaikan lagi. Politik penting kerana


penglibatannya dengan kuasa untuk mentadbir masyarakat dan juga negara kita.
Selain itu juga, politik turut berperanan dalam membangunkan masyarakat melalui
model yang dikehendaki. Secara khasnya, bidang politik ini mempunyai nilai yang
tersendiri. Sementara itu, politik merupakan salah satu daripada cabang sains sosial.
Melalui politik, kepimpinan dapat dibentuk tidak kira melalui minat yang mendalam
atau tidak. Setiap ahli politik memerlukan sifat kepimpinan yang positif dalam diri
mereka. Hal ini penting dalam menyemai nilai-nilai yang baik supaya dapat
membawa semangat cintakan negara seterusnya mendidik generasi muda
mempertahankan kemerdekaan negara ini. Secara umumnya, pemimpin negara
dikategorikan sebagai golongan atasan yang akan menerajui sesebuah negara.
Namun pada hakikatnya, pemimpin merupakan orang tengah yang bertindak sebagai
medium bagi mewakili suara rakyat di negara ini.
Pemimpin yang terbaik seharusnya mempunyai pelbagai elemen yang positif dalam
diri mereka. Antara elemen yang perlu ada bagi melengkapkan diri sebagai
pemimpin adalah perlu mempunyai sifat mesra rakyat. Kriteria ini penting bagi
memastikan pemimpin sentiasa dekat dengan masyarakat sekeliling. Begitu juga
dengan sifat dan peribadi tokoh politik yang telah kami pilih iaitu Yang Amat
Berbahagia Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Beliau begitu merendah diri
walaupun pada zahirnya beliau begitu berdedikasi dan tegas dalam menjalankan
tugas. Tidak hairanlah jika sekiranya beliau bertahan lama di dalam jawatan sebagai
Menteri Besar Sabah. Kemesraan yang ditonjolkan oleh beliau terhadap rakyat
menjadikan beliau dekat dengan rakyat. Tanpa sikap yang seperti ini, tidak mungkin
rakyat akan berasa selesa dengan kepimpinan beliau yang bertahan bagi tempoh
yang panjang.

Yang Amat Berbahagia Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dilahirkan pada Tiga
Puluh Hari Bulan Tiga Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Satu (30.03.1951) di
Beaufort Sabah. Beliau memulakan persekolahan aliran Melayu di SRK Mempagar,
Limbawang, Beaufort sebelum melanjutkan pengajian aliran Inggeris di St Paul's
Primary, Sabah College serta meneruskan persekolahan di Maktab Sabah,Kota
Kinabalu dan Sekolah Menengah All Saints. Walaupun Musa setiap masa berada di
Sabah dan hanya keluar sekali sekala ke luar negara untuk urusan rasmi, namun
beliau berjaya memperoleh ijazah Sarjana Pengajian Perniagaan daripada Edith
Cowan University, Australia.Secara sahnya, Datuk Seri Musa menamatkan zaman
bujangnya denga memperisterikan Y.A.Bhg. Datin Seri Panglima Datuk Hajjah
Faridah Haji Tussin dan di kurniakan cahaya mata seramai tiga anak lelaki dan
seorang anak perempuan
Sebagai anak peniaga Kerbau dan daging lembu, Musa menghabiskan masa
lapangnya dengan membantu perniagaan bapanya dalam bidang peruncitan dan
telah banyak membantunya sehingga terdorong untuk menjalankan perniagaan

sendiri pada 1973 di Sandakan dengan menubuhkan Musman Holding Sdn.Bhd


yang mempelopori bidang stevedoring, perladangan, bangunan, pembinaan,
hartanah, kewangan, insurans, pengangkutan dan perkapalan.
Kehebatan Datuk Seri Musa dalam perniagaan menyebabkan beliau dilantik sebagai
Pengerusi City Finance Berhad serta pada 1993 hingga 1995 beliau juga dilantik
sebagai pengerusi City Finance Berhad, pada 7.3.1995 beliau juga telah dilantik
sebagai Pengerusi atau Ketua Eksekutif Innoprise Corparation (ICSB) antara
pelantikkan lain beliau dalam korporat ialah pada 23.06.1995 sebagai Pengarah di
SINORA,Pengarah Innoprise International Incorporated dan Pengerusi Sabah
Softwood Berhad.
Musa turut menjadi Pengerusi Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS)
selama lebih 10 tahun dan turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, Pengarah dan
Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah. Musa dilantik sebagai ahli Majlis
Pembangunan Ekonomi Negara (MAPEN 1 1989-1991) dan pada 2001 beliau
menjadi Ahli Tetap Majlis Pembangunan Sabah.
Walaupun Beliau pada mulanya hanya seorang tokoh perniagaan tetapi tidak
menjadi penghalang kepada beliau untuk menceburi arena politik.Datuk Seri Musa
pada asal mula bergiat aktif dalam politik pada tahun 1980 dan pada 1989 apabila
Presiden USNO, Tun Datu Mustapha (Keturunan Mat Salleh) yang digelar 'Bapa
Kemerdekaan Sabah', mempelawanya menjadi Bendahari USNO dan menjadi calon
USNO di Dewan Undangan Negeri Sugut (Kampung Mat Salleh) pada pilihanraya
umum 1990 tetapi tewas.
Senario politik yang tidak menentu ketika itu menyebabkan Musa menjadi salah
seorang pelopor asal UMNO (ahli asal UMNO Sabah) ke Sabah. Antara perjalanan
berkenaan Frofil politik beliau dari mula hingga kini adalah pada 20.03.1991 beliau
dilantik sebagai Bendahari UMNO Sabah,seterusnya sebagai Ketua Bahagian
UMNO Jambogan pada 8.03.1992
Ketua Umno Bahagian Libaran dan Bendahari Barisan Nasional Sabah.
Musa bertanding dan menang di kerusi Sungei Sibuga pada pilihanraya umum 1994
dan mengulangi kejayaan tersebut pada pilihanraya umum 1999.
Bintang Musa di dalam politik Sabah mencanak naik daripada Menteri di Jabatan
Ketua Menteri 1999 kepada Menteri Kewangan 2001 dan Pengerusi Perhubungan
Umno Sabah menggantikan Datuk Osu Sukam dan sekaligus mengangkat tarafnya
sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno sebelum dilantik Ketua Menteri Sabah pada 2003.
Musa dianugerahi pingat Jaksa Pendamai (JP), Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK), Johan
Mangku Negara, Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M), Datuk Amar (D.A.) serta Datuk Seri
Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K).

Anda mungkin juga menyukai