Anda di halaman 1dari 2

MUHAMMAD HUSIN BIN PARWAZALAM (IEB130010)

Ucapan 2 minit.
Kenangan Indah Di Universiti Malaya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Yang dikasihi Pensyarah dan
Sahabat-sahabat sekalian. Universiti merupakan medan yang sesuai untuk
mendapat pengalaman. Sama ada pengalaman tersebut baik atau
pengalaman tersebut buruk, kedua-duanya mengajar erti kehidupan. Dan
pengalaman tersebut menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan
sehingga ke usia tua. Antara kenangan indah dan bermakna yang saya
tidak boleh lupakan di Universiti Malaya ialah saya telah dilantik menjadi
Ketua Lajnah bagi Program Sarjana Muda Pendidikan Islam sesi
2015/2016. Bagi saya ia satu kenangan yang bermakna kerana
bermulanya saya memegang jawatan tersebut, banyak pengalamanpengalaman yang memperbaiki kemahiran-kemahiran insaniah saya yang
memantapkan lagi diri saya sendiri dalam kehidupan. Sepanjang
memegang jawatan tersebut, saya banyak belajar cara-cara mengurus
organisasi, pengurusan masa, kemahiran kepimpinan dan sebagainya
dengan baik. Selain itu juga, saya juga banyak menguruskan beberapa
program Lajnah. Antara program yang saya anggap bermakna dalam
hidup saya ialah saya menjadi pengarah program masyarakat di
perkampungan orang asli. Bertempat di Gombak. Lajnah saya mendapat
sedikit peruntukan dari NGO untuk membuat program masyarakat ini.
Selain dari berbakti kepada masyarakat orang asli, saya juga dapat
mengetahui lebih mendalam cara hidup di perkampungan orang asli,
berkongsi idea, mendengar pendapat serta rungutan dan sebagainya.
Saya beranggapan, menjayakan program ini satu pengalaman dan
kenangan yang sukar untuk dilupakan serta memberikan saya kemahiran
yang berguna untuk digunakan pada masa akan datang. Memegang
jawatan ini juga membawa saya mengenali ramai orang. Daripada
jawatan Dato hingga ke pelajar-pelajar dari fakulti lain. Saya sangat
berbangga dengan jawatan ini. Walaupun memegang jawatan yang kecil,
tapi ia banyak mengajar saya erti seorang pemimpin. Akhir kalam, saya

mahu katakan bahawa pengalaman adalah antara guru yang terbaik


untuk mengajar kita apa itu kehidupan. Saya bersyukur kerana dapat
melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya ini dan kenangan memegang
jawatan sebagai ketua Lajnah Program Sarjana Muda Pendidikan Islam
saya takkan lupakan. Sekian daripada saya Muhammad Husin Bin
Parwazalam. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai