Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM 3S

(SENYUM, SAPA & SALAM)


SK TAMAN EHSAN

1. Pengenalan

Program 3S (Senyum, Sapa & Salam) dijalankan bagi membentuk keperibadian murid
agar lebih menghormati guru, kakitangan sekolah dan murid-murid SK Taman Ehsan. Secara
langsung, program ini juga dapat membentuk budi pekerti dan nilai-nilai murni dalam diri murid
selaras dengan kehendak kerajaan yang mahukan budi bahasa diamalkan di segenap lapisan
masyarakat.
Sejajar dengan itu, kerajaan telah melancarkan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita
sebagai langkah melahirkan masyarakat yang berbudi pekerti mulia dan berbudi bahasa.
Sehubungan itu, Unit Hal Ehwal Murid SK Taman Ehsan dengan kerjasama Unit Kaunseling
akan menganjurkan Program 3S bertujuan untuk menyuburkan lagi hasrat murni kerajaan di
samping mendidik murid supaya mewujudkan sekap bersopan santun, ramah mesra dan sedia
menolong di antara satu sama lain.

2. Konsep

Membangun sahsiah dan memupuk nilai murni dan beradap sopan dalam diri semua
warga Sk Taman Ehsan khususnya murid.

3. Rasional

3.1 Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan
sahsiah dan budi pekerti yang baik.

3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dan perlukan bimbingan dan
panduan dalam menerapkan amalan baik dan beradab sopan.

4. Objektif

Program ini diharapkan dapat :


4.1 Memupuk nilai-nilai murni khususnya untuk warga Sk Taman Ehsan.
4.2 Mendidik murid agar berbudi bahasa, sopan santun, tolong menolong dan
menghormati guru, kakitangan sekolah dan rakan-rakan.

4.3 Merasa dihargai kerana murid yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia akan diberi
ganjaran.

4.4 Memberi galakan kepada murid kepada murid berusaha untuk mempraktikkan nilai-
nilai murni di peringkat sekolah lagi.

5. Perlaksanaan

Program di bawah Unit HEM ini diuruskan oleh Unit Kaunseling Sk Taman Ehsan
dengan mensasarkan semua murid agar dapat mengamalkan budi pekerti mulia di sepanjang
masa. Guru kelas dan guru mata pelajaran akan memasukkan nama murid yang berakhlak
mulia dan berbudi bahasa serta saling membantu ke dalam Sistem SSDM.
‘Token’ akan diberikan kepada murid yang menunjukkan budi pekerti mulia sepanjang
minggu sebagai tanda penghargaan. Murid yang paling banyak mendapat ‘token’ akan
diberikan sijil penghargaan dan cenderahati sebagai anugerah murid terbaik setiap bulan.

6. Jawatankuasa Induk Program 3S

Pengerusi : Datin Jamnah @Intan bt Idrus Guru Besar


Naib Pengerusi 1 : En Nor Azmi b Mohammad Rejab PK Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : Puan Samsiah bt Md Rais PK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 3 : Puan Noor Sahasliza bt Saidin PK Kokurikulum
Naib Pengerusi 4 : En Mohd Faizal b Alias PK Pendidikan Khas
Penyelaras Program : Puan Asmida bt Ahmad Kaunselor
Setiausaha : Puan Asmida bt Ahmad
Bendahari : Nabila bt Ismail
7. Jawatankuasa Pelaksana Program 3S

Pengerusi : Datin Jamnah @Intan bt Idrus Guru Besar


Naib Pengerusi 1 : En Nor Azmi b Mohamad Rejab PK Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : Puan Samsiah bt Md Rais PK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 3 : Puan Noor Sahasliza bt Saidin PK Kokurikulum
Naib Pengerusi 4 : En Mohd Faizal b Alias PK Pendidikan Khas
Penyelaras Program : Puan Asmida bt Ahmad Kaunselor
Setiausaha : Puan Asmida bt Ahmad
Bendahari : Nabila bt Ismail
Ahli Jawatankuasa : 1. Nurul Faziean bt Wook
2. Azreen b. Abdullah
3. Kelvin Chew Kok Eng
4. Siti Nur Aisyah Phua bt Mohd Hai
5. Mastura bt Ishak
6. Norzairawati bt Mohd Zaid
7. Fairoz Munirah bt Muhammad
8. Muhammad Hafizan b. Samad
9. Azimah bt Hasan
10.Semua guru Kelas termasuk Pra Sekolah dan PPKI

8. Anggaran Perbelanjaan

8.1 Bunting - RM50


8.2 Belon - RM5
8.3 Sijil - RM10
8.4 Cup Cakes - RM100
Jumlah - RM165

9. Tentatif Perlancaran 3S

1. Ucapan Guru Besar Datin Jamnah @Intan bt Idrus


2. Perlancaran Program 3S
3. Lukisan ‘Smile’ pada belon oleh semua pentadbir SK Taman Ehsan.
10. Penutup

Program ini diharapkan dapat menyemai sikap dan sahsiah baik, terpuji dan terbilang di
dalam kalangan murid SK Taman Ehsan. Selain itu juga, ianya dapat memupuk semangat
saling menghormati dan beramah mesra antara semua warga sekolah.

Disediakan Oleh; Disemak Oleh;

……………………………… ……………………………
(ASMIDA BT AHMAD) (SAMSIAH BT MD RAIS )
Guru Bimbingan & Kaunseling PK Hal Ehwal Murid
SK Taman Ehsan SK Taman Ehsan

Disahkan Oleh;

……………………………….
(DATIN JAMNAH @INTAN BT IDRUS)
Guru Besar
SK Taman Ehsan

Anda mungkin juga menyukai