Anda di halaman 1dari 8

SK TAMING JAYA

43300 BALAKONG, SELANGOR






Kertas Kerja
PROGRAM CERAMAH BUDI BAHASA
TAHAP 1 (Tahun 3)



Tarikh
1 April 2010 (Khamis)


Tempat
DEWAN SK TAMING JAYA



Anjuran
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING



Disediakan oleh
Habibah Mat Isa
GBKSM





VISI SEKOLAH


Melahirkan insan yang cemerlang,
berilmu, berdisiplin, berakhlak mulia
berteraskan wawasan pendidikan yang
mampu menyumbang ke arah
kesejahteraan diri, masyarakat dan
keharmonian negara.





MISI SEKOLAH

Mewujudkan sistem pengurusan dan
pendidikan yang berkesan untuk
membentuk pelajar yang
berilmu pengetahuan , celik it,
bersahsiah tinggi, berdaya maju
serta berupaya menghadapi globalisasi.


KEMPEN SENYUM SELALU
BUDI BAHASA BUDAYA KITA


SEKAPUR SIREH

Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan rahmatnya
dapat juga Unit Bimbingan & Kaunseling SK Taming Jaya akan
melaksanakan Program Ceramah Budi Bahasa.


Alhamdulillah bersyukur kepada Yang Maha Esa, Ceramah Budi
Bahasa yang akan dijalankan pada 1 April 2010 khusus untuk
murid Tahun 3 di dewan SK Taming Jaya

Saya yakin program seumpama ini mampu meningkatkan
motivasi, minat serta keyakinan murid-murid ini untuk mengetahui
tentang maksud sebenar budi bahasa dan amalan-amalan yang perlu
dilakukan dan dijadikan amalan seharian di sekolah atau luar
sekolah. Murid-murid yang mengikutinya akan tahu tentang budaya
dan amalan-amalan murni yang perlu dilaksanakan dan
diamalkan di sekolah dan luar sekolah.

Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan
Pentadbir, semua AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling, Penyelaras
Tahun 3 serta guru-guru tahun 3 dan semua yang terlibat
memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi bagi menjayakan
program ini. Saya berharap program-program seperti ini akan dapat
memberikan impak yang baik dan berkesan demi kebaikan dan
kecemerlangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Taming Jaya.

Sekian, terima kasih



KERTAS KERJA
PROGRAM BULAN BUDI BAHASA 2010
KEMPEN SENYUM SELALU
BUDI BAHASA BUDAYA KITA


1.0 PENGENALAN

Murid perlu diberikan pendedahan berkaitan dengan kepentingan menjaga budi bahasa
di dalam kehidupan mereka seharian, memandangkan budaya budi bahasa semakin
kurang di kalangan para murid pada hari ini. Budaya ini seharusnya diterapkan sejak
dari sekolah rendah lagi agar para murid dapat mempraktikkannya dimana-mana jua.

Sejajar dengan matlamat Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia
(KEKKWA)untuk menjadikan

2.0 RASIONAL

Budi Bahasa dan amalan nilai-nilai murni amat penting di dalam menjaga keharmonian
hidup bermasyarakat. Masyarakat yang harmoni, berbudi bahasa dan mengamalkan
nilai-nilai murni dapat melahirkan warga SK Taming Jaya yang budiman.

3.0 MATLAMAT

Melalui pendedahan program ceramah budi bahasa ini akan dapat membantu murid-
murid di dalam usaha :
Menanam erti pelbagai nilai murni dan budi bahasa
Menggalakkan amalan nilai-nilai murni di kalangan warga sekolah dan anggota
masyarakat
Sebagai intisari jatidiri serta perilaku diri dalam kehidupan harian


4.0 OBJEKTIF

4.1. Mendedahkan dan menanam erti pelbagai nilai murni dan nilai-nilai budi
bahasa.

4.2. Menggalakkan penghayatan dan amalan nilai-nilai murni di kalangan warga SK
Taming Jaya

4.3. Sebagai intisari jati diri peribadi serta perilaku warga SK Taming Jaya di dalam
kehidupan seharian.


5.0 TEMA
Senyum Selalu.


6.0 TARIKH PELAKSANAAN
1 April 2010 (Khamis)

7.0 SASARAN
Murid Tahun 3, SK Taming Jaya


8.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 01 April 2010 (Khamis)
Tempat : Dewan Terbuka SK Taming Jaya
Sasaran : Murid Tahun 3

9.0 ATURCARA PROGRAM

2.05 - 2.10 petang : Murid masuk ke dewan
2.10 - 2.30 petang : Taklimat program
2.30 - 3.30 petang : Ceramah Budi Bahasa
3.30 pm : Bersurai



10.0. AJK PENGELOLA
Pengerusi
En. Mohamad Jafar b. Ibrahim
Guru Besar SK Taming Jaya

Naib Pengerusi
Pn. Hjh. Norzaimas bt Osman
(GPK HEM)

Pn. Hjh. Naemah bt Nordin
GPK 1

Pn. Maryani bt. Md Idris
Pengurus Petang

En. Saleh b. Osman
GPK KOKU

Penyelaras Program
Pn. Habibah bt. Mat Isa

Penyelaras Tahun3
En. Mohd Norzikri b Ruslan


11.0 AJK PELAKSANA :


11.1. Persiapan Dewan \ Menguruskan murid masuk ke dewan
1. En. Azril Nurman b Abu Bakar
2. En. Hishamuddinn b Hj Matt
3. En. Khairul Azhan b Ahmad
4. En. Habrozi b Wahab


11.2. Peralatan \ Siaraya
1. En. Hashim b Md Desa
2. En. Mohd Asrul b Mohd Yusof

11.3. Jurufoto
1. Pn Humaizah bt Zahadi
2. Pn. Amnah bt Osman

11.4. Dokumentasi
1. Pn Aida Hartini bt Mahmod
2. Pn. NorIlham bt Amir Haron


11.5. Juru Acara
1. En Muhammad Nurzikri b Ruslan

11.6. Disiplin
Semua guru tahun 3


12.0 PERBELANJAAN

TIADA


13.0 PENUTUP

Program ini akan dapat membantu murid-murid SK Taming Jaya tentang usaha
memperkukuhkan amalan dan penerapan Budi Bahasa dan Nilai-Nilai murni sebagai
amalan budaya seharian. Pembudayaan Budi Bahasa dan nilai-nilai murni di SK
Taming Jaya ini hendaklah berterusan sehingga ia menjadi satu warisan bangsa
Malaysia.

BERSAMA MEMELIHARA BUDI BAHASA BUDAYA KITA


Disediakan oleh,


.......................................
( HABIBAH MAT ISA )
Setiausaha /GBKSM
Unit B&K Petang


Disemak oleh,


.................................................................
(PN. HJH MARYANI BT MD IDRIS)
Pengurus Petang


Disahkan oleh,


............................................................
(PN HJH NOR ZAIMAS OSMAN)
Guru Penolong Kanan HEM



KERTAS KERJA INI DI LULUSKAN \ TIDAK DILULUSKAN

T.TANGAN : ___________________________________________
NAMA : ___________________________________________
TARIKH : ___________________________________________

Anda mungkin juga menyukai